Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Tuesday, September 25, 2012



Isu dalam penilaian prestasi pegawai pendidikan dan cara penyelesaian isu

Mukaddimah
Penilaian Prestasi Tahunan ( LNPT) setiap tahun menjadi isu hangat setelah diisytiharkan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) di sesebuah sekolah.  Rasa ketidakadilan dan ketidaktelusan pengetua dipertikaikan. Tuduhan pilih kasih , membodek dan kipas angin sentiasa kedengaran. Kadang-kadang guru –guru tidak diberitahu markah yang diperolehi dalam LPNT dan kebanyakan guru mengambil sikap senyap tentang LNPT mereka.
Mandat / Punca Kuasa
1.      Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002.
2.      Surat pekeliling Perkhidmatan  Bil.5 Tahun 2007.
3.      Surat pekeliling Perkhidmatan  Bil.2 Tahun 2001.
4.      Surat pekeliling Perkhidmatan  Bil.3 Tahun 2009.
5.      Penentuan Pegawai Awam ( Perlantikan , Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan ) 2005-P.K (A) 176/2005
Dasar Penilaian Prestasi yang Objektif , Adil dan Telus
Objektif ialah Berasaskan kenyataan atau fakta sebenar tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri
Adil ialah Meletakkan sesuatu pada tempat yang betul dan menepati hak seseorang atau sesuai.
Telus ialah Mudah difahami atau diketahui ( tiada hal yang tersembunyi atau disangsikan)
Isu-isu
1.      Pegawai / Guru Yang Dinilai  ( PYD )
1.1  Personaliti guru
Personaliti guru adalah perkara asas yang dilihat dalam penilaian dan seserang guru itu dilahat sejauhmana komitmen dan pencapaiannya dalam prestasi kerja. Personaliti adalah penyumbang besar dalam memberi persepsi awal peratusan prestasi pada pandangan pentadbir. Personaliti menarik adalah pakej penting dalam kerjaya seorang guru.

1.2  Penampilan guru dalam profesion keguruan
Persoanaliti menarik akan menampakkan ketrampilan seseorang guru dalam profesion kerjayanya. Murid berasa senang dan mesra dengan seorang guru yang menampakkan sifat kebapaan dan keibuannya serta watak seorang guru. Seorang yang senang didampingi dan kehadirannya dapat dirasai oleh kawan sejawatan dan murid-muridnya. Tunjuk ajarnya mudah diikuti oleh sesiapa saja yang bersamanya. Penampilan guru secara professional amat penting dalam menentukan penilaian prestasi kerjayanya oleh pentadbir.

1.3  Kemahiran dan penguasaan dalam core subjek
Penguasaan guru terhadap subjek utamanya sangat penting. Murid dapat menilai guru sekiranya guru tidak mengusai sesuatu subjek dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bagaimana guru menyampaikan maklumat dan ilmu kepada murid dan  cara menangani persoalan yang timbul dalam proses perbincangan subjek tersebut. Impaknya ialah kefahaman murid seterusnya jawapan mereka dalam skrip jawapan peperiksaan. Lazimnya sekiranya murid memahami apa yang diajar oleh guru mereka akan score dalam subjek tersebut. Keputusan peperiksaan murid juga merupakan perkiraaa asas dalam penilaian prestasi seorang guru.

1.4  Tahap keilmuan
Seseorang guru hendaklah bersifat terbuka dan bijak dalam menangani masalah murid dan guru serta bijak berkomunikasi dengan penrtadbir. Kebijaksanaan dan kematangan dalam menyelesaikan masalah adalah berasaskan ilmu pengetahuan dan asas imu kepakarannya. Kepakaran ini dapat mempengaruhi pentadbir dalam menilai tahap kebijkasaan dan komitmen guru.

2.      Komitmen dan performance
2.1  Persediaan mengajar
Guru hendaklah membuat persediaan mengajar sehari sebelum mengajar dan seminggu sekali mengikut peranacangan tahunah dan mingguan dalam Rancangan Pelajaran ( RP ). Persediaan ini semestinya guru berfikir bagaimana untuk muridnya boleh memahami apa yang diajar dan berlaku P&P secara berkesan di mana murid belajar dan guru mengajar dan di akhir pengajaran refleksinya amat memuaskan.

2.2  Menguasai tajuk pengajaran
setiap tajuk yang diajar mesti dikuasai oleh guru untuk dipersembahkan kepada murid kelas dengan berkesan.

2.3  Mengendalikan latihan kemahiran pelajar
2.4  Latih tubi dan pemeriksaan hasil kerja pelajar
2.5  Keprihatinan kepada pelajar

3.      Agihan tugas
3.1  Agihan tugas mengikut kepakaran dan minat guru
3.2  Agihan tugas secara ‘rotate’ tugasan sebagai asas kepakaran dan kemahiran guru
3.3  Komitmen terhadap tugas akademik, HEM  dan koko

4.      Pegawai Penilai Pertama ( PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPD)
4.1  Persepsi
Persepsi pentadbir biasanya terbentuk dengan pemerhatian tingkahlaku guru dan perubahan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
4.2  Empty
Pentadbir seharusnya telus de ngan guru dan pegawai bawahannya dalam menialai prestasi.
4.3  Sentimen peribadi
Isu ini kadang-kadang dikaitkan bersama dlam memberi penilaian. Seharusnya elakkan dan berupa satu kesalahan dlam etika penilaian bahawa sentimen ini dijauhi dan dihindari oleh penilai dan guru sebagai pegawai.

Cara penyelasaian isu.
1.      Pegawai Yang Dinilai ( PYD )
1.1  Penampilan diri sebagai pegawai professional dan berwatak serta bermaruah
1.2  menjaga etika keguruann dan sentiasa menampilkan diri sebagai seorang guru penyayang , beradab dan disenangi oleh pelajar dan rakan
1.3  Sentiasa menambah ilmu dan up to date pengetahuan terutama dalam ICT dan dibidang berkaitan kepakaran dan pengkhususan.

2.      Komitmen dan performance
2.1  Sentiasa berfikir bagaimana persediaan untuk mengajar  esok hari supaya berkesan dan pelajar suka dan memahami pengajaran. Semua idea bernas ditulis di dalam buku persediaan mengajar termasuk ABM.
2.2  Guru menguasai tajuk pengajaran dengan mengulangkaji tajuk untuk dipersembahkan kepada pelajar dengan cara yang terbaik dan berlakunya maklumbalas dan refleksi positif
2.3  Memeriksa dan menyemak buku nota dan latihan pelajar mengikut KPI yang ditetapkan.
2.4  Terapkan kasih sayang kepada semua pelajar yang diajar dan mengajar dengan benar kerana Allah.


3.      Agihan tugas
3.1  Guru hendaklah memberitahukepakaran dan minat  serta  memohon jawatan yang sesuai agar pihak pentadbir dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya.

3.2  Guru hendaklah menerima tugasan yang diberi sebagai latihan kepakaran dalam pengurusan pelajar di sekolah. Guru perlu belajar perkara yang tidak tahu dan jangan menolak tugas tanpa alasan yang munasabah.

3.3  Guru hendaklah menerima agihan tugas dalam tiga tugasan besar yang melibatkan pengurusan sekolah.

4.      PPP dan PPD
4.1  Persepsi seorang pentadbir terhadap seorang guru setelah melihat komitmen guru terhadap tugas yang diberi. Kemudian mengukur sejauhmana perfomance guru dalam setiap tugasan yang dibuat. Semua pemerhatian dan perbincangan direkod  dari masa ke semasa. Seorang pentadbir yang telus dan empty akan menasihati dan membimbing pegawai ke arah membuat penambahbaikan setelah perbincangan dilaksanakan di pertengahan tahun.

4.2  Pentadbir hendaklah menerima pegawai secara ‘empty’ dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang sewajarnya agar hak mendapat prestasi cemerlang pegawai tercapai dan pegawai terbimbing untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.

4.3  Pentadbir hendaklah mengelakkan sentimen peribadi dlam membimbing pegawai dan memberi prestasi kepada pegawai. Elakkan sentimen pentadbir dan pegawai menjadi isu hangat di sekolah.

Penutup

Sebagai seorang yang profesiaonal samada seorang pentadbir atau seorang guru yang dinilai  hendaklah berpegang kepada etika kerjaya dan nilai-nilai murni dalam melaksanakan kerja secara professional dan bermaruah. Sebagai pentadbir dan guru yang profesional hendaklah sentiasa meneliti dan sedar bahawa ciri-ciri penilaian prestasi yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam seperti berikut adalah asasnya :
1.      PYD adalah aset yang boleh dimajukan.
2.      Berterusan sepanjang tahun.
3.      Berdasar pencapaian kerja sebenar.
4.      Tidak pilih kasih.
5.      Tidak dibuat secara tergesa-gesa.
6.      Tidak dipengaruhi oleh prestasi tahun sebelum.
7.      Tidak terlalu linient.
8.      Tidak mengambil jalan mudah dengan memberi markah dari lingkungan pertengahan tahun.
9.      Tidak memberi perhatian terhadap perkara yang boleh memepengaruhi penilaian.


Disediakan oleh  

Puan Maznah binti Ahmad                                                                                        
Peserta NPQEL Ambilan 2/2012 Sem2

Thursday, September 20, 2012


Selamat Hari Jadi kepada Amir Fathurahman

Majlis Taklimat Program X A Plus F2F



Objektif:
Melahirkan pelajar  SPM -  67 % ( 215 orang ) mendapat 11 A ( 9A – 11A)  dan 44 orang  11A+  dan Minimum 8A.
}Melahirkan pelajar STPM dan STAM 100% 4P dan 10 Mumtaz
}Fokus dalam pelajaran
}Mengurus masa dengan wajar ( kualiti masa )
}Meningkat tahap munajat / mujahadah dan tawakkal kpd Allah

Wednesday, September 19, 2012

Tekun menyiapkan Projek NPQEL umi

Dah beberapa hari menemani umi menyiapkan kerja projek NPQELnya . Sabtu lepas ke Putrajaya menemani Umi berdiskusi dengan kawan-kawannya tentang projek tersebut. malam tadi tolong scan semua dokumen yang ingin dilampirkan dan malam ini pula scan gambar dan edit tulisanya serta masukkan gambar bagi menlengkapkan projeknya. Besok harap dapat send ke penyelianya di IAB

                             Umi bersama kawan-kawan NPQEL dan Dr.Sham e Learning ICT

Ketekunan Umi insyallah akan mendapat kejayaan dlam program NPQEL dan lepas ni bolehlah jadi pengetua kat Hisamuddin.
SMK Jalan Kebun Klang adalah sekolah Umi membuat projek penandaarasan pertama

Monday, September 17, 2012

Puasa Enam Syawal

Puasa Enam Syawal


Oleh: Ustaz Shauqi
Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansariy bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

 Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( Hadis Riwayat Muslim)
Hadis di atas menunjukkan betapa beristiqamah dalam melakukan ibadah puasa menghasilkan ganjaran dan pahala yang banyak di sisi Allah. Justeru, apabila selesai menunaikan puasa di bulan Ramadhan, tidak wajar terhenti amalan puasa setakat itu sahaja, bahkan amat digalakkan untuk meneruskan amalan puasa dalam bulan Syawal sebagai suatu kesinambungan daripada puasa Ramadhan. 

Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berturutan atau pun tidak. Hal ini kerana ungkapan hadis itu bersifat mutlak iaitu boleh memilih mana-mana enam hari dalam bulan Syawal untuk melaksanakan puasa sunat. Namun begitu,  bersegera dalam melaksanakan puasa enam adalah lebih utama. Begitu juga tidak diwajibkan untuk melaksanakan puasa enam dalam bulan Syawal secara terus menerus akan tetapi hal itu adalah lebih utama. Kata Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj, puasa enam elok dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. 

Antara fadilat puasa enam ialah mereka yang melaksanakan puasa enam akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabil al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Tambahan daripada itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Antara manfaat puasa enam hari pada bulan syawal juga adalah sebagai kesinambungan amalan yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Rabbnya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini. 

Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal, kerana hal itu mempercepat proses pembebasan dirinya daripada tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal, dengan demikian ia telah melakukan puasa ramadhan dan mengikutinya enam hari di bulan Syawal. 

Namun begitu, dalam hal mana yang perlu diutamakan sama ada berpuasa qada' terlebih dahulu atau berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, terdapat 3 pandangan mengenainya, iaitu:

 1. Pandangan Pertama : Qadha dahulu , kemudian barulah kerjakan puasa sunat. Dalilnya ialah hadis nabi "sesiapa yangg berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun". Jadi, dalam hadis ni menyatakan kena selesaikan puasa ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat syawal. Oleh yang demikian, hendaklah diqadha terlebih dahulu puasa Ramadhan yang ditinggalkan, kemudian barulah sambung dengan puasa sunat.   
 2.  Pandangan Kedua: Laksanakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu, kemudian baru qadha'. Hal ini disebabkan  puasa sunat Syawal waktunya terhad hanya dalam bulan Syawal sahaja, manakala qada' puasa boleh dibuat dalam jangka masa yang lebih panjang. Ia berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim). Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, iaitu Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan. 

 3. Pandangan Ketiga: hendaklah berniat puasa qada' dan apabila puasa qada' tersebut berbetulan dgn hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali. Ia berdasarkan Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqh seperti Syeikh Zakariyya al-Ansoriy, Syeikh 'Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama' Syafi'yyah.  Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dikerjakan maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyyatul masjid juga akan terhasil. Syeikh Zakariyya al-Ansoriy menyatakan apabila berpuasa qada' dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.   
Kesimpulannya,  hendaklah  diqada' terlebih dahulu puasa untuk membayar hutang yang wajib terlebih dahulu, dan sekiranya ada kesempatan lagi... boleh diteruskan pula dgn puasa sunat. Akan tetapi kalau tidak berkesempatan, maka moga-moga puasa qada' yg dilakukan pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali.