Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Monday, January 22, 2024

.: Ujian Kerjaya

.: Ujian Kerjaya: 3 Tempat Uji Kerjaya Masa Depan ! Khas untuk  pelajar  Lepasan SPM  2011 , pasti ramai yang buntu untuk memilih kerjaya bagi masa...

Thursday, December 21, 2023

SIP+Kelantan sessi 2022/2023.

SIP + PPD 

AI

https://www.unesco.org/en/artificial-intelligence/recommendation-ethics#:~:text=Recommendation%20on%20the%20Ethics%20of%20Artificial%20Intelligence&text=The%20protection%20of%20human%20rights,human%20oversight%20of%20AI%20systems

Wednesday, February 22, 2023

Konsep dan Pelaksanaan Bimbingan (Coaching, Mentoring, Consultation & Negotiating) SIP+ PPD Kulai - ppt download

Konsep dan Pelaksanaan Bimbingan (Coaching, Mentoring, Consultation & Negotiating) SIP+ PPD Kulai - ppt download: Kriteria PEMILIHAN SEKOLAH Pemilihan SLT (Coachee)  Pengetua / guru besar/ GPK daripada senarai sekolah yang diluluskan oleh PPD  Tidak mempunyai masalah kesihatan fizikal dan psikologi yang kritikal Pemilihan SLT (Coachee)  Pengetua / guru besar/ GPK daripada senarai sekolah yang diluluskan oleh PPD  Tidak mempunyai masalah kesihatan fizikal dan psikologi yang kritikal Pemilihan MLT / Guru dibimbing  GKMP/ Guru opsyen / bukan opsyen daripada senarai sekolah yang diluluskan oleh PPD  Cadangan pengetua / guru besar berdasarkan laporan pencerapan PdP  Tidak mempunyai masalah kesihatan fizikal dan psikologi yang kritikal Pemilihan MLT / Guru dibimbing  GKMP/ Guru opsyen / bukan opsyen daripada senarai sekolah yang diluluskan oleh PPD  Cadangan pengetua / guru besar berdasarkan laporan pencerapan PdP  Tidak mempunyai masalah kesihatan fizikal dan psikologi yang kritikal

Wednesday, February 1, 2023

Cabaran Buat Anak-anakku Tersayang Tahun 2023

Alhamdulillah semua anakku cemerlang dan berjaya dalam hidup. 
Anak Pertama : Ahmad abang sulung bermula belajar di SBP ( SPBI Sabak Bernam) dan melanjutkan pelajaran dalam perubatan di Universiti Iskandariah Mesir bawah pakej pelar cemerlang  tajaan MARA.  Kini bertugas sebagai Doktor di Klinik Kesihatan Seberang Takir. Semoga hasrat untuk sambung sarjana perubatan utk menjadi seorang doktor pakar tercapai. Isterinya seorang ahli farmasi dan dikurniakan Fatih dan Fahim.
Anak ke 2 : Ammar ( Angah ) alhamdulillah mula belajar di SMKA Kuala Lumpur seterusnya ke Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS) semasa abi sebagai PK. Seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pengajian berkembar dengan Universiti Sulaiman Kazastan ( terpilih dalam program pertukaran pelajar dan selama 2 semesta di Kazastan ) dalam kursus Ekonomi dan Muamalat. Kemudian bertugas di Bank RHB, CIMB dan BSN. Kini terpaksa berhenti disebabkan isterinya Dr Salakiah bertugas di Hospital Terengganu. Moga mendapat tawaran kerja baru dan hasrat untuk sambung sarjana dimakbulkan Allah. Dikurniakan Adam yang comel.
Anak ke 3 : Umar Faruq seorang guru pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini bertugas di Johor bersama isteri tercinta Hannah juga seorang guru Bahasa Inggeris. Bermula belajar di SMKA Kuala Lumpur dan seterusnya ke SMAP Kajang. Melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM). Abi.doakan semoga hasrat untuk sambung sarjana pendidikan menjadi kenyataan. 
Anak ke 4 : Amir Fathurrahman seorang yang sangat mencabar diri dan kuat semangat. Mula belajar di SMA Hishamudin Klang, kemudian berpindah ke SMKA Sandakan dan SMKA Tun Sakaran Semporna Sabah. Kemudian menyambung pelajaran STPM di KISAS.

Bermula azam baru ku awal tahun 2023.

Tahun 2023 adalah tahun cabaran bagiku. Tahun 2023 menjadi tugas dan tanggungjawab ku untuk terus berjuang iaitu;
1. Menamatkan penyelidikan PhD ( Psikologi) di USAS di bawah penyeliaan Prof Dr Nasir Bistamam. Moga tahun ini aku menjadi graduan PhD dan bergelar Dr.Mohd Ismail.
2. Memastikan evidence dan tugasan kerja sebagai SIP+ untuk verifikasi JUSA C. Moga dikurniakan Allah JUSA C dan pencen dengan sejahtera. 
3. Sebagai Pengerusi JK Pendidikan IKRAM negeri menjadi tanggungjawab utk mencerminkan 10 buah sekolah IKRAM MUSLEH Kelantan berada di tahap cemerlang dengan melusuri konsep TS 25.
4. Jurulatih Utama dan Rakan ELIT dalam program TS25 yang melibatkan kerjasama dengan Yayasan Islam Kelantan dan Rangkaian Sekolah IKRAM MUSLEH seluruh negara dan Rangkaian Sekolah Islam Swasta.termasuk WADAH ( ABIM) Kelantan. 

Wednesday, January 18, 2023

Cabaran Kehidupan Sepanjang Hayat

Pengalaman hidup selama 57 tahun banyak cabaran yg kuhadapi duka suka gembira sedih menggembirakan menyakitkan dan perlu kesabaran yg tinggi utk terus stabil dan lestari sebagai seorang pendidik dan pejuang agama dakwah Allah s.w.t. 
Hidup sentiasa berhati hati dan jangan sekali leka dengan kerenah kehidupan. Sekeliling kita ada yang baik dan ramai yang jahat samada dalam keluarga sendiri apatah lagi.luar keluarga. Sahabat sejati yang memahami jalan cara hidup kita sangat terhad. Mereka adalah sahabat sejati dan menyelami susah senang kita seharian. Diri dan keluarga kita mesti kuat punyai daya tahan yang tinggi. Sentiasa berfikir luas dan tajam ke hadapan renungi musabah yang telah berlaku dan mengatur strategik untuk terus bangun majukan diri dan jgn terluka lagi.