Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Tuesday, October 25, 2011

Pengalaman Belajar Di Luar Negeri

Aku adalah seorang murid SK Perupok bachok Kelantan waris datok Awang adik masa kecil-kecil dulu ayah aku selalu bawa aku ke rumahnya sebab bapa awang adik adalah sepupunya. tapi bila ayah aku dah tida hubungan terputus begitu. aku di antara murid pintar dan harapan guru untuk score dalam UPSR. Tapi sayang aku hanya dapat 3 A masa tu terbaik 4A. So aku tak dapat SBP dan aku mengikut kehendak abang sepupuku iantu Nasir dan masa tu dia belajar kat UTM. Dia adalah murid bijak bekas pelajar SBP jenang Kedah. Aku dibawa dengan basikal oleh nasir untuk mendaftar di Sekolah arab Nipah. Cik Gu zakaria sangat marah kerana akau ke seklah arab dan aku katanya bijak matematik dan pergilah sekolah menengah supaya jadi oarang panadai bukan sekolah arab esok jadi tok lebai kg atau ustaz je. aku pasrah kerana yakin dengan Nasir. so aku pun bersekolah lah di sekolah arab nipah dan aku lah yang selalu dapat nombor 1 begilir-gilir dengan radiah kalau dia no 1 aku no 2 markah bezanya satu dua je. aku dilantik sebagai ketua pengawai semasa aku di Tingkatan 2 sedang sekolah tu sampai ting 3. so aku jadi dua tahun sebagai ketua pengawas. ramai lah budak perempuan suka kat aku sebab aku pandai dan smart/hansome katakan termasuk radiah dan ani. semua jadi kenangan.
setelah dapat result SRP aku pelajar terbaik dengan dapat 12 aggeregit dan aku dapat tawaran ke SMAWIP ( masa tu tumpang kat KIK ) masa kat KIK aku mula belajar erti dakwah dan kehidupan berikhwah. walaupun sebelum itu aku pernah mengikut jemaah tabligh. Setelah setahun di KIK aku pindah ke KL ( SMAWIP ) dan aku dapat score SPM dengan 17 aggerigit pangkat 1 dan aku dapat tawaran ke overseas ( USA dan kanada ) dalam bidang ekonomi tapi aku tolak dan terus sambung STPM dan score lagi dapat 4P ( 2a 1b 1c) tapi aku tak mohon UPU sebab aku nak ke Mesir. au ke nahdah kedah sebab sijil kolej tak iktiraf dan ambil STU .Kebetulan pula tahun tu KPM tidak tawarkan biasiswa. so aku pergi dengan kos mak dan bapa aku. kesian kat depa. Setahun kat Mesir aku dapat biasiswa KPM .
Pada akhir tahun 1986 akau sampai di bumi al Kananah dan disambut oleh ikhwah senior iaitu kawan-kawan semasa di KIK.Sesampai saja aku di bumi Mesir aku tinggal bersama kawan rapat aku Ustaz Hamzah Jaafar ( sekarang Dr. Hamzah seorang usahawan berjaya dan pendakwah bebas ). Selepas setahun aku pindah bersama ikhwah lain iaitu Tengku Ahmadi ( sekarang telah meniggal dunia akibat kencing manis yang teruk pada mac 2011), Sofwan Anuar ( kini sebagai Ketua Unit Dakwah JPNS ), Redhuan Ahmad ( kini Dr.Redhuan pensyarah IPG Darul Aman ), Razak ( kini usahawan berjaya ), Mukram anak bekas Mufti Pahang ( kini usahawan berjaya ) dan Khir ( sekarang ustaz mengajar di N.S ). Pengalaman hidup besama ikhwah cukup bermakna. keluar pagi ke kuliah dan petang ke Maahad Tahfiz di Ruksi kerana kena hafal Quran 30 juz sebagai
syarat untuk lulus ijazah Syariah al Azhar. Malam baru balik ke rumah dan baru dapat makan nasi yang dimasak secara bergilir-gilir. Lepas Isyak pula ada jilsah. Jilsah bagaikan sebuah kuliah tempat aku belajar erti Islam dan kehidupan dan juga mendalami ilmu-ilmu turath melalui pengajian kitab dengan sheikh dan juga kitab-kitab fikrah. Alhamdulillah selama lima tahun aku di bumi al anbiya' aku matang dan dapat menguasai ilmu dan juga bahasa arab fusha dan ammiaah. Bolehlah bertengkar dengan arab tu. Aku juga sempat mendalami bahasa arab di Universiti Amerika di Tahrir. al hamdulillah aku berjaya mengahafal al quran 30 juz bertalaqqi dengan Skeikh Mustafa di Masjid al Husain Kaherah dan juga Sheikh Said Abduh di Maahad Tahfiz di Ruksi. Jadilah Sheikh Ismail al hafiz. Tapi sayang sebab tak dapat tasmik selalu setelah balik ke Malaysia aku banyak lupa cuma kalau dengar qari baca aku boleh ingat dan sambung sikit-sikit. Aku berazam untuk hafal semula teruatam apabila sampainya Ramadhan. Aku adalah pelajar bawah tajaan biasiswa Kementerian Pelajarn Malaysia. so aku di antara pelajar kaya banyak duit lah kat Mesir. al hamdulillah aku berjumpa jodoh kat Mesir dengan seoarang ukhti pilihan iaitu Ustazah Maznah Ahmad orang Trengganu adik classmate aku semasa kat SMAWIP KL. al hamdulillah di Mesir kami dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Fadhlullah ( kini pelajar perubatan di Universiti Iskandariah Mesir ikut jejak bapa dan ibunya ke Mesir ). sebelum aku pulang ke Malaysia aku juga sempat menjadi tenaga pengajar KIBAR ( intensif bahasa Arab oleh Kedutaan Malaysia untuk pelajar-pelajar Melayu yang akan pulang ke tanah air). juga sempat mengajar beberapa kitab termasuk kitab hadis tadrib arrawi, al ashmuni ( b.arab),Riyadus Solohin, qalyubi ( feqh muqarrar ) dan kitab-kitab kuliah kepada pelajar-pelajar Malaysia di rumah Kelantan ( semasa tinggal di rumah Kelantan selama 1 tahun lebih sebelum kahwin ). Sempat dapat gelaran sheikh kabir oleh budak-budak Kelantan. Balik Malaysia aku buat Dip Ed UIA dan jadi guru lepas tu buat master kat UPM. Kemudian aku jadi kaunselor selama 6 tahun kemudian naik pangkat jadi PK umur aku 35 tahun. lepas 7 tahun tahun sambung buat Diploma Kepengetuaan IAB dan kini aku PK KISAS DG 48.

No comments: