Anak Pertama : Ahmad abang sulung bermula belajar di SBP ( SPBI Sabak Bernam) dan melanjutkan pelajaran dalam perubatan di Universiti Iskandariah Mesir bawah pakej pelar cemerlang tajaan MARA. Kini bertugas sebagai Doktor di Klinik Kesihatan Seberang Takir. Semoga hasrat untuk sambung sarjana perubatan utk menjadi seorang doktor pakar tercapai. Isterinya seorang ahli farmasi dan dikurniakan Fatih dan Fahim.
Anak ke 2 : Ammar ( Angah ) alhamdulillah mula belajar di SMKA Kuala Lumpur seterusnya ke Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS) semasa abi sebagai PK. Seterusnya menyambung pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pengajian berkembar dengan Universiti Sulaiman Kazastan ( terpilih dalam program pertukaran pelajar dan selama 2 semesta di Kazastan ) dalam kursus Ekonomi dan Muamalat. Kemudian bertugas di Bank RHB, CIMB dan BSN. Kini terpaksa berhenti disebabkan isterinya Dr Salakiah bertugas di Hospital Terengganu. Moga mendapat tawaran kerja baru dan hasrat untuk sambung sarjana dimakbulkan Allah. Dikurniakan Adam yang comel.
Anak ke 3 : Umar Faruq seorang guru pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini bertugas di Johor bersama isteri tercinta Hannah juga seorang guru Bahasa Inggeris. Bermula belajar di SMKA Kuala Lumpur dan seterusnya ke SMAP Kajang. Melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM). Abi.doakan semoga hasrat untuk sambung sarjana pendidikan menjadi kenyataan.
Anak ke 4 : Amir Fathurrahman seorang yang sangat mencabar diri dan kuat semangat. Mula belajar di SMA Hishamudin Klang, kemudian berpindah ke SMKA Sandakan dan SMKA Tun Sakaran Semporna Sabah. Kemudian menyambung pelajaran STPM di KISAS.
No comments:
Post a Comment