alhamdulillah sejak 16 Mac 2011 aku telah dilantik sebagai Penolong Kanan KISAS menggantikan Pn Haznah hamzah yang telah dinaikkan pangkat sebagai pengetua. Aku merasakan berat tugas PK KISAS walaupun aku dah berpengalaman sebagai penolong kanan hampir 11 tahun. memang sangat berbeza PK sekolah biasa / kawalan dengan SBP/SBT terutama KISAS dengan kerenah pengetuanya yang UNIK. alhamdulillah sehingga kini aku dapat menjalankan tugas dengan baik dengan sokongan guru-guru yang dedikasi dan penuh komitmen. rasanya sayang sangat kat KISAS sebab pelajar-pelajarnya yang sangat bermakna bagaikan mutiara-mutiara yang mesti digilap berbeza dengan puteri-puteri SESERI dulu. sayang juga kepada SESERI tapi KISAS ada kelainannya. Kini aku rehat MC kerana aku terpaksa buat pembedahan by pass jantung demi kesihatan yang lebih baik. Itu keputusan aku yang paling besar dalam hidup. kini alhamdulillah semakin baik dan beransur pulih tapi masih cuti sehingga 22 november 2011. ( MC selama 79 hari mulai 6 september hingga 22 NOVEMBER 2011 ). alhamdulillah berita terbaru semua PK akan dinaikkan pangkat ke DG 48 hakiki mulai 1 januari 2012. alhamdulillah rezki. khabarnya pula tahun depan aku akan dipindahkan pulaa jadi pengetua di SMKA. Cuma aku doakan semoga aku dapat kembali ke KISAS SBT sebagai pengetua DG 54.
Pengalaman Kerjaya
Kalendar Islam
laman blog pendidikan agama dan sains sosial
RESEPI KEJAYAANKU
Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.
Search This Blog
FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an
SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.
Friday, October 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment