Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Monday, January 14, 2008

perkembangan mazhab

Sejarah Perkembangan Mazhab Fiqh (siri 1)

Contributed by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Tuesday, 20 June 2006
Last Updated Thursday, 22 June 2006

Pendahuluan

Perkembangan mazhab fiqh amat wajar diselusuri untuk mendapat kefahaman yang jelas tentang hakikat kewujudan mazhab fiqh dalam Islam. Ketidakjelasan tentang maklumat ini membawa kepada taasub mazhab yang dicela oleh para alim ulama.

Makna “Fiqh” dalam al-Quran dan Hadis ; Fiqh berasal daripada perkataan arab yang bermaksud kefahaman mendalam.

Antaranya; Allah berfirman bermaksud: “Apalah kaum ini, hampir-hampir tidak fiqh (memahami/ mengerti) sebarang ucapan.” (al-Nisa’: 78) dan firman Allah bermaksud:”Mereka berkata wahai Syuaib, kami tidak fiqh (faham/mengerti) banyak yang kamu perkatakan.”(Hud: 91)

Ia merujuk kepada kefahaman yang mendalam terhadap nas-nas syara` yang terdiri daripada al-Quran dan Hadis, samada kefahaman itu berkaitan dengan perbahasan akidah atau hokum-hakam fiqh yang berkaitan dengan tindak-tanduk manusia seharian. Atau dengan kata lain; “kefahaman yang mendalam dan teliti dalam perbahasan-perbahasan agama yang dipetik dan dirumuskan daripada dua sumber utama Islam iaitu al-Quran dan Hadis”.Inilah makna fiqh yang dimaksudkan oleh beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi.

Antaranya Allah berfiman bermaksud: “Maka alangkah baiknya sekiranya keluarlah daripada setiap golongan daripada kalangan mereka satu kumpulan untuk tafaqquh fi al-din ( mendalami persoalan agama) agar mereka memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka pulang kepada mereka.” ( al-Taubah: 122).

Begitu juga maksud fiqh dalam doa Nabi kepada Ibnu Abbas bermaksud: “ Ya Allah, jadikan dia faqih di bidang agama, dan ajarlah kepada ilmu takwil ( tafsir) “, dan hadis Nabi bermaksud: “sesiapa yang Allah mahu berikan kepadanya kebaikan, Allah jadikan dia Faqih di bidang agama.”

Difahami daripada perbahasan di atas bahawa makna “fiqh dalam agama” dalam ayat dan hadis-hadis di atas merujuk kepada kefahaman yang mendalam tentang agama samada yang berkaitan dengan akidah, amalan ibadah, perundangan muamalat dan lain-lainnya. Justeru itu apabila disebut fiqh dari sudut istilah Syara` ia merujuk kepada segala hokum-hakam agama yang dibawa datang oleh Syariat Islam samada hokum-hakam tersebut berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadah atau muamalat.

Dari sinilah Imam Abu Hanifah memberi takrifan Fiqh sebagai “pengetahuan setiap orang tentang apa yang menjadi hak dan kewajipannya.Perkembangan Penggunaan Istilah “Fiqh”Seterusnya, menurut Dr. Abd Karim Zaidan (al-Madkhal; 1988: 54) istilah fiqh dikembangkan lagi penggunaannya dengan dirujuk sebagai “satu ilmu tentang hokum-hakam Syara` yang bersabit dengan segala perlakuan orang-orang yang mukallaf secara khususnya seperti wajib, haram, harus, sunat atau makruh. Juga berkaitan kedudukan sesuatu akad samada sah, rosak atau batal, kedudukan ibadah samada qada atau tunai dan sebagainya”. ( al-Mustasfha; Tth: 1: 4-5)

Justeru, dapat difahami bahawa perkataan fiqh telah dijadikan satu nama bagi satu ilmu yang khusus membicarakan tentang hokum-hakam amali seperti solat, puasa, zakat, undang-undang keluarga, peraturan muamalat dan lain-lainnya sahaja dan tidak termasuk perbahasan aqidah. Sumber pada perbahasan-perbahasan ini ialah ayat-ayat al-Quran dan hadis yang di panggil “ayat ahkam dan hadis ahkam.”Justeru ilmu fiqh merujuk kepada kefahaman dan pengertian yang mendalam terhadap segala hokum-hakam yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. “Hasilan dan rumusan kefahaman” tersebut membentuk khazanah hokum-hakam dan peraturan-peraturan Islam yang dapat dilihat antaranya dalam kitab kitab Tafsir, Syarah Hadis dan Kitab Fiqh. Ilmu ini pula diambil menerusi kajian dan penelitian serta ijtihad terhadap segala dalil-dalil Syara yang terdiri daripada al-Quran dan Hadis. Justeru itu sebahagian ulama memberi takrifan Fiqh sebagai : “ilmu tentang hokum-hakam Syariah yang bersifat amali, yang diambil daripada dalil-dalil terperinci, menerusi usaha pengdalilan”(al-Talwih Ma`a al-Taudih; Tth : 1 :12-13)

Perkataan Fiqh juga merujuk kepada hokum-hakam itu sendiri. Seterusnya istilah Fiqh berkembang lagi dengan merujuk kepada “semua hokum-hakam syara yang bersifat amali, yang bersabit dengan perlakuan orang yang mukallaf samada hokum hakam itu sudah diketahui umum seperti haramnya zina, atau hokum tersebut difahami menerusi proses penelitian dan kajian terhadap dalil-dali syara, atau ia diketahui menerusi taqlid dan ikutan kepada para Fuqaha”.Kesimpulan Daripada perbahasan di atas dapat difahami bahawa Fiqh merupakan hokum hakam syara yang berkaitan dengan perlakuan harian, yang difahami dan dirumuskan oleh ilmuan-ilmuan Islam setelah kajian mendalam dibuat terhadap nas-nas Syara yang terdiri daripada al-Quran Hadis.
Mazhab Fiqh pula bermaksud aliran kefahaman yang dipegang dalam satu-satu masalah hokum. BERSAMBUNG......
.::Darul Fuqaha::.
http://www.darulfuqaha.com Powered by Joomla! Generated: 29 December, 2007, 17:58
.::Darul Fuqaha::.
http://www.darulfuqaha.com Powered by Joomla! Generated: 29 December, 2007, 17:58

Friday, January 11, 2008

sambutan awal muharram

Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

3 Questions

There was a young man who went overseas to study for quite a long time. When he returned, he asked his parents to find him a religious scholar or any expert who could answer his 3 questions. Finally, his parents were able to find a Muslim scholar.

Young man: Who are you? Can you answer my questions?
Scholar: I am one of Allah (SubHana Wa Ta`ala )'s slaves and insha-Allah (God willing), I will be able to answer your questions. Young man: Are you sure? A lot of Professors and experts were not able to answer my questions.
Scholar: I will try my best, with the help of Allah(SubHana Wa Ta`ala).
Young Man: I have 3 questions:

1. Does God exist? If so, show me His shape.
2. What is takdir (fate)?
3. If shaitan (Devil) was created from the fire, why at the end he will be thrown to hell that also created from fire. It certainly will not hurt him at all, since Shaitan (Devil) and the hell were created from fire. Did God not think of it this far?

Suddenly, the Scholar slapped the young man's face very hard.

Young Man (feeling pain): Why do you get angry at me?
Scholar: I am not angry. The slap is my answer to your three questions.
Young Man: I really don't understand.
Scholar: How do you feel after I slapped you?
Young Man: Of course, I felt the pain.
Scholar: So do you believe that pain exists?
Young Man: Yes.
Scholar: Show me the shape of the pain!
Young Man: I cannot.
Scholar: That is my first answer. All of us feel God's existence without being able to see His shape.
Scholar: Last night, did you dream that you will be slapped by me?
Young Man: No.
Scholar: Did you ever think that you will get a slap from me, today?
Young Man: No.
Scholar: That is takdir (fate).
Scholar: My hand that I used to slap you, what is it created from?
Young Man: It is created from skin.
Scholar: How about your face, what is it created from?
Young Man: Skin.
Scholar: How do you feel after I slapped you?
Young Man: In pain.
Scholar: Even though Shaitan (Devil) and also the hell were created from the fire, if Allah wants, insha-Allah (God willing), the hell will become a very painful place for Shaitan (Devil). SUBHAAN ALLAH!


Tarikh Kelahiran Dalam Bulan Islam
© 2002-2004 Farahtina


Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebalikknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Hijrah senang disebut tetapi begitu besar erti pengorbanan yang mesti dilakukan oleh pelakunya dalam merealisasikan konsep hijrah itu. Seseorang yang ingin berhijrah atau berpindah meninggalkan rumahnya yang lama sudah terasa beratnya apatah lagi mahu berpindah negeri atau negara meninggalkan tempat kelahiran samada secara rela atau paksa. Begitu juga dengan azam berpindah daripada sesuatu keadaan yang buruk kepada keadaan yang baik, daripada peperangan kepada keamanan yang telah lama diidamkan oleh masyarakat sedunia terutama umat yang tertindas. Hijrah bukan cukup pada slogan tetapi mesti dilaksana di alam yang nyata barulah nampak jelas keberkesanannya. Bukan mudah melaksanakan hijrah jika tiada di sana usaha yang bersungguh dengan perancangan yang rapi.
Dunia umat Islam menyambut ketibaan tahun baru 1424H dalam memperingati peristiwa besar yang pernah dilaksanakan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat iaitu Hijraturrasul s.a.w dari bumi Mekah ke bumi Madinah di mana sambutan tahun ini dalam suasana cemas dan kebimbangan terutama menunggu arahan terakhir Amerika Syarikat dalam menyerang bumi Iraq. Senario ini telah membawa kepada penghijrahan penduduk Iraq ke kawasan selamat. Di sana ada sedikit perbezaan antara Hijraturrasul s.a.w dengan hijrah penduduk Iraq iaitu hijrah nabi bukan sebagai pelarian kerana apabila tiba di Madinah, baginda s.a.w telah dilantik menjadi pemimpin Daulah Islamiah Pertama Madinah sehingga memungkinkan Islam merajai dunia dengan keadilannya sedangkan hijrah penduduk Iraq tidak lebih daripada pelarian yang dihina dan mengharap simpati daripada orang lain. Nabi s.a.w dan para sahabat dihalau oleh keluarga dan bangsa sendiri kerana Islam sehingga terpaksa meninggalkan Mekah sedangkan penduduk Iraq dihalau oleh tentera asing kuffar begitu juga penduduk Palestin dihalau oleh regim asing zionis yahudi dari tanahair sendiri juga kerana Islam.Hijrah nabi telah merubah kedudukan Islam dan umatnya daripada dihina dan ditindas kepada agama yang memerintah dan dipandang mulia sedangkan hijrah umat Islam hari ini menambahkan lagi kehinaan dan penindasan yang diterima. Hijrah nabi bersama berdirinya Daulah mengakhiri penindasan yang diterima sebelum ini malah Islam mengorak langkah bermula dari sana untuk menguasai dunia sedangkan hijrah umat Islam hari ini bagaikan tiada arah tuju dan tiada berakhir yang menyebabkan satu demi satu negara umat Islam menjadi padang jarak padang terkukur. Dulu bangunan berdiri megah tetapi kini tercacak batu nisan memenuhi tanah perkuburan.
Oleh itu seluruh umat Islam mestilah kembali semula kepada ajaran Islam yang menyeluruh. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermasud : Tiada lagi hijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain selepas Pembukaan Kota Mekah tetapi apa yang ada ialah hijrah pada niat dan jihad. Memahami kehendak pesanan nabi ini maka umat Islam mesti memperbetulkan niat dalam setiap tindakannya iaitu untuk memperjuangkan Islam dengan setiap kemampuan yang ada. Umat Islam juga mesti semarakkan lagi semangat jihad dalam mengembalikan semula pelaksanaan seluruh sistem Islam dalam negara agar ia mampu mengubah kedudukan umat Islam daripada terus berlutut di kaki kuffar yang tidak berhati perut kepada suatu umat yang mampunyai jatidiri. Suara umat Islam tidak lebih daripada salakan anjing menyalak bukit jika hanya tahu bersuara tetapi tidak mahu mengamalkan sistem Islam dengan terus tunduk kepada sistem ciptaan kuffar terutama yahudi. Seseorang pesakit sepatutnya mengambil ubat mujarab yang diberi oleh doktor pakar jika mahu sihat bukannya menggunakan racun yang dihulurkan oleh musuh. Begitu juga dengan umat Islam di mana dalam mengubati penghinaan yang diterima mesti mengambil wahyu Allah melalui tunjuk ajar rasulNya bukannya menelan bulat sistem sesat yang sememangnya dicipta oleh musuh untuk menjajah umat Islam

Hijrah dan daulah merupakan dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain serta tidak boleh dipisahkan. Menjadi suatu kesalahan yang besar bagi mereka yang hanya menyebut tentang Hijraturrasul tetapi tidak mengaitkannya dengan pembinaan Daulah Islamiah yang unggul kerana ia bagaikan suatu usaha ke arah menyembunyikan tentang antara matlamat utama kepada kebenaran hijrah itu sendiri iaitu menegakkan sebuah Daulah Islamiah yang memastikan agama bukan setakat untuk masalah individu tetapi turut merangkumi masalah kemasyarakatan dan negara. Hijrahnya nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut menghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, umat tertindas kepada umat bergerak cergas, umat yang melarat kepada umat berdaulat, dakwah yang bergerak dalam lingkungan yang terbatas kepada masyarakat yang lebih luas, penekanan terhadap aqidah dan ibadah kepada pelaksanaan semua sistem kehidupan termasuk pemerintahan dan sosial. Hijrah memastikan umat Islam terus maju ke hadapan bersama suluhan wahyu bukannya berundur ke belakang akibat tertipu oleh nafsu. Hijrah membina suatu identiti umat Islam yang tersendiri yang bukan sahaja terkehadapan dalam memajukan diri malah menjadi contoh teladan yang baik kepada umat lain. Umat Islam yang mempunyai sikap jatidiri yang tinggi telah dihasilkan daripada hijrah di mana mereka seumpama ikan dilaut yang isinya tetap manis walau pun hidup dalam air masin.
Memahami kepada konsep hijrah itu sendiri iaitu berubah daripada suatu tahap yang kurang baik kepada yang terbaik daripada sebelumnya maka kita sebagai umat Islam yang hidup pada zaman yang penuh dengan fitnah cubaan dunia mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam menghayati konsep hijrah ini. Adalah suatu yang amat malang bagi seseorang yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk berbanding hari ini. Umat Islam yang benar-benar berjaya dalam melakukan penghijrahan ke arah yang terbaik mestilah memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap sistem Islam itu sendiri. Bagi melahirkan keyakinan maka ia disemai melalui budaya ilmu yang tidak mengerti istilah penat dan jemu serta tidak dibatasi oleh usia dan kerjaya. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang inginkan kebahagiaan dunia maka dia mestilah berilmu, sesiapa yang ingin mengejar kebahagiaan hakiki di akhirat maka dia juga mestilah berilmu dan sesiapa yang ingin kebahagiaan di dunia dan akhirat lagi dituntut agar memiliki ilmu. Kita mengambil contoh bagaimana tindakan tegas Sayyidina Umar al-Khottab yang mewajibkan setiap peringkat rakyatnya bermula daripada pegawai kerajaan sehinggalah rakyat jelata mesti menghadiri majlis ilmu samada sebagai guru yang mengajar atau murid yang belajar yang menyaksikan bagaimana suburnya budaya ilmu sehingga banyak perubahan ke arah kemajuan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat dicapai. Budaya belajar yang terhenti setakat untuk mendapat sijil bagi memperolehi kerja dan harta telah memusnahkan budaya ilmu kepada umat Islam sehingga mereka hanya bergerak untuk memenuhi kehendak peribadi bukannya sama-sama berganding bahu secara sukarela dalam memajukan umat. Masalah ini semakin parah apabila serangan dan tekanan terhadap pengajian agama dan pemahaman yang menyeluruh tentang sistem Islam yang lengkap terus berlangsung. Tetapi ini semua mesti dijadikan suatu cabaran untuk dihadapi dengan bijaksana sehingga kita mampu mencapai kejayaan bukannya ia dijadikan alasan untuk berhenti daripada melakukan hijrah ke arah yang terbaik.
Umat Islam wajib berubah ke arah keadaan yang terbaik sebagaimana yang pernah dicapai oleh tamadun Islam sebelum ini. Umat Islam patut sedar bahawa sebenarnya datuk moyang kita telah mencapai kegemilangan tamadun yang penuh bernilai dan berharga sehingga ia terlepas daripada tangan akibat kelalaian dan kealpaan umat Islam sendiri yang membuka ruang kepada musuh untuk merobek serta memusnahkannya sebelum musuh itu membina kemajuan tamadun mereka hasil meniru terhadap tamadun yang pernah ditegakkan oleh umat Islam tetapi dibuang ruh Islamnya. Adakah kejayaan umat Islam terdahulu hanya mampu didengar dan dibaca sahaja oleh umat hari ini tetapi tidak mampu diteladani. Mengapa musuh Islam mampu mencapai kegemilangan tamadun kebendaan hasil meniru tamadun umat Islam silam sedangkan kita tidak berbuat demikian sebaliknya hanya menjadi 'pak turut' terhadap kehendak musuh sehingga umat Islam terus ketinggalan dari sudut tamadun kebendaan dan hampir musnah dalam tamadun kemanusiaan. Umat Islam yang digelar umat contoh dan terbaik dari kalangan umat manusia ialah suatu umat yang menegakkan sistem Islam dengan seluruh keupayaan mereka bukannya setakat apa yang dipersetujui oleh nafsu. Sesuatu umat hanya mampu berubah bermula daripada perubahan yang dilakukan oleh diri mereka sendiri. Bilakan identiti umat Islam kembali terserah pada perkataan dan tindakan meeka sehingga mampu membina kembali tamadun yang gemilang. Bersediakah kita untuik melakukan perubahan atau kita terus mahu menjadi umat yang jumud yang hanyut dalam khayalan dan mimpi sendiri tanpa bergerak untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik. Kini bukan masa untuk hanya bercakap kosong tetapi sekarang adalah masa untuk merancang dan bertindak sehingga perubahan dapat dibuat dengan baik dan bijaksana.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Diiambil daripada laman web ini.

konsep hijrah - Yahoo! Search Results

konsep hijrah - Yahoo! Search Results

konsep hijrah - Yahoo! Search Results

konsep hijrah - Yahoo! Search Results