Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Friday, June 18, 2021

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Written by MOHD ESA BIN DASIM. Posted in PPD Pontian Kepimpinan bermaksud keupayaan untuk mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi. Dari aspek kepimpinan di institusi pendidikan pula, kepimpinan ialah keupayaan pemimpin mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku pengikutnya (subordinat) untuk menjayakan sebarang perubahan bagi mencapai matlamat organisasi. Manakala perkataan ‘instruksional’ berasal daripada perkataan bahasa Inggeris “instruction” yang berasal daripada kata dasar “instruct” yang bermaksud ‘ajar’. Perkataan instruksional ialah kata kerja yang bererti ‘pengajaran’ atau ‘proses mengajar sesuatu’. Menurut Abdul Ghani (2011), sebagai pemimpin pengajaran atau instruksional, pengetua memainkan peranan sebagai pembimbing, penyelia, penilai dan pembekal sumber bagi menggalakkan dan membaiki pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Kepimpinan juga merujuk kepada “setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benarbenar bermanfaat”. Tindakan: pergerakan dan inisiatif. “Tindakan-tindakan yang diambil oleh seorang pengetua atau yang diturun kuasa untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran murid”. (Debevoise, 1984). Sumber-sumber : manusia yang cekap, mesin, proses atau kaedah, bahan, hardware dan persekitaran yang menggalakkan. (Flath, 1989) Seorang pemimpin instruksional mestilah memimpin ke arah pencapaian pelajaran dan menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas dan mestilah mampu menjadikan visi sekolah satu kenyataan. Kepimpinan instruksional merupakan gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Kepimpinan instruksional melaksanakan pelbagai tugas seperti pencerapan di dalam bilik darjah, pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. (Smith dan Andrews, 1989). Kepimpinan instruksional adalah usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. (Hussein, 1989). Kepimpinan instruksional memberi tumpuan kepada arahan dan tunjuk ajar, membina komuniti pembelajaran, berkongsi sama dalam membuat keputusan, memelihara dan mempertahan perkara-perkara asas, manfaat dan mengoptimumkan masa, menyokong perkembangan staf yang berterusan, merancang semula sumber-sumber untuk menyokong program sekolah. Mencipta satu iklim integriti, inkuiri dan penambahbaikan secara berterusan. (Brewer, 2001). Kepimpinan instruksional ialah pemimpin sekolah yang mengambil peduli (cakna) terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar serta perkembangannya dan sentiasa membina suasana dan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolahnya bagi memacu kecemerlangan sekolah. Di sekolah, apabila sesuatu perubahan diperkenalkan, pengetua sebagai pemimpin instruksional bertanggungjawab mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau gagal perubahan itu bergantung kepada pengetua sekolah (Hussein, 2008). Pengetua mesti bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi kecemerlangan organisasi sekolah. Dalam buku Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg 2) oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin instruksional yang akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam kalangan muridnya. Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional, pengetua perlu melaksanakan tugas-tugas seperti: menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat dan berfokus tentang pelaksanaan kurikulum sekolah. mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan. menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin pelaksanaan pengajaran secara berkesan, di samping menyebarkan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran kepada guru-gurunya di peringkat sekolah. mencerap pengajaran dan pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan maklum balas pencerapan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran; menyelia hasil kerja dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan; menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil kerja guru berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara tekal; mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid; dan mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga sekolah. Secara keseluruhannya, kepimpinan instruksional adalah segala amalan tingkah laku perancangan pengetua yang jelas disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, menerajui, memberi bimbingan, dan dorongan kepada guru dan murid dalam usaha menambah baik dan meningkatkan program-program berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat sekolah berkualiti yang ditetapkan. Hallinger dan Murphy (1985) telah mengemukakan model kepimpinan instruksional yang mengandungi 3 domain dengan 11 elemen iaitu: DOMAIN ELEMEN 1. Mendefinisi Matlamat Sekolah 1.1 Merangka Matlamat Sekolah 1.2 Menyampaikan Matlamat Sekolah 2. Mengurus Program Instruksional 2.1 Penyeliaan dan Penilaian Instruksional 2.2 Menyelaras Kurikulum 2.3 Memantau Kemajuan Sekolah 3. Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif 3.1 Melindungi Waktu PdPc 3.2 Membudayakan Perkembangan Profesional 3.3 Mengekalkan Ketampakan (Visibility) 3.4 Menyediakan Ganjaran Kepada Guru 3.5 Penguatkuasaan Standard Akademik 3.6 Menyediakan Insentif Kepada Murid Rajah 2 : Model Kepimpinan Instruksional (Hallinger & Murphy, 1985)

No comments: