Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Saturday, April 7, 2012

Quick Wins


INISIATIF 1: SPESIFIKASI PEMBELAJARAN HARIAN (SPH)

1.0              Konsep

Pembelajaran dan pengajaran (P&P) dilaksanakan berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan.


2.0              Rasional

2.1              Mengaplikasikan pelbagai mod pembelajaran
2.2              Melaksanakan P & P mengikut aras Taksonomi Bloom yang  sesuai dengan tahap pelajar
2.3              Menyediakan peluang  pembelajaran melalui situasi kehidupan sebenar 
2.4              Menerapkan kemahiran insaniah.


3.0              Kaedah Pelaksanaan

3.1              SPH boleh disediakan berdasarkan templat yang dibekalkan dan difailkan.
3.2              Penulisan SPH boleh dilakukan seperti  jadual berikut:

Bil
Komponen SPH
Cara  Penulisan
1
Hasil Pembelajaran
·         Merujuk Sukatan Pelajaran , Huraian Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran Tahunan
·         Mengambil kira pengetahuan sedia ada dan  tahap  pelajar.
2
Mod Pembelajaran
·         Pemilihan mod pembelajaran dibuat berdasarkan kesesuaian dengan hasil pembelajaran
3
Aras Pembelajaran
·         Ditentukan sebelum P & P dijalankan dan merujuk   Hasil Pembelajaran
·          Boleh melibatkan beberapa  aras  dalam satu-satu P & P.
·         Pada akhirnya semua aras perlu  dilaksanakan dalam pembelajaran setiap  mata pelajaran .
4
Ringkasan aktiviti
·         Disesuaikan dengan Hasil Pembelajaran  , Mod Pembelajaran Dan Aras Pembelajaran.
5
Pentaksiran dan Penilaian
·         Perlu  dinyatakan bentuk pentaksiran dan penilaian yang digunakan sepanjang P & P



INISIATIF 2: PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY- LESSON STUDY (PLC-LS)
(Komuniti Pembelajaran Profesional-Kajian Pembelajaran)

1.0              Konsep

Lesson Study adalah amalan guru-guru secara KOLABORASI:
(i)      merancang dan menyedia Rancangan Mengajar 
(ii)    membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru
(iii)   membuat refleksi terhadap P&P, dan seterusnya
(iv)  mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Mengajar


2.0              Rasional

2.1              Meningkatkan pengetahuan kandungan dan pengetahuan kandungan-pedagogi guru (pedagogical content knowledge)
2.2              Meningkatkan amalan refleksi guru
2.3              Membina pengetahuan dan kefahaman guru mengenai masalah pembelajaran pelajar


3.0              Kaedah Pelaksanaan

Langkah
Modus Operandi
1
Pembentukan Jawatankuasa TASK FORCE PLC-LS SBP
a)      Jawatankuasa TASK FORCE PLC-LS SBP dianggotai oleh:
·         BPSBPSK
·         Pakar rujuk LS
·         Jurulatih Utama (JU) mata pelajaran LS mengikut zon
b)      Fungsi jawatankuasa:
·         Menjadi think tank PLC-LS SBP
·         Menyediakan pelan pelaksanaan LS Kitaran 1
·         Menyediakan instrumen pemantauan LS
·         Panel penilai laporan LS
2
Bengkel Pelaksanaan Lesson Study Peringkat SBP
a)      Dengan kerjasama BPG
b)      Cadangan tarikh
·         Januari – Februari 2012
c)      Kumpulan Sasaran
·         JU yang dilantik
·         Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains & Matematik
d)      Pengisian Program
·         Taklimat dan Pembentangan Kertas (Kerja Fungsi Otak, Lesson Study, Strategi Belajar)
·         Demonstrasi (Video Sesi P&P)
·         Bengkel LS
-          Penyediaan Rancangan Mengajar
-          Simulasi Latihan Mengajar
-          Bimbingan (coaching)
-          Refleksi
·         Pelan Pelaksanaan LS Kitaran 1
·         Rumusan
3
Program Lesson Study Kitaran 1 (Peringkat Zon)
a)      Tempoh: 1 hari
b)      Penglibatan:
·         1 Guru mata pelajaran/ketua panitia (MT, FIZ, KIM,BIO) setiap sekolah mengikut zon
c)      Pengisian program:
·         Taklimat konsep LS oleh JU
·         Perbincangan penyediaan rancangan pembelajaran harian
·         Kelas terbuka
·         Refleksi
d)      Menjalankan kajian kesediaan guru
4
Laporan Program Lesson Study Kitaran 1 (Peringkat Zon)
a)      JU mata pelajaran membentuk JK penyedia laporan
b)      Menyediakan laporan pelaksanaan LS
c)      Merumuskan kajian kesediaan guru
5
Kajian Laporan Program Lesson Study Kitaran 1 (Peringkat Zon)
a)      Menganalisis maklum balas guru
b)      Menilai dan menambah baik proses pelaksanaan LS
6
Pelaksanaan Lesson Study Kitaran 2 (Peringkat Sekolah)
a)      Pembentukan kumpulan LS
b)      GKMP bertindak sebagai penyelaras LS
c)      Melaksanakan semua kitaran LS
d)      Menyediakan laporan pelaksanaan LS
7
Kajian Semula Pelaksanaan Lesson Study di SBP
a)      Task force menganalisis dan menilai laporan pelaksanaan LS Kitaran 2
b)      Mengkaji proses pelaksanaan LS


INISIATIF 3: PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY-TEAM TEACHING
(Komuniti Pembelajaran Profesional-Pengajaran Kolektif)

1.0             Konsep :

Team teaching melibatkan sekumpulan guru yang bekerja bersama-sama dengan tujuan yang sama dan secara berterusan untuk membantu sekumpulan murid. Guru-guru bersama-sama menetapkan objektif, mengajar, dan membuat refleksi. Pasukan guru boleh terdiri daripada bidang yang sama atau bidang-bidang yang berlainan.

“In team teaching a group of teachers, working together, plan, conduct, and evaluate the learning activities for the same group of students. In practice, team teaching has many different formats but in general it is a means of organising staff into groups to enhance teaching


2.0             Rasional

2.1              Bekongsi kepakaran
2.2              Mengisi kekosongan waktu ketika guru menjalankan tugas rasmi di luar sekolah atau bercuti


3.0             Kaedah Pelaksanaan

3.1              Setiap sekolah perlu melaksanakannya bagi sekurang-kurangnya  tiga subjek kritikal yang dikenal pasti 
3.2              Pelaporan refleksi disediakan dan difailkan .
3.3              Team Teaching boleh dilaksanakan dalam pelbagai situasi. Panduan pelaksanaan bagi setiap  situasi dapat dirujuk dalam jadual di bawah.

Bil
Situasi
Kaedah
1
Wujud guru berpengalaman dan guru kurang berpengalaman.
·         Jadual waktu P & P  guru bagi  mata pelajaran yang sama  boleh diselaraskan
·         Pengajaran secara berpasukan dilaksanakan dalam kelas  tertentu atau dengan menggabungkan kelas.
·         Modul / Spesifikasi Pembelajaran Harian(SPH) disediakan bersama lebih awal .
·          Guru yang kurang berpengalaman akan bersama-sama mengendalikan kelas guru yang berpengalaman berdasarkan SPH . Seterusnya guru yang kurang pengalaman akan mengajar dikelasnya berdasarkan SPH yang sama dengan bantuan guru yang berpengalaman
2
Wujud  kekosongan waktu disebabkan guru mata pelajaran menjalankan   tugasan rasmi di luar atau bercuti
·         Dijalankan secara jadual ‘ganti terancang’
·         Modul / Spesifikasi Pembelajaran Harian(SPH) disediakan bersama lebih awal .
3
Wujud  guru- guru  yang berkepakaran  tentang kaedah berkesan  untuk mengajarkan tajuk/konsep/kemahiran/teknik tertentu
·         Jadual waktu P & P  guru bagi  mata pelajaran yang sama boleh diselaraskan
·         Boleh juga dilaksanakan di luar jadual waktu (kelas tambahan)  mengikut  kelas  tertentu atau dengan menggabungkan kelas.
4
Wujud perbezaan keupayaan pelajar dalam  menguasai  tajuk/konsep/kemahiran  tertentu
·         Guru menyediakan ujian diagnostik/analisis item ujian/peperiksaan dan mengenal pasti  tajuk/konsep/kemahiran yang tidak dikuasai oleh pelajar
·         Pengajaran semula   tajuk/konsep/kemahiran tersebut  dilaksanakan mengikut kepakaran
5
Semua guru dalam satu mata pelajaran kurang pengalaman
·         Menggunakan kepakaran guru bagi mata pelajaran tersebut dari SBP berdekatan
·         Boleh juga menggunakan guru dari zon yang berdekatan
·         Memanfaatkan kemudahan ICT secara memuat naik rakaman video P&P guru berkenaan atau melalui video conferencing



INISIATIF 4: PENCERAPAN

1.0              Konsep

Satu kaedah mengesan  dan menilai keberkesan P & P.


2.0              Rasional

2.1              Penjaminan kualiti P&P
2.2              Perkongsian pintar


3.0              Kaedah Pelaksanaan

3.1              Dilaksanakan oleh  Pengetua, PK1, GKMP , Guru Cemerlang , Ketua Panitia Mata Pelajaran dan pihak yang  dilantik oleh pengetua.
3.2              Menggunakan Instrumen  Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 2010.
3.3              Dijalankan sekurang-kurangnya lima  kali  setahun bagi setiap guru.
3.4              Melibatkan pencerapan P & P dan  hasil kerja murid
3.5              Pencerapan boleh dilaksanakan  serentak  dengan  Team Teaching  dan Lesson Study
3.6              Semakan SPH dijalankan mengikut  Surat Pekeliling Iktisas  Bil 3/1999
3.7              Jadual Pencerapan dan semakan hasil kerja pelajar disediakan  pada awal tahun dalam manual pengurusan sekolah
3.8              Pelaporan  difailkan untuk tujuan pemantauan


INISIATIF 5: SUSUN ATUR BILIK DARJAH

1.0              Konsep

Bilik darjah menjadi hub penguasaan ilmu. Susun atur bilik darjah adalah fleksibel.


2.0              Rasional

2.1              Membantu pelaksanaan  P & P yang berkesan.

2.1.1        Menggalakkan interaksi antara guru –murid dan murid-murid
2.1.2        P& P yang  kondusif  dan menyeronokkan
2.1.3        P & P yang dilaksanakan adalah berpusatkan murid

2.2              Bilik darjah menjadi hub pengetahuan.

2.2.1        Hasil kerja murid dipamerkan
2.2.2        Maklumat mata pelajaran sentiasa kemas kini.


3.0              Kaedah Pelaksanaan

3.1              Dilaksanakan berdasarkan kesesuaian infrastruktur di setiap sekolah.       
3.2              Dilaksanakan  mengikut kreativiti .
3.3              Hub ilmu meliputi setiap bidang


INISIATIF 6: AUTONOMI KURIKULUM

1.0              Konsep

Pengurusan sekolah diberikan hak atau kuasa untuk menguruskan kurikulum mengikut cara atau budaya yang difikirkan sesuai bagi mencapai matlamat kecemerlangan dengan tidak mengabaikan pekeliling yang berkuat kuasa. Pada peringkat awal pelaksanaan dikhususkan kepada pengurusan contact hours.


2.0              Rasional

Mengoptimumkan masa P & P dengan memberi kuliah/ input, perbincangan, murid membuat latihan dan guru memantau kerja murid.


3.0              Kaedah Pelaksanaan

3.1              Jadual P & P rasmi diubah suai mengikut keperluan sekolah.
3.2              7 buah sekolah dikenal pasti untuk dilaksanakan projek rintis iaitu:
3.2.1        Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru;
3.2.2        SM Agama Persekutuan Kajang, Selangor;
3.2.3        SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan;
3.2.4        SBPI Gombak, Selangor;
3.2.5        SBPI Rawang, Selangor;
3.2.6        SM Sains Teluk Intan; dan
3.2.7        SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.
3.3              1 kali pertemuan = 1 jam
3.4              Prep malam berstruktur


INISIATIF 7: COURSES OF STUDY

1.0              Konsep

Pemetaan Kurikulum bagi satu-satu mata pelajaran yang diintegrasikan dengan mata pelajaran yang lain. Pemetaan ini mengambil kira aspek mod pembelajaran, taksonomi pembelajaran, pembangunan kemahiran insaniah serta pentaksiran dan penilaian.


2.0              Rasional

2.1              Menyelaraskan sukatan, kandungan, bahan bantu belajar dan kaedah penilaian.
2.2              Memberikan gambaran awal tentang sukatan pelajaran pada setiap tahap.
2.3              Memberikan peluang kepada murid untuk:
2.3.1        membuat persediaan awal;
2.3.2        melihat perkaitan kandungan antara mata pelajaran.
2.4              Memberikan peluang kepada  murid yang prestasi tinggi meneroka pengetahuan di luar ruang lingkup tajuk dalam kurikulum.


3.0              Kaedah Pelaksanaan

Bil
Aktiviti
Tempoh
Tindakan
Catatan
1
Pembentukan Jawatankuasa Task Force Courses of Study SBP
Februari 2012
·         BPSBPSK
·         Mengikut mata pelajaran
2
Bengkel Pemetaan Kurikulum
Mac – April 2012
·         BPSBPSK
·         JK Task Force
·         Pendedahan konsep courses of study
·         Dibentuk merentasi mata pelajaran dalam bidang yang sama
3
Bengkel Penyediaan Courses of Study SBP
Mei – Oktober 2012
·         BPSBPSK
·         JK Task Force
·         Pembentangan
4
Bengkel Pemurnian Courses of Study SBP
Nov 2012
·         BPSBPSK
·         JK Task Force

5
Taklimat Courses of Study SBP
Disember 2012
·         BPSBPSK
·         Guru SBP
·         Penolong Kanan/ GKMP/ Ketua Panitia
·         Cetakan dan edaran