Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Tuesday, June 11, 2013

Pesanan Seorang Ayah dan Ibu

Pesanan untuk Anakku Umar Faruq.
Ketika menghantar Umar ke Airport Sandakan sebelum berlepas ke KL untuk meneruskan persekolahan di SMAP Kajang Selangor.
 " Umar belajar betul-betul untuk score yang terbaik dalam SPM. Abi mengharapkan 11A+ menjadi milik Umar. Abang Ahmad telah buat yang terbaik dan ditaja untuk buat perubatan di Mesir , Angah pula insyallah akan dapat tajaan ke Jordan dalam perakaunan -mualamat dan Umar bercita-cita untuk menjadi doktor macam abang Ahmad insyallah tercapai. Umar boleh buat yang terbaik. Jangan cuai dalam ibadat utamakan solat dan sentiaa berdoa agar dipermudahkan belajar. Abi dan ummi sentiasa berdoa untuk Umar. Jaga akhlak dan sentiasa mendekati guru bertanya dan sayangi guru serta mohon restu dan doa mereka. Ramai guru-guru SMAP Kajang adalah kawan-kawan abi dan ummi. Jagalah maruah abi dan ummi."

 Salam sayang dan cium untuk Umar anakku tersayang.


Pengorbanan Seorang Ayah

Kesabaran dan Pengorbanan Seorang Ayah Untuk Anak Tersayang
Pada tanggal 30 Mei aku terbang dari Lahad Datu Sabah ke KLIA. Sampai di KLIA hampir maghrib dan aku disambut oleh kawan baikku dan pada malam tidur di rumah abangnya di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Pagi esoknya  aku dipinjamkan sebuah kereta Myvi untuk ke Nilai Negeri Sembilan. Aku menjemput anakku Ammar di stesyen komuter Nilai. Ammar telah datang pada 26 Mei lagi dan berada di rumah kawannya di Seremban. Aku bersama anakku Ammar bergerak ke Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) untuk mendaftarkan Ammar mengikuti Program Tamhidi Perakaunan -Mualamat. Aku berada di Nilai sehari suntuk kerana terpaksa ke Giant Nilai untuk membeli barang keperluan Ammar selepas mendaftar. Selepas membeli barang keperluannya, aku membawa Ammar ke asramanya di Nilam Court. Pada petang 31 Mei Ammar mengikuti program Taaruf di USIM dan aku mula menyusuri jalan keluar USIM menghala ke KL. Aku sampai di rumah abng kawanku Nasir selepas isyak. Alangkah letihnya tubuh aku seharian menguruskan kemasukan Ammar di USIM. Aku pesan kepada Ammar dalam pelukan perpisahanku " Angah belajar betul-betul dan pastikan Angah score dan buat yang terbaik serta jaga maruah diri dan keluarga kita" Insyallah setahun saja belajar kat tamhidi kemudian sambung ijazah pertama dalam bidang perakaunan, Abi akan hantar Angah belajar ke Jordan diperingkat sarjana. Aku tahu Ammar sangat berminat untuk sambung pelajaran ke luar negara iaitu Jordan mengikuti jejak abangnya di Mesir dalam kursus perubatan. Ammar hampir putus harapan untuk ke Jordan kerana tidak mendapat panggilan IQ Test Yayasan Trengganu untuk calon ke Jordan. Aku pun berbaincang dengan isteri sebelum ini tak payah hantarlah borang permohonan belajar di Jordan ke KPT. Pada hari 31 Mei aku relax sebab tak perlu ke putrajaya untuk hantar borang KPT. Aku hanya bersembang dengan kawanku En .Alias kerana pada malam itu En.Alias mempelawa aku tidur di rumahnya di Adalas Klang.
Esoknya aku balik ke kampungku Bachok Kelantan untuk bertemu ibuku tercinta. Aku jangka akan pulang ke KL pada pagi 4 Jun  kerana flight Air Asia pada 5 Jun jam 10 pagi. Tiket bas dah dibeli bertarikh 4 Jun jam 9.30 pagi.
Semasa aku di bandar Bachok tiba-tiba terima pesanan ringkas telefon daripada Ammar bahawa dia telah ditawarkan kursus dan temuduga Yayasan Trengganu ke Jordan  bermula 4 hb hingga 6 Jun di Marang Trengganu. Aangkah seronoknya aku kerana akhirnya Ammar dapat tawaran temuduga untuk ke Jordan. Apa lagi aku terus cari tiket kat KB untuk balik ke KL malam itu juga 3 Jun kerana 4 Jun aku mesti serahkan borang KPT untuk ke Jordan. Aku terus telefon Ammar supaya bersedia untuk balik ke Trengganu bagi mengikuti temuduga.