Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Thursday, June 21, 2007

INVENTORI PERSONALITI SIDEK

PENAFSIRAN PROFIL

INVENTORI PERSONALITI SIDEK (IPS)

1. AGRESIF

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda seorang

individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain.

Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain

bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah

hajat dan matlamat anda tercapai.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak

anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan

orang lain anda jaga.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaan anda.

2. ANALITIKAL

a) Skor tinggi (70-90%) menunjukkan anda adalah seorang

yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis

orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka

membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri analitikal

anda adalah pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah seorang

yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara

yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah

individu yang praktikal.

3. AUTONOMI

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka akan

kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta

dapat mengawal dan menentukan aktiviti seharian.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri autonomi

anda pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) pula menunjukkan anda lebih suka

menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang

memerlukan keakuran.

4. BERSANDAR

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka bergantung

kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan,

anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat

daripada orang lain terutama individu yang mempunyai

autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan

arah yang harus anda tuju.

b) Skor sederhana (40-70%) menggambarkan tahap

pergantungan anda pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan yang anda adalah

individu yang suka berdikari. Dalam membuat sesuatu

keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalu-

nya tidak bergantung kepada orang lain.

5. EKSTROVERT

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang sosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh

orang ramai di samping berasa tidak selesa jika duduk

bersendirian.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan anda mempunyai

kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya tahap

sosial anda adalah sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah individu

yang kurang atau tidak sosial. Anda selalu mengelak

untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih

selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa

kepada suasana kerja bersendirian atau ‘satu-sama-satu’ .

6. INTELEKTUAL

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda suka akan

aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Anda

berasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak

puas dengan aktiviti yang berulang-ulang.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri intelektual

anda berada pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak berasa

selesa dengan perkara-perkara yang bersifat teoritikal.

Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang

berstruktur, praktikal dan pragmatik. Kerja yang dipilih

selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran.

7. INTROVERT

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang tidak sosial dan suka mengelak situasi yang

memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan

setting kerja bersendirian atau ‘satu-sama-satu’ .

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri sosial

anda adalah sederhana .

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda adalah individu

yang suka melibatkan diri dalam perhubungan

interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai.

Anda adalah seorang yang sosial.

8. KEPELBAGAIAN

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda dapat menghayati

situasi yang dapat memberi peluang untuk pengalaman-

pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan

selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda adalah

seorang yang ‘adventures’.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri

kepelbagaian anda adalah pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih suka akan

situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak

selesa dengan situasi dan pengalaman baru.

9. KETAHANAN

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan

emosi. Biasanya anda akan menghabiskan semua tugas

yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh

jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri

kepelbagaian anda adalah pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda kurang atau tiada

ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda mudah

mengetepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai. Mudah

bosan tetapi lebih mendapat kepuasan terhadap kerja-kerja

kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai.

10. KRITIK DIRI

a) Skor 60%-99% menunjukkan individu yang bermasalah.

Skor yang tinggi ini, selalunya dikaitkan dengan individu

yang selalu berasa rendah diri, sering bimbang, rasa

bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak

percaya terhadap sesuatu kejayaan yang telah dicapai.

Individu yang mendapat skor 60%-70% dikatakan

mendapat faedah daripada kaunseling individu sementara

individu yang mendapat skor melebihi 70% dikatakan

sangat memerlukan kaunseling individu.

b) Skor sederhana (40%-50%) biasanya dikaitkan dengan

individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya.

c) Skor rendah (1%-30%) biasanya menganggap diri mereka

sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain dan

juga sukar menerima teguran daripada orang lain.

11. MENGAWAL

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda

lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya

memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan

seperti pengurus, pentadbir awam, pegawai tentera, ahli

politik, dll.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri mengawal

dan kepemimpinan anda pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih selesa

dipimpin daripada memimpin.

12. MENOLONG

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang berkeinginan untuk mencurahkan simpati, kasih

sayang, memberi bantuan dan membuat kebaikan dan

kebajikan kepada orang lain.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri menolong

anda berada pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka terlibat

secara emosi dengan orang lain. Individu yang lebih

memfokus kepada diri atau kepentingan diri sendiri.

13. SOKONGAN

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan

mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah bagi

trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah

individu yang sangat mementingkan diri.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri sokongan

anda berada pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda tidak suka

bergantung secara emosi terhadap orang lain.

14. STRUKTUR

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin dan

terperinci. Lebih gemar kepada kerjaya yang memerlukan

kekemasan, peraturan, ketelitian, dan berulang-ulang.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan ciri-ciri personaliti

struktur anda berada pada tahap sederhana.

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan anda lebih gemar

kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur, tidak

berulang-ulang dan biasanya sukar mengikut peraturan.

15. PENCAPAIAN

a) Skor tinggi (70-99%) menunjukkan anda adalah individu

yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam

mencapai sesuatu matlamat.

b) Skor sederhana (40-70%) menunjukkan motivasi anda

berada pada tahap sederhana

c) Skor rendah (1-40%) menunjukkan individu yang rendah

motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan

status dan kuasa dalam kerjayanya

16. PENIPUAN

Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan

kejujuran responden dalam menjawab item ujian.

Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung

untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan. Oleh itu

profil yang diperolehi tidak boleh dipercayai.

SEKIAN

TERIMA KASIH

KERANA MEMBERI KERJASAMA


Peranan kaunseling Dalam Organisasi

Pendahuluan

Istilah kaunseling bukanlah perkara baru tetapi telah digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang perkhidmatan kemanusiaan. Kaunseling merangkumi semua aktiviti dan kaedah menolong dan menasihati individu yang menghadapi masalah.Sebagai contoh, pada masa lampau Nabi Muhamad s.a.w pernah meminta nasihat daripada seorang hamba bernama Waraqah sejurus berlakunya peristiwa penerimaan wahyu (mesej) yang pertama, kerana ketika itu baginda berasa cemas dengan peristiwa itu. Jadi, sebagai seorang manusia tidak kira siapa memang ada masa dan ketikanya memerlukan pertolongan, kaunseling, perbincangan dan bimbingan daripada orang lain yang berkebolehan bagi memenuhi keperluan dan kesejahteraan hidupnya.

Dalam konteks kehidupan masa kini, aktiviti dan penglibatan kaunseling bukan sahaja terdiri daripada golongan profesional tetapi juga golongan yang bukan profesional. Penglibatan ini memang penting bagi membolehkan individu berkomunikasi dengan baik sesama manusia dan seterusnya dapat hidup dalam keadaan yang mengembirakan.

Oleh sebab kaunseling mempunyai pengertian, prinsip dan tujuan yang luas maka terdapat berbagai-bagai definisi yang diberikan oleh pakar-pakar dalam perkhidmatan kaunseling, diantaranya ialah :
Wrenn (1951,hal.60) mengatakan bahawa kaunseling ialah sesuatu hubungan yang dinamik dan bertujuan di antara dua manusia.
Patterson(1967) dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal klien.
Blocher (1974) mengatakan kaunseling merupakan suatu proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia bergerak balas kepada pengaruh alam sekelilingnya.
Perry (1955) menyimpulkan bahawa kaunseling ialah mengenai menolong individu bagaimana dia boleh menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya.
Carl Rogers dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu.
Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab.
Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya.
Setelah kita meneliti definisi-definisi yang telah diberikan oleh beberapa orang pakar dalam bidang kaunseling , maka dapatlah dirumuskan seperti berikut:

  • Hubungan profesional antara kounselor dan klien membantu klien memahami pandangan dan menjelaskan ruang hidupnya dan belajar mencapai matlamat dan mencuba beberapa pilihan melalui penyelesaian masalah emosi atau hubungan interpersonal.
  • Kaunseling ialah proses bertemu muka secara perseorangan di antara kaunselor dan klien
  • Sebagai suatu proses kearah perkembangan dan pembinaan personaliti klien.
  • Sebagai satu perkhidmatan untuk kebajikan manusia samada dilakukan secara profesional atau tidak.
  • Mengembalikan hati manusia kepada sifat asalnya (fitrah), iaitu tunduk kepada Allah.
  • Suatu proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengubah tingkah laku klien kepada yang lebih diterima.
  • Kaunseling menghormati setiap individu itu unik
  • Kaunselor bukanlah setakat untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah semata-mata
  • Bukan proses menemuduga.
  • Bukannya proses memilih kerjaya untuk klien.
  • Bukannya proses mempengaruhi tingkah laku dengan cara memarahi,mengugut dan mendesak klien.
  • Merupakan perkhidmatan profesional yang berdasarkan kefahaman mendalam mengenai manusia.
  • Kaunseling ialah strategi menghalang bukan memulihkan.
  • Kaunseling akan lebih berkesan jika datang dengan sukarela.
  • Kaunseling menitikberatkan faktor kerahsiaan.
  • Dalam proses kaunseling,membina hubungan yang baik di antara kaunselor dan klien adalah penting berdasarkan kepercayaan.
  • Kaunseling bukan sahaja untuk orang yang mempunyai masalah

.
Kaunseling dalam konteks organisasi

Walter R. Mahler & William F. Wrightnour (1973) dalam bukunya Executive Continuity : How to build and Retain an Effective management, melaporkan satu kajian terhadap amalan 210 pengurus dalam pelbagai organisasi- syarikat pembuatan,rangkaian supermarket dan perkhidmatan bekalan awam (public utility).

Keputusan kajian menunjukkan bahawa apabila pihak pengurus dan lain-lain memberi sedikit masa untuk kaunseling kepada pekerja, samada secara temuramah sistematik yang formal, atau sesi tak formal, pekerja-pekerja di dapati :

  • Lebih berpuashati dengan kerja mereka
  • Mempercayai bahawa pengurus-pengurus mereka menyelia secukupnya dan
  • Melaporkan bahawa mereka suka dengan cara bagaimana boss mereka memotivasikan mereka

Faedah dan Peranan Kaunseling bagi Organisasi

a.Kaunseling merupakan satu perkhidmatan kepada organisasi dan individu yang bermasalah. Kaunseling juga merupakan satu bentuk pelepasan frustrasi-frustrasi yang menjadi sebahagian daripada interaksi manusia dalam organisasi. Oleh kerana kaunseling menjadi satu forum bagi melahirkan frustrasi peribadi, ianya juga memberi peluang untuk mengurangkan dan menguruskan frustrasi-frustrasi itu.

Sebaliknya, satu alternatif kepada kaunseling ialah sebagaimana dihuraikan oleh F. Herzberg (1976) dalam The Managemant Choice : To be Efficient and To be Human.

Situasi kerja yang menimbulkan frustrasi dan ketiadaan peluang-peluang untuk melahirkan atau mengurangkan masalah, akan menghadapi kos yang tinggi terhadap organisasi dan individu.

b. Kaunseling boleh menambahkan identifikasi pekerja dengan organisasinya. Ianya dapat mengurangkan rasa tersisih yang berlaku dalam organisasi besar; tambahan pula peluang untuk menyelesaikan masalah bersama antara pekerja –pekerja semakin kurang dalam organisasi-organisasi.

Sekiranya tiada usaha untuk “re-organize” mereka yang berputus asa (discouraged) atau “recycle” pekerja yang bosan(bored), maka konflik akan muncul, frustrasi akan terus berlaku tanpa diambil tindakan, ‘conspirasi’ tak sedar akan berkembang.

Jika kemahiran kaunseling digunakan sebaiknya, trend –trend demikian dapat diatasi.

c. Sifat tenaga pekerja sekarang, sebagaimana disebut oleh Yankelovick (1974) dalam Work Valuues, and the new Breed menunjukkan keperluan untuk mengintegrasikan kaunseling dalam amalan organisasi.

i. Pekerja mahu mengetahui apa dan bagaimana dasar-dasar yang melibatkan diri mereka. Mereka mahukan dialogue tentang hal-hal yang dulunya menjadi budibicara pengurusan.
ii. Polisi dan amalan personel semakin menjadi “transparent”.
iii. Dalam organisasi kerap berlaku
a. Frustrasi terhadap polisi syarikat/organisasi
b. Ketidaktentuan tentang syarat-syarat peranan
c. Ketidakselamatan (insecurity) tentang kemahiran dan kebolehan.
2.3 Kaunseling dalam organisasi merupakan cara dan kaedah untuk :
1. Penyelesaian konflik
2. Mengatasi halangan terhadap perubahan
3. Menggunakan maklumat
4. Merancang kerjaya
5. Membuat keputusan
6. Memberi nasihat

2.4 Matlamat kaunseling dalam suasana kerja
membina / mengembang kebolehan/keupayaan (develop competence)

2.5 Apakah hasil kaunseling ?
meningkatnya kebolehan/keupayaan untuk berdepan dengan kehidupan dalam organisasi.

2.6 Apakah proses pembinaan keupayaan/kebolehan?
Coping/mengatasi
Adapting/mengadaptasi
Changing/mengubah

2.7Apakah syarat-syarat umum (general conditions) yang memudahkan pengembangan keupayaan/kebolehan dalam kaunseling? Mengikut Prof. Gene Dalton ( Harvard Buisness School) yang mengkaji tentang perubahan-perubahan terancang yang dapat mencapai objektif-objektif yang ditetapkan : Enam syrat penting ialah :

a. Terdapat keperluan mendesak untuk melakukan sesuatu dengan cara berlainan; boasanya disebabkan ‘discrepancy’ antara keadaan-keadaan semasa dengan hasil yang dikehendaki.

b. Seseorang yang terlibat dalam proses perubahan yang disanjung tinggi oleh seorang atau orang-orang yang terlibat dalam perubahan.

c. Perasaan-perasaan umum tentang sesuatu situasi diarahkan kepada matlamat operasional dan rancangan-rancangan spesifik.

d. Motif luaran untuk mengubah digantikan dengan motif dalaman

e. Hubungan-hubungan sosial yang baru diwujudkan atau hubungan lama diformulasikan semula supaya rakan sebaya dipilih untuk memberi sokongan dan mempertahankan perubahan

f. Orang-orang yang berubah merasakan lebih baik tentang kebolehan mereka mengurus alam mereka sendiri.

Setiap ciri di atas menjelaskan aspek-aspek yang sesuai dalam proses kaunseling. Kaunseling dalam konteks ini handaklah “action- oriented”

Perspektif ini memerlukan kaunselor yang memfokus tantang penyelesaian masalah individu, bukan merombak personaliti.

Konsep kaunseling dalam suasana berkerja

  • Kaunseling ialah berfikir dengan seorang lain bukan berfikir bagi orang lain.
  • Kaunseling ialah satu proses untuk menyelesaikan masalah bukan mengulangi kata-kata hikmat “cliche" tentang apa yang seorang lain harus buat.
  • Kaunseling ialah menerima perasaan seorang sebagai data yang relevan tentang masalah yang dihadapi. bukan hanya bersimpati terhadap perasaan-perasaan seseorang .
  • Kaunseling ialah memahami sifat manusia, dan menyedari bahawa manusia itu sama dalam setiap hal dan unik pula dalam hal-hal lain. Kaunseling bukan saja mengaplikasi teknik-teknik
  • Kaunseling lebih berkesan jika kanselor percaya bahawa ia berbuat sedikit saja Kaunseling bukan satu peluang penonjolan ego bagi kaunselor
  • Kaunseling ialah bantuan untuk mengubah sesuatu dan mengembang keupayaan (competence) Kaunseling bukan sebelah pihak(arbitrary) dan manipulatif
  • Kaunseling membina sifat berdikari dengan cara membantu seseorang membuat keputusan dan memenuhi komitmen Kaunseling bukan saja berbual tentang sesuatu



Peranan Kaunselor

a. Guru
- Memberi maklumat
- Memberi arahan
- Menyoal
- Meringkaskan fakta
- Menjelaskan mengapa sesuatu pendekatan itu berjaya.

b. Penduduk
- Membantu orang belajar bagaimana hendak belajar
- Kaunseling melibatkan orang lain mengubah pandangan (point of view)
- Membantu mengadaptasi dalam hidup dengan cara bertindak ke atas kandungan(content) kehidupan mereka.

c. Penyiasat
- Melibatkan cungkilan bukti-bukti dan mencantumnya semula
- Melibatkan pemerhatian kepada perkara-perkara kecil yang menjadi sebahagian
daripada sesuatu pola.

d. Barbarian
- kaunselor memecahkan persepsi seseorang tentang realitinya
- konfrontasi terhadap amalan-amalan ‘ritual’ dan menunjukkan ketaksesuaiannya

e Perakam waktu
- Dengan mengatur jadual pertemuan, kaunselor boleh menyebabkan seseorang bersedia menghadapi ‘deadline’

e. Monitor
- memberikan pandangan bebas terhadap prestasi seseorang
- menilai usaha-usaha meningkatkan keupayaan (competence)

f. Pemangkin
- manusia boleh, melalui kaunseling, memulakan objektif yang tak mungkin dimulakan dengan sendiri
- kaunseling menyebabkan manusia memeriksa semula pendekatan mereka terhadap masalah dengan cara berlainan.
- Dengan membicara sesuatu masalah secara specifik, seseorang akan mengalami perasaan yang amat berbeza sekali.




Konflik dalam sesuatu organisasi

Dalam sesebuah organisasi, konflik merupakan perkara lumrah dan sesuatu yang perlu di atasi, sekiranya fenomena ini dapat dikurangkan, kemantapan sesebuah organisasi akan bertambah dan seterusnya boleh mencapai matlamat kearah kegemilangan yang dingini. Konflik boleh berupa pergeseran dan pertentangan di antara dua pihak akibat perbezaan nilai, kehendak, pendirian dan perasaan dalam usaha memenuhi keperluan dan matlamat. Ia merupakan fenomena biasa apabila wujud interaksi di antara dua pihak atau lebih manusia dan sentiasa berlaku dari masa kesemasa. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menangani kesan negatif akibat konflik dan salah satu pendekatan yang popular adalah pendekatan kaunseling .

Punca-punca konflik.
Dalam sesebuah organisasi pekerjaan, konflik bukan sahaja berlaku di antara pekerja dengan majikan atau di antara satu jabatan dengan jabatan lain malah sering juga berlaku konflik interpersonal dan konflik dalaman. Di antara punca-punca berlakunya konflik adalah :

  1. Halangan untuk mencapai sesuatu matlamat oleh satu atau lebih pihak lain merupakan punca utama berlakunya konflik dalam sesebuah organisasi atau antara individu. Contohnya, keinginan seorang atau sebuah jabatan untuk mengajurkan seminar atau majlis untuk kepentingan diri atau organisasi dihalang oleh pihak lain kerana sebab-sebab tertentu boleh menimbulkan konflik.
  2. Kekurangan sumber seperti kewangan, tenaga kerja dan fizikal yang terhad untuk diagihkan dengan adil kepada semua pihak. Merujuk kepada contoh di atas, halangan untuk mengadakan seminar atau majlis tertentu mungkin disebabkan oleh peruntukan kewangan atau tenaga kerja yang terhad.
  3. Tiadanya koordinasi di antara dua atau beberapa pihak seperti pergantungan maklumat kepada pihak lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Contohnya matlamat bahagian personel sesebuah organisasi untuk membuat pengambilan tenaga kerja baru telah terhalang kerana tiada maklumat lengkap mengenai keperluan tenaga kerja daripada ketua jabatan daripada bahagian-bahagian lain. Bagi konflik interpersonal ia bolah disebabkan oleh perasaan iri hati atau cmburu dengan kejayaan orang lain.
  4. Dasar dan struktur perkhidmatan yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. Konflik mungkin berlaku dalam soal struktur gaji. Contohnya perbezaan gaji yang terlalu jauh di antara struktur perjawatan atau gaji sama dalam struktur perjawatan tetapi beban tugas yang berlainan. Begitu juga dengan dasar sesebuah organisasi yang terlalu mementingkan keuntungan tanpa mempertimbangkan keselesaan tempat bekerja dan kebajikan pekerja.

Tanda-tanda wujudnya konflik.
Tanda-tanda yang paling mudah untuk menentukan wujudnya konflik di antara dua atau lebih pihak adalah dengan terdapatnya rungutan-rungutan oleh sesuatu pihak.

Tanda-tanda lain yang menunjukkan wujudnya konflik dalam sesebuah organisasi adalah pekerja saling menyalahkan antara satu sama lain, wujudnya sabotaj antara individu atau jabatan, perasaan benci kepada individu atau jabatan, sering berlaku pertukaran pekerja atau pekerja itu ditukarkan dan prestasi pencapaian organisasi yang rendah.

Kesan konflik
Konflik yang berlaku diantara dua atau lebih individu serta pihak boleh memberi kesan kepada pihak-pihak terbabit. Kesan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan positif (konstruktif) dan kesamn negatif ( distruktif). Bagi kesan positif, konflik yang berlaku boleh menyebabkan sikap berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu matlamat. Dengan adanya sikap ini hasil atau presrtasi sesuatu kerja akan meningkat..
Selain itu konflik juga dapat menyedarkan individu atau pihak organisasi mengenai kelemahan yang terdapat dan sekirannya mereka berfikiran positif, usaha untuk memperbaikinya akan dilakukan dan ini dapat meningkatkan kerjasama dan keharmonian ditempat kerja. Seterusnya ia menggalakkan berlakunya perubahan yang membina. Selain itu, konflik juga menggalakkan seseorang itu memikirkan punca sesuatu masalah dengan lebih mendalam, meningkatkan motivasi untuk menyelesaikan masalah dan memahami emosi serta tingkah laku diri sendiridan orang lain dalam usaha mewujudkan satu penyesuaian atau perseimbangan.
Konflik yang berlaku juga boleh menghasilkan kesan negatif. Boleh menimbulkan sikap benci membenci, kemurungan, permusuhan, saling tidak percaya, tuduh menuduh, tiadanya kerjasama, sabotaj dan sebagainya. Yang pastinya semua ini akan dapat menganggu keharmonian hubungan interpersonal dan jika ia berlaku dalam sesebuah organisasi, ia akan membantutkan usaha mencapai matlamat organisasi keseluruhannya. Oleh itu pihak tertentu seperti kaunselor dalam organisasi tersebut perlu memainkan peranannya untuk mencegah konflik daripada berlaku dan memulihkan keadaan sekiranya terdapat konflik yang mendatangkan kesan negatif.

Penyelesaian konflik
Kaunselor yang terdapat dalam sesebuah organisasi perlu mengetahui dan menguasai strategi atau kaedah tertentu untuk menyelesaikan sesuatu konflik terutamanya yang menghasilkan kesan negatif. Diantara strategi atau teknik yang perlu dikuasai oleh kaunselor adalah :

  1. Mengasingkan pihak yang berkonflik secara fizikal. Langkah ini akan mengurangkan pergaulan dan ini akan mengurangkan ketegangan di antara mereka. Langkah ini mempunyai lebih banyak keburukan dari kebaikannya. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kurangnya interaksi dan pergaulan yang menyebabkan tiada kerjasama tetapi juga menampilkan sikap negatif pihak pengurusan yang tidak mahu membaiki keadaan. Namun begitu langkah ini merupakan langkah yang baik jika ianya untuk sementara dan bentuk konflik yang serius seperti tiada peluang untuk memenuhi keperluan kedua-dua pihak.
  2. Kaedah difusi atau penyatuan untuk menerapkan kesedaran kepada pihak-pihak yang berkonflik.Melalui teknik ini kaunselor akan menyelesaikan perkara-perkara kecil yang menyebabkan konflik dan membiarkan perkara-perkara besar. Ia bertujuan meredakan konflik yang berlaku atau mencuri masa untuk membolehkan kedua-dua pihak sedar mengenai kesilapan masing-masing dan berusaha memperbaiki punca konflik yang lebih besar. Keburukan strategi ini adalah punca konflik yang besar jika dibiarkan akan menyebabkan ia menjadi fokus dan menyebabkan keadaan yang lebih buruk.
  3. Membawa pihak-pihak yang berkonflik ke arah berkerjasa melaui perundingan. Langkah ini adalah yang terbaik kerana memalui rundingan dan kerjasama, kedua-dua pihak boleh melihat pendirian masing-masing mengenai perkara yang menimbulkan konflik dan mengenalpasti pilihan yang paling sesuai untuk menyelesaikannya. Strategi ini walaupun yang terbaik namun adalah sukar untuk membawa pihak-pihak yang berkonflik ke meja rundingan sekiranya nilai dan pendirian yang jauh berbeza atau punca konflik yang terlalu besar.
  4. Penyelesaian melalui tolak ansur. Melalui strategi ini pihak-pihak yang berkonflik akan bertolak ansur dan sedia melakukan pengorbananmelalui rundingan. Contohnya majikan akan menaikkan gaji yang dituntut oleh pekerja dan pekerja pula memberi jaminan meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran. Strategi ini hanya sesuai sekiranya pihak yang meminta dan memberi kuasa atau pengaruh yang seimbang. Ini bererti andainya pihak yang meminta atau sebaliknya tidak mempunyai kuasa, penyelesaian sukar dicapai.
  5. Strategi perbincangan melalui perwakilan. Melalui teknik ini pihak-pihak yang berkonflik akan menghantar wakil masing-masing ke meja rundingan. Ini akan meningkatkan interksi dan komunikasi serta sering berlakunya konfrantasi. Melalui perundingan ini perbincangan mengenai punca yang menyebabkan konflik serta tawar menawar akan berlaku. Biasanya strategi ini digunakan oleh kesatuan sekerja untuk menuntut sesuatu dari majikan seperti kenaikan gaji dan keselesaan tempat kerja.
  6. Kaedah persaingan. Melalui kaedah ini salah satu pihak yang berkonflik akan cuba memenuhi matlamatnya dan tidak memperdulikan kehendak pihak lawannya. Melalui strategi ini konfrantasi, bertegang urat, tekanan akan dilakukan sehinggalah satu pihak lainmenyerah kalah. Biasanya teknik ini digunakan oleh pihak majikan sesuatu organisasi dan dalam situasi di mana pengaruh atau kuasa di antara kedua-dua pihak seimbang.
  7. Kaedah penyesuaian. Melalui kaedah ini satu pihak membiarkan pihak lawannya melakukan penyelesaian mengikut kehendaknya. Biasanya kaedah ini dilakukan kerana pihak tersebut menyedari kesalahan dan kesilapannya, sedar bahawa pengaruh atau kuasa lawannya terlalu besar, mementingkan keharmonian atau penyelesaian segera dan mempunyai matlamat untuk menuntut sesuatu yang lebih besar pada masa depan.
  8. Teknik pemerasan otak (diperkenalkan oleh Dr. Alex Osborn). Melalui teknik ini pihak-pihak yang terbabit akan berkumpul dan setiap ahli akan bersama-sama memikirkan dan memberi idea ke arah penyelesaian sesuatu konflik. Setiap ahli bebas mengemukakan idea masing masing dan cuma dikritik kemudian. Biasanya kaedah ini sesuai untuk memperbaiki sesuatu dasar organisasi. Idea-idea yang dikumpulkan dan diperbincangkan sehingga cuma idea yang bernas sahaja dipilih.
  9. Teknik senarai semakan. Melalui teknik ini pihak yang berkenaan akan menyenaraikan perkara-perkara dan keperluan kepada seuatu masalah. Butiran-butiran yang diprolehi akan dibandingkan dengan masalah sebenar yang menimbulkan konflik dan diserahkan kepada subjek atau pihak yang berkenaan untuk menentukan jalan penyelesaiannya. Kelemahan teknik ini adalah banyak masa terbuang kerana memikirkan butiran yang tiada berkaitan dengan masalah sebenar yang menimbulkan konflik.
  10. Teknik Gordon, Melalui teknik ini perbincangan diadakan dalam satu kumpulan dan dipengerusikan oleh seseorang. Pengerusi tersebut sengaja tidak memahami masalah yang membawa kepada konflik dan membawa perbincangan tersebut ke arah pemerahan otak. Pengerusi akan memulakan perbincangan dengan perkara-perkara yang menimbulkan konflik. Tujuan teknik ini adalah untuk mendapat cuma idea yang bernas sahaja untuk menyelesaikan konflik.

Penutup

Kaunseling merupakan paksi utama untuk mengharmoni dan melahirkan satu wadah ataupun wahana bagi matlamat sesuatu organisasi. Setiap kaunselor yang menjalankan kaunseling perlulah mempunyai kemahiran kemahiran asas dan ciri-ciri kaunselor seperti kemahiran melayan (attending skill), kemesraan (warmth), empati,jujur (genuinness), hormat,refleksi isi dan perasaan, refleksi makna,memfrasa, sepi sejenak dan konfrantasi. Semua kemahiran dan ciri kaunselor ini dapat membantu dalam kelancaran proses kaunseling dalam sesuatu organisasi.

Dalam konteks penyelesaian konflik, penggunaan pendekatan kaunseling bermaksud kaunselor yang mengendalikannya perlu melalui semua proses seperti yang dimaksudkan di atas di samping mempunyai ciri-ciri dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan semasa menjalankan sesi kaunseling. Kaunselor terlebih dahulu menjalinkan kemesraan dengan pihak-pihak yang berkonflik dan seterusnya meneroka punca berlakunya konflik untuk mendapatkan pemahaman yang jelas. Tahap berikutnya adalah mendapatkan kehendak pihak-pihak yang terbabit terhadap penyelesaian konflik tersebut dan dikuti dengan perbincangan mengenai strategi atau kaedah penyelesaiannya.

Penyelesaian konflik samada interpersonal atau dalam organisasi pekerjaan boleh dilakukan dalam bentuk kaunseling individu atau kelompok. Kaunseling individu mungkin sesuai sekiranya konflik yang berlaku adalah di antara dua individu manakala kelompok pula mungkin sesuai sekiaranya ia melibatkan dua pihak yang mempunyai ahli yang ramai. Mudah-mudahan dengan peranan yang dimainkan oleh kaunseling dengan kebijaksanaan dan hemah yang tinggi oleh kaunselor, sesebuah organisasi itu akan mencapai kecemerlangan…


TIPS MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN DIRI

Setiap insan inginkan kecemerlangan di dalam diri mereka. Kecemerlangan diri tersebut adalah untuk diri individu itu sendiri, keluarga, kerjaya, bangsa, agama dan negara. Teknik atau cara untuk cemerlang dipelajari samada melalui didikan daripada ibubapa, guru, saudara mara, jiran, rakan-rakan, kursus/seminar atau melalui pengalaman realiti yang telah ditempuhi. Maknanya, terdapat pelbagai cara yang boleh dipelajari dan dipraktikkan mengikut kesesuaian diri individu itu sendiri.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips atau panduan bagi merealisasikan kecemerlangan diri kepada para pembaca sekalian. Keberkesanannya adalah bergantung kepada kesesuaian, cara dan keikhlasan anda mempraktikkannya."Tepuk dada tanyalah selera".

1. Bersikap positif terhadap perubahan

  • Perubahan adalah satu harapan dan bukannya ancaman.
  • Yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk berubah.
  • Melihat diri sebagai agen perubahan.

2. Bersikap postif terhadap diri sendiri

  • Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi.
  • Semangatkan diri untuk mendapatkan kemahiran baru.
  • Wujudkan keberanian dan yakin dengan Allah.
  • Menerima ketidaksempurnaan tetapi perlu menghormati diri sendiri.
  • Bentuk imej diri yang positif.
  • Bersyukur bila dikeji dan beristighfar bila dipuji.

3. Bersikap positif terhadap kepemimpinan

  • Yakin mengenai kebolehan untuk memimpin diri dan orang lain.
  • Mempunyai pegangan positif mengenai :

I. Kebijaksanaan diri

II. Kebolehan diri

III. Kemampuan/keupayaan diri

  • Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk :

I. Mencari alternatif dan pilihan serta boleh membuat keputusan.(lakukan solat istikharah untuk membantu)

II . Bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi diri sendiri - menulis skrip hidup sendiri.

III. Mengubah apa yang perlu diubah secara mental, emosi dan tindakan.

IV. Berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

4. Bersikap positif terhadap masalah

  • Menerima hakikat bahawa "masalah adalah asam garam kehidupan".
  • Setiap masalah boleh dipecahkan kepada beberapa masalah kecil.
  • Setiap masalah Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya jika berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah. Jika kita tidak mampu menyelesaikannya, orang lain mungkin boleh membantu.
  • Setiap masalah mempunyai hikmah yang tersembunyi.
  • Merasionalkan pemikiran bahawa masalah adalah satu cabaran atau keputusan yang perlu diurus.

5. Bersikap positif terhadap orang lain.

  • Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain.
  • Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain.
  • Kita memerlukan orang lain untuk berkongsi idea atau pendapat.

6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood

  • Emosi perlu 'berehat' sekali-sekala (emotional retreat).
  • Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri.
  • Setiap emosi ada maksud yang tersirat.
  • Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik.
  • "Ada pasang, pasti ada surut".

7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif

  • Hormati idea dan pemikiran sendiri.
  • Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu organisasi baru.
  • Walaupun idea kurang bermutu, jangan menyalahkan diri sendiri kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai idea.

8. Bersikap positif terhadap keputusan yang dibuat

  • Ingat bahawa setiap keputusan mempunyai risiko.
  • Tidak mahu membuat keputusan adalah satu "keputusan".
  • Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik.

9. Bersikap positif terhadap qada' dan qadar

  • Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah.
  • Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita.
  • Manusia mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

10. Bersikap positif terhadap matlamat yang ditetapkan

  • Matlamat akan positif jika dikuasai oleh pemikiran yang positif.
  • Perlu rasa malu pada diri sendiri sekiranya matlamat yang ditetapkan tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan berkesan.
  • Sentiasa memperbaiki diri jika matlamat tidak tercapai dan jangan berputus asa.

RENCANA

11 CARA KAWAL STRESS

Masalah di tempat kerja, kesesakan lalulintas dan kesibukan melayan kerenah anak – anak di rumah amat memeningkan kepala. Kadangkala tension jadinya. Dalam erti kata lain, anda sebenarnya mengalami stress atau tekanan.

Stress merupakan penyakit emosi yang tidak dapat dipisahkan di dalam kehidupan kita. Pada umumnya, stress ialah ancaman terhadap individu. Ia lahir daripada perubahan luaran atau dalaman yang melebihi keupayaan individu untuk mengendalikannya sehingga menjejaskan kehidupan harian.

Menurut Dr. Anisah Omar dari Jabatan Psikiatri, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ketika membentangkan kertas kerja mengenai stress dalam Program Wacana Wanita di Yayasan Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur baru – baru ini kita tidak dapat lari dari masalah tekanan, tetapi kita perlu tahu cara mengawalnya agar tidak menjejaskan kehidupan.

TANDA – TANDA STRESS

Tanda – tanda stress boleh dibahagikan kepada empat iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan sosial.

TANDA FIZIKAL

1. Sakit kepala.

2. Cepat penat, lemah, letih, tidak bermaya dan banyak berpeluh.

3. Berdebar – debar, sakit dada, sesak nafas seolah – olah sakit jantung.

4. Cirit – birit, kerap buang air dan mudah mendapat penyakit fizikal seperti asma, sakit jantung, darah tinggi dan diabetis.

5. Penyakit kulit dan kanser. Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan pesakit bergantung kepada turun naik emosi. Penyakit barah misalnya, lebih cenderung mengalami stress. Kajian juga menunjukkan sesiapa yang mengalami stress yang tinggi, mati dalam usia yang muda.

TANDA PSIKOLOGIKAL

Tension, tidak tenang, risau, resah, murung, sedih, cepat marah (moody) dan cepat bosan.

TANDA SOSIAL

1. Hubungan antara suami, isteri, jiran dan rakan sekerja yang terjejas.

2. Penyalahgunaan dadah.

3. Menghisap rokok secara berlebihan.

4. Kemalangan.

5. Selalu ponteng kerja.

6. Produktiviti merosot.

PUNCA – PUNCA STRESS

Keadaan Fizikal

1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja.

2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung.

Psikologikal

Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :

1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru.

2. Memulakan alam rumahtangga.

3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda.

4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.

STRESS DI TEMPAT KERJA

Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :

1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan.

2. Beban kerja terlampau banyak.

3. Bekerja dalam tempoh yang panjang.

4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor.

5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama.

6. Konflik peranan.

7. Kekaburan tugas.

8. Sikap ketua di tempat kerja.

Namun, buakan semua orang yang menghadapi stress akan mengalami kesan yang sama. Tindak balas terhadap stress bergantung kepada personaliti seseorang itu. Antara personaliti tersebut ialah:

Personaliti A

Personaliti ini banyak dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan stress seperti jantung dan darah tinggi. Biasanya seseorang yang mempunyai personaliti A bercita – cita amat tinggi, motovasi diri yang tinggi, kuat bekerja, selalu sibuk dan cemas serta sentiasa mementingkan kerja manakal hal – hal lain adalah tidak penting.

Golongan ini banyak mneghabiskan masa untuk bekeja tanpa fikirkan keseronokan. Golongan ini juga kurang mempunyai hubungan dengan orang lain. Mereka selalunya tidak dapat menerima kegagalan.

Personaliti B

Individu yang tenang, membuat kerja satu persatu, tidak terburu – buru mempunyai ekspektasi yang realistik dan boleh menerima kegagalan. Golongan ini boleh mengendalikan stress dengan baik,

Personaliti Bimbang

Individu yang mudah risau dan tension dalam apa jua keadaan walaupun hanya melibatkan perkara kecil.

Personaliti Tidak Asertif

Individu yang berpesonaliti seperti ini biasanya tidak selesa meluahkan perasaan marah, tidak seronok atau tidak suka. Lebih suka memendam perasaan dan tidak selelsa menerima pertolongan orang lain serta menanggung segala beban sendiri. Golongan ini juga tidak boleh mengatakan tidak.

CARA MENGENDALIKAN STRESS

1. Sokongan Sosial daripada keluarga, rakan sekerja dan ketua

2. Mengubah persekitaran, tindakbalas dan persepsi. Kenal pasti tempat baru yang akan dituju agar dapat mengurung stress.

3. Menanam tabiat yang dapat meningkatkan rintangan terhadap stress. Contohnya, mengamalkan cara hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang, mengimbangi kehidupan kita dan melakukan kerja secara tenang.

4. Ambil masalah yang dihadapi secara positif. Contohnya, anggaplah segala musibah yang datang sebagai penghapus dosa. Kesedihan, kesusahan di dunia adalah kegembiraan di akhirat.

5. Meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.

6. Mengendalikan perasaan dan masalah secara berkesan.

7. Melakukan sesuatu untuk menghilangkan kebosanan.

8. Membentuk jaringan sokongan yang baik, pengurusan masa, perubahan persepsi dan menerima kenyataan.

9. Mengimbangi aktiviti.

10. Ubahsuai prinsip hidup.

11. Menerima stress sebahagian dari hidup.

MEMANFAATKAN MASA ANDA DENGAN SEBAIK – BAIKNYA

Anda perlu mengawal kehidupan anda kalau andamahu mengurus masa dengan berkesan. Kehidupan yang teratur menjadikan anda mempunyai masa untuk segala urusan, untuk merancang, bertindak dan membuat tindakan susulan. Masa tidak digunakan untuk menyesal, atau untuk cuba melalui kehidupan yang lalu, atau untuk menjelaskan sebab mengapa sesuatu yang diperlukan tidak dilakukan.

Pengurusan masa ialah bidang yang pesat menjadi lebih penting dalam kehidupan peribadi individu dan dalam struktur korporat, terutama berhubung dengan pengurus daripada pentadbir atasan kepada penyelia peringkat pertama. Pengurusan masa yang baik mendatangkan faedah dari segi penjimatan kos projek dan penggunaan sumber yang paling berharga dalam organisasi, iaitu manusia. Menurut Peter F. Drucker, “ Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus.”

Terdapat begitu banyak aspek “ sistem ” yang juga dilaksanakan bagi memperbaiki mutu penggunaan masa. Contoh sistem itu ialah: jenis meja yang anda gunakan, cara mewujudkan sistem fail yang baik, cara mengadakan sistem yang baik untuk mendapat kembali maklumat, dan menyelia begitu banyak peranti lain yang menjimatkan masa dan kerja. Walau bagaimanapun, sisem tersebut mesti diadakan mengikut tujuan dan jenis organisasi serte individu yang menggunakannya.

Tetapi jauh lebih penting daripada sebarang alat atau sistem ialah kesedaran tentang pentingnya pengurusaan masa yang baik dan matlamat serta objektif yang dapat dicapai oleh individu serta organisasi.

Penyelidikan yang dijalankan oleh penulis tentang tajuk pengurusan masa menghasilkan kesimpulan bahawa terdapat lima faktor utama yang mustahak bagi memperbaiki pengurusan masa.

Penggunaan masa mengikut kebiasaan

Sesungguhnya manusia sangat terikat dengan kebiasaan. Cara kita menghabiskan masa banyak mengikut kebiasaan. Kebanyakan orang tidak benar – benar berfikir secara sedar tentang cara mereka menghabiskan masa. Tentang penggunaan masa mengikut kebiasaan, pakar pengurusan masa Merill E. Douglass menyatakan :

Cara anda menghabiskan masa menentukan cara anda menjalani kehidupan – dan itulah diri anda sebenarnya. Hari esok berkaitan dengan hari ini sama seperti hari ini berkaitan dengan semalam.

Douglass mencabar pembacanya supaya memikirkan cara mereka menghabiskan masa mereka sekarang. “ Belajar mengawal masa anda bermakna mengubah sesetengah kebiasaan penggunaan masa anda. Tetapi anda tidak dapat mengubah kebiasaan penggunaan masa sebelum anda terlebih dahulu mengetahui kebiasaan itu ”. Douglass mencadangkan anda menyimpan rekod tentang cara anda menghabiskan masa selama seminggu dua, atau lebih jika perlu. Catat apa saja yang anda buat semasa anda melakukannya supaya anda tidak terlupa sesuatu pun. Pada setiap hujung minggu, ringkaskan apa yang anda buat dan periksa peratusan masa yang dihabiskan bagi setiap aktiviti. Kemudian periksa sebanyak mana masa itu yang benar – benar digunakan untuk aktiviti yang berorientasikan matlamat dan diberi keutamaan serta banyak mana pula aktiviti yang tanpa tujuan, berulang – ulang dan berkeutamaan rendah.

Ketika menulis sebuah lagi rencana tentang pengurusan masa, En. Rotenbury menggunakan model Norris/Gottfried untuk menunjukkan analisis tentang penggunaan masa yang harus diamalkan oleh pengurus dalam hari biasa :

Masa Hasil – 50 peratus daripada hari biasa. Dalam masa ini pengurus berfungsi dalam batas kepakaran teknikalnya sendiri. Masa ini merangkumi : keputusan yang mendatangkan faedah segera, masa penugasan, penyelesaian masalah,surat – menyurat dan membuat keputusan.

Masa Pelaburan – 25 peratusdaripada hari biasa. Menentukan program jangka panjang, merancang dan menghasilkan penyelesaian alternatif merupakan contoh masa pelaburan.

Masa Organisasi – 15 peratus daripada hari biasa. Masa ini untuk tugas pentadbiran : laporan, persidangan dan mesyuarat eksekutif.

Masa Terbuang – 10 peratus daripada hari biasa. Masa ini termasuk aktiviti tidak produktif, masalah tidak dirancang dan yang seumpamanya.

Nilai yang didapati daripada amalan merekod, menganalisis dan mengemaskinikan sistem untuk mengesan penggunaan masa amat perlu ditekankan.menurut Merill Douglass, hampir semua orang membuang masa sekurang – kurangnya dua jam setiap hari. Dengan menganalisis cara anda menggunakan masa, anda akan mempunyai lebih banyak masa budi bicara, iaitu satu – satunya masa yang sebenarnya anda kawal. Senaraikan perkara yang mesti dilakukan.perkara yang masih ada dalam senarai hari ini haruslah dipindahkan ke dalam esok kecuali sudah terlewat atau tidak begitu penting sehingga boleh digugurkan daripada senarai baru. Jangan simpan senarai sampai berhari – hari; senarai untuk ditulis semula, dibatalkan dan dikoyak. Pendek kata, buat senarai baru setiap hari dan cuba kelompokkan tugas yang serupa.

Penetapan matlamat

Sesudah membuat analisis tentang bagaiman kita kini menghabiskan masa, haruslah nyata kepada kita bagaimana kehidupan kita diimbangkan dalam kaitannya dengan pelbagai aspek kehidupan kita. Aspek tersebut termasuk kerjaya, keluarga, pembangunan sosial dan diri, dan matlamat rohaniah. Mengenai matlamat, Merill Douglass menyatakan :

Kebanyakankita tidak begitu memikirkan matlamat. Kita cuma bergerak balas atau berinteraksi terhadap tekanan daripada oarang atau benda lain. Jika anda mahu mengawal masa dan kehidupan anda sendiri, anda mestilah memutuskan matlamat anda. Orang lain tidak dapat melakukannya untuk anda. Oleh sebab kita cenderung menemui apa yang kita cari, maka kita perlu mengejar matlamat peribadi yang betul.

Rancang masa anda dengan menetapkan matlamat, iaitu matlamat tentang perkara yang ingin anda buat, yang dibahagikan kepada objektif jangka panjang dan jangka pendek. Tentukan masa yang anda cadang diuntukkan bagi setiap matlamat yang anda tetapkan. Ini melibatkan rancangan tindakan untuk sehari – hari di samping untuk matalamat sepanjang hayat.

Dalam hari anda, tekankan dua tiga perkara utama yang ingin anda laksanakan dan bukan membuat keropas – kerapis daripada segala kerja. Matlamat anda haruslah khusus, iaitu dipecahbahagikan kepada objektif yang konkrit, di samping boleh dicapai dengan munasabah.

Sebaik sahaj matlamat anda ditetapkan, anda perlu menentukan keutamaan. Nilai matlamat anda mengikut pentingnya. Selepas anda menyusun matlamat serta objektif anda mengikut sistem keutamaan, anda mesti tumpukan usaha pada matlamat serta objektif yang paling penting bagi anda.

Matlamat harus menjadi bahagian penting daripada kehidupan anda. Di samping menjadi alat untuk mengurus masa dengan lebih baik, matlamat boleh mendatangkan kesan kedua dengan mengurangkan tekanan dalam kehidupan kita seharian. Dengan menetapkan matlamat dalam ruang kehidupan perniagaan dan kehidupan peribadi, kita boleh mendapat gambran yang lebih baik tentang diri kita dan tempat yang kita tujui.

Keutamaan

Proses mnetapkan keutamaan melibatkan perancangan. Tentang perancangan, Profesor Hibbard dan Profesor Landrum berkata :

Sekalipun perancangan memakan masa pada peringkat awal, perancangan mengimbangi masa itu secara berlebihan dengan mendatangkan hasil yang lebih baik dan dengan menjimatkan masa dalam pelaksanaan sebenar aktiviti. Jadi luangkan masa untuk merancang. Jangan terlibat dalam pengurusan krisis. Supaya anda dapat merancang dan menentukan keutamaan dengan betul, manfaatkan awal atau akhir hari untuk menetapkan matlamat harian dan menyusunnya mengikut mana yang lebih penting.

Para penulis berpendapat bahawa keutamaan harus ditetapkan setiap hari. Tulis semua perkara yang anda rancang lakukan pada esok hari dan kemudiannya nilaikannya mengikut mana yang lebih penting: “A”, “B” atau “C”. Pupuk kebiasaan merancang setiap hari. Tulis matlamat dan rancangan anda dalam senarai harian dan ikut senarai itu. Ini merupakan cara yang sangat cepat untuk mengawal masa anda dengan lebih baik. Sebenarnya, anda menganalisis cara anda menggunakan masa sebelum bertindak – sewaktu anda masih dapat mengubahnya. Perancangan matlamat kecil tiap – tiap hari amat mustahak bagi mengurus masa dengan baik. Keutamaan mesti ditetapkan supaya perancangan matlamat harian menjadi lebih berkesan.

Dengan menjadualakan masa anda secara berkesan melalui penetapan keutamaan, anda belajar mengelak daripada membuat komitmen berlebihan. Mempelajari waktunya dan caranya untuk menjawab “tidak”kerana komitmen yang berlebihn mengurangkan keberkesanan diri anda. Ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian pada matlamat penting selalunya kerana anda memberikan masa yang sedikit untuk segala urusan, bukan kerana menumpukan masa yang banyak pada beberapa perkara sahaja. Menetapkan keutamaan memaksa anda menugaskan tanggungjawab kepada orang lain kerana anda mesti menggunakan waktu perdana anda dengan sebaik – baiknya.

Lebih banyak yang dapat anda lakukan dalam masa yang ada melalui penjadualan yang berkesan. Langkah pertama adalah untuk meluangkan sedikit masa setiap hari untuk berfikir, merenung dan merancang. Ini seharusnya masa yang tenang untuk menyusun fikiran anda. Perkara ini amat penting. “Masa tenang” memastikan kesempatan untuk berfikir dan merancang. Masa tenang bukanlah idea yang baru sama sekali. Dari semasa ke semasa pengurus yang berkesan menutup pintu dan meminta setiausaha mereka atau operator telefon menjawab panggilan supaya mereka mendapat masa untuk menumpukan fikiran tanpa gangguan. Kita semua mempunyai waktu perdana, iaitu sejam dua setiap hari apabila kita dapat berfikir secara kreatif dan bekerja dengan kecekapan puncak (maksimum). Bagi sesetengah orang, masa perdananya pada awal pagi, manakal bagi yang lain, pada lewat malam. Masa inilah yang digunakan untuk menyediakan ucapan, menulis kertas kerja, atau menyiapkan yang ketinggalan dengan segera. Pengurus yang paling berkesan dapat mengatur masa budi bicara mereka supaya bertepatan dengan masa puncak. Orang yang tidak suka bangun pagi tetapi bekerja dengan lebih baik pada waktu malam boleh “menandatangani buku keluar”. Orang lain pula boleh bermula awal bagi mengelakkan gangguan. Pendek kata, anda harus menggunakan waktu perdana ntuk tugas penting, berfikir dan merancang.

Dengan menganalisis penggunaan masa, dengan menetapkan matlamat dan keutamaan, kehidupan anda mejadi teratur; anda mengatasi halangan besar kepada usaha mengurus pejabat, perniagaan atau rumahtangga dengan cekap. Dengan kehidupan yang lebih teratur di pejabat atau di rumah, anda mempunyai kefahaman yang lebih jelas tentang kerja penting yang perlu diurus dahulu. Begitu banyak masa yang terbuang setiap hari desebabkan kecelaruan yang ketara di kebanyakan pejabat perkara ini jelas sekali tergambar pada keadaan meja seseorang.

Meja seharusnya merupakan alat bagi orang yang memerlukannya untuk menjalankan kerja. Mja bukan kabinet bai menyimpan sebarang barang lama yang terkumpul. Mja anda haruslah berfungsi, bukan sekadar sedap dipandang. Laci meja harus digunakan sebagai tempat simpanan sementara bagi benda yang sentiasa diperlukan untuk menjalankan kerja. Sekiranyaanda tidak memerlukan laci, jangan gunakan meja yang berlaci kerana ini boleh menjadi tempat barang – barang berselerak.

Fail juga harus disusun bagi membolahkan maklumat diperolehi kembali dengan cepat, bukan menjadi penghalang. Fail perlu dilabel dengan baik dan diatur mengikut susunan yang mudah bagi memastikan bahan berfail dapat dicari dalam beberapa saat sahaja. Fail harus disusun mengikut kategori aktif, tidak aktif dan buangan. Hanya fail aktif perlu disimpan berdekatan dengan meja anda. Buang fail buangan dan alihkan fail tidak aktif ke ruang yang lebih endah kosnya. Sebaik sahaja ini dilakukan, teruskan amalan mengemas – kinikan fail.

Mengatur keadaan meja dan kaedah mengendalikan bahan bertulis merupakan contoh keutamaan asa dalam mana – mana jenis operasi. Proses penetapan keutamaan memastikan keperluan asas bagi mengurus pejabat atau perniagaan tidak diketepikan atau dipandang rendah

Komunikasi

Dalam satu kajian, 74 peratus daripada pengurus yang diambil sebagai sampel daripada syarikat di Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun mangatakan bahawa satu – satunya rintangan terbesar kepada kecemerlangan korporat ialah kegagalan komunikasi. Pernah dikatakan bahawa komunikasi pada organisasi sama seperti darah pada badan – tanpanya kedua – duanya akan mati.

Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan kejelasan, kefahaan, komitmen dan kreativiti. Supaya kejelasan dan kefahaman diperoleh, saluran komunikasi yang menega mestilah dibuka. Orang bawahan berhak ntuk mengetahui sesuatu yang dikehendaki oleh penyelia daripada mereka. Mereka mesti diberi maklumat yang berkaitan dengan segera, dengan ringkas lagi padat dan secara lansung. Bukan sahaja komunikasi ke atas daripada orang bawahan kepada penyelia mesti juga diadakan. Komunikasi ini boleh digalakkan oleh penyelia kalau dia bersungguh – sungguh meminta maklum balas; dengan meminta, mengakui dan menghargai idea yang dikemukakan; dengan bersikap fleksibel dalam megambil kira perbaikan yang dicadangkan orang bawahan. Langkah ini akan menghasilkan komitmen dan kreativiti pada pihak orang bawahan; dan pengurusan masa tidak mungkin menjadi masalah sekiranya ada orang yang komited lagi kreatif.

Pelengahan

Pelengahan merupakan halangan besar bagi hampir semua orang yang ingin memperbaiki penggunaan masanya. Terdapat tiga sebab yang membawa kepada pelengahan : (1) kerja yang tidak menyenagkan, (2) projek yang sukar dan (3) tidak dapat membuat keputusan.

Bagi kebanyakan orang, kerja yang tidak menyenangkan menjadi satu sebab terbesar mereka berlengah – lengah. Kita cenderung menangguhkan kerja kerana membuatnya tidak menyenangkan. Dengn kata lain, kita tidak mendapat sebarang kepuasan dengan melakukan kegiatan berkenaan. Menangguhkan kerja yang tidak menyenangkan, tetapi akhirnya perlu dibuat, hanya menjadikannya lagi tidak menyenangkan. Satu penyelesaian terletak pada cara kegiatan harian dijadualkan. Kerja yang anda dapati paling tidak menyenangkan dan kerap anda tunda hendaklah dijadualkan dahulu. Dengan cara itu anda, dapar membereskannya dengan cepat, lalu anda bebas untuk menumpukan perhatian pada kerja yang selebihnya pada hari itu.

Cara lain untuk menangani kerja yang tidak menyenagkan : menganalisis kerja untuk memahami apa yang menjadikannya tidak menyenangkan; menggarap kerja yang tidak menyenangkan sedikit demi sedikit, dengan melakukannya selama lima atau sepuluh minit pada satu – satu, beklajar cara untuk mengenali beberapa aktiviti kritikal yang perlu anda buat dan menumpukan perhatian untuk melakukannya dahulu. Haris Rotenbury mengesorkan : “ Tetapkan batas waktu bagi setiap matlamat. Inilah cara yang sebaik – baiknya untuk mempercepat perlaksanaan kerja.”

Punca kedua perlengahan, iaitu kerja yang sukar, memerlukan pendekatan memecah – mecahkan kerja kepada unit yang kecil dan menumpuka perhatian pada sebahagian demi sebahagian. Ini dapat dilakukan samada dengan memecahkan unit mengikut kandungan atau mengikut masa yang dperuntukkan bagi setiap subunit. Melalui kaedah ini kerja yang rumit menjadi beberapa kerja yang lebih muda. Dengan itu, kita mendapat perspektif yang lebih baik tentang titik permulaan kerja. Sebaik sahaja kerja dimulakan, bahagian yang kecil – kecil tadi dapat diselitkan dengan lebih mudah. Selalunya kita mengelakkan kerja yang sukar semata – mata kerana kita tidak tahu diaman hendak bermula.

Punca ketiga perlengahan ialah kita tidak dapat membuat keputusan. Semua orang mahu membuat keputusan yang betul bagi mengelakkan natijah yang tidak memuaskan. Langkah yang paling baik adalah dengan mengumpulkan segala maklumat yang ada, membuat keputesan berkenaan dan kemudian beralih kepda perkara lain. Lebih – lebih lagi jangan asyik berasa risau dan berbuat kecoh atau mengolah semula masalah. Jika ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan anda, anda boleh menanganinya apbila masalah itu timbul.

Sarjana dalam bidang pengurusan masa mengesorkan dua cara untuk mengelakkan perlengahan. Pertama, jelaskan objektif anda, pastikan apa yang sebenarnya ingin kita lakukan. Syor yang kedua, pupuk kebiasaan merancang etiap hari. Tulis butir – butir perkara yang hendak anda siapkan setiap hari, kemudian kerjakannya bermula dengan yang paling penting dahulu. Akhirnya seperti mana – mana masalah, perlengahan dapat diatasi melalui tindakan positif.

ICT Dan Peranannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia


Pengenalan

ICT adalah merupakan gabungan kemajuan dalam komunikasi teknologi elektonik mikro dan telekomunikasi untuk menyalur maklumat supaya dapat membuat keputusan yang tepat. Dalam pendidikan, ICT boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses dan menyalurkan serta menyebarkan maklumat secara pantas seperti hantaran elektronik (e-mail) atau CD Rom untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

ICT boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan teknologi komunikasi seperti pengajaran berasaskan komputer. Kebolehan menstruktur dan menyusun maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap orang guru dalam zaman maklumat ini. Sistem pendidikan kini mengalami perubahan berikutan dengan perkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kurikulum serta proses pengajaran dan pembelajaran dan sekolah akan dibanjiri oleh maklumat yang dibawa oleh teknologi-teknologi maklumat baru. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat serta untuk menghadapi cabaran ini, guru, pelajar, pusat sumber pendidikan,ibu bapa dan Kementerian Pendidikan mestilah menilai semula peranan masing-masing bersesuaian dengan revolusi zaman maklumat.

Peranan Guru, Pelajar, Pusat Sumber Pendidikan dan Kementerian Pendidikan

Menurut Reigelath (1987) semakin jauh kita berada dalasm masyarakat yang berteknologi tinggi, cepat berubah dan berorientasikan maklumat, semakin rendah struktur sistem pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini kita perlu mengubah dan menilai semula cara pentadbiran sekolah, pendekatan dan cara murid belajar untuk disesuaikan dengan arus perkembangan ICT kini. Guru memainkan peranan penting dalam mengubah pendekatan dan cara murid belajar.

Pertama guru berperanan bukan lagi sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat tetapi bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus untuk mendapatkan maklumat.

Kedua guru harus mempunyai kebolehan menyusun semula ledakan maklumat yang diperolehi dari berbagai sumber supaya dapat dijadikan maklumat yang berstruktur untuk tujuan pengajaran. Pengetahuan dalam reka bentuk pengajaran boleh membantu guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti hipermedia atau multimedia.

Ketiga guru-guru harus tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom, cakera padat, hantaran melalui telesidang audio, video dan komputer untuk memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau penyebaran maklumat kepada pelajar. Kemudahan yang dibekalkan oleh teknologi-teknologi telekomunikasi ini dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala peranan pelajar pula untuk mendapat faedah dari perkembangan teknologi maklumat ini,

  1. pertama pelajar harus bijak mengesan, mencari, menilai, memilih dan menggunakan maklumat yang sesuai secara berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan tanpa mengira daripada mana sumber tersebut diperolehi. Pelajar juga harusmempunyai kemahiran membaca, belajar dan menjalankan ujikaji serta penyelidikan untuk menjadi pengguna maklumat yang berkesan.
  1. Kedua pelajar hendaklah mendapatkan dan melengkapkan diri dengan maklumat yang sebanyak mungkin sesuai dengan matlamat kerajaan mewujudkan masyarakat yang kaya dengan maklumat menjelang tahun 2020.
  1. Ketiga, pelajar juga harus tahu menggunakan teknologi maklumat yang terdapat di pusat sumber sekolah. Pelajar tidak hanya bergantung kepada guru untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi hendaklah berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Pendekatan pengajaran akan berubah daripada tingkahlaku dan kognitif ke konstruktif di mana pelajar digalakkan berfikir dan membina model mental sendiri menggunakan teknologi maklumat. Cara pelajar belajar tidak lagi terikat dalam bilik darjah tetapi belajar di pusat sumber elektronik melalui maklumat yang disalurkan oleh satelit ke pusat sumber elektronik.


Pusat Sumber Pendidikan (PSP) juga memainkan peranan dalam memastikan para pelajar dan kakitangan menjadi pengguna idea serta maklumat yang berkesan dengan :

1. Menyediakan kemudahan yang membolehkan akses fizikal dan intelek kepada bahan-bahan pelbagai format.

2. Menyampaikan pengajaran bagi memupuk kecekapan dan minat untuk membaca, menonton, menggunakan maklumat dan idea.

3. Memberikan kepimpinan, pengajaran dan bantuan nasihat dalam teknologi pengajaran dan teknologi maklumat serta penggunaan prinsip-prinsip reka bantuk pengajaran yang baik.

4. Menyediakan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti yang dapat menyumbangkan kepada pembelajaran sepanjang hayat.

5. Menyediakan tempat yang dapat berfungsi sebagai pusat maklumat di sekolah yang mana kegiatan pembelajaran bersepadu antara semua mata pelajaran, semua tahap dan aktiviti pembelajaran seluruh sekolah dapat dijalankan.

6. Mengadakan berbagai sumber dan aktiviti pembelajaran yang menggambarkan kepelbagaian pengalaman, pendapat perspektif sosial dan kebudayaan yang dapat menyokong konsep kebebasan intelektual dan akses kepada maklumat dalam sebuah masyarakat.

Bagi Kementerian Pendidikan pula memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi ini. Kementerian perlu memasukkan kurikulum ICT dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) secara menyeluruh. Kementerian Pendidikan, juga harus menyelaras dan bekerjasama di antara pengeluar atau penerbit filem atau video dokumentari seperti Jendela Dunia, Hari Dalam Sejarah dan sebagainya agar program-program pendidikan ini boleh digunakan oleh institusi-institusi pendidikan. Langkah ini akan memberi peluang kepada pelajar memperolehi maklumat yang terkini dan memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran pelajar. Selain peranan guru,pelajar, PSP , Kementerian Pendidikan, ibu bapa dan masyarakat setempat juga harus prihatin terhadap perkembangan ICT serta kesannya terhadap pembelajaran seumur hidup. Proses pembelajaran tidak hanya bergantung kepada bilik darjah tetapi akan sentiasa dipengaruhi oleh perkembangan ICT. Peluang-peluang pembelajaran pula tidak terhad dan terkongkong oleh umur, tempat, masa dan bentuk kerana ICT melahirkan suasana pembelajaran sepanjang hayat.

Rujukan:

1. Yusup Hashim.Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Shah Alam. 1998.

2. Norhashim Abu Samah. Pengajaran Bantuan Komputer. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1996.

3. Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed & Zalizan Mohd. Jelas. 1992. Aliran dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke- 21. UKM Bangi

4. Robert Fisher. 1993. Teaching Children to Think. Simon & Scmuster Education.