Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Tuesday, June 11, 2013

Pesanan Seorang Ayah dan Ibu

Pesanan untuk Anakku Umar Faruq.
Ketika menghantar Umar ke Airport Sandakan sebelum berlepas ke KL untuk meneruskan persekolahan di SMAP Kajang Selangor.
 " Umar belajar betul-betul untuk score yang terbaik dalam SPM. Abi mengharapkan 11A+ menjadi milik Umar. Abang Ahmad telah buat yang terbaik dan ditaja untuk buat perubatan di Mesir , Angah pula insyallah akan dapat tajaan ke Jordan dalam perakaunan -mualamat dan Umar bercita-cita untuk menjadi doktor macam abang Ahmad insyallah tercapai. Umar boleh buat yang terbaik. Jangan cuai dalam ibadat utamakan solat dan sentiaa berdoa agar dipermudahkan belajar. Abi dan ummi sentiasa berdoa untuk Umar. Jaga akhlak dan sentiasa mendekati guru bertanya dan sayangi guru serta mohon restu dan doa mereka. Ramai guru-guru SMAP Kajang adalah kawan-kawan abi dan ummi. Jagalah maruah abi dan ummi."

 Salam sayang dan cium untuk Umar anakku tersayang.


No comments: