Headcount adalah kiraan prestasi setiap murid dalam proses PnP seorang guru. Seorang guru mengenali setiap murid yang diajarnya di dalam kelas. Menjadi tanggungjawab seorang guru yang dedikasi mengenal kekuatan , kelemahan serta kekurangan muridnya untuk dibuat pembetulan dan potensi muridnya untuk digilap dan dibangunkan untuk dioptimumkan potensi dan kebolehannya. Headcount melibatkan sasaran / target dalam pengajaran dan pembelajaran ( PnP ) seorang guru setiap hari. PnP harian adalah proses untuk mencapai KPI seorang guru dalam subjek yang diajarnya dan diamanahkan kepadanya. Proses adalah satu mekanisma penting dalam menentukan jatuh bangunnya prestasi subjeknya. Proses cemerlang akan melahirkan result gemilang. Namun proses inilah yang diambil enteng dan dipandang ringan oleh kebanyakan guru. Ramai guru mengambil jalan mudah dengan mengadakan tuisyen dan kejar menghabiskan sukatan pelajaran tanpa melihat perjalanan proses PnP.
Headcount mempunyai pelunjuran iaitu OTI dan ETR yang akan menjadi kayu ukur kemenjadian murid dalam pencapaian akademiknya bermula dengan TOV murid tersebut. Target pelunjuran yang seharusnya meningkat 4 % atau 5% untuk mencapai ETR. Perbezaan pencapaian pada OTI dan ETR adalah hutang yang mesti dibayar oleh guru dan muridnya secara kolaboratif. Postmortem prestasi adalah untuk dibuat penambahbaikan strategik untuk mencapai target.

No comments:
Post a Comment