Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Sunday, February 18, 2007

PENGALAMAN BELAJAR

1 comment:

Mohd Ismail Hj.Mohamood said...

pengalaman saya belajar sangat seronok dan penuh dengan cabaran. saya belajar darjah satu hingga darjah enam di sk perupok bachok kelantan.di situ ada satu peristiwa dimana semasa darjah satu saya telah tampar kawan kelas saya kerana dia mengejek saya. namanya mokhtar. dia berutahu abngnya darjah empat. lepas tu saya kena kejar.so larilah lotang pukang. esoknya saya berbaik semula dengan mokhtar. sekarang mokhtar jadi tauke ikan pukat laut dalam di kampung kami.dia berhenti belajar di uitm dan berniaga dengan maknya sehingga dia ambil alih perniagaan emaknya.kini dia ada dua orang isteri.
di sk saya dilantik sebagai ketua kelas dari darjah 2 hingga darjah enam. saya juga dilantik sebagai ketua petrol pengakap. selain itu saya juga wakil sekolah pasukan bola sepak sampai ke peringkat daerah. saya aktif sukan dan ko kurikulum. saya sangat suka saubjek matematik dan sains kerana cik zakaria ( almarhum ) sagat garang dan saya takut so subjeknya terpaksa diminati dan dia ambil saya bersama kawan-kawan lain ( target group ) termasuk asiah dan azmi di rumahnya. penilaian darjah lima saya hanya dapat 2 A ( Math /sains )2 B( BM )dan 1C( BI )