Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Sunday, July 18, 2021

psikologi

https://epsikologi.jpm.gov.my/node/121
KONSEP PSIKOLOGI DAN KAUNSELING Apa itu Kaunseling? Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah Pegawai Psikologi tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk Pegawai Psikologi tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Pegawai Psikologi cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara Pegawai Psikologi dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya. Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran peras. Mitos Khidmat Kaunseling Kaunseling adalah nasihat. Hubungan kaunseling hanya sehala. Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien). Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup. Rumusan Kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan persekitarannya. Aplikasi Psikologi dan Kajian Kes Kaunseling yang dikongsikan ini hanya sebahagian daripada pelbagai kes yang pernah dikendalikan dalam sesi kaunseling. Teknik-Teknik yang dikongsikan juga adalah teknik-teknik kemahiran asas menolong. Oleh yang demikian, dicadangkan agar berjumpa dengan Kaunselor untuk mendapatkan bantuan selanjutnya.