Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Saturday, September 25, 2010

Konsep Penandaarasan

PENGENALAN


"Benchmarking" dalam Bahasa Melayu adalah Penandaarasan. Konsep ini adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau "istiqamah" untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Melalui IPA, Kerajaan telah memperkenalkan konsep ini dengan hasrat Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil langkah atau tindakan proaktif dalam membuat sebarang urusan perkhidmatannya. Kecemerlangan pasti akan dapat kita capai dengan belajar dari kejayaan- kejayaan orang lain. Istiqamah merupakan suatu tuntutan kepada umat manusia yang inginkan kejayaan, kesejahteraan dan kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.

Konsep Penandaarasan

Penandaarasan adalah suatu alat untuk mengenalpasti dan mencapai kejayaan. Sebuah organisasi akan meninjau dan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik suatu produk, proses atau perkhidmatan. Sebagai contoh: Perkhidmatan Awam Brunei mungkin akan meninjau Perkhidmatan Awam negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan lain-lain bagi meninjau dan mempelajari amalan-amalan yang telah membuktikan kejayaan cemerlang mereka terhadap sesuatu projek atau proses kemajuan yang serupa untuk dibuatkan sebagai tanda aras di negara ini. Dengan memulakan konsep Penandaarasan ini Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam akan dapat melaksanakan EMPAT langkah penting seperti berikut:

1. mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang perlu ditambahbaik;

2. mengenalpasti amalan-amalan terbaik bagi proses kerja berkenaan;

3. mengkaji proses kerja berkenaan; dan

4. menggunakan daya kreativiti untuk merekacipta semula proses kerja berkenaan sesuai dengan sosio- budaya kita kearah melaksanakan yang terbaik sahaja.

Faedah Penandaarasan

Perkhidmatan Awam akan dapat:

1. mendorong agensi kerajaan menjalankan penambahbaikan yang berterusan;

2. menggerakkan agensi kerajaan untuk mengamalkan konsep pembelajaran setiap masa dari pihak lain;

3. mengelakkan kita bersikap selesa akan prestasi masakini dan merangsang kita mencari idea atau pendekatan baru;

4. membantu warga perkhidmatan awam dalam meningkatkan kepakaran dalam suatu proses kerja;

5. mewujudkan silaturrahim dengan rakan rujuknya dengan cara perkongsian maklumat;

6. membolehkan agensi yang berprestasi tinggi membantu agensi yang sedang melaksanakan penandaarasan; dan

7. melengkapkan usaha TQM.

MODEL Penandaarasan




Penandaarasan Memeriksa atau Menilai APA yang Terpenting

Pembelajaran Kejayaan Pemeriksaan atau Penilaian Penandaarasan menilai ke tahap dimana sesuatu organisasi itu berjaya mencapai misinya dari perspektif rakan rujukan utama. Adalah lebih penting penilaian di fokuskan kepada faktor-faktor misi yang kritikal sahaja. Penandaarasan yang berjaya dan berkualiti tinggi akan mengenalpasti faktor-faktor kritikal bagi mencapai kejayaan misi mereka.

No comments: