Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Monday, January 14, 2008

perkembangan mazhab

Sejarah Perkembangan Mazhab Fiqh (siri 1)

Contributed by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Tuesday, 20 June 2006
Last Updated Thursday, 22 June 2006

Pendahuluan

Perkembangan mazhab fiqh amat wajar diselusuri untuk mendapat kefahaman yang jelas tentang hakikat kewujudan mazhab fiqh dalam Islam. Ketidakjelasan tentang maklumat ini membawa kepada taasub mazhab yang dicela oleh para alim ulama.

Makna “Fiqh” dalam al-Quran dan Hadis ; Fiqh berasal daripada perkataan arab yang bermaksud kefahaman mendalam.

Antaranya; Allah berfirman bermaksud: “Apalah kaum ini, hampir-hampir tidak fiqh (memahami/ mengerti) sebarang ucapan.” (al-Nisa’: 78) dan firman Allah bermaksud:”Mereka berkata wahai Syuaib, kami tidak fiqh (faham/mengerti) banyak yang kamu perkatakan.”(Hud: 91)

Ia merujuk kepada kefahaman yang mendalam terhadap nas-nas syara` yang terdiri daripada al-Quran dan Hadis, samada kefahaman itu berkaitan dengan perbahasan akidah atau hokum-hakam fiqh yang berkaitan dengan tindak-tanduk manusia seharian. Atau dengan kata lain; “kefahaman yang mendalam dan teliti dalam perbahasan-perbahasan agama yang dipetik dan dirumuskan daripada dua sumber utama Islam iaitu al-Quran dan Hadis”.Inilah makna fiqh yang dimaksudkan oleh beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi.

Antaranya Allah berfiman bermaksud: “Maka alangkah baiknya sekiranya keluarlah daripada setiap golongan daripada kalangan mereka satu kumpulan untuk tafaqquh fi al-din ( mendalami persoalan agama) agar mereka memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka pulang kepada mereka.” ( al-Taubah: 122).

Begitu juga maksud fiqh dalam doa Nabi kepada Ibnu Abbas bermaksud: “ Ya Allah, jadikan dia faqih di bidang agama, dan ajarlah kepada ilmu takwil ( tafsir) “, dan hadis Nabi bermaksud: “sesiapa yang Allah mahu berikan kepadanya kebaikan, Allah jadikan dia Faqih di bidang agama.”

Difahami daripada perbahasan di atas bahawa makna “fiqh dalam agama” dalam ayat dan hadis-hadis di atas merujuk kepada kefahaman yang mendalam tentang agama samada yang berkaitan dengan akidah, amalan ibadah, perundangan muamalat dan lain-lainnya. Justeru itu apabila disebut fiqh dari sudut istilah Syara` ia merujuk kepada segala hokum-hakam agama yang dibawa datang oleh Syariat Islam samada hokum-hakam tersebut berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadah atau muamalat.

Dari sinilah Imam Abu Hanifah memberi takrifan Fiqh sebagai “pengetahuan setiap orang tentang apa yang menjadi hak dan kewajipannya.Perkembangan Penggunaan Istilah “Fiqh”Seterusnya, menurut Dr. Abd Karim Zaidan (al-Madkhal; 1988: 54) istilah fiqh dikembangkan lagi penggunaannya dengan dirujuk sebagai “satu ilmu tentang hokum-hakam Syara` yang bersabit dengan segala perlakuan orang-orang yang mukallaf secara khususnya seperti wajib, haram, harus, sunat atau makruh. Juga berkaitan kedudukan sesuatu akad samada sah, rosak atau batal, kedudukan ibadah samada qada atau tunai dan sebagainya”. ( al-Mustasfha; Tth: 1: 4-5)

Justeru, dapat difahami bahawa perkataan fiqh telah dijadikan satu nama bagi satu ilmu yang khusus membicarakan tentang hokum-hakam amali seperti solat, puasa, zakat, undang-undang keluarga, peraturan muamalat dan lain-lainnya sahaja dan tidak termasuk perbahasan aqidah. Sumber pada perbahasan-perbahasan ini ialah ayat-ayat al-Quran dan hadis yang di panggil “ayat ahkam dan hadis ahkam.”Justeru ilmu fiqh merujuk kepada kefahaman dan pengertian yang mendalam terhadap segala hokum-hakam yang terdapat dalam al-Quran dan hadis. “Hasilan dan rumusan kefahaman” tersebut membentuk khazanah hokum-hakam dan peraturan-peraturan Islam yang dapat dilihat antaranya dalam kitab kitab Tafsir, Syarah Hadis dan Kitab Fiqh. Ilmu ini pula diambil menerusi kajian dan penelitian serta ijtihad terhadap segala dalil-dalil Syara yang terdiri daripada al-Quran dan Hadis. Justeru itu sebahagian ulama memberi takrifan Fiqh sebagai : “ilmu tentang hokum-hakam Syariah yang bersifat amali, yang diambil daripada dalil-dalil terperinci, menerusi usaha pengdalilan”(al-Talwih Ma`a al-Taudih; Tth : 1 :12-13)

Perkataan Fiqh juga merujuk kepada hokum-hakam itu sendiri. Seterusnya istilah Fiqh berkembang lagi dengan merujuk kepada “semua hokum-hakam syara yang bersifat amali, yang bersabit dengan perlakuan orang yang mukallaf samada hokum hakam itu sudah diketahui umum seperti haramnya zina, atau hokum tersebut difahami menerusi proses penelitian dan kajian terhadap dalil-dali syara, atau ia diketahui menerusi taqlid dan ikutan kepada para Fuqaha”.Kesimpulan Daripada perbahasan di atas dapat difahami bahawa Fiqh merupakan hokum hakam syara yang berkaitan dengan perlakuan harian, yang difahami dan dirumuskan oleh ilmuan-ilmuan Islam setelah kajian mendalam dibuat terhadap nas-nas Syara yang terdiri daripada al-Quran Hadis.
Mazhab Fiqh pula bermaksud aliran kefahaman yang dipegang dalam satu-satu masalah hokum. BERSAMBUNG......
.::Darul Fuqaha::.
http://www.darulfuqaha.com Powered by Joomla! Generated: 29 December, 2007, 17:58
.::Darul Fuqaha::.
http://www.darulfuqaha.com Powered by Joomla! Generated: 29 December, 2007, 17:58