Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Sunday, July 1, 2007

PROGRAM SARJANA KEPENGETUAAN

PROGRAM SARJANA KEPENGETUAAN

Kandungan Kursus NPQH

Kandungan Kursus NPQH

JADUAL KURSUS PEDAGOGI IQKL

JADUAL KURSUS PENGURUSAN KURIKULUM DAN PEDAGOGI

INSTITUT AL QURAN KUALA LUMPUR ( IQKL )

DI MASJID GHUFRAN PINGGIRAN TAMAN TUN DR.ISMAIL KL

PADA 6 – 7 DISEMBER 2006

Hari / tarikh

8.30 – 10.30

10.30 – 10.50

10.50 – 12.50

12.50 – 1.30

SELASA

6 DIS 2006

Slot 1

Motivasi

” Profesion Satu Ibadah

Teamwork ”

Kudapan

Slot 2

” Konsep Pedagogi Dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran ( P&P )

- CUT APPLE A ”

Makan tengahari

RABU

7 DIS 2006

Slot 3

” Pengurusan Sekolah Dan Kurikulum ”

Kudapan

Slot 4

LDK

” PULAU IMPIAN ”

- Penyediaan Buku Rekod Mengajar

- Rancangan Pelajaran Tahunan Dan Mingguan

Makan tengahari

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

SMK SEGAMBUT JAYA KUALA LUMPUR

ENAM TERAS

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ( PIPP) 2006 – 2010

1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotic dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa


2. Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.


3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak.


4. Mengurangkan jurang pendidikan dimana KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.


5. Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institute pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.


6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain. Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

KURSUS KEPENGETUAAN ( NPQH ) ABL11/07

Saya dapt tawaran kursus NPQH dan daftar diri pada 6 Ogos 2007 di IAB Induk KPM Geenting Highland . istiwewanya dapat tawaran kemudahan cuti belajar bergaji penuh, biasisiwa dan senioriti berterusan dan dikira sebagai kursus dalam perkhidmatan. jawatan sebagai penolong kanan dipangku oleh orang lain.