Tahun 1977 bermula bersekolah di SK Perupok Setelah dapat result SRP aku pelajar
terbaik dengan dapat 12 aggeregit dan aku dapat tawaran ke SMAWIP ( masa
tu tumpang kat KIK ) masa kat KIK aku mula belajar erti dakwah dan
kehidupan berikhwah. walaupun sebelum itu aku pernah mengikut jemaah
tabligh. Setelah setahun di KIK aku pindah ke KL ( SMAWIP ) dan aku
dapat score SPM dengan 17 aggerigit pangkat 1 dan aku dapat tawaran ke
overseas ( USA dan Kanada ) dalam bidang ekonomi tapi aku tolak dan
terus sambung STPM dan dapat score 4P ( 2a 1b 1c) tapi aku tak mohon
UPU sebab aku nak ke Mesir. Aku ke Nahdah Kedah sebab sijil kolej tak
iktiraf dan ambil STU / Empat Thanawi .Kebetulan pula tahun tu (1986/1987)KPM tidak menawarkan
biasiswa. so aku pergi dengan kos mak dan bapa aku. kesian kat depa.
Setahun kat Mesir aku dapat biasiswa KPM .
Pada akhir
tahun 1986 aku sampai di bumi al Kananah dan disambut oleh ikhwah
senior iaitu kawan-kawan semasa di KIK. Sesampai saja aku di bumi Mesir
aku tinggal bersama kawan rapat aku Ustaz Hamzah Jaafar ( sekarang Dr.
Hamzah seorang usahawan berjaya dan pendakwah bebas ).Pengalaman hidup
besama ikhwah cukup bermakna. keluar pagi ke kuliah dan petang ke Maahad
Tahfiz di Ruksi kerana kena hafal Quran 30 juz sebagai syarat untuk lulus ijazah Syariah al Azhar. Malam baru balik ke rumah dan baru dapat makan nasi yang dimasak secara bergilir-gilir. Lepas
Isyak pula ada jilsah. Jilsah bagaikan sebuah kuliah tempat aku belajar
erti Islam dan kehidupan dan juga mendalami ilmu-ilmu turath melalui
pengajian kitab dengan sheikh dan juga kitab-kitab fikrah. Alhamdulillah
selama lima tahun aku di bumi al anbiya' aku matang dan dapat menguasai
ilmu dan juga bahasa arab fusha dan ammiaah. Bolehlah bertengkar dengan
arab tu. Aku juga sempat mendalami Bahasa Arab di Universiti Amerika di
Tahrir. al hamdulillah aku berjaya mengahafal al quran 30 juz
bertalaqqi dengan Skeikh Mustafa di Masjid al Husain Kaherah dan juga
Sheikh Said Abduh di Maahad Tahfiz di Ruksi. Jadilah Sheikh Ismail al
hafiz. Tapi sayang sebab tak dapat tasmik selalu setelah balik ke
Malaysia aku banyak lupa cuma kalau dengar qari baca aku boleh ingat dan
sambung sikit-sikit. Aku berazam untuk hafal semula terutama apabila
sampainya Ramadhan. Aku adalah pelajar bawah tajaan biasiswa Kementerian
Pelajaran Malaysia. so aku di antara pelajar kaya banyak duit lah kat
Mesir. al hamdulillah aku berjumpa jodoh kat Mesir dengan seoarang ukhti
pilihan iaitu Maznah Ahmad orang Trengganu adik classmate aku Zakaria Ahmad semasa
kat SMAWIP KL. Al hamdulillah di Mesir kami dikurniakan seorang anak
lelaki iaitu Ahmad Fadhlullah ( kini pelajar perubatan di Universiti
Iskandariah Mesir ikut jejak bapa dan ibunya ke Mesir ). sebelum aku
pulang ke Malaysia aku juga sempat menjadi tenaga pengajar KIBAR (
Intensif Bahasa Arab oleh Kedutaan Malaysia untuk pelajar-pelajar Melayu
yang akan pulang ke tanah air). juga sempat mengajar beberapa kitab
termasuk kitab hadis tadrib arrawi, al ashmuni ( b.arab),Riyadus Solohin, qalyubi ( feqh muqarrar )
dan kitab-kitab kuliah kepada pelajar-pelajar Malaysia di rumah
Kelantan ( semasa tinggal di rumah Kelantan selama 1 tahun lebih
sebelum kahwin ). Sempat dapat gelaran sheikh kabir oleh budak-budak
Kelantan.
Balik Malaysia aku buat Dip Ed UIA dan jadi guru lepas tu buat
master kat UPM. Kemudian aku jadi kaunselor selama 6 tahun kemudian
naik pangkat jadi PK umur aku 35 tahun. lepas 7 tahun tahun sambung buat
Diploma Kepengetuaan IAB dan kini aku PK KISAS DG 48.
Semasa belajar di Mesir, aku dan kawan-kawan daripada KISAS sangat komited dengan jadual belajar. Rutin harian bangun pagi sebelum subuh ready baca buku persediaan kuliah dan hafal Quran. Jam 6.00 pagi Mesir kami bergegas ke stesen bas atau metro untuk pergi ke kuliah di al Azhar University Kaherah. Balik kuliah dah pukul 3 petang. lepas tu bergegas pula ke Maahad Tahfiz untuk hafal Quran dengan tok Sheikh di Masjid Khulafa' Rashidin Ruksi. Kat Maahd kena hafal mengikut kemampuan kita. sebelum ke maahd aku ributlah duk menghafal kat rumah dan sepanjang perjalanan dalam metro sebelum berdepan dengan tok sheikh.
Kisah selanjutnya lihat post pengalaman belajar
No comments:
Post a Comment