Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Sunday, May 5, 2013

Kupasan Lima Dhoruriyyat Dalam Islam



 “ Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha yang wajib dilakukan oleh ummat Islam khususnya bagi menegakkan maslahah manusia di dunia dan akhirat sejajar dengan matlamat-matlamat syariah yang menuntut diwujudkan situasi yang akan melindungi perkara-perkara berikut:”

1. Nilai kehidupan manusia (human values) -   hifzu Ddin
    a. Pemeliharaan agama
    b. Pemeliharaan kemanusiaan manusia:
         i. Fitrahnya
        ii. Kemuliaan dirinya
       iii. Halatuju hidupnya (peranannya dalam kehidupan dunia)
       iv. Kebebasannya

2. Diri manusia (human person): - hifzu nafs dan hifzul  aql
     a. Tubuh dan nyawanya
     b. Rohani dan jiwanya
     c. Aqal dan pemikirannya

3. Masyarakat manusia (human society): - hifzul Nasab / al arad
    a. Pemeliharaan keturunan dan maruahnya
    b. Pemeliharaan institusi masyarakat dan hubungan kemasyarakatannya

4. Persekitaran (Environment): - hifzul Mal
a. Pemeliharaan harta benda

b. Pemeliharaan persekitaran kehidupan manusia

Semua perkara penting di atas merupakan matlamat-matlamat syariah yang mesti dipelihara dan dilindungi.
Petikan daripada tulisan Prof.Dr. Mohd Farid Ahmad  sempena PRU 13.

Selamat Hari Jadi Angah

Abi dan Umi serta adik -adik ucapkan selamat Hari jadi untuk Angah dan Allah  selamatkan Angah . 4 Mei . Kali ini sambutan harijadi Angah disambut di KFC Sandakan Sabah. Semua ada kecuali Ahmad ( di Mesir ) dan Umar ( di SMAP Kajang ). Abi dan Ummi mengharapkan yang terbaik untuk Angah. Tahniah kerana dapat melanjtkan pelajarn ke matrikulasi Melaka dalam jurusan perakauan. Setahun saja kat matrikulasi tu ada rezki tahun depan Angah sambung pelajaran dalam bidang perakauan / perbankan Islam di Jordan di bawah tajaan Yasasan Terengganu insyallah. Abi berhasrat nak meliahat Angah menjadi seorang pakar dalam perakauan dan kewangan / perbankan Islam nanti.

 Abi , Umi, Angah , Amir , Hassan dan Yasir posing kat Hotel Four Points Sandakan menghadap lautan.( seaview )
Motosikal hadiah SPM Angah dapat 9A 2B+