Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Monday, October 24, 2011

KASIH AYAH


Anakku Sazali dengarlah

Lagu yang ayahanda karangi

Sifatkan laguku hai anak

Sebagai sahabatmu nanti



Anakku Sazali juwita

Laguku jadikan pelita

Penyuluh di gelap gelita

Pemandu ke puncak bahagia...



BEGITU puitis lirik lagu Anakku Sazali ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Baitnya syahdu dan menyentuh jiwa, membayangkan keakraban hubungan dan kasih tidak berbelah bahagi antara seorang bapa dan anak.

Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua.
Tetapi sejauh mana ketaatan itu? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?

Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, ketaatan kepada orang tua wajib dalam hal meragukan dan tidak wajib dalam hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu meragukan adalah warak (berhati-hati), sedangkan keredaan orang tua adalah wajib.

Berbakti kepada orang tua tidak hanya kepada bapa atau ibu yang Muslim.

Walaupun kedua-duanya kafir, anak harus berbuat baik kepada mereka dan termasuk berbuat baik dan tidak berjihad kecuali dengan izin mereka.

Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)

Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”

Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut al-Qurtubi, termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai.

Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan al-Hakim)

Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya.

Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?”

Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”

Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua.

Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani)

Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.

Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.” Apakah perkataan yang mulia itu?”

Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”

Begitulah kiasan dalam hubungan interaksi antara anak dan bapa. Tetapi kini ada anak sewenang-wenangnya menengking bapa, memaki hamun, malah sampai menghumbankan bapa ke penjara dan mencederakannya.

Bongkaknya, seperti sudah lupa asal usul.

Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat reda kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”

Tetapi bagi si anak pantang melihat bapa melakukan perkara bertentangan.

Bapa, walaupun kerap kali berdepan dengan anak bermasalah, tetap bersabar dan menutup aib sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berguna.

Malah, anak selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini.

Satu kisah terjadi pada zaman nabi. Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir ibn Abdillah r.a, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku mengambil hartaku.”

Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata: “Allah Azza wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: “Apabila orang tua itu datang kepadamu, tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya.”

Ketika orang itu datang, Nabi berkata: “Mengapa puteramu mengeluhkan kamu? Apakah engkau ingin mengambil hartanya?”

Orang tua itu berkata: “Tanyailah dia, ya Rasulullah, apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?”

Rasulullah berkata: “Janganlah ceritakan hal ini kepada kami. Beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu.”

Orang tua itu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah Azza wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu. Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku.”

Rasulullah berkata: “Katakanlah supaya saya mendengarnya.”

Orang itu berkata: “Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau di kala dewasa. Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan padamu.

“Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu, seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis
.

“Diriku takut engkau binasa, supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

“Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur, aku pun tidak mengharapkanmu, engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

“Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa, engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu.”

Ketika itu, Nabi memegang leher baju putera orang itu dan berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu.”

KATA-KATA MOTIVASI SEMASA


“If you want to be somebody If you want to go somewhere you better wake up and pay 'ATTENTION'”

“Be aware of every thought you have...positive thinking brings happiness regardless of the situation”

“Dalam mencapai apa jua kejayaan,motivasi diri ialah keutamaan. Seseorang itu tidak akan dapat mencapai cita-citanya, tanpa motivasi diri dan inspirasi”

“I can fly But I want his wings I can shine even in the darkness But I crave the light that he brings I can love But I need his heart.. ”

LAPORAN LAWATAN KISAS KE SYRIA 2010

LAPORAN REHLAH THAQAFIYYAH  KE SYRIA

1.0  Nama Program
Rehlah Thaqafiyyah  ke Syria ( Lawatan Sambil Belajar ke Syria )

2.0  Pendahuluan
Program Rehlah Thaqafiyyah  ke Syria merupakan program pengantarabangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT )  yang dijayakan pada akhir tahun 2010 dan diketuai oleh Timbalan Pengarah BPSBPSK . Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada Persatuan Ibubapa Dan Guru ( PIBG ) KISAS dan Persatuan Alumni Kolej Islam ( ALKIS ). Program ini adalah program pengantarabangsaan pertama ke negara Arab selaras dengan usaha KISAS untuk memperkasakan bahasa Arab..

3.0  Rasional
3.1  Meningkatkan kepimpinan  pelajar yang terpilih degan melihat proses pembelajaran dalam kelas di peringkat maahad atau kolej dan universiti luar negeran.
3.2  Meningkatkan daya saing pelajar terutama dalam aspek ketahanan fizikal dan prestasi penguasaan Bahasa Arab dalam perbincangan bersama dengan pelajar-pelajar Arab di luar negera.
3.3  Memupuk semangat jati diri yang tinggi dan berjiwa kental dalam menghadapi cabaran untuk memastikan kecemerlangan diri dan kolej.

4.0  Objektif
4.1   Memberi  pendedahan kaedah pembelajaran Bahasa Arab dalam kelas dengan lebih berkesan.
4.2   Meningkatkan pengetahuan berkaitan peluang belajar dan prosedur yang berkaitan dengan  proses pembelajaran di sekolah untuk mereka menyambung pelajaran di Universiti Abu Nur.
4.3  Sijil Khas Kolej memdapat kerjasama yang baik daripada Universiti Abu Nur dalam proses pengiktirafan sijil SKK untuk lepasan kolej menyambung pelajaran ke peringkat matrikulasi di Universiti Abu Nur.

5.0   Pengurusan  proses lawatan dan dokumen  berkaitan
5.1  Urusan penempahan tiket  dengan agensi penerbangan FB Travels Sdn Bhd.
5.2  Urusan  permohonan kelulusan Sekolah berasrama Penuh (SBP), Kementerian Kewangan dan Ketua Setiausaha Negara ( KSU ).
5.3  Urusan  pembayaran  kos lawatan oleh peserta lawatan.
5.4  Urusan permohonan setiap pegawai pendidikan ke PPD/JPNS
6.0  Aktiviti
6.1  Taklimat / Ucapan Pengetua di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
6.1.1        Membangunkan ‘roh’ guru pengiring  dan pelajar  dalam menjayakan program rehlah Thaqafiyyah ke Syria.
6.1.2        Membina semangat kekitaan  sepanjang perjalanan.
6.1.3        Tujuan dan matlamat mesti jelas  untuk peningkatan yang berterusan terutama apabila pulag daripada rehlah nanti.
6.1.4        Pemimpin berkarisma dan berupaya membangkitkan inspirasi serta berkebolehan merangsang intelektual agar boleh mencetuskan budaya inovasi di KISAS setelah pulang daripada lawatan benchmaking di luar negara.

6.2   Persiapan terakhir dan perjalanan Delegasi KISAS SBT  ke Bahrain
6.2.1        Kami berkumpul di KISAS pada hari Jumaat  3 Disember 2010 jam 6.00 petang. Semua peserta hadir dan taklimat rehlah ke Syria diadakan pada malam Sabtu di kelas tingkatan 4/10.
6.2.2        Pada pagi Ahad semua peserta diberi latihan komunikasi bahasa Arab untuk  berinteraksi dengan masyarakat Arab apabila berada di Syria.
6.2.3        Para peserta diminta untuk membuat latihan nasyid dan qasidah serta syarahan bahasa Arab sebagai persediaan dalam slot persembahan kebudayaan di  Syria.

6.3  Transit di bandar Bahrain
6.3.1        Peserta bertolak ke Hotel Pelnor kira-kira 10 km daripada Lapangan Terbang Bahrain pada jam 12.30 tengah malam (waktu Bahrain) dan menginap di hotel .
6.3.2        Jam 7.00 pagi (w.b) selepas sarapan pagi ( dengan juadah Arab seperti roti arab dan tahinah ) rombongan bertolak ke Lapangan Terbang Bahrain.
6.3.3        Jam 9.00 pagi (w.b) rombongan bertolak ke Damascus dan perjalanan selama 3 jam.

6.4  Ketibaan rombongan di Lapangan Terbang Antarabangsa Damascus
6.4.1        Kami tiba di lapangan terbang Antarabangsa Damascus pada jam  12.00 tengahari ( w.b ) disambut oleh Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan pemandu pelancong FB Travels Sdn Bhd. Kemudian kami menaiki bas pelancongan ke Hotel Shamma’ di bandar Damsyik kira-kira 10 km daripada lapangan terbang.
6.5  Penginapan di hotel di  bandar Damascus ibu negara Syria
6.5.1        Kami tinggal di Hotel  Shamma’  iaitu hotel bertaraf 3 bintang  dan layanan serta kelengkapan adalah baik dan pihak hotel menyediakan sarapan sahaja setiap hari selama 5 hari berada di Syria.
6.5.2        Pada sebelah malam, makanan Malaysia disediakan oleh Persatuan Pelajar Malaysia dan dibekalkan terus ke hotel ,
6.6  Lawatan di bandar Damascus
6.6.1        Hari pertama melawat ke Mathaf ( Muzium ) Watani yang terletak berdekatan dengan hotel penginapan kira-kira 500m. Mathaf Watani adalah tapak Universiti Syria pertama. Dalam mathaf terdapat arca-arca zaman purba iaitu Mesopotamia, Rom, Yunani dan lain-lain.
6.6.2        Kami makan tengahari di restoran Kamal iaitu sebuah restoran mewah di Damsyik. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandar dan .kami dihidangkan dengan masakan Arab Syria secara berperingkat-peringkat dengan menu yang sangat istimewa.

6.7  Lawatan ke Jabal Arbain
6.7.1        Hari kedua  ( Selasa ) Kami mendaki bukit Arbain yang tingginya kira-kira            melalui 250 anak tangga. Jabal Arbain adalah tempat pembunuhan pertama di dunia iaitu pembunuhan Habil dan Qabil. ( anak Nabi Adam a.s ). Di  kemuncak Jabal Arbain terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai masjid Wali Arbain. Sempena dengan tempat pertapaan empat puluh orang wali Allah yang juga mempunyai 40 mihrab maka bukit ini dikenali sebagai Jabal Arbain.
6.7.2        Ketika berada di masjid tersebut kami telah diberi penerangan oleh seorang Sheikh iaitu penjaga masjid keramat itu. Kami telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh Sheih dan pelajar-pelajar Jami’ Fathul Islami bersama pelajar Malaysia di Syria. Kami dihidangkan dengan makanan ringan Arab serta syai( teh ). Disitu kami telah mempersembahkan qasidah dan nasyid, kemudian persembahan balas dari pihak tuan rumah.
6.8  Lawatan ke Bushra
6.8.1        Bushra terletak 140 km dari bandar Damascus Di sana kami melawat kubu pertahanan umat Islam zaman Salahudin Al Ayubi . yang pada asalnya ia merupakan sebuah  Teater ( Masrah ) zaman Rom yang boleh memuatkan 15,000 orang pada satu  masa dan dilengkapi dengan teknologi kedap bunyi  yang hebat.
6.8.2        Kemudian kami bergerak ke masjid Umari. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina oleh Sayyidina Umar di Busra. Struktur binaannya masih lagi kekal kecuali bahagian bumbungnya telah diubahsuai kerana kejadian kebakaran.
6.8.3        Meneruskan perjalanan ke gereja Buhaira . di mana tempat  pertemuan di antara Buhaira ( seorang paderi ) dengan Abu Talib ketika berdagang di  Syam.
6.9  Lawatan ke  Universiti  Abu Nur
6.9.1        Pada hari ketiga ( Rabu ) kami mengadakan perkongsian pintar bersama Universiti Abu Nur yang dikenali sebagai Majma’ Sheikh Ahmad Kuftari . Universiti ini merupakan universiti swasta yang terulung di Syria, terletak di Rukni Al Din.
6.9.2        Ustaz Mohd Ismail Mohamood PK HEM KISAS telah mengadakan pembentangan berkaitan dengan Sijil Khas Kolej dan kami mengadakan perbincangan berhubung dengan pengikhtirafan sijil berkenaan. Pihak unversiti menyambut baik permohonan kami dan berjanji untuk membuat penelitian berkaitan sijil berkenaan serta menawarkan biasiswa dan tempat untuk pelajar-pelajar KISAS melanjutkan pelajaran ke universiti berkenaan.
6.10          Perkongsian Ilmu ke Pusat Bahasa Arab Untuk Penutur  Bukan Arab Kementerian Pelajaran Syria ( Arabic School For Non Arabic Speakers )
6.10.1    Hari Keempat ( Khamis ) Mendengar taklimat berkaitan Pusat Bahasa  daripada pengarah  Pusat Bahasa tersebut.
6.10.2    Pihak KISAS telah membuat pembentangan SKK dan tujuan kedatangan  rombongan.
6.10.3    Bengkel perkongsian pintar pensyarah dan pelajar-pelajar Pusat Bahasa  bersama pelajar KISAS.
6.10.4    Bengkel bersama  pelajar Malaysia dan  pelajar luar yang lain seperti   pelajar Amerika, Jepun , China , Korea dan lain-lain.
6.10.5    Waktu tengahari kami bertolak ke sebuah restoran peninggalan istana lama zaman Khalifah Umaiyah. Kami dihidangkan dengan makanan tradisional Arab Syria.

6.11          Lawatan ke Masjid Umawi
6.11.1    Keluasan masjid Umawi 400 meter persegi. Di sana terdapat Makam Nabi Yahya dan bilik dimana dulang tempat kepala Saidina Husin ditempatkan. Tempat ini menjadi tumpuan golongan masyarakat  berfahaman Syiah.
6.11.2    Masjid ini pada asalnya ialah sebuah gereja dan bertukar menjadi masjid apabila kekalahan kerajaan Rom. Walau bagaimanapun  tempat pembaptisan di dalam masjid dikekalkan sebagai satu lokasi lawatan.bersejarah.
6.11.3    Tempat di mana Imam al Ghazali menulis kitab Ihya Ulumuddin  diabadikan di dalam masjid ini.
6.11.4    Di dalam masjid ini terdapat empat menara yang mewakili 4 mazhab aitu mazhab Syafii, mazhab Hambali, mazhab Hanafi dan mazhab Maliki.
6.11.5    Masjid ini merupakan masjid utama ulamak-ulamak besar Syria menyampaikan kuliah ilmu seperti  Prof Dr.Wahbah Zuhaili.

6.12          Lawatan  dan membeli belah di Shouk Hamidieh.
6.12.1    Tempat popular bagi pelancong dari serata dunia.
6.12.2    Terdapat banyak masjid-masjid sahabat seperti masjid Abu Hurairah  di sepanjang jalan Shouk Hamidieh.

6.13          Lawatan ke Jama’ Fathul  Islami
6.13.1    Hari kelima  kami mengadakan perkongsian pintar bersama Jama’ Fathul Islami. Kami diberi taklimat berkaitan tentang pembelajaran di Jama’ Fath Islami,
6.13.2    Ustaz Mohd Ismail Mohamood PK HEM KISAS telah membuat  pembentangan SKK dan perkongsian pintar berjalan dengan lancar di antara pihak pengurusan Jama’ Fathul Islami, pelajar Syria dengan pelajar KISAS.
6.13.3    Kami dibawa melawat ke kelas-kelas dan dewan kuliah untuk melihat sistem pembelajaran. Terdapat dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
6.14          Perjalanan pulang ke Malaysia
6.14.1    Hari kelima kami bertolak balik ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang Gulf Air  pada jam 10.00 pagi ( waktu Syria bersamaan pukul 4.00 petang Waktu Malaysia)
6.14.2    Kami transit di Lapangan Terbang Bahrain selama 5 jam dan bertolak ke Malaysia pada jam 5.00 petang (waktu Bahrain )
6.14.3    Kami sampai di KLIA pada jam 9.30 pagi ( waktu Malaysia ) dan sampai di KISAS pada jam 12 tengahari.
7.0  Dokumen /  keperluan lawatan
7.1  Dokumen pengiktirafan Sijil Khas Kolej ( SKK )
7.1.1        Disediakan khas untuk pengiktirafan termasuk modul pengajaran dan pembelajaran  dan soalan-soalan latihan standard yang digubal oleh panel SKK yang diketua oleh Prof.Dr. Bukhari bin Lubis  seorang profesor pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa.

7.2  Keperluan yang perlu dibawa oleh setiap peserta lawatan
7.2.1        Kelengkapan untuk Rehlah Thaqafiah ke Syria

A.                 Pakaian
1.                  Baju sejuk 2 helai
2.                  Seluar panjang 3 helai(putera)
3.                  T shirt berlengan panjang 3 helai(putera)
4.                  Jubah seluar  3 pasang (puteri)
5.                  T shirt labuh (puteri) – 4 helai (disediakan)
6.                  Blazer kolej (disediakan)
7.                  Jacket kolej (disediakan)
8.                  Beg galas kecil untuk travel
9.                  Stokin
10.              Kasut kulit/campuran kulit pbc(1 pasang)
11.              Sarung tangan
12.              Makanan
13.              Krepek
14.              Choklat
      
                         B.          Beg sandang disediakan oleh FB Travels Sdn Bhd.

7.3  Surat –surat berkaitan lawatan – lihat Lampiran A

8.0  Impalikasi kewangan
Lampiran B

9.0  Penilaian  
9.1  Penilaian  kepimpinan guru  melalui perbincangan dan pengagihan tugas dalam setiap aktiviti  pelajar sepanjang lawatan di Syria.
9.2  Setiap pelajar diberi tugasan masing-masing dan pelajar diletakkan dalam kumpulan masing-masing untuk menjalankan tugas  iaitu  Biro Laporan Dokumentasi, Biro Persiapan Lawatan  dan Biro Makanan.

10.0          Impak
10.1          Pelajar dapat mengekalkan kecemerlangan sahsiah tahap tinggi disamping      kecemerlangan akademik. 
10.2          Pelajar dapat meningkatkan tahap prestasi kecemerlangan kerohanian dan amalan-amalan ibadat.
10.3          Pelajar dapat mengaplikasikan tahap kepimpinan yang mantap dan memastikan kelestarian kepimpinan pelajar.
10.4          Banyak sekolah dan institusi pendidikan seluruh negara  berkunjung ke KISAS dalam program’bench making’.
10.5          Program jaringan dan jalinan diadakan dengan sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan luar negara termasuk Syria.

11.0          Cadangan penambahbaikan
11.1          Membentuk modul SKK yang lebih mantap dan bertahap tinggi sesuai dengan tahap matrikulasi Universiti Abu Nur.
11.2          Mengadakan perundingan dengan Kementerian Pelajarn malaysia dan Kedutaan Syria dalam proses pengiktirafan sijil SKK.

12. PENUTUP

Alhamdulillah  program rehlah thaqafiyyah telah berjaya  diadakan dan dapat dimanfaat semaksimun mungkin oleh pelajar dan guru demi merealisasikan kehendak negara. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
 
 Disediakan oleh:
            ………………………...............……….......
(SHEIKH SALIM SHEIKH HASSAN)
 Penolong Setiausaha
 Program Rehlah Thaqafiah ke Syria

Disemak oleh:
            ........................................................................
           (PN HJH HAZNAH BT HAMZAH)
           Pengarah
           Program Rehlah Thaqafiah
           Kolej Islam Sultan Alam Shah