Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Saturday, September 25, 2010

Tips Mendidikan Anak-anak Islam

Sebahagian tips-tips/guideline mendidik anak.

* Pastikan anak-anak menghafaz al-quran setiap hari, 1,2 atau 3 ayat

misalnya, maka secara automatic masa anak-anak yang tak berfaedah seperti

terlalu banyak menonton tv dikurangkan di samping mendidik tabiat yang baik.

* Bagi yang suka membaca dan untuk menerapkan tabiat membaca, mungkin rakbuku boleh disediakan di rumah.

* Adalah penting kita berdoa suapaya keluarga kita ditetapkan dalam iman

* Mengajar doa dan zikir dan mengalakkan pengamalamannya dalam kehidupan seharian.

* Membaca tafsir bersama isteri dan anak-anak.

* Adalah penting untuk kita mendisiplinkan diri sendiri dalam masa kita mendisiplinkan anak-anak kita.

* Kita tak boleh lepaskan pada cikgu saja, jika tidak ia mungkin tak mencukupi atau ia tidak dapat diamalkan di rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh pada anak-anak.

* Kita perlu mendidik anak kita sensitive (peka) dalam perkara agama, inilah cara mendidik anak yang bertakwa, mendidik anak kita supaya sedar bahwa islam adalah cara hidup.

* Anak perlukan role model, maka ibu bapa perlu membaca Quran setiap hari.

* Penting kita berkomunikasi dengan anak-anak, sewaktu makan, dan sebagainya.

* Adalah lebih mudah untuk kita dapatkan quality time bersama anak2 , oleh itu manfaatkan peluang ini.

* Anak kita banyak mendapat pendedahan role model dari barat, kenapa tidak mereka belajar role model (i.e. sahabat misalnya). Berikan kepada mereka assignment every week dan biar mereka berkongsi apa yang mereka belajar.

* Perhubungan (relationship) dengan anak-anak sangat penting, lebih-lebih lagi teenagers (remaja). Bila mereka remaja, layan mereka sebagai kawan (seperti dewasa, bukan anak-anak kecil yang diarah begitu saja). Sebaliknya biar mereka faham. Mereka perlu rasa hormat dan cinta kepada ibu bapa dalam masa yang sama. Biar mereka cari ibu bapa dan bukan kawan2, bila timbul masalah. Adalah penting mereka membesar dalam persekitaran yang baik.

* Akhir sekali dalam apa-apa amalan pun, istiqamah itu penting supaya ia berhasil

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:

Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua:

Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:

Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat:

Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

3. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting. Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

6. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal. Anak cemerlang bermula daripada ibu bapa cemerlang.

Daripada Abdullah ibn Masud R.A katanya:

’ aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “ Apakah amalan yang paling dikasihi Allah ?”.Pertama: Sembahyang pada waktunya. Kedua: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA. Ketiga: Berjihad di jalan Allah.

1. Berbicara dgn sopan dan lemah lembut setiasa rendah suara dan pandangan mata dengan ibu bapa.
2. Minta izin sebelum melakukan sesuatu spt hendak keluar rumah.

3. Jaga kesopanan di hdpn ibu bapa seperti waktu makan, berjalan dsbnya.

4. Cium tangan ibu bapa setiap pagi dan malam.

5. Mendahulukan ibu bapa dalam segala hal.

6. Memberi salam atau ucapan ucapan yang sopan atau penghargaan apabila berjumpa atau berhadapan dengan guru.

7. Memandang guru dgn rasa hormat.

8. Berdiri atau duduk dengan sopan sewaktu bercakap dan sewaktu guru sedang mengajar tunjukkan minat terhadap apa yang diajar.

9. Jangan sekali kali memperkecil atau mencabar kebolehan guru.

10. Anak anak harus diajar hak hak jiran dan wujudkan silaturrahim.

11. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa

Konsep Penandaarasan

PENGENALAN


"Benchmarking" dalam Bahasa Melayu adalah Penandaarasan. Konsep ini adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau "istiqamah" untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Melalui IPA, Kerajaan telah memperkenalkan konsep ini dengan hasrat Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil langkah atau tindakan proaktif dalam membuat sebarang urusan perkhidmatannya. Kecemerlangan pasti akan dapat kita capai dengan belajar dari kejayaan- kejayaan orang lain. Istiqamah merupakan suatu tuntutan kepada umat manusia yang inginkan kejayaan, kesejahteraan dan kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.

Konsep Penandaarasan

Penandaarasan adalah suatu alat untuk mengenalpasti dan mencapai kejayaan. Sebuah organisasi akan meninjau dan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik suatu produk, proses atau perkhidmatan. Sebagai contoh: Perkhidmatan Awam Brunei mungkin akan meninjau Perkhidmatan Awam negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan lain-lain bagi meninjau dan mempelajari amalan-amalan yang telah membuktikan kejayaan cemerlang mereka terhadap sesuatu projek atau proses kemajuan yang serupa untuk dibuatkan sebagai tanda aras di negara ini. Dengan memulakan konsep Penandaarasan ini Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam akan dapat melaksanakan EMPAT langkah penting seperti berikut:

1. mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang perlu ditambahbaik;

2. mengenalpasti amalan-amalan terbaik bagi proses kerja berkenaan;

3. mengkaji proses kerja berkenaan; dan

4. menggunakan daya kreativiti untuk merekacipta semula proses kerja berkenaan sesuai dengan sosio- budaya kita kearah melaksanakan yang terbaik sahaja.

Faedah Penandaarasan

Perkhidmatan Awam akan dapat:

1. mendorong agensi kerajaan menjalankan penambahbaikan yang berterusan;

2. menggerakkan agensi kerajaan untuk mengamalkan konsep pembelajaran setiap masa dari pihak lain;

3. mengelakkan kita bersikap selesa akan prestasi masakini dan merangsang kita mencari idea atau pendekatan baru;

4. membantu warga perkhidmatan awam dalam meningkatkan kepakaran dalam suatu proses kerja;

5. mewujudkan silaturrahim dengan rakan rujuknya dengan cara perkongsian maklumat;

6. membolehkan agensi yang berprestasi tinggi membantu agensi yang sedang melaksanakan penandaarasan; dan

7. melengkapkan usaha TQM.

MODEL Penandaarasan




Penandaarasan Memeriksa atau Menilai APA yang Terpenting

Pembelajaran Kejayaan Pemeriksaan atau Penilaian Penandaarasan menilai ke tahap dimana sesuatu organisasi itu berjaya mencapai misinya dari perspektif rakan rujukan utama. Adalah lebih penting penilaian di fokuskan kepada faktor-faktor misi yang kritikal sahaja. Penandaarasan yang berjaya dan berkualiti tinggi akan mengenalpasti faktor-faktor kritikal bagi mencapai kejayaan misi mereka.