Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Monday, January 23, 2012

TANDA ORANG MUTADAYYIN

SIRI NOTA PENGAJIAN JAUHAR TAUHID  - SIRI 1

Menurut Imam Nawawi ;

Tanda orang yang Mutayyin ( Orang Yang Beragama ) itu ada empat sebagaimana yang dinazamkan oleh ulama;

امور لدين صدق قصد وفا العهد  #
وترك لمنهي كذا صحة العقد

Ertinya “ Perkara –perkara agama itu adalah : membenarkan qashad, memenuhi janji dan meninggalkan larangan serta sahihnya I’tikad”

Makna daripada :

  1. صدق القصد   adalah menunaikan ibadah dengan niat dan ikhlas
  2. وفاء العهد   adalah mendatangkan segala yang fardhu
  3. تركا  المنهي  adalah menjauhi segala yang diharamkan
  4. صحة العقد  adalah kemantapannya dengan akidah-akidah ahlus Sunnah wal Jamaah

( Rujukan : Jauhar Tauhid m.s 23 )

Huraian :

1.                                                   صدق القصد  
-         Menunaikan ibadah dengan niat yang ikhlas kerana Allah ( liwajhillah) dan mengerjakan ibadat itu dengan ikhlas penuh keinsafan dan menepati tuntutan syarak dengan memenuhi syarat  amalan yang Allah yag makbulkan.
-         Perbezaan di antara niat dan qashad. Niat ialah lintasan hati sementara niat samada baik atau jahat sementara qashad pula ialah melakukan kerja dengan bermatlamat seperti pergi haji. Haji bermakna menuju kaabah untuk menunaikan perbuatan tertentu.[1]
-         Makna membenarkan ialah hati yang tulus ikhlas tanpa ada tujuan lain yang orang  tidak nampak kecuali hati seseorang yang menilai kebenaran itu.
-         Syarat amal soleh yang Allah makbulkan ada empat
1.      Melaksanakan amalan dengan niat ikhlas
2.      Menepati syarak ( hukum agama ) dan Islam tidak menghalal cara untuk mencapai matlamat. الغاية لا تبرر الوسيلة
3.      Melaksanakan dengan penuh kesungguhan (الاتقان     )
4.      Melaksanakan dengan penuh komitmen ( الاستقامة   (

2.                                                   وفاء العهد   
-        melaksanakan segala perintah yang wajib yang menjadi fardhu kepada seorang mukallaf
-         al ahdu bermaksud janji yang telah termeterai dengan Allah iaitu menjunjung perintahNya yang meliputi perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
-          
-         ومن يعمل سؤا اويظلم نفسه ثم يستغفر الله يجد الله غفورا رحيما
-         ”Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampuun lagi Maha Penyayang”

-         لو ان هذا القران على جبل لرايته خشعا متصدعا من خشية الله
-         Sesungguhya kami menurunkan al Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan dapat melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah”

-         makna wafa’ialah menunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan menepati kehendak atau piawai kualiti sesuatu kerja.

-         makna tanggungjawab agama ( taklif ) ialah  pertanggugjawaban hukum hakam ke atas seseorang mukallaf..

3.                                                   تركا  المنهي  
-         menjauhi dan meninggalkan segala bentuk kejahatan dan perkara tegahan agama
-         tidak mendekati perkara haram dan shubhat
-         haram itu jelas dan  halal itu  jelas  dan di antaranya shubhat[2]

-         عن أبى عبد الله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال :  سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
-         ان الحلال بين وان  الحرام بين وبينهما مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام كالراعى يرعى حول الحمى يوشك ان يرتع فيه الا وان لكل ملك حمى الا وان حمى الله محارمه الا وان فى الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا وهي القلب  
-         رواه البخارى ومسلم
-         ما أمن بالقرأن من استحل محارمه
-         الترمذى                  
     Tidaklah beriman dengan al Quran oleh orang menghalalkan apa yang
        diharamkan oleh al Quran"





4.                                                   صحة العقد 

-         kemantapan akidah ( akidah ahli Sunnah wal jamaah ) dengan beriman bahawa Allah:
4.1  Allah yang mencipta alam ini dengan Bijaksana lagi Berkuasa
4.2  Allah tidak mencipta kejadian alam ini dengan sia-sia
4.3  Allah mengutuskan para rasul dan kitab untuk mengajar umat
4.4  Matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah dengan memberi penuh ketaatan dan mengabdikan diri kepadaNya
4.5  Ganjaran kepada mukmin ialah syurga
4.6  Manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan kehendak sendiri .namun kebaikan itu dengan taufiq dan inayah Allah dan kejahatan pula tidaklah paksaan Allah tetapi termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya.
4.7   Urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah.
4.8   Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya.
4.9   Mesti berfikir merenungi kehebatan kejadian Allah bukan memikirkan zat Allah.
4.10          Mengabdikan diri kepada Allah
4.11          Tidak menyekutukan Allah
4.12          Sentiasa mengingati Allah dengan menyebut namaNya dan diam dengan berfikir dan bercakap adalah berzikir
4.13          Bertawakkal sepenunnya kepada Allah
4.14          Mensyukuri nikmatNya
4.15          Sentiasa beristighfar memohon kemampunan kepada Allah
4.16          Sentiasa bermuraqabah ( merasai berada di bawah pengawasan ) dengan Allah.[3]
    
-         cabaran aqidah ialah kehidupan jahiliah dan  cinta dunia dan bencikan akhirat
-         aqidah yang selamat ( سليم العقيدة  ) iaitu tidak syirik dan mentauhidkan Allah dengan tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah serta tauhid asma’wassifat




[1] Al Feqh Islami , Wahbah Zuhaili m,s 8 Darul Fikri Beirut
[2] Al Wafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi ( Terjemahan ) Pustaka Salam m.s 50
[3] Apa Erti Saya Menganut Islam Fathi Yakan ( terjemahan ) Dewan Pustaka Fajar m.s.15 – 28

PERSOALAN HAJI DAN UMRAH

Artikel ini dibuat bagi menjelaskan isu ini secara padat dan ringkas serta tidak terlalu berat dengan hujjah ilmiah.
Pertamanya elok jika kita melihat kepada firman Allah dari ayat :-
وَلِلّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً
Ertinya : ".. mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia kepada Allah swt iaitu (bagi) orang yang berkemampuan dan sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah;.." ( Al-Imran : 97 )
mecca2.jpg
 
Para ulama sepakat menyatakan hukum wajib tidak akan tertanggung ke atas seseorang lelaki dan wanita selagi syarat "istita'ah" atau ‘kemampuan'  belum diperolehi.
Pengertian istita'ah secara mudah lagi ringkas, adalah SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH NABI s.a.w ketika ditanya akan ertinya, baginda Nabi s.a.w menjelaskan :
الزاد والراحلة
Ertinya : Bekalan dan pengangkutan perjalanan ( Riwayat At-Tirmidzi; berkata At-Tirmidzi & An-Nawawi : Hadis Hasan : Al-Majmu', 7/41 [1])
Jelas dari hadis yang memperincikan erti istita'ah di atas, terdapat dua perkara utama iaitu :-
1- Bekalan
Erti bekalan di sini adalah bekalan makanan, minuman dan pakaian  yang mencukupi sepanjang pemergiannya sehinggalah kepulangannya. ( I'anah At-Tolibin, 2/281 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/316)
2-  Kenderaan dan Perjalanan
Kenderaan dan perjalanan mestilah sesuai dan diyakini keselamatannya, kenderaan pula mestilah diperolehi sama ada dengan membelinya atau menyewa. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah)
DUA ISU UTAMA
a) Berhutang melalui pembiayaan Islam untuk menunaikan haji
Berhutang untuk menunaikan Haji jika dilihat dari satu sudut, ia seolah-olah menunjukkan  ketidakmampuan  seseorang atau belum mempunyai kelayakan dan bekalan mencukupi untuk menunaikan ibadah Haji.
Dari sudut yang lain pula, ia mungkin juga boleh menunjukkan status kemampuan, cuma kemampuan itu memerlukan sedikit masa, maka untuk mempercepatkan status ‘mampu', ia membuat pinjaman.
Jika itu dua kemungkinannya, adakah seseorang dituntut untuk meminjam semata-mata untuk tujuan Haji.? Apatah lagi pembiayaan dari Institusi Kewangan yang  akan menyebabkan kos yang lebih tinggi dari harga asal kos haji.
Jawab ringkasnya TIDAK PERLU DAN IA BUKAN PRIORITY. Itulah jawapan ringkas yang diberikan oleh Nabi s.a.w apabila ditanya oleh seorang sahabatnya Abdullah Bin Abi Awfa,
سألته عن الرجل لم يحج أيستقرض للحج ؟ قال : لا
Ertinya : Berkata Abdullah : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang lelaki yang belum menunaikan Haji, adakah boleh ia meminjam wang untuk Haji? , jawab Nabi : TIDAK" ( Musnad As-Syafie ;  1/109 ; Al-Um, 2/116 )
Imam Asy-Syafie berkata berselepas itu :
ومن لم يكن في ماله سعة يحج بها من غير أن يستقرض فهو لا يجد السبيل
Ertinya : Barangsiapa yang tidak mempunyai kemudahan, keluasan (lebihan) harta yang membolehkannya menunaikan haji tanpa membuat pinjaman, ketika itu DIA DIANGGAP TIDAK BERKELAYAKAN ( TIADA BEKALAN) UNTUK PERGI HAJI"  ( Al-Umm, 2/116)
Islam tidak memberatkan kecuali kepada mereka yang benar-benar sudah sampai kemampuan dan bukan kemampuan yang dipaksa-paksa sebelum tiba saatnya.
Imam Ibn Qudamah menjelaskan bahawa para ulama hampir sepakat menyatakan bahawa belanja bekalan itu mestilah :-
أن يكون هذا فاضلا عما يحتاج إليه لنفقة عياله الذين تلزمه مئونتهم في مضيه ورجوعه لأن النفقة تتعلق بها حقوق الآدميين , وهم أحوج وحقهم آكد...وأن يكون فاضلا عن قضاء دينه
Ertinya : Dan hendaklah (bekalan ini) adalah harta yang lebih dari apa yang wajib ke atas tanggungjawabnya dari nafqah keluarga yang wajib disediakannya semasa pergi dan kembalinya, ini adalah kerana nafqah berkait dengan hak manusia, dan ia adalah lebih perlu dan diutamakan ( dalam hal ini dari Haji yang merupakan Hak Allah semata-mata),...selain itu mestilah bekalan ia dari harta yang lebih dari mencukupi untuk melunaskan hutangnya. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/317)
Namun demikian, jika hutang baru itu TIDAK menjejaskan keseluruhan tanggungjawab (kewajiban) hartanya kepada yang berhak (seperti anak dan isteri), kerana ia mempunyai simpanan yang  mencukupi atau harta lain (dalam bentuk hartanah atau lain-lain) yang boleh dijual apabila perlu, tatkala itu, TINDAKAN BERHUTANG TADI BOLEH MENJADI HARUS. Sebagaimana kata Imam As-Syafie :
ولكن إن كان ذا عرض كثير فعليه أن يبيع بعض عرضه أو الاستدانة فيه
Ertinya : "Tetapi jika ia mempunyai harta yang banyak, bolehlah ia menjual sebahagiannya atau berhutang (kerana yakin boleh membayar balik hutang kerana mempunyai harta bukan dalam bentuk wang tunai )" ( Al-Umm, 2/116)
b) Hutang belum selesai tetapi ingin menunaikan haji.
Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan bahawa seseorang yang masih tersangkut dengan bebanan hutang TIDAK WAJIB untuk menunaikan haji. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, ulama sependapat bahawa ‘bekalan' yang dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya, justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.
Selain itu, hutang individu perseorangan yang bersifat jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi menunaikan Haji.
Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih berhutang dengan saya sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Kesannya, individu ini tidak layak menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya terlebih dahulu,
ATAU
sebagai pilihan lain, WAJIBLAH atasnya meminta izin dari saya (pemberi hutang) menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang, boleh redha jika sesuatu berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada menghalalkan hutang berbaki atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia tidak seharusnya pergi menunaikan Haji.              
Justeru, sekiranya pihak kerajaan ingin mengeluarkan khidmat pembiayaan Islam bagi mereka yang berhasrat menunaikan Haji, seluruh pertimbangan ini mestilah diberikan dan disemak kepada pemohon sebelum kelulusan diberi, agar khidmat yang bertujuan baik oleh kerajaan tidak tersilap sasaran sehingga membawa mudarat kepada individu yang kurang berkemampuan, lalu menjerumuskan mereka di dalam perkara haram.
Kerajaan Malaysia diketahui ‘cuba' berpegang dengan mazhab Syafie dalam banyak pendapat Fiqhnya, justeru dalam hal ini Imam Syafie sendiri telah meriwayatkan hadis berkenaan larangan meminjam untuk menunaikan haji. Maka jika ulama rasmi kerajaan ingin mengambil pendapat lain, mereka perlulah berhati-hati serta menilai syarat-syaratnya dan tidak tergesa-gesa.
HUTANG INSTITUSI KEWANGAN
Namun demikian, terdapat perbezaan di antara hutang individu dengan hutang Institusi Kewangan yang berpanjangan selama bertahun-tahun malah ada yang mencecah 30 tahun seperti pembiayaan rumah.
Seperti kes pembiayaan tersusun kepada institusi kewangan, terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pembayaran melalui pemotongan gaji.  
Seorang jutawan muslim di sebuah masjid di Kuala Lumpur pernah berkata :-
"Ustaz kalaulah berhutang itu menghalang seseorang pergi haji, saya pastinya tidak akan pergi haji sampai bila-bila, walaupun saya ada harta yang banyak"
"Mengapa kata demikian?" Tanya saya
"kerana saya ada syarikat sendiri, dan syarikat sentiasa ada hutang baru, biasalah ustaz, bisnes sederhana dan besar tanpa wujud hutang adalah tidak logik. So, adakah kerana hutang syarikat saya ini menyebabkan saya tidak berkelayakan menunaikan Haji?" balasnya perlahan dan sangat berminat mendengar jawapan.
"Ooo, hutang jenis tu lain sikit cara pengendaliannya, tapi masih ada syarat" jawab saya ringkas
Benar, hutang dari jenis ini TIDAK menjejaskan kelayakan mereka untuk menunaikan haji DENGAN SYARAT, pemergiannya ke Haji tadi TIDAK AKAN membawa masalah kepada pembayaran hutang sistematik kepada institusi kewangan tadi.
Jika diyakini pemergiannya ke Mekah, BAKAL menyebabkan terjejasnya kedudukan kewangannya sehingga diyakini boleh menjejaskan tanggungjawab wajibnya seperti nafqah, dan hutang wajib kepada institusi kewangan.
Tatkala itu, TIDAK WAJAR baginya untuk menunaikan Haji malah pemergiannya boleh membawa kepada haram, ini kerana telah sedia maklum bahawa apa-apa yang diyakini membawa kepada haram, maka hukumnya juga jatuh HARAM. Disebutkan oleh para ulama Islam satu kaedah yang dipetik dari dalil-dalil al-Quran dan hadis :-
ما يؤدي إلى الحرام فهو حرام
Ertinya : Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram ( Majma Al-Anhar, 4/251 ; Rujuk perincian dalam ‘Ilam Al-Muwaqqi'ien, Ibn Qayyim, 3/137 )
Ia juga boleh difahami dari firman Allah yang mengharamkan segala bentuk dan jenis permulaan kepada zina. Bermakna, bukan hanya zina sahaja yang haram, segala bentuk tindakan dan perilaku yang boleh membawa zina juga adalah haram seperti peluk, cium, renungan mata, chat bersyahwat, telefon bersyahwat dan  lain-lain.
Demikian juga halnya haji dengan keyakinan membawa mudarat kepada hak pemilik hutang dari kalangan individu dan institusi kewangan.
KESIMPULAN
Tiada jawapan satu baris bagi kedua persoalan di atas kecuali perincian dan semakan terhadap kemampuan individu dan kiraan semula nafqah wajibnya. Hanya selepas itu baru dapat di pastikan sama ada berhutang untuk menunaikan Haji dibolehkan atau sebaliknya.
Demikian juga halnya bagi mereka yang sedang terikat dengan hutang, perlu ditinjau jenis hutang dari pelbagai aspek dan hanya selepas itu boleh ditentukan sama ada individu ini boleh menunaikan Haji. Tanpa penilaian yang tepat, seseorang itu mungkin sahaja pergi haji dengan dosa kerana mengabaikan hak individu lain yang lebih berhak ditunai segera.
Sebagaimana berdosanya seorang isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suami.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/