Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Wednesday, November 7, 2007

laporan penuh praktikum terima kasih pn.hjh solehah

BAB 1 : HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1 LATAR BELAKANG SEKOLAH

1.1.1 Maklumat Asas Sekolah

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG

KOD SEKOLAH : BEA 7620

ALAMAT : KUNDANG

48020 RAWANG SELANGOR

1.1.2 Sejarah Sekolah SMK Seri Kundang

Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Kundang ( SMKSK ) telah ditubuhkan pada bulan November tahun 2002. Sekolah ini dibina di atas tapak berkelulusan 8.3 ekar yang berada dalam kawasan Mukim Rawang Daerah Gombak iaitu kira-kira 50 km dari Kuala Lumpur. SMKSK dikelilingi oleh kawasan perumahan iaitu Kampung Melayu Seri Kundang, Kampung Permata, Bandar Baru Kundang Jaya , Kundang Cina dan Taman Rahmat Jaya.

Faktor pendorong utama ke arah penubuhan SMKSK antaranya adalah kerana pertambahan penduduk dan keperluan pendidikan di kawasan setempat. Tambahan pula, sekolah yang sedia ada iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading ( SMKBG) tidak dapat memenuhi permintaan pendidikan penduduk setempat. Faktor lain iaitu faktor jarak yang jauh dengan tempat tinggal murid sering dijadikan alasan bagi pelanggaran disiplin sekolah seperti datang lewat dan ponteng sekolah.

SMKSK mula beroperasi pada 6 Januari 2003 di mana sidang persekolahannya hanya sesi pagi sahaja. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan 3 tingkat , 1 blok setingkat untuk Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu , kantin, pondok pengawal, rumah pam. Pada tahun itu bilangan guru hanya 16 orang dan 143 murid Tingkatan satu ( 1 ) sahaja. Pentadbiran sekolah diletakkan di di bawah Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Semasa pembukaannya SMKSK tidak mempunyai pengetua. Tugas-tugas pengetua ditanggung kerja oleh Penolomg Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum dan dibantu oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid . Jawatan pengetua hanya diisi mulai tahun 2004.

Bilangan murid dan tenaga pegajar di di SMKSK betambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2004, sekolah ini mula meneima murid perintis Tingkatan 4 yang menjadikan jumlah murid keseluruhan seramai 560 orang daripada kelas peralihan, tingkatan 1 dan 2 . Murid-murid di sini terdiri daripada 3 kaum utama. iaitu Melayu, Cina dan India. Bilnagan guru seramai 35 orang, 8 orang kakitangan sokongan dan 4 orang pekerja swasta. Pada tahun 2005 pula, buat pertama kali SMKSK mempunyai murid dari semua tingkatan iaitu Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 4 dan 5. dan SMKSK mempunyai calon Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang pertama.

Mulai tahun 2006, SMKSK telah membuka kelas khas iatu Kelas Aliran Agama (KAA ) dan kemasukan murid ke kelas ini adalah murid yang mencapai keputusan baik dalam UPSR iaitu antara 2A 3 B hingga 5A. selain daripada memiliki perwatakan yang baik dan boleh membaca al Quran dan membaca Jawi. Calon yang layak dikehendaki melalui ujian bertulis dan ujian lisan untuk dipilh mengikuti kelas aliran agama ( KAA). Kini SMKSK telah mempunyai kelas KAA sebanyak dua kelas iaitu Tingkatan 1 Wardah dan Tingktan 2 Wardah.

Kini SMKSK terdiri daripada 68 orang guru, 1046 orang pelajar 11 orang kakitangan sokongan dan melibatkan 34 buah kelas iaitu 1 kelas Tingkatan Peralihan, 6 kelas Tingkatan 1 ( 6 kelas aliran biasa dan 1 Kelas Aliran Agama ( KAA ) , 7 kelas Tingkatan 2 ( 6 kelas aliran biasa dan 1 kelas Aliran Agama ( KAA) , 7 kelas Tingkatan 3, 7 kelas Tingkatan 4 ( 1 kelas Aliran Sains Tulen, 1 kelas Aliran Sains Teknologi, 3 kelas Aliran Sastera dan 5 kelas Tingkatan 5 ( 1 kelas Aliran Sains Tulen, 1 kelas Aliran Sains Teknologi, 2 kelas Aliran Sastera. ). Sementara pakej SPM yang ditawarkan ialah pakej Sains Tulen yang terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi dan English For Science And Technology ( EST ). Pakej Sains Teknologi terdiri daripada Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Pertanian dan English For Science And Technology ( EST ). Pakej Sastera Ikhtisas terdiri daripada Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral, Sejarah, Prinsip Akaun, Bilangan ini dijangka bertambah dari masa ke semasa mengikut keperuan. Diharapkan semoga visi sekolah ” Sekolah Menengah Seri Kundang Menjadi Cemerlang Di Daerah Gombak Menjelang 2009 ” tercapai.

1.1.3 Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah

” Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang Menjadi Cemerlang Di Daerah

Gombak Menjelang 2009”

Misi Sekolah

1. Memupuk sahsiah dan nilai murni dijiwa seluruh pelajar.

2. Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang.

3. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.

4. Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum.

5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif’.

6. Mewujudkan kerjasama yang erat dengan komuniti.

1.1.4 Objektif / Moto Sekolah

Cergas, Cerdas, Cemerlang

Cergas - pelajar yang mempunyai fizikal yang cergas akan melibatkan diri

secara aktif dalam setiap aktivoti kurikulum dan kokurikulum

Cerdas melahirkan pelajar yang cerdas supaya dapat memberi sumbangan

kepada bangsa , negara dan agama.

Cemerlang – pelajar yang cergas dan cerdas akan dapat mencapai kehidupan

yang cemerlang.

1.1.5 Falsafah dan Nilai

1.1.5.1 Lencana Sekolah

Warna kundang

- berdasarkan warna buah kundang yang berwarna unggu

Tiga garisan

- mewakili masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelajar

Melayu, Cina dan India

Tiga gegelung

- menjelaskan kewujudan kegiatan sukan dan permainan

Komputer

- menjelaskan sekolah ini menitik beratkan kemahiran ICT

Skrol dan topi

- memberi perangsang agar pelajar berusaha mecapai

kecemerlangan diri sehinga mencapai tahap pendidikan

akademik yang paling tinggi.

Tahun 2003 /1423 M

- berdasarkan Tahun Masehi sekolah ini memulakan sesi

persekolahan dan penggunaan Tahun Hijrah menunjukkan

penerapan agama Islam.

Lencana SMK Seri Kundang

1.1.5.2 Bendera Sekolah

Bendera SMK Seri Kundang

1.1.6 Piagam Pelanggan

Kami warga SMKSK bersedia menerima dan memberi perkhidnatan dengan penuh cekap dan mesra bagi mencapai kecemerlangan selaras dengan visi sekolah dan falsafah pendidikan negara.

1.1.7 Struktur Organisasi

Carta : Organisasi Sekolah

1.1.8 Pelan Lokasi Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kumdang

Lokasi sekolah SMK Seri Kundang terleatak berhampiran Kampung Kundang dan Kampung Seri Kundang medominasi persekitaran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang. Jarak Sekolah ke Kuala Lumpur kira-kira 50 kilometer.

Lakaran Pelan Lokasi Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kumdang

1.1.9 Kemudahan dan Prasarana Sekolah

Jadual 1 : Prasarana Sekolah

Bil

Blok

Prasarana

1

A

6 buah Makmal Sains

12 buah bilik darjah

2

B

2 bengkel Lukisan Kejuruteraan

1 bilik Pendidikan Seni Visual

2 bilik Komputer

1 surau

1 bilik persalinan perempuan

7 bilik darjah

1 bengkel ERT

1 bilik sukan

2 bilik wuduk

3

C

20 bilik darjah

1 bilik pengawas

1 bilik PPSMI

1 bilik Permata Hati

1 bilik Kemausiaan

4

D

Pejabat

Bilik Penolong Kanan HEM

Bilik Penolong Kanan Kokurikulum

Bilik Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum

Bilik Pengetua

Pusat Sumber Sekolah

Bilik SPBT ( BOSS )

Bilik Gerakan Pusat

2 bilik Guru

Kedai Buku

5

E

3 bilik KHB ( KMT )

6

F

Bengkel SPN

7

G

Kantin

Balai Pengawal

Rumah pam

1..1.10 Persatuan Ibubapa Dan Guru ( PIBG )

Persatuan Ibubapa Dan Guru ( PIBG ) mula ditubuhkan pada 17 April 2004. PIBG telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali 4 pada 10 Mac 2007. PIBG ditubuhkan berasaskan bahawa sekolah merupakan sebuah institusi yang perlu dimasyarakatkan dengan had-had yang dibenarkan sebagaimana yang diimpikan iaitu memastikan PIBG dan NGO yang lain memaksimumkan peranan bersama dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan pembangunan generasi baru ke arah menghadapi abad ke 21. Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) sekolah ini telah berperanan dengan baik sesuai dengan objektif dan matlamat penubuhannya. Pihak sekolah dan PIBG telah berkerjasama sepenuhnya dalam merealisasikan hasrat sekolah kearah kecemerlangan dalam semua aspek. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan pada tahun 2007 antaranya adalah seperti berikut:

  • Motivasi Perdana yang melibatkan Ibu Bapa pelajar tingkatan tiga dan lima
  • Bengkel kegemilangan pelajar tingkatan tiga dan lima.
  • Program tautan kasih jalinan ukhwah penghuni asrama puteri
  • Program sambutan bulan kemerdekaan
  • Membantu program sekolah terutama Projek Kecemerlangan “ Program Menggilap Permata 2007 “

1.1.10.1 Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Seri Kundang Sesi 2007/2008

Penasihat : Pn.Maimunah Bt Hassan ( Pengetua )

( Ex-officio ) Pn. Jamaliah Binti Abu ( Penolong Kanan )

Pn. Solihah Binti Ghazali ( Penolong Kanan Hem )

Pn.Suhaida Binti Shamsuddin ( Penolong Kanan Kokurikulum )

YDP PIBG : En. Abdul Aziz Bin Md Yatim

Naib YDP : En. Mohd Zainodin Bin Daros @Darusman

Setiausaha : Pn.Masliza Binti Shahadan

Naib Setiausaha : Pn.Julaina Binti Manhuri

Bendahari : Pn.Salina Binti Ghaffar

Nain Bendahari : Pn.Wizana Binti Moktie

Ahli Jawatankuasa

1. Wan Tai Tong

2. Karsinah Binti Samian

3. Abu Bakar Bin Hussin

4. Pn.Che Radziah Binti Yaacub

5. Pn.Faizah Nor Binti Abdullah

6. Pn.Rohana Binti Abd. Aziz

7. En.Azahar Bin Ahmad

8. Pn.Nootrah Abdullah

9. En.Mazlan Bin Hj.Bakri

10. Pn.Saharom Binti Ahmad

11. Pn.Hamidah Binti Baie

12. Pn.Zamiah Binti Ab Ghani

13. En.Zainol Azman Bin Mohd Tahir

14. En.Aziz Bin Ab Ghani

Sumbangan kewangan PIBG untuk sebuah keluarga sebanyak RM20.00.

1.2 DATA DAN STATISTIK MENGENAI SEKOLAH

1.2.1 .Enrolmen Murid

Jadual 2 : Enrolmen Murid ( Data SMM pada 30 Jun 2007 )

Bil

Tingkatan

Bil kelas

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Jumlah

1

Peralihan

1

0

10

4

0

14

2

1

7

194

26

13

9

242

3

2

7

209

16

8

3

236

4

3

7

181

18

15

17

231

5

4

7

159

29

8

6

202

6

5

5

104

7

3

7

121

Jumlah

34

847

106

51

42

1046

L

P

L

P

L

P

L

P

1046

429

418

51

55

22

29

16

26

1.2.1.1 Latarbelakang Murid

Jadual 8 : Enrolmen murid keseluruhan seramai 1046 orang dari Tingkatan 1 hingga 5.

Pendapatan keluarga

Penerima Biasiswa / SPBT

Sumbangan lain

Kurang dari RM 500.00

100 orang

BKP

69 orang

Kebajikan Masyrakat

2 orang

Lebih dari RM 300.00

81 orang

SPBT

713 orang

Pusat Pungutan Zakat ( PZS )

5 orang

Anak Yatim

39 orang

SPBT

-

-

-

1.2.2 Bilangan Kakitangan Sekolah ( Data EMIS pada 30 Jun 2007 )

Jadual 3 : Jumlah Guru Mengikut Gred Jawatan

Bil

Gred

Jumlah

1

DG 48

1

2

DG 44

10

3

DG 41

53

4

DG 32

1

5

DG 29

3

Jumlah

68

Jadual 4 : Jumlah Staf Sokongan Mengikut Gred

Bil

Gred

Jumlah

1

Pembantu Tadbir N 17

2

2

Pembantu Tadbir Rendah N 11

1

3

Pembantu Am Rendah N 1

4

4

Pembantu Rendah Am ( PRA ) R 1

1

5

Pembantu Makmal C 17

3

Jumlah

11

1.2.3 Pencapaian Akademik dan Kokurikulum

1.2.3.1 Pencapaian Akademik

Jadual 5 : Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007

Bil

Tingkatan

Peratus Lulus

1

Peralihan

100.00

2

Tingkatan 1

68.20

3

Tingkatan 2

65.88

4

Tingkatan 3

66.67

5

Tingkatan 4

53.85

6

Tingkatan 5

60.33

Jadual 6 : Analisa Perbandingan Keputusan PMR Tahun 2005 dan 2006 dan

Jangkaan PMR 2007

Bil

Mata Pelajaran

PMR 2005

%

PMR 2006

%

Perbe-zaan

%

OTI

Percu-baan PMR

TOV

ETR

(Jang-kaan 2007)

1

Bahasa Melayu

93.46

96.77

3.31

69.00

71.93

96.00

2

Bahasa Inggeris

64.47

79.03

14.56

60.44

56.09

79.00

3

Sains

92.76

93.93

1.17

39.65

31.84

93.00

4

Metematik

83.66

88.71

5.05

20.61

24.29

88.00

5

Pendidikan Islam

93.75

94.91

1.16

69.70

57.59

94.00

6

Pendidikan Moral

-

-

-

42.86

45.86

7

Sejarah

99.35

97.18

-2.17

52.84

54.09

99.00

8

Geografi

98.73

95.97

-2.76

60.26

62.93

98.00

9

Kemahiran Hidup(KMT)

90.00

96.61

6.61

92.86

75.00

96.00

10

Kemahiran Hidup(ERT )

95.18

99.23

4.05

97.10

66.18

99.00

11

Bahasa Cina

-

90.91

-

87.50

92.31

95.31

Keputusan keseluruhan

60.00 %

71.66 %

11.66

Murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang ialah :

8A = 11 orang 7A = 7 orang

Jadual 7 : Perbandingan Analisis Keputusan Peperilksaan Sijil Pelajaran Malaysia

2005 dan 2006 dan jangkaan SPM 2007

Bil

Mata Pelajaran

SPM 2005

%

SPM 2006

%

Perbe-zaan

%

TOV

ETR

(Jangkaan SPM 2007 )

1

Bahasa Melayu

91.50

98.30

6.8

63.48

98.30

2

Bahasa Inggeris

62.10

70.90

8.8

33.93

70.00

3

Pendidikan Islam

84.60

90.80

6.2

65.26

90.00

4

Pendidikan Moral

-

75.00

75.0

9.9

75.00

5

Sejarah

73.10

70.10

-3.0

47.79

73.00

6

Matematik

62.70

65.30

2.6

16.07

65.00

7

Sains

92.70

95.3

2.6

11.70

95.00

8

Matematik Tambahan

56.70

68.5

11.8

17.14

68.00

9

Perdagangan

79.5

79.1

-0.4

12.99

79.00

10

Prinsip Perakaunan

45.2

90.4

45.2

72.22

90.00

11

Ekonomi Asas

-

89.2

89.2

35.71

89.00

12

Fizik

95.0

93.3

-1.7

72.22

95.00

13

Kimia

95.0

93.3

-1.7

100.00

100.00

14

Biologi

95.0

93.3

-1.7

44.44

95.00

15

Tasawwur Islam

89.0

93.1

4.1

10.64

93.00

16

Pendidikan Seni Visual

97.6

98.9

1.3

42

98.00

17

Bahasa Cina

-

100

100

94.12

100.00

18

English For Science And Technology ( EST )

100

100

0

100.00

1.2.3.2 Pencapaian Kokurikulum

Semua murid terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Setiap murid mesti menjadi ahli dalam tiga kategori kokurikulum iaitu unit beruniform, persatuan dan permainan dan sukan. Penglibatan dan penyertaan mereka dalam kegiatan kokurilum adalah sangat aktif dan baik. Tahun 2007, SMKSK telah menghantar calonnya ke peringkat daerah dalam aktiviti Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Sementara peringkat kebangsaan dalam Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis dan juga peringkat kebangsaan iaitu dalam Ti Kwan Do. Dalam bidang Seni Kebudayaan Dan Pengguna dan Bola Sepak juga layak ke peringkat kebangsaan. ( Lihat lampiran A)

1.2.4 Kejayaan –kejayaan Sekolah dan Anugerah Yang Diperlehi

Bil

Pertandingan

Pencapaian /

Peringkat

Tahun

1

Pertandingan 3K ( Bahagian Keselamtan Dan Kebersihan )

Tempat 3 / Negeri Selangor

2004

2

Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis

Johan /

Daerah Gombak

2004

3

Pengurusan Kantin Cemerlamg

Naib johan / daerah gombak

2004

4

Kuiz Keselamatan Jalanraya

Naib johan / kebangsaan

2004

5

Merentas Desa Kategori P2

Johan / Daerah Gombak

2005

6

Melontar Peluru

Wakil / Negeri

2006

7

Kadet Polis

Wakil/ Antarabangsa

2007

8

Olahraga ( Individu )

Johan / Daerah

2007

9

Menembak ( Individu )

Johan / Daerah

2007

10

Bahas Bahasa Melayu

Johan / Daearah

2007

BAB 2 : HURAIAN PROJEK KECEMERLANGAN AKADEMIK “ PROGRAM

MENGGILAP PERMATA”

“ Program Menggilap Permata PMR / SPM ”

2.1 Pendahuluan

Hanushek ( Hoy dan Miskel, 2001:299 ) dan Shanker ( Hoy dan Miskel, 2001:299 ) berpendapat dalam usaha mewujudkan pengelolaan sekolah yang berkesan, perubahan-perubahan asas dalam beberapa perkara ( input dan output ) perlu dilakukan bagi memastikan pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan program dan aktiviti akan terurus, sistematik dan berjalan lancar.

Hasil daripada pemerhatian dan beberapa sesi temubual yang dijalankan penulis melihat pengetua dan barisan penolong kanan serta guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang ( SMKSK ) menjadikan strategi pelaksanaan kurikulum sekolah sebagai satu program yang berterusan dan diberi keutamaan. Program kurikulum yang dijalankan di sekolah kajian membuktikan sekolah telah berjaya menjadikan SMKSK sebuah sekolah luar bandar harian telah mencipta kecmerlang akademik dan kokurikulum di daerah Gombak. Bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM, sekolah ini menjalankan Projek Kecemerlangan Akademik iaitu Program Menggilap Permata dan setiap program yang dijalankan diberi perincian mendalam terutamanya daripada aspek objektif, matlamat dan pelaksanaan. Dalam hal ini kepimpinan pengetua, kerjasama guru dan penglibatan murid perlu dalam usaha memastikan kejayaan program.. Komitmen dan kesepaduan yang diberi oleh semua pihak membolehkan SMKSK mencapai keputusan PMR dan SPM yang membanggakan pada tahun 2006.

Projek Kecemerlangan Akademik adalah nadi kepada SMKSK. Prestasi akademik adalah kayu ukur pertama dalam menentukan keberkesanan kepimpinan pengetua di sekolah. Untuk mencapai sesuatu kecemerlangan terutamanya dalam bidang kurikulum pengetua semestinya menjadi pemikir dan perancang terbaik.. Pengetua bersama barisan penolong – penolong kanan yang dedikasi telah menyerlahkan keupayaan mereka sebagai barisan pentadbir yang cemerlang dalam menlaksanakan program utama sekolah ini mengikut takwim sekolah. Dalam membentuk perancangan kurikulum, SMKSK menggunakan pendekatan perancangan yang selari dengan objektif Program Peningkatan Kurikulum Jabatan Pelajaran Selangor iaitu program headcount . Projek ini mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan dari semua warga sekolah dan komuniti masyarakat. Latar belakang penduduk yang berpendapatan rendah dan sederhana sangat memerlukan perhatian dan perancangan yang baik daripada sekolah. Justeru pihak sekolah merancang projek kecemerlangan untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). Projek ini bertujuan untuk memastikan peratus pencapaian SPM tahun 2007 adalah 100 % lulus dan setiap murid mendapat bimbingan awal dan berterusan sehingga peperiksaan PMR dan SPM.

2.2 Situasi

Kecemerlangan akademik merupakan sasaran utama semua sekolah. Mentaliti masyarakat Malaysia masih berterusan selagi prestasi kecemerlangan sekolah diwar-warkan setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan. Nilai banding prestasi sekolah akan dibuat berdasarkan kecemerlangan keputusan peperiksaan. Berdasarkan fenomena itu, pihak pengurusan sekolah meletakkan program kecemerlangan akademik sebagai program utama dan berterusan sekolah.

Kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum secara teliti dan professional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk semua peringkat persekolahan. .”

Mok Soon Sang ( 2007 )

Berdasarkan tafsiran kurikulum tersebut perkembangan dan kemajuan prestasi akademik perlu dirancang dan diorganisasikan untuk mencapai sasaran sekolah.

Projek ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang ( SMKSK ) mulai tahun 2006 dan dibuat penambahbaikan untuk dilaksanakan pada tahun 2007 dengan lebih aktif dan berwawasan. Pencetus idea mengenai projek ini ialah Pn.Jamaliah binti Abu, Penolong Kanan Pentadbiran Dan Kurikulum yang dedikasi. Pihak sekolah telah memilih projek ini pada tahun 2007 kerana projek ini telah menampakkan hasil yang membanggakan dan telah mencipta kejayaan cemerlang pada tahun 2006 . Untuk menjayakan dan melaksanakan projek ini pihak sekolah telah memberi tanggungjawab kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama panitia –panitia matapelajaran sebagai pengajur utama dan melibatkan semua guru terutama guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan PMR dan SPM. Di samping itu PIBG memberi bantuan dan sokongan kewangan khususnya apabila melibatkan guru-guru pakar dari luar sekolah. Apa yang diharapkan oleh sekolah ialah keputusan cemerlang yang menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan pelajar.

Program-program yang dilaksanakan dalam projek ini;

1. Program Jalinan Mesra menandatagani Borang Aku Janji dan majlis meraikan calon SPM bersama Yang berhormat Tuan Soohaimi bin Abdul Rahman

2. Modul Latihan Masa Cuti - 100 soalan setiap subjek

3. Kelas Bimbingan Panitia – diadakan pada setiap masa cuti sekolah

4. Program Pecutan Ahkir – modul latihan bagi setiap mata pelajaran yang dijalankan sebelum peperikasaan percubaan PMR / SPM

5. Klinik Mata Pelajaran untuk murid yang gagal dalam sesuatu mata pelajaran

6. KELAS GALUS - bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

7. Kem Permata Semasa Cuti

8. Bengkel Asuh Minda ( Teknik Menjawab Soalan )

9. Tuisyen Permata untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM yang berminat dijalankan pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu yang melibatkan 12 mata pelajaran SPM dengan bayaran sebanyak RM 10 bagi setiap mata pelajaran.

10. Program Motivasi ; dilaksanakan di dalam dan di luar kawasan sekolah. Pada tahun 2007, pelajar pelajar PMR dan SPM telah mengikuti program motivasi oleh Dr. Shukri Abdullah , pakar motivasi pendidikan terkenal. Kursus- kursus motivasi juag berjalan sekala berkala oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah.

11. Majlis Restu ; dilaksanakan di awal tahun sebagai ’kontrak’ awal dan pada masa hampir peperiksaan sebagai satu pengharapan ibubapa dan guru-guru kepada semua calon PMR dan SPM.

12. Blok Mata Pelajaran ; dijalankan setelah melihat keputusan percubaan PMR dan SPM sebagai tindakan akhir kepada program post mortem. Program ini merupakan gerak gempur besar-besaran dan intensif.

13. Mentor-Mentee ; semua pelajar PMR dan SPM mendapat mentor dan semuan guru terlibat sebagai mentor. Perkembanagan program dipantau oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling dan juga pihak pentadbir dari masa ke semasa.

Program- program di atas sebagai tambahan kepada P&P dalam kelas untuk pelajar SMKSK dalam usaha pihak sekolah untuk mencapai objektif di bawah :

1. Melahirkan pelajar yang cemerlang PMR dan SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan ke IPTA/IPTS dalam dan luar negara serta mempunyai motivasi dalaman yang tinggi untuk mencapai matlamat kecemerlangan diri.

2. Melatih pelajar sentiasa berfikiran positif “ AKU BOLEH” dan mempunyai motivasi

dalaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan PMR dan SPM.

3. Mendedahkan kepada pelajar dengan teknik dan ilmu serta membiasakan pelajar-

pelajar dengan soalan-soalan berformat untuk persiapan peperiksaan.

4. Meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab memupuk budaya cemerlang dalam diri

masing-masing dan merasai mereka disayangi.

6. Menguasai strategi memahami dan mengingati mata pelajaran, cara mengenal pasti

kehendak soalan dan menjawab dalam peperiksaan dengan format yang betul dalam

mata pelajaran kritikal dalam PMR dan SPM.

2.3 Peluang Dan Cabaran

Perancangan program pendidikan adalah penting dalam pencapaian visi dan misi organisasi. Pemimpin sekolah iaitu pengetua harus merancang program pendidikan jangka pendek dan jangka panjang. Sehubungan dengan itu pengetua hendaklah membina Pelan Perancangan Strategik melalui pengurusan strategik yang merentasi pengurusan sumber manusia, sumber-sumber pendidikan , kurikulum dan kokurikulum. Menurut Mook Soon Sang ( 2007 ), secara umumnya kepentingan membina Pelan Perancangan Strategik Sekolah ialah:

1. Misi dan matlamat program difahami oleh semua anggota sekolah.

2. Segala program dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa yang ditentukan.

3. Ia membolehkan pengetua mengawal selia dan menilai proses pelaksanaan, dan

membuat pengubahasuaian jika ada perubahan.

4. Memotivasikan guru-guru dan murid untuk lebih gigih dengan semangat kerjasama

dan kerja sepasukan.

5. Peluang mencapai misi dan matlamat sekolah adalah cerah.

2.3.1 Analisa SWOT

Pihak sekolah telah menyusun dan melaksanakan beberapa langkah yang sesuai bagi mencapai objektif Projek Kecemerlangan Akademik ”Program Menggilap Permata”,. Setiap matlamat yang difikir sesuai dianalisis untuk menentukan keberkesanan program yang dirancang. Oleh itu, pihak sekolah telah menggunakan kaedah Analisis SWOT dalam perbincangan kerangka asas program. Analisis SWOT adalah singkatan daripada perkataan Strengths ( S ), Weaknessess ( W ),Opportunities(O ) dan Threats ( T ). Dalam bahasa melayu ia boleh diringkaskan menjadi singkatan KLAP yang mewakili maksud Kekuatan ( K ), Kelemahan ( L ), Ancaman( A )dan Peluang ( P ). Kekuatan dan kelemahan adalah faktor dalaman yang ada di sekolah seperti sumber manusia dan kemudahan fizikal. Ancaman dan peluang pula melibatkan faktor luar sekolah yang boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk menjayakan sesuatu program yang dirancang. Hasil dapatan daripada temu bual dengan pihak pentadbir sekolah analisis SWOT yang diterima seperti di bawah:-

Kekuatan

§ SMK Seri Kundang mempunyai 65 orang guru yang berijazah dan hanya 3 orang guru yang bukan berijazah.

§ Terdapat beberapa orang guru pengubal soalan, Jurulatih Utama ( JU ) mata pelajaran, dan beberapa orang guru penyemak kertas peperiksaan yang berpengalaman.

§ Terdapat bilangan guru–guru yang opsyen yang mencukupi dan 90% daripada mereka mempunyai pengalaman mengajar lebih 6 tahun .

§ GPK Pentadbiran yang cukup berpengalaman dalam memimpin organisasi serta memiliki sarjana pengurusan dan kepimpinan sekolah..

§ Kemudahan fizikal yang lengkap untuk murid mengambil peluang sepenuhnya untuk meningkatkan pembelajaran seperti makmal komputer.

§ Mempunyai 2 kelas khas iaitu kelas aliran agama yang terdiri daripada pelajar terpilih yang mendapat 2 A – 5 A dalam UPSR.

Kelemahan

§ Pemahaman dan penghayatan tentang misi dan visi sekolah masih kurang di kalangan guru dan pelajar.

§ Target panitia mata pelajaran masih rendah dan pendekatan program kurang jelas dan sistematik.

§ Sistem pendokumentasian guru boleh dibuat penambahbaikan untuk memudahkan mendapat maklumat dan mengemaskini program panitia.

§ Program headcount masih kabur dari segi konsep dan perlaksanaan di kalangan guru.

§ Terdapat di kalangan pelajar yang lemah intelek kerana terdiri daripada pelajar yang kurang berminat dalam merancang dan merangka masa depan dengan lebih jelas.

§ Budaya “kurang berusaha” kuat di kalangan pelajar di sekolah ini. Motivasi perlu diberi secara berterusan.

§ Murid terdiri dari latar belakang sosio ekonomi yang rendah dan sederhana di samping ibu bapa yang tidak mampu memberi dorongan.

Peluang

§ Sekolah ini terletak di pinggir bandar, terdapat ibu bapa berfikiran lebih terbuka, tiada halangan terhadap usaha pihak sekolah untuk membuat sebarang program bagi meningkatkan lagi mutu pencapaian akademik.

§ Sokongan yang menggalakkan daripada pihak PIBG sama ada dari segi kewangan atau dalam bentuk moral.

§ Kaunselor dan guru–guru yang komitmen bersedia memberi bantuan pada setiap masa.

§ Guru – guru terlatih dan option yang mencukupi.

§ Guru–guru muda dan bertenaga serta sangat komited dengan tugas masing–masing.

Ancaman

§ Dasar pendidikan yang lebih menitikberatkan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada pelajar di sekolah kebangsaan yang tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka masih lemah.

§ Terdapat beberapa orang guru kurang bermotivasi untuk tingkatkan keilmuan dan komitmen kerja yang berkira atau perlu diarah.

§ Murid yang sering melakukan salahlaku disiplin dan ponteng kelas kerana tidak minat belajar mengancam keputusan peperiksaan.

§ Murid–murid yang masih gagal membina “self -esteem”. Konkongan minda dan budaya kampung menyempitkan fikiran.

Oleh itu, pemilihan strategi perlaksanaan oleh Pengetua dan GPK Pentadbiran dibuat secara percambahan idea sebelum suatu keputusan dibuat. Pertimbangan yang wajar diambil kira demi untuk mencapai matlamat projek. Seorang pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang boleh mengambil tindakan untuk memastikan strategi pelaksanaan ke arah pencapaian matlamat sekolah. Tindakan awal yang diambil oleh pemimpin sekolah adalah memastikan warga sekolah tahu dan faham matlamat sekolah menjalankan sesuatu program. Matlamat sekolah untuk menjadi yang terbaik di daerah Gombak selaras dengan matlamat sebagaimana dinyatakan oleh Dr.Haji Ishak B Sin (2004) bahawa sekolah yang berkesan dan cemerlang adalah sekolah yang mempunyai satu tujuan yang jelas, wujudnya perkongsian wawasan dan mempunyai bermatlamat yang didokongi oleh semua warga sekolah.

2.4 Penglibatan Kepimpinan Sekolah

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman dalam bukunya Falsafah Pendidikan dan Kurikulum ( 2003 ) telah menyatakan;

“ Penyertaan yang bermakna memerlukan kepimpinan professional di peringkat pembentukan kurikulum dan di semua peringkat pelaksanaan, sama ada di pusat ataupun di daerah dan di sekolah. Dalam pembentukan kurikulum, ciri-ciri berikut amat berguna:

1. Kebolehan merintis, memikir dan mengemukakan idea baru.

2. Kesedaran menimbang idea pihak lain dan peka kepada keperluan perubahan.

3. Kebolehan menyelaraskan idea yang pelbagai

4. Orientasi terhadap matlamat di samping itu dinamik kumpulan ditetapkan.

5. Kebolehan membuat keputusan pada masa-masa kritikal denga tidak

mengancam proses pembentukan secara keseluruhan.”

Kajian berdasarkan gaya kepimpinan dan temu bual yang dijalankan, penulis dapat digambarkan bahawa Pengetua dan GPK Pentadbiran telah berjaya meletakkan dirinya pada tempat sepatutnya. Penglibatan berterusan dari fasa penentuan program, perbincangan perancangan dan penyelian yang berterusan terhadap projek kecemerlangan ”Program Menggilap Permata” ini memungkinkan kejayaan dicapai. Apatah lagi gaya dan tingkah laku harian Pengetua dan GPK Pentadbiran dan semua jentera pentadbirannya akan mempengaruhi prestasi warganya. Guru-guru dapat mengesan dengan cepat bagaimana tingkah laku Pengetua dan GPK Pentadbiran memberi fokus dan perhatian yang serius dalam bidang kurikulum khususnya program – program dalam projek kecemerlangan yang dirancang.

Teknik kepimpinan instruksional merupakan teknik yang lebih praktikal untuk memantau dan menyelia program ini sendiri. Kesungguhan Pengetua dan GPK Pentadbiran dan semua penolong kanan lain menjayakan projek ini amat berkesan jelas sekali. Tambahan pula dengan kemahiran interpersonal yang dimiliki mereka berdua berjaya mempengaruhi warga sekolah untuk menjayakan program dan tugas masing-masing dengan penuh semangat dan komitmen padu. Keupayaan menyentuh hati menghasilkan kesediaan guru dan stafnya berkornan masa dan tenaga menjayakan program ini. Ini terbukti apabila kerja-kerja pengisian bengkel ini dijalankan secara sukarela dan tiada pembayaran upah kerja diberi kecuali yang melibatkan pihak luar sekolah. Apabila ditanya di kalangan guru yang terlibat mereka menyatakan situasi ini telah menjadi budaya kerja di SMK Seri Kundang.

Hasil daripada temu bual di kalangan guru-guru menunjukkan Pengetua, GPK Pentadbiran dan pentadbir yang lain memberi komitmen yang padu menjayakan program ini. Jadual tugas pentadbir dan guru bertugas disediakan untuk dipatuhi. Ini membolehkan program ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Penglibatan pentadbir setiap masa merupakan dorongan moral yang amat tinggi untuk memotivasikan guru-guru. Keupayaan sekolah membina budaya kerja berpasukan menjayakan program ini telah memberi kepuasan dan kebanggaan di antara mereka.

2.4.1 Motivasi dalam perlaksanaan projek

Pengurus dalam sesuatu organisasi mesti menerima kenyataan bahawa prestasi kelompok pekerja adalah berbeza. Sesetengah pekerja menunjukkan prestasi yang tinggi, memerlukan pengawasan yang sedikit. Sebaliknya, terdapat juga pekerja yang menunjukkan usaha yang minimum, memerlukan pengawasan yang rapi. Perbezaan ini disebabkan asas ciri-ciri individu seperti persenoliti, kepintaran dan kebolehan. Ia juga berkaitan dengan pengaruh organisasi seperti situasi kerja, gaya kepimpinan penyelia atau system ganjaran yang ada dalam organisasi.

Yeop Hussin Bidin dalam bukunya KERJA Berpasukan ada menjelaskan bahawa;

Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan dan tanda kepercayaan yang tinggi daripada pihak pengurusan. Pengurus percaya mereka yang dipilih ini akan berjaya mencapai matlamat yang dirangkakan. Kepercayaan in menjadikan anggota pasukan itu lebih kuat berazam dan berkorban .”

Motivasi dapat dianggap sebagai tenaga penggerak dalam diri manusia yang akan menolaknya ke arah sesuatu tindakan. T.J.Sergiovani (1969) menyatakan bahawa kepuasan guru-guru tertakluk kepada tiga perkara penting iaitu kejayaan (pencapaian), pengiktirafan dan tanggungjawab seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Rajah Faktor-Faktor Kepuasan Guru-Guru

Matlamat Sekolah

Pencapaian

Pengiktirafan

Tanggungjawab

Sikap bertanggungjawab sebagai seorang guru yang diberi pengiktirafan dan penghargaan oleh Pengetua telah mendorong guru-guru bekerjasama untuk menjayakan program ini dan program–program lain di sekolah ini. Kegembiraan meraikan pencapaian kerja adalah satu kepuasan yang tidak terhingga. Masa dan perhatian yang banyak ditumpukan tidak menjadi sia-sia sekiranya semua pelajar berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

Mengikut teori moden, cara yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukanlah dengan cara menggunakan kuasa tetapi memenuhi keperluan individu. Guru-guru berasa puas apabila melihat berlakunya peningkatan dalam pencapaian peperiksaan awam hasil daripada program ini sebab pengajaran dan pembelajaran merupakan our core business.

2.4.2 Penglibatan Guru Dalam Proses Membuat Keputusan

Wan Liz Ozman Wan Omar dalam bukunya Pengurusan Islam Abad ke 21 telah menyimpulkan konsep penglibatan individu pekerja mendapatkan sesuatu keputusan;

“ Dalam melaksanakan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja ( QCC), yang asalnya dari Jepun, kita harus menghubungkaitkan semangat berpasukan QCC dengan konsep amal jama’iy dalam Islam. Proses penyelesaian masalah melalui pertukaran pendapat dalam QCC pula selaras dengan konsep syura dalam Islam. Proses penerapan dan pengolahan nilai-nilai Islam ke dalam teknik pengurusan moden memerlukan daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi”

Method pengurusan yang dilaksanakan di sekolah kajian menunjukkan sesuatu perancangan program berlandaskan konsep syura atau kesepakatan idea. Percambahan pendapat terbuka ini membolehkan program yang dirancang lebih jitu dan berkesan. Seterusnya pemurniannya dilakukan oleh UBK dalam membentuk jawatankuasa atau memilih guru yang terlibat secara langsung. Pemilihan guru – guru yang komited dan berketrampilan serta sememangnya berpengalaman dalam bidang masing-masing memungkinkan keberkesanan hasil dalam mengendalikan program bengkel ini. Ianya mengikut unjuran untuk menghasilkan momentum pelajar dalam menyediakan diri menghadapi PMR dan SPM dan menetapkan landasan bagi menuju sasaran yang telah digariskan oleh sekolah. Peranan Pengetua dan GPK Pentadbiran dalam menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap kemampuan dan kecekapan guru–gurunya memilih dan membuat keputusan telah melahirkan satu keputusan peperiksaan yang boleh dibanggakan.

Campbell, Corbally dan Nystrand (1983) menyatakan bahawa membuat keputusan ialah memilih antara cara-cara bergerak ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Langkah-langkah membuat keputusan adalah seperti dalam rajah di bawah.

Langkah-langkah membuat keputusan

Definisikan situasi
(Masalah, peluang, data, tujuan)




Bentuk kriteria

(Penting/ Diingini)






Nilai dan uji










Pilih


Dua faktor yang mempengaruhi keputusan yang efektif ialah “Penerimaan” dan “Kualiti”. Oleh kerana keputusan yang dibuat oleh pemimpin akan dilaksanakan oleh orang lain, maka keputusan itu hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh mereka yang hendak melaksanakannya. “Penerimaan” ini bermaksud sejauh mana kesanggupan mereka untuk melaksanakannya. “Kualiti” pula bermaksud sejauh mana faktor-faktor teknikal dan rasional mempengaruhi pemilihan alternatif-alternatif.

Dalam proses membuat keputusan untuk program ini, pengetua telah menggunakan strategi partisipatif, iaitu mempertimbangkan pandangan guru-guru atau memanggil mereka bersama-sama membuat keputusan. Memperolehi penerimaan melalui strategi partisipatif ini bukan sahaja memberikan guru-guru rasa berpengaruh untuk membuat keputusan tetapi memberi mereka pengetahuan mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Selain itu, Ibrahim Mamat ( 1993 ) berpendapat keputusan partisipatif merupakan keputusan yang lebih dan berkesan dan boleh memperkembangkan potensi individu melalui penglibatan dalam proses membuat keputusan.

2.4.3 Cara Kepemimpinan Sekolah Meniupkan Semangat Kerjasama Dan Saling
Menghormati.

Abdullah Sani Yahaya pula dalam bukunya Mengurus Sekolah telah menyatakan;

Sekolah sebagai suatu komuniti kecil kerana di dalamnya terdapat budaya saling hormat-menghormati dan tolong menolong sesama ahlinya. Sekolah sebagai satu wadah memupuk perasaan muhibah, baik sangka, saling mengerti dan pergaulan hidup yang penuh mesra di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia”.

Pengurusan yang berkesan ialah apabila seorang eksekutif yang berkepimpinan akan berjaya menghasilkan satu pasukan pekerja - pekerja bawahan yang akan bekerja bersungguh-sungguh dan dengan penuh dedikasi untuk kepentingan organisasi mereka. Peranan pengurus dan pemimpin adalah memastikan bahawa setiap anggota organisasi memahami dengan jelas matlamat yang telah ditetapkan agar mereka akan memberi sumbangan yang paling maksima. Sehubungan dengan itu di sekolah pengetua menjadi pemimpin pengurus utama.

Di sekolah SMK Seri Kundang , penulis melihat Pengetuanya seorang yang berjaya dari segi menyatupadukan warga sekolah membina semangat kerjasama dan saling menghormati. Pengisian ilmu perhubungan insan sering diterapkan semasa taklimat pagi. Di samping itu ceramah keibubapaan dan guru turut diterapkan nilai ini. Pendekatan sentuhan jiwa ini dianggap amat berkesan kerana melalui pendekatan ini amalan silaturrahim ditekankan sesuai dengan fitrah manusia dan islam. SMK Seri Kundang juga menggunakan pendekatan secara tidak langsung dalam menerapkan semangat kerjasama dan hormat menghormati semasa aktiviti gotong- royong, hari keluarga, ‘port luck’, jamuan tahunan dan sebagainya. Pentadbir sekolah menggunakan banyak peluang dan ruang untuk bekerja bersama – sama dengan mendekati kumpulan guru – guru di bawah pimpinannya dan juga tidak terlepas untuk memberi motivasi kepada guru-guru agar lebih aktif .

Faktor utama yang memotivasikan warga sekolah untuk melaksanakan projek ini juga ialah permintaan ibubapa dan kesungguhan guru-guru untuk melihat kejayaan anak muridnya. Kepimpinan sekolah mendapat sokongan warga sekolah dengan cara komitmen guru mendidik pelajar-pelajar dan tidak merasa jemu dalam melaksanakan proses pendidikan. Harapan sekolah mengenai projek ini agar dapat melahirkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Kepimpinan sekolah memberi sokongan penuh dan terlibat dalam projek ini dengan sentiasa memantau dan terlibat dalam pengajaran kelas tambahan dan membina semangat kerja berpasukan dengan sentiasa memberi dorongan dan galakan motivasi dan juga ganjaran . Pihak kepimpinan sekolah telah membina iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah. Merujuk kepada Zulkifli dan Rahimah berkaitan dengan iklim sekolah bagi mewujudkan sekolah berkesan boleh dobahagikan kepada 4 faktor :

Perhubungan Interpersonal

Berdasarkan instrumen profil iklim sekolah, guru-guru dan pelajar mempunyai buhungan inerpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semagat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di SMK Seri Kudang. Mereka sentiasa mendang ke hadapan dalam usaha meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di SMK Seri Kundang.

Pengajaran Dan Pembelajaran ( P& P)

Guru-guru dibenarkan dan digalakkan menggunalan kreativiti semasa mengajar bahkan mereka berinovasi dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka. Pelajar-pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut kemampuan masing-masing seperti sistem blok mata pelajaran dan kumpulan pelajar mengikut pencapaian.

Kepimpinan Pentadbiran

Pengetua mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan pelajar diambil kira untuk diperaktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga senttiasa memberi dorongan kepada guru-guru terhadap amalan pengajaran dan sentiasa menggalakkan mereka menggunakan inivasi dalam kerja seharian mereka. Pihak sekolah mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesioanal di kalnagan mereka. Pelajar-pe;ajar juga digalakkan bejerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Kemudahan Fizikal

Pengetua dan guru-guru sentiasa menghargai kemudahan fizikal dan prasarana sek,ah yang disediakan dan sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan. Guru dan pelajar berasa seronok dan berbangga berada di SMK Seri Kundang.

BAB 3: KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN SMK SERI KUNDANG

3.1 Stail Pengurusan Dan Kepimpinan Sekolah

Mengikut Ibrahim Mamat (1993) stail kepimpinan adalah cara perlakuan yang serupa ( konsisten). Kepimpinan sekolah mengamalkan pendekatan berorientasikan pekerja dan berpendapat bahawa orang bawahan harus diberi peluang untuk turut terlibat dalam proses membuat keputusan. Dengan stail kepimpinan ini matlamat dan polisi organisasi akan lebih dihayati seterusnya memantap dan melicinkan pengurusan pemimpin. Semua ini berlaku kerana pengetua dan jentera pentadbirannya memberi empowerment kepada mereka pada tahap yang munasabah. Dengan cara ini guru – guru akan merasa diri mereka lebih bebas untuk menggunakan kebolehan dan kemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan pengurusan pelajar.

3.2 Pengurusan Sekolah Merancang, Mengelola, Menyelia Dan Menilai Program

Empat aktiviti utama pengurusan seperti yang diutarakan dalam definisi yang diberikan oleh Stoner (1984), adalah merancang, mengelola, memimpin dan mengawal seperti di tunjukkan dalam rajah dibawah:

Fungsi-Fungsi Seorang Pengurus



































3.2.1 Merancang

Merancang dikenali sebagai satu proses dalam menyelia keputusan-keputusan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di masa hadapan bertujuan untuk mencapai matlamat dengan cara paling berkesan. Sebaik sahaja sesuatu idea diperkenalkan, satu jawatankuasa pelaksanaan yang dipengerusikan oleh pengetua akan bermesyuarat. Beberapa jawatankuasa akan dibentuk dan senarai tugas – tugas yang perlu ditetapkan. Kertas kerja dan tatacara perancangan program termasuklah jadual pelaksanaan, strategi pelaksanaan, senarai inventori dan anggaran kewangan akan disediakan oleh UBK. Akhirnya tentatif program diselia dan disemak oleh GPK Pentadbiran seterusnya diluluskan oleh pengetua menandakan program boleh dilaksanakan mengikut perancangan.

3.2.2 Mengelola

Proses pengelolaan adalah pembentukan dan penyelarasan struktur organisasi yang tepat yang akan memudahkan penyempurnaan perancangan dan membantu mencapai matlamat. Dalam peringkat ini, pengagihan tugas yang melibatkan penempatan sumber-sumber manusia dan fizikal secara berkesan dilakukan. Penjelasan program dan strategi pelaksanannya akan di perincikan kepada semua guru dalam satu sidang sama ada mesyuarat atau pada mana–mana perjumpaan khas guru - guru. Jadual pelaksanaan dan senarai perjalanan kerja pentadbiran program diberikan kepada guru-guru untuk membolehkan mereka dapat membuat persediaan lebih awal.

3.3.3 Memimpin

Pengetua adalah orang yang penting di sekolah kerana beliau merupakan seorang ketua, pengurus dan juga pemimpin. Sebagai seorang pemimpin sewajarnya beliau mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-guru melaksanakan tugas-tugas sekolah secara sukarela. Dengan kekuatan gaya kepimpinannya, pengetua dapat membangkit dan mengekalkan komitmen guru terhadap organisasi, kewujudan dan kepuasan mereka berkerja di sekolah. Keupayaan seperti ini akan membezakan antara sekolah yang berjaya dengan yang sebaliknya.

3.2.4 Mengawal Dan Menilai

Proses pengawalan adalah sangat penting untuk memastikan progam dijalankan dengan jaya. Proses ini melibatkan tiga unsur:

§ Menentukan mutu prestasi.

§ Mengukur prestasi masa kini dan membandingkannya dengan mutu yang
ditentukan.

§ Mengambil tindakan mengubah prestasi yang tidak mencapai kepiawaian.

Kawalan memerlukan satu persefahaman tentang kualiti dan tentang pencapaian yang akan dicapai dan proses penilaian pula merupakan satu proses bagi menentukan tahap objektif pendidikan yang dapat dicapai. Penilaian juga merupakan proses bagi menentukan sejauh mana perubahan dalam tingkah laku sebenarnya berlaku.

Pengetua dan GPK Pentadbiran membuat tindakan penyeliaan bagi memastikan kejayaan program dengan pematuhan terhadap jadual perlaksanaan yang ditetapkan. Jadual yang ditetapkan itu adalah selaras dengan objektif yang hendak dicapai dan dalam lingkungan kewangan yang ditentukan. Kejayaan dapat diukur melalui komitmen guru dalam menjalankan tugas mengikut etika keguruan sementara penyeliaan terhadap pelajar pula adalah untuk mengukur komitmen peserta kepada program ini dari mula hingga ke akhir. Respon yang diberikan terhadap aktiviti yang dijalankan merupakan indikator yang penting dalam proses pengukuran tersebut. Kejayaan pelajar memberi komitmen dan penyertaan aktif mereka dalam setiap sesi mengambarkan keberkesanan program. Ianya juga merupakan salah satu daripada indikator pencapaian pelajar terhadap program yang dijalankan.

3.3 Stail Kepemimpinan Yang Digunakan Dalam Menjayakan Program

Dalam menjayakan program ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa stail kepemimpinan sekolah adalah lebih mirip kepada “Partisipasi” iaitu satu amalan demokrasi di mana jentera pentadbiran sekolah melibatkan semua guru dalam membuat keputusan dan berunding untuk membuat persetujuan. Pengetua berusaha mengadakan satu hubungan yang terbuka, mudah percaya dan berpusatkan guru-guru. Semasa menguruskan sesuatu program empat stail kepemimpinan boleh digunakan mengikut situasi semasa antaranya:

3.3.1 Stail Kepemimpinan Sokongan (Supportive)

Pengetua yang mengamalkan sikap demokratik, bersikap peramah dan mudah didampingi bagi menjadikan guru dan staf sokongan berasa selesa di bawah kepimpinan beliau, membuat perubahan apabila diperlukan, mengambil berat kebajikan guru dan staf sokongan serta memberi layanan yang sama rata. Pengetua sentiasa mengambil perhatian tentang kepuasan dan penghargaan diri guru-guru dan murid - murid. Stail kepimpinan ini amat nyata diadaptasikan oleh pengetua dan barisan pentadbir sekolah kajian.

3.3.2 Stail Kepemimpinan Mengarah (Directive Leadership)

Dalam gaya kepimpinan di atas, pengetua menekankan beberapa cirri bagi memastikan peranan dan kedudukannya sebagai ketua dirasai di sekolah. Pengetua memastikan guru dan staf sokongan mengikut arahan yang telah ditetapkan dan menerangkan bagaimana caranya sesuatu tugas harus dijalankan. Stail ini digunapakai dalam situasi tertentu dan yang memerlukan keputusan tindakan segera dan semasa.

3.3.3 Stail Penekanan Matlamat (Vision Oriented)

Matlamat sesuatu program selalu diberi penekanan supaya semua warga
sekolah mengambil berat tentang program yang hendak dijalankan.
Pengetua sering memimpin guru-guru yang terlibat di dalam program ini
dengan cara memberi panduan, dorongan, rangsangan, bimbingan, tunjuk ajar

tersebut berjalan lancar dan menguruskan konflik dalam memastikan matlamat

program tercapai. Aspek ini telah ditegaskan semasa peringkat awal dalam mesyuarat perancangan program.

3.3.4 Stail Kepemimpinan Penyertaan (Participative)

Dalam stail kepimpinan penyertaan, Pengetua menekankan ciri - ciri kepimpinannya iaitu melalui perundingan dengan guru dan staf sokongan apabila mereka menghadapi masalah, mencuba idea-idea baru, mempertimbangkan dengan serius apa yang diperkatakan sebelum membuat sebarang keputusan dan memberitahu sebarang perubahan yang berlaku kepada guru dan staf sokongan.

Pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang bijak menyesuaikan stail kepimpinan dengan keadaan atau situasi orang bawahan serta persekitarannya. Pengetua yang mengamalkan stail kepemimpinan yang fleksibel boleh dan akan dapat membuahkan kejayaan untuk satu jangka masa yang panjang. Kesimpulan yang dapat dibuat bahawa pengetua sekolah ini telah berjaya menggunakan pelbagai stail kepimpinan mengikut situasi semasa.

Kepimpinan SMK Seri Kundang telah memberi keutamaan kepada proses pengajaran. Sekolah sanggup berkorban tenaga dan perhatian yang lebih untuk memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah. Edmonds ( 1979 ) dengan tegasnya mengatakan bahawa keupayaan murid menguasai kemahiran akademik sangat perlu diberi keutamaan dibandingkan kemahiran lain dalam pengurusan sekolah.

BAB 4: BEBERAPA DIMENSI TINJAUAN PENGIKTIRAFAN

4.1 Tinjauan Dari Dimensi Pujian Dan Pengiktirafan

“Pujian dan pengiktirafan di atas usaha yang dilakukan adalah penting dan perlu diberikan kerana pujian dan pengiktirafan akan menyebabkan seseorang itu merasa dirinya dihargai dan memotivasikannya untuk terus melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan dengan lebih bersungguh-sungguh”

Memetik kata penulisan Ibrahim Mamat dalam bukunya Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis pujian dan pengiktirafan kepada guru dan semua staf sokongan yang memberi perkhidmatan cemerlang adalah sangat penting. Nilai penghargaan dan pujian kepada semua pelajar yang terlibat secara aktif dan bersemangat akan dapat mengekalkan motivasi kendiri mereka menjelang peperiksaan. Pengorbanan dan komitmen padu yang diberi oleh semua pihak apabila diberi penghargaan oleh pemimpin sekolah sedikit sebanyak akan meningkatkan daya jati diri dan sayangkan organisasi. Malahan mereka akan lebih berusaha membuat penambahbaikan terhadap sesuatu program yang dirancang.

Program ’ Menggilap Permata PMR /SPM’ ini dapat dilaksanakan dengan berjaya kerana pentadbir sekolah sedar bahawa pujian dan pengiktirafan perlu diberikan kepada guru-guru dan murid-murid. Melalui pendekatan ini ia akan mendorong mereka bekerja dengan sukarela dan lebih bersungguh-sungguh. Murid-murid pula akan berlumba-lumba bersaingan sesama mereka untuk berjaya dan seterusnya menerima pengiktirafan dari pihak sekolah, daerah, negeri mahupun negara. Demensi pujian dan pengiktirafan boleh disampaikan dalam pelbagai cara termasuklah:

4.1.1 Pujian Dan Pengiktirafan Untuk Murid-Murid

1. Pujian secara lisan diberikan kepada murid-murid yang menunjukkan kesungguhan mereka mengikut program ini.

2. Cenderamata atau hadiah sebagai insentif kepada murid-murid yang terlibat secara aktif semasa program sama ada dalam bentuk individu atau kumpulan perbincangan.

3. Sijil-sijil penghargaan atau sijil penyertaan mengikuti program. Sijil penghargaan sekolah akan diberi semasa Hari Anugerah Cemerlang Sekolah.

4. Hadiah berbentuk wang insentif diberi kepada murid-murid yang paling cemerlang dalam SPM seperti Anugerah Khas YB Wakil Rakyat dan juga PIBG.

4.1.2 Pujian Dan Pengiktirafan Untuk Guru-Guru Dan Staf Sokongan

1. Pengiktirafan berbentuk sijil penghargaan atau sijil Q kepada guru-guru dan staf sokongan yang berprestasi tinggi. Anugerah biasanya disampaikan semasa Hari Anugerah Cemerlang Sekolah.

2. Sijil penghargaan kepada panitia yang paling meningkat pencapaian akademik dalam peperiksaan umum.

3. Pujian dan ucapan terima kasih selalu diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam apa jua aktiviti samada secara langsung atau tidak langsung.

4. Jamuan diadakan untuk meraikan kejayaan peningkatan peratus kelulusan yang tinggi terutamanya dalam peperiksaan awam.

2 Pujian dan pengiktirafan

Pihak sekolah telah memberi pengiktifrafan secara langsung atau tidak terutama dalam manjalankan aktiviti luar ( outdoor ) kepada guru-guru yang telah membawa murid-murid untuk program motivasi.

BAB 5: TINDAK IKUT

5.1 Pengurusan Sekolah Yang Mengekalkan Kejayaan Program

Kecemerlangan sesuatu program mencapai objektifnya bukanlah sesuatu yang bersifat mutlak dan kekal berterusan. Setiap tahun akan ada cabaran dan halangan sumber yang tidak sama. Pada waktu inilah keberksanan pihak pengurusan sekolah membuat analisis, diagnosis dan post-mortem dari masa ke semasa mengikut kesesuaian sumber, bahan, modul dan perubahan yang berlaku. Rumusan yang dibuat sudah pasti menjadi garis panduan pihak sekolah untuk membuat penambahbaikan dan pengubahan pengisian program. Penyeliaan berterusan pihak pentadbir inilah akan dijadikan tanda aras standard pencapaian program dan bagaimana untuk dilaksanakan lagi pada tahun berikutnya.

Memandangkan program ini telah mendatangkan kejayaan yang memberangsangkan, langkah-langkah yang wajar telah diambil oleh pengurusan sekolah untuk meneruskan program ini, malah menjadikan kejayaan program ini sebagai landasan untuk mencapai dan mengecapi kejayaan seterusnya. Bagi memastikan program ini sentiasa dipertingkatkan beberapa langkah telah diambil termasuklah:-

1. Kepemimpinan sekolah mengekalkan kejayaan program dari segi memastikan semangat kerjasama dan budaya “team work
dibina semasa pelaksanaan program.

2. Mengekalkan komitmen dan tanggungjawab guru dengan memberi

pengiktirafan dan perhargaan terhadap sumbangan yang diberi.

3. Pihak pentadbir membuat pemantauan perjalanan program dan memastikan pengisian program dapat diubahsuai dan ditingkatkan pada masa hadapan.

4. Kaedah penyampaian dan bentuk pengajaran berorientasikan peperiksaan sebenar akan menarik perhatian murid-murid. Pendedahan teknik dan format membuatkan murid lebih berfokus dan berusaha membaiki kelemahan yang ada.

5 Hadiah rangsangan disediakan untuk memberi motivasi dan dorongan kepada murid-murid. Kumpulan murid yang dianggap lemah dan sederhana tidak diabaikan dan sentiasa diransang dengan penghargaan mengikut kemampuan mereka.

5.2 Halangan Dan Cabaran Yang Dihadapi Serta Cara Penyelesaian

Halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan kejayaan program diolah dari dua pandangan iaitu pada perspektif pelajar dan guru. Halangan dan cabaran ini sentiasa ada di mana-mana organisasi atau untuk menjalankan sesuatu program. Kebijaksanan pemimpin sekolah mengurus situasi membolehkan semua cabaran ini diselesaikan dengan baik.

Halangan dan cabaran di kalangan pelajar termasuklah:

1. Masa selepas peperiksaan percubaan telah menyebabkan pelajar berasa kurang rangsangan untuk belajar. Keadaan ini menyebabkan guru-guru tidak daat membantu pelajar secara individu atau kelomok kerana tedapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Mereka belajar sendiri atau mengambilsikap tidak kisah. Dan juga ilmu peperiksaan yang didapati tidak dapat diamalkan semasa percubaan sebaliknya terus semasa peperiksaan sebenar.

2. Sikap segelintir pelajar yang kurang berminat dan tidak memberi perhatian dalam program ini. Ini berlaku kerana mereka tidak berminat belajar di samping kurangnya motivasi kendiri. Pelajar-pelajar ini akan menjadi halangan kepada pencapaian sasaran sekolah lulus 100%.

3. Mengadakan kelas pemulihan intensif kepada pelajar yang berpotensi untuk memastikan mereka boleh lulus di tahap paling minima.

4. Masalah disiplin yang melibatkan 10 % sahaja dan mereka menimbulkan masalah dan mempengaruhi pelajar-pelajar ,ain untuk melakukan salah laku disiplin seperti ponteng kelas , ponteng sekolah, merokok dan mengganggu kelas.

Sebagai jalan penyelasaiannya, guru-guru sentiasa berusaha tanpa mengenal penat tetap memberi motivasi kepada pelajar dengan berbagai cara pendekatan psikologi untuk ters membimbing mereka.

Halangan dan cabaran di kalangan guru atau staf sekolah

1. Pada amnya tiada masalah berhubung dengan kerjasama guru-guru kerana mereka sentiasa diberi motivasi dan dipantau. Malah guru yang berpengalaman memberi bantuan dan bimbingan.

2. Kelemahan barangkali di kalangan guru yang baru mengajar dan segelintir yang kurang bermotivasi kerana program ini dijalankan secara percuma dan sukarela.

3. Mengadakan kursus khas kepada guru-guru tentang format soalan dan skema pemarkahan dari Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya pengisian program lebih mantap dan berkesan kepada pelajar.

5.3 Faktor- Faktor Penting Yang Membawa Kepada Kejayaan Program

Gaya kepemimpinan pengetua sekolah ini lebih bercorak demokratik tetapi beliau tegas dan berpegang kuat kepada prinsipnya. Pendekatan yang lembut dan sentiasa melibatkan penglibatan staf dalam perbincangan menunjukkan sesuatu program yang dirancang mesti difahami dan dihayati bersama. Semangat kolobroratif dan partisipatif terserlah dalam cara pengurusan beliau.

Di samping itu kejayaan program juga terhasil apabila pentadbir berpegang kepada prinsip yang menyatakan bahawa semua yang melaksanakan program harus memastikan bahawa tingkah laku yang diamalkannya adalah bertujuan mengimbangi kepentingan visi dan matlamat organisasi. Pengurusan sumber manusia yang berkesan adalah juga penting dalam pencapaian matlamat program. Kepekaan dalam pengagihan tugasan yang bersesuaian dengan bidang tugas guru dan pengiktirafan serta kesediaan guru ( willing to do )dapat memberikan kepuasan kerja yang tinggi kepada guru-guru.

Komunikasi dua hala yang baik dan harmonis di antara pentadbir dan guru-guru dapat menyumbang kepada kejayaan dan keberkesanan program yang dirancang. Semua pentadbir dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua staf terutamanya guru-guru. Budaya kerjasama dan semangat sepasukan yang telah lama terbina membolehkan program yang dirancang dapat dijayakan dengan baik dan sempurna. Iklim sekolah penyayang telah dibentuk, semua staf berasa senang hati bekerja dalam keadaan yang selesa dan gembira dengan pencapaian sekolah.

Dalam pengurusan pula, penglibatan beliau dalam merancang, mengelola, memimpin dan mengawal program ini telah menghasilkan kepercayaan warga sekolah dan seterusnya. Beliau selalu bermesyuarat dengan stafnya untuk membuat perancangan dan membuat keputusan. Menurut beliau, pemantauan mesti dijalankan sepanjang masa. Penyeliaan beliau yang rapi adalah dengan menggunakan kaedah musyawarah, memimpin, mengawal/menyelia dan merangsang(motivasi). Dengan cara ini semua pihak akan berasa puas dan seronok menjalankan tugas

REFLEKSI

Projek kecemerlangan yang telah dan sedang dilaksanakan sangat baik dan telah terbukti bahawa pada tahun 2006 . Projek ini telah mencipta kejayaan cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM sekolah. Projek seperti ini amat diperlukan terutama pelajar-pelajar yang berada di kawasan kampung dan luar bandar. Aspek pengurusan projek dilaksanakan dengan baik. Ahli jawatankuasa projek telah menjalankan tugasan dengan penuh dedikasi dan sistematik. Kelas-kelas tuisyen khasnya dilaksanakan dengan penuh sistematik dan berkesan. Walaupun masalah yang dihadapi ialah masalah kerjasama pelajar tetapi dengan komitmen guru dan pihak pentadbir masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Pihak pengurusan telah menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling dalam menangai masalah disiplin dan sahsiah murid.

Sepanjang pemerhatian penulis selama tiga minggu berada di SMK Seri Kundang dan temubual dengan beberapa orang guru dan pihak pentadbir penulis dapat rumuskan beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan dalam melaksanakan projek ini dengan lebih berkesan dan ianya merupakan faktor-faktor kritikal dan penting dalam menjayakana projek dan perubahan di sekolah;

1. Gelagat Tingkah Laku Pelajar

Latarbelakang pelajar-pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana dan hidup dalam suasana kampung dan pinggir bandar yang lemah dalam pengahaytan amalan agama. Ibubapa mereka rata-rata bekerja sendiri samaada berniaga dan bekerja separuh mahir. Murid-murid terdedah kepada gejala yang kurang sihat dan masalah displin dan sahsiah menjadi kelompangan yang ketara. Budaya rempit dan tidak menghormati orang tua menjadi fenomena yang menjadi amalanpelajar-pelajar. Budaya hidup mereka dibawa ke sekolah dan menimbulkan masalah disiplin seperti datang lewat ke sekolah, ponteng sekolah, bergaduh dan tidak menghormati guru. Keadaan ini telah memberi kesan kepada projek kecemerlangan yang ditaja oleh pihak sekolah. Kehadiran ke kelas tuisyen dan komitmen mereka untuk mengikuti program-program kecemerlangan menyebabkan prestasi program agak kurang memuaskan.

Keadaan ini perlu pendekatan yang berkesan dan sistematik agar kesedaran kendiri dan self-esteem pelajar-pelajar dapat dibina. Kajian tindakan perlu dibuat dan pengajaran kajian masa depan perlu diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Aset Barisan Guru Yang Dedikasi Dan Komited

Kesungguhan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembejaran dan program membina sahsiah pelajar jelas dan menunjukkan komitmen yang tinggi. 90% guru-guru terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman lebih daripada 5 tahun mengajar. Mereka berpindah ke SMK Seri Kundang atas kehendak sendiri dan sebelum itu telah berkhidmat di sekolah-sekolah lain di Kuala Lumpur dan Selangor. Kemahiran dan kepakaran mereka di sekolah lama dalam mendidik pelajar telah dibangunkan tenaga untuk membentuk pelajar-pelajar di SMK Seri Kundang. 40 % mereka berada di gred perkhidmatan DG 44.

Kepakaran guru-guru perlu digunakan secara optimum dan sistematik dalam melaksanakan projek keecemerlangan. Pihak pengurusan sekolah harus membuat satu pendekatan melatih kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu kepakaran mereka untuk digunakan secara sistematik dengan pengurusan yang lebih mantap agar mereka boleh membantu pelajar-pelajar dengan lebih efektif dan inovatif. Komunkasi berkesan perlu diperhebatkan di antara pihak pentadbir dan guru-guru dan pendekatan humanistik perlu diperhalusi agar wujud satu kejelekitan dalam melaksanaka kerja secara berpasukan. Konsep Pembimbng Rakan Sekerja ( PERASA) perlu digarapkan diamalkan dalam suasana kerja seharian.

3. Perlaksanaaan Konsep Headcount dan Post-Mortem

Dalam uasaha untu merealisasikan kepimpinan instruksional di sekolah, konsep headcount seharusnya difahami dan menjadi tunggak kepada sistem penilaian, pentaksiran dan peperiksaan di sekolah. Guru-guru khasnya Ketua Panitia hendaklah memahami sistem perlaksaaan dengan betul dengan dipantau oleh pihak pentadbir. Barisan pentadbir ‘turun padang’ sama-sama bekerja keras bagaimana untuk membuat sasaran. Daripada postmortem yang dibuat setiap orang terlibat dalam mengkaji dan memastikan kekuatan dan kelemahan yang dihadapi. Bertolak daripada data-data yang didapati pihak panitia merancang untuk mengadakan program pengukuhan, pengayaan dan pemulihan bagi memastikan kuantiti dan kualiti yang disasarkan tercapai. Kemudian satu dokumentasi disediakan untuk panduan untuk pelaksanaan program tahun hadapan.

4. Kemudahan Prasarana Dan Peralatan Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berinovatif

Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di SMK Seri Kundang telah mencukupi untuk proses pembangunan pendidikan dan pembinaan modal insan yang cemerlang. Makmal komputer yang lengkap selain daripada peralatan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar. Mekanisma pengurusan makmal perlu diperhebatkan dan menjadikan ICT sebagai satu teras kepada proses pengajaran dan pembelajaran melalui program P&P berbantukan komputer. Begitu juga dengan kemudahan –kemudahan lain seperti Bengkel Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Bilik Kemanusiaan. Kepimpinan Instruksional pengetua dapat diserlahkan dengan terbentuknya satu sistem perlaksanaan dan pemantauan yang mantap. Berg (1988 ) mendapati guru yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi terhadap keupayaan mengajar dapat mempengaruhi kemajuan akademik murid.

5. Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Membangunkan modal insan adalah satu teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) dan ianya menjadi agenda penting dalam proses pendidikan. Di SMK Seri Kundang Unit Perkhidmatan Dan Bimbingan Dan Kauseling ( UBK ) yang dipimpin oleh dua orang Guru Bimibingan Dan Kauseling Sepenuh Masa amat besar peranannya dalam membentuk personaliti dan minda pelajar ke arah memahami realiti hidup di era globalisasi. Kerjasama dan kolaberatif di antara UBK, Unit Disipin dan Panitia Pendidikan Islam dan Moral amat diperlukan dalam melaksanakan program-program ke arah membina self esteem pelajar dan iklim budaya sekolah yang baik. Pelajar-pe;ajar hendaklah diajar dan dilatih Teknik Penyelesian Masalah agar mereka kenal diri dan mengetahui bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan sekarang dan masa depan. Fenomena pelajar –pelajar SMK Seri Kundang terdapat kelompangan yang jelas dari aspek amalan dan penghayatan agama dalam kehisupan seharian. Pada hemat penulis, syiar agama dan program agama perlu diperbanyakan dan dilaksanakan dengan penuh inovasi agar pelajar merasai itu adalah satu keperluan mereka.

Berpandukan kepada amalan dan teori pengurusan di sekolah ini, penulis amat yakin bahawa kejayaan sesuatu program disebabkan komitmen yang tinggi peringkat kepimpinan sekolah. Keupayaan pengurusan berkesan ini telah membolehkan warga sekolah dan pelajar khasnya memahami visi dan misi sekolah. Semua warganya bersama-sama berperanan menyumbang ke arah kejayaan program- prgram kecemerlangan sekolah. Memang benar kata-kata bestari “ if you fail to plan, you are planning to fail”. Sebarang program atau aktiviti yang dibuat secara ad hoc kurang memberi kesan serta tidak mencapai objektif seperti yang dikehendaki. Dalam konteks ini SMK Seri Kundang telah membina pelan strategik sebagai titik tolak untuk mencapai kecemerlangan khasnya dalam projek kecemerlangan akademik ‘ Menggilap Permata PMR/SPM 2007’.

RUMUSAN

Stail kepimpinan pengetua dalam memimpin sebuah organisasi yang ada nilai kepimpinan dan pengurusan berkualiti akan mencorakkan kejayaan sesebuah instituís. Kebolehan mengurus pelbagai sumber yang ada sama ada sumber manusia, kemudahan fizikal dan komuniti setempat memudahkan sesuatu kejayaan dicapai. Pihak pentadbir sekolah mengurus sekolah bersandarkan visi, misi, matlamat dan objektif sekolah. Iklim dan budaya sekolah yang cemerlang telah dapat dibina dan dibentuk. Pengetua telah bertindak sebagai seorang ketua, pengurus dan pemimpin dalam memastikan kelancaran perjalanan program-program dan perjalanan sekolah agar dapat memberi impak yang baik.

Pengetua telah memujudkan budaya komunikasi yang baik antara guru-guru, pelajar-pelajar dan warga sekolah adalah pembuka jalan utama dalam mencapai matlamat program yang berkesan. Pengetua sebagai pemimpin telah melakukan tanggungjawab sebagai seorang kaunselor untuk memotivasikan guru dari semasa ke semasa untuk memastikan objektif program tercapai.

Menurut Ibrahim Mamat (2001: 227), kepemimpinan sebenarnya adalah suatu seni. Untuk itu pemimpin perlu mengenal watak orang-orang yang dipimpinnya maka apabila pemimpin pandai memainkan seninya, menyentuh kepentingan orang-orang yang dipimpinnya, dia akan mendapat reaksi yang baik.

Kesimpulannya, gaya kepemimpinan Pengetua dan jentera pentadbirannya memberi pengaruh yang besar dalam banyak perkara termasuk implikasinya terhadap keberkesanan tugas guru dan kakitangan sokongan. Kejayaan dan kegagalan organisasi atau program juga bergantung kepada penglibatan Pengetua dalam pengurusan merancang, menyelia, mengawal, dan menilai dan seterusnya membuat keputusan.

BIBLIOGRAFI

Scheerens, J ( 1989 ). Effective Schooling: Research, Theory and Practise.London: Cassel.

Mohd.Salleh Lebar ( 1998 ) . Pengenalan Ringkasan : Sosiologi dan Pendidikan .Selangor: Thinkers Library SDN.BHD

Ishak B Sin, (2004). Sekolah Berkesan: Amalan-amalan Dalam Pengurusan Dan Pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 14(02), pp 1-21

Sergiovani, T. J. (1995). The Principalship: A Refelective Practice Perspective. Boston: Allyn and Bacon.

Ishak bin Sin, (2003 ).Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran: Gaya manakah yang diperlukan oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki 13(02): 1 – 13

.

Stoner, J.A. F. (1984), Management, Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice Hall Inc.

House, R.J. (1977 ). A 1976 theory of charismatic leadership. Dlm Hunt J.G. & Larson L.L. (Eds). Leadership: The cutting edge. Carbondale: Southern Illinois University Press.

Ibrahim Mamat (1993), Kepemimpinan Sekolah Teori Untuk Praktis, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Edaris Abbu Bakri ( 2005 ), Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar ( 1996 ), Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman ( 2003 ), Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books.

Rahim Abdullah ( 1994 ), Asas Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & DistributorsSdn Bhd.

Mok Soon Sang ( 2007 ), Kursus P.T.K: Pengurusan dan Pentadbiran. Selangor: Multimedia- ES Resources Sdn.Bhd.

Zainal Ariffin Ahmad ( 1998 ), Perlakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Abdullah Sani Yahaya ( 2003 ), Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Masliza Mohd Nawi , Sekolah Berkesan. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan

Omardin Ashaari ( 1999 ), Pengurusan Sekolah . Utusan Publications And Distributors Sdn.Bhd.

MAKLUMAT PESERTA

MAKLUMAT PESERTA

Nama

: Mohd.Ismail Bin Hj.Mohamood

No.Kad Pengenalan

: 650111-03-5631

Jantina

: Lelaki

Umur

: 42 Tahun

Nama Sekolah

: SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur

Alamat Sekolah Dan No.Telefon Sekolah

: Jalan 4/38 B Segambut 51200 Kuala Lumpur

03- 62587622

No .Kumpulan NPQH

: NPQH Kohort 11/2007

SM 2 11/ 2007

.