Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Thursday, February 28, 2013



Manfaat Berbasikal kepada Kesihatan


                     Ayah ( Ust Ismail ) bersama Ummi ( Ustz Maznah ) Amir, Hasan dan Yasir


Aktiviti menunggang basikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh apabila pil-pil diet dan latihan di gim tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain daripada itu ianya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri.

Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat. Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.
Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari , dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya . Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.


FAEDAH KESIHATAN

1) MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bacteria di samping menguatkan system imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.

2) MERAWAT ARTRITIS
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

3) MEMPERBAIKI MOOD
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

4) MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktivit berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.

5) MENGUATKAN TULANG
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.


6) MEREHATKAN MINDA
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu

Sunday, February 17, 2013

Penulisan Objektif Dalam PnP




PnP bermutu bermula dengan penulisan dan penghayatan objektifnya. Keberkesanan PnP seorang guru terletak pada kemampuannya menguasai kelas semasa PnP berlansung yang methodologi dan pedagogi pengajaran yang telah difikirkan dan dituliskan sebelum memasuki kelas. Minat murid kepada seorang adalah pra syarat kepada kecemerlangan PnP nya. Setiap guru mesti mengenali setiap murid dalam kelasnya. Falsafah headcount menjadi amalannya. Setiap guru hendaklah menyedari di mana TOV ( take of value ) pengajarannya. Keputusan ujian dan peperiksaan muridnya adalah gambaran sebenar prastasi PnP seorang guru. Perubahan tingkahlaku murid ke arah positif adalah kesan PnP seoarang guru itu di dalam kelas. Sesungguhnya seorang adalah murabbi, muaddib, muhazzib dan murshid. 

Konsep HEADCOUNT


Headcount adalah kiraan prestasi setiap murid dalam proses PnP seorang guru. Seorang guru mengenali setiap  murid yang diajarnya di dalam kelas. Menjadi tanggungjawab seorang guru yang dedikasi mengenal kekuatan , kelemahan serta kekurangan muridnya untuk dibuat pembetulan  dan potensi muridnya untuk digilap dan dibangunkan untuk dioptimumkan potensi dan kebolehannya.  Headcount melibatkan sasaran / target dalam pengajaran dan pembelajaran ( PnP )  seorang guru setiap hari. PnP harian adalah proses untuk mencapai KPI seorang guru dalam subjek yang diajarnya dan diamanahkan kepadanya. Proses adalah satu mekanisma penting dalam menentukan jatuh bangunnya prestasi subjeknya. Proses cemerlang akan melahirkan result gemilang. Namun proses inilah yang diambil enteng dan dipandang ringan  oleh kebanyakan guru. Ramai guru mengambil jalan mudah dengan mengadakan tuisyen dan kejar menghabiskan sukatan pelajaran tanpa melihat perjalanan proses PnP.

Headcount mempunyai pelunjuran iaitu OTI dan ETR yang akan menjadi kayu ukur kemenjadian murid dalam pencapaian akademiknya bermula dengan TOV murid tersebut. Target pelunjuran yang seharusnya meningkat  4 % atau 5%  untuk mencapai ETR. Perbezaan pencapaian pada OTI dan ETR adalah hutang yang mesti dibayar oleh guru dan muridnya secara kolaboratif. Postmortem prestasi adalah untuk dibuat penambahbaikan strategik untuk mencapai target. 

Sunday, February 3, 2013

Sambutan Lahad datu Sabah 2013

Alhamdulillah dah sebulan aku sekeluarga berada di Lahad Datu Sabah. Banyak pengalaman baru dapat dirasai di Lahad Datu Sabah. Hijrah aku sekeluarga ke sini adalah atas arhan KPM dan kehendak atau pilihan aku sendiri. Aku ingin pengalaman baru dan cabaran baru dalam kerjayaku. Semoga kedatngan aku ke sini akan membuahkan hasil lumayan yang aku cita-citakan sebagaimana saranan SBP. Aku sekarang berada di SMS Lahad Datu Sabah sebagai Timbalan Pengetua. Aku di sini insyallah dalam jangka masa 4 atau 5 tahun dengan beberapa target. Peluang dakwah yang lebih realistik, kenaikan pangkat dan mengahbiskan pengajian PhD aku dan sarjana umi. Di sini banyak keinsafan untuk lebih mengenali kemanusiaan.

Keadaan Paar Besar Lahad Datu 

1. Kemiskinan rakyat Sabah dan keluar ke pasar setiap pagi minggu untuk memasarkan hasil tanaman dan tangkapan sendiri
2. Terdapat satu kelompok penduduk yang tinggal di atas perahu tepi muara Lahad Datu yang dinamakan pela u ( pela uu ) asalnya pelaut. mereka tidak bersekolah dan hidup dengan tidak ada sistem dan tidak terurus. mereka katanya datang dari Filipine , Burma , Indonesia dan tidak ada identiti neara ( tidak ada kada pengenalan )
3. Mereka jahil agama keadaan ini dapat dilihat dalam kehidupan harian. Disi perlu ramai pendakwah semenanjung datang membantu. Mereka dahagakan ilmu agama.