bismillah..
tarikh: 7 mei 2012
"Perginya Nurul Hafizah binti Faizul Aris dalam keadaan yang cukup trajis. Kereta kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Beliau menalipon bapanya untuk mengambil adiknya dari sekolah. Bapanya kata biarlah mereka naik bas. Namun takdir jua yang mendahului segala-galanya. Nurul Hafizah menjemput adiknya setelah mendapat kebenaran keluarganya dan akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan. Jenazah di hantar ke hospital Kulai."
"Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris SPM 2009 Generasi 11 Sekolah Menengah Islam Hidayah selamat disemadikan di Kg Parit (Ampang Tinggi) Kuala Pilah. Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang mengambil adik-adik dari Sekolah Menengah Islam Hidayah JB untuk berbuka puasa hari Isnin...."
apabila disebut kematian..
M.A.T.I
Apabila aku mendapat berita itu,
ku tersentak.
apabila bergegas sampai ke hospital,
orang ramai sedang menunggu di luar,
dan apabila memasuki ke bilik itu,
ku gagahkan diri,
erat kami berpegangan tangan..
dan apabila melihat tubuh itu terbaring kaku,
dilitupi plastik hitam,
semakin erat genggaman tangan ini dgn rakan sebelah,
dan apabila menyaksikan dgn mata kepala sendiri,
Allah.. sayu hatiku,
selesai dimandikan, dan selesai dikafankan,
ku lihat dari jauh,
moga terhapusnya dosamu sepertimana hilangnya darah-darah pd anggota
tubuhmu,
suci dari segala kekotoran,
dan apabila dibawa ke dalam van,
hatiku menjadi sayu,
surah yasin dibacakan di sepanjang perjalanan,
apabila sampai ke destinasi,
semakin ramai yg menziarahimu,
membacakan yasin untukmu,
alunan zikir dan doa untukmu,
turut terkesan di hatiku jua,
kalimah "la ilaha illallah, la ilaha illallah"
"sesungguhnya tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah!"
hari sudah semakin malam,
ku terpaksa berundur dahulu,
ku titipkan salam untukmu,
smoga kau sejahtera di sana yg abadi..
*maafkan aku,
tidak dapat hadir upacara pengebumian,
ku hanya mendoakan dari jauh, smoga kau beroleh syurga-Nya..
mereka yg mengenalimu juga mendoakan,
tidak putus-putus mendoakanmu,
kerna kau sahabat ter-istimewa buat kami.
perginya dikau meninggalkan kami,
Allah lebih menyayangimu,
sahabat.
kami yang masih hidup akan menyusulimu,
bila? di mana?
hanya Allah yg lebih mengetahui,
smoga berakhirnya kami di dalam husnul khatimah,
yakni pengakhiran yang baik.
ajal maut di tangan Ilahi,
tua muda tak mengenal usia,
hanya amalan yang akan dikira.
buatmu:
almarhumah Nurul Hafizah binti Mohd Faizul Aris.
20 tahun.
dalam kenangan. [1992-2012]
dalam kenangan. [1992-2012]
seorang sahabat & classmate di bangku sekolah,
al-fatihah.
*hafizah, awaklah guru akaun saya yg terbaik. seronok belajar dgn awak.
terima kasih awak! :')
terima kasih awak! :')
"Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan" (al-Ankabuut: 57)
"Dan
kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya
negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka
mengetahui" (al-Ankabuut: 64)
"bersediakah kita menyambut panggilan Ilahi?"
fikir-fikirkan..
Ayuh kita bersama-sama mencari keredhaan-Nya dengan berlumba-lumba dalam membuat amal kebajikan :)
wassalam.
No comments:
Post a Comment