Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Sunday, June 29, 2014

PdP Berkesan

TAKLIMAT PK PADA MESYUARAT 1/2014

WAJAH-WAJAH KU DI SABAH






Sebagai pentadbir Penolong Kanan dan banyak kali menjalankan tugas pengetua sentiasa peka dengan perkembangan pelajar dan sekolah. Keluar rumah jam 5.30 pagi dan sampaidi pejabat jam 6.00 pagi . Setiap hari rutin tugas bermula jam 6.10 meronda sekolah dan kelas memastikan program NILAM berjalan dengan baik. jam 6.30 ke pejabat mengambil kehadiran guru dan merekodkan kehadiran online ehadir dan memastikan relief harian guru. Jam 6.40 meronda kelas buat pemantauan memastikan PdP kelas masa pertama berjalan dengan lancar. semua guru masuk kelas. Juga memantau kebersihan kelas dan buku pemnatauan kelas. Jam 8.30 baru ke kantin untuk sarapan. Lepas tu sekiaranya ada kelas masuk ke kelas. Aku mengajar sebagai PK sebanyak 22 masa seminggu dan rasanya berat tapi apa boleh buat guru PAI tak cukup. Kelas yang aku ajar B Arab Ting 3 Mutiara, 2 Nilam dan 4 Zamrud. Subjek PAI pula 1 Zamrud dan 1 Mutiara. alhamdulilah semua pelajar yang aku ajar mendapat keputusan baik dan cemerlang dalam kedua-dua subjek ku. Sekiranya free aku terus buka komputer untuk menyaipkan kerja dan berdiskusi dengan guru tentang kecemerlangan akademik dan sekolah. Setiap hari fikiran berligar berfikir bagaimana untuk memastikan guru mengajar murid belajar dan keadaan pembelajaran yang harmonis dan kondusif. Au selalu tegaskan kita mesti wujudkan aura harmonis dan kecemeralngan. Tiada marah -marah dan teriakan sana sini. Satu keadaan yang mesti aku ubah untuk memastikan SEMSALD cemerlang. Aku stayback kat sekolah sehngga jam 4.50 petang setiap hari. Pada hari jumaat aku berkhutbah jumaat di masjid sekolah ikut giliran.Aku bergerak untuk kecemerlangan bertolaka dari perancangan strategik , mapping curriculum dan head count pelajar dan subjek dan memastikan PdP berjalan dengan berkesan serta program gemilang dilaksanakan dengan baik. Program surau dan pembinaan insan juga diberi perhatian dalam membina modal insan gemilang. Aku sentiasa ditigaskan pengkuliah maghrib dan subuh serta imam qiamullail.
Alhamdulillah tahun 2013 PMR dalam ranking ke 6 Percubaan PMR dan PMR diumumkan no 1 Sabah dan daam ranking 20 SBP. SPM pula ranking percubaan SPM no 10 SBP dan SPM 2013 sebenar no 16 SBP dan no 2 Sabah.dengan peningkatan GPS 1.88 ( 2012) ke 1.64 ( 2013) dan tahun ini sasaran GPS PMR 1.0 dan SPM 1.43. Aku janji aku pastikan guru-guru bersama dalm mencipta kecemerlangan.
SEMSALD telah mendapat  beberapa anugerah sempena hari Guru peringkat PPD Lahad Datu iaitu Anugerah Paling Cemerlang Akademik, Pengurusan Kewangan Terbaik, Pengurusan KOKO Terbaik dan Tokoh Koko PK KOKO. Peringkat Negeri Anugerah PMR Terbaik Sabah. Peringkat SBP Kebangsaan pula 4 Platinam, 5 Emas dan 6 Gangsa dalam pencapaian akademik. Juga Sejarah diantara terbaik Malalysia dianugerahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Pada Feb 2014 aku ditawrkan unk kenaikan pangkat pengetua DG52 dan telah menghadiri pentaksiran dan temuduga di Purtajaya dengan tugasan utama program Gemilang ( Folio Bakal Pengetua ). Dah lulus dan kini tengah menunggu surat perlantikan.
Alhamdulillah pada 22 Disember 2014 aku di'posting'kan sebagai Pengetua DG52 di SMKA Tun Sakaran Semporna Sabah. Aku berazam untuk memperkasaka SMKATS sebaris dengan SBP dan cemerlang dalam kalangan SMKA di Malaysia.