Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Friday, June 4, 2021

Teknik pengurusan Emosi

http://sitifatimah67.blogspot.com/ Teknik pengurusan emosi 1.KEMAHIRAN SOSIAL. Hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah 2.KENALI DIRI DAN KEBOLEHAN Seseorang guru perlu mengenali diri dan emosinya terlebih dahulu sebelum mencapai matlamat dan tujuan hidup cemerlang. Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan. Sebagai pengurus dan pentadbir juga boleh menggunakan kaedah runding cara bagi mengatasi sebarang situasi dan isu di sekolah. Individu yang bergelar guru tahu tahap kemampuannya untuk melahiran pelajar yang cemerlang. Tahap kebolehan yang dikuasainya boleh diaplikasi dalam pengurusan kerja dan emosi agar kedua-duanya berjalan secara seiring. 3. TERAPI FIZIKAL Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar, tugasan perkeranian yang bayak, pertukaran pentadbiran di sekolah dan sebagainya.. Pengetahuan dalam senaman releksasi sebagai rutin setiap hari selama 20 hingga 30 minit boleh membantu guru menangani stress. Sebagai individu yang berkerjaya gunakan masa terluang untuk beriadah. Ternik berurut atau mengunjungi spa , adakan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan , keluarga juga rakan sekerja juga merupakan teknik mengurus emosi dengan baik. Tidur yang mencukupi selain itu jauhi arak, rokok dan dadah yang boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal. Seorang guru perlu menyedari akan keseimbangan tugasan harian dan tanggungjawab mengurus diri agar emosi dan kesihatannya sentiasa dalam keadaan baik dan stabil . Pengurusan diri dan emosi yang stabil dapat membina kendiri yang cemerlang yang boleh memberi impak positif terhadap budaya kerja cemerlang guru. 4.JELAS MATLAMAT & PERANAN. Sebagai guru sewajarnya tahu tentang sejauh dan sedalam mana peranan dan tanggungjawabnya dalam organisasi sekolah dan pendidikan itu sendiri. Tugasan yang dilaksanakan tidak perlu melangkaui tahap kebolehan dan jawatannya. Ilmu dan amalan pedagoginya mencakupi apa yang disarankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Segala tugasan dan tanggungjawab digalas dengan rasa tulus dan sedar itulah peranannya sebagai seorang guru. Bukan sahaja membimbing, mendidik, malah tugasannya mencakupi pengurusan kendiri dan sahsiah murid. Pengkayaan dan penerokaan ilmu untuk meningkatkan kemahiran perlu bagi seseorang guru untuk meningkatkan tahap kebolehannya secara terancang dengan sokongan pihak pengurusan sekolah dan keluarga juga komuniti . Antara guru dan organisasi setempat perlu saling bekerja sama menjayakan tugasan masing-masing. Apabila semua tugasan dilaksanakan dengan baik maka tidak ada keperluan yang tertangguh dan emosi guru pun akan baik dan stabil. Contohnya seperti seorang guru yang diberi tugasan mengurus Pusat Sumber Sekolah. Guru berkenaan perlu tahu skop tugasannya dengan bantuan pengurusan sekolah dan ahli yang lain. 5. PENGURUSAN MASA Dalam apa jua lapangan pengurusan masa amat penting, guru perlu membuat satu plan tindakan tentang program utama dan program sokongan di sekolah. Beri keutamaan kepada perkara yang penting.. Tindakan yang bijaksana akan menghasilkan kerja yang berkesan dan tiada gangguan emosi. Guru boleh membina jadual kerja , agihan masa, snarai kerja ikut keutamaan, membentuk disiplin diri , membuat semakan semula kerja dan membuat penilaian kendiri terhadap kerja yang ditugaskan agar segalanya dilaksanakan dengan baik. Sekiranya ada sebarang kelemahan guru tidak perlu bimbang kerana boleh membuat unjuran penambahbaikan terhadap tugasan yang diamanahkan. Guru sebenarnya sedar bahawa setiap tugasannya perlu diselesaikan. Namun pengurusan masa yang baik perlu agar tidak berlaku penangguhan dan lambakan kerja yang boleh mengganggu emosi guru. 6. LAKUKAN PERUBAHAN Perubahan sistem pendidikan selaras dengan kemajuan teknologi abad 21 ini. Guru juga perlu bertindak agar tidak ketinggalan dengan era kemajuan dunia khususnya dalam arena pendidikan. Guru yang cemerlang sentiasa bersikap optimis , punya kognitif yang positif, menganggap perubahan pendidikan dan dunia hari ini adalah sangat baik untuk generasi. Sedangkan pantai lagikan berubah inikan pula kehidupan manusia. Daripada sikap negative kepada kendiri yang unggul. Ada integriti sebagai role model kepada anak-anak didik. Selain itu guru juga boleh membuat perubahan persekitaran dengan lebih kundusif terutama di tempat kerja seperti bilik darjah, bilik guru letakkan haruman yang menyegarkan, pencahayaan yang cukup, penataan ruang yang harmoni, juga mengalunkan muzik lembut yang boleh memberi ketenangan minda dan emosi. Amalan ini juga boleh dilaksanakan di rumah sebagai satu kesinambungan pengalaman dan emosi guru. Melakukan perubahan hubungan dan komunikasi yang akrab antara rakan dan keluarga juga turut membantu menangani emosi guru. Hubungan yang tidak baik diubah menjadi hubungan yang baik , saling bersapa, bermaafan sekiranya ada sebarang perselisihan seterusnya dapat membentuk masyarakat yang sempurna. Guru juga rasa selesa dan dihargai pada setiap tugasan yang dilaksankan. 7. FAKTOR KEAGAMAAN Guru di Negara kita bukan penganut Islam semata. Malah terdiri daripada pelbagai agama namun dalam setiap agama yang dianuti ada amalan tersendiri dalam menbentuk jiwa dan emosi yang stabil . Menyentuh dalam ajaran cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang (2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1dan 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya". Keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian terhadap tugasan yang digalas. Ini akan membina jati diri seseorang. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama bagi masalah stres. Selain itu berzikir juga dapat mententeramkan jiwa dan emosi. 8.MAKANAN SEIMBANG. Amalan pemakanan seimbang juga dapat membantu emosi yang sempurna. Guru perlu menikmati makanan yang berkhasiat yang membantu kecergasan fizikal dan mental. Amalan pemakanan minda seperti kismis, buah tin,buah delima dan kurma serta minyak zaitun membantu perkembangan saraf dan perjalanan darah yang baik dalam badan. Selain itu pengambilan omega dalam ikan turut membantu pertumbuhan kercerdasan minda dan emosi diri. Begitu juga pemakanan sayuran hijau amat memberi kesan yang baik dalam proses pertumbuhan dan kesihatan tubuh badan. Amalan pemakanan seimbang dan meninggalkan pemakanan yang tidak berhasiat seperti makanan ringan , rokok , arak dan sebagainya boleh membuat kesihatan fizikal dan emosi terganggu. Oleh itu guru perlu memiliki komitmen yang tinggi dalam membina kehidupan yang baik dan sempurna.