Pengalaman Kerjaya
Kalendar Islam
laman blog pendidikan agama dan sains sosial
RESEPI KEJAYAANKU
Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.
Search This Blog
FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an
SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.
Saturday, February 2, 2008
Proposol kajian NPQH
PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL
KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
( NPQH ) AMBILAN 11 / 2007
PROPOSAL KAJIAN
TAJUK :
Persepsi Guru-guru terhadap Gaya Kepimpinan Pengetua Mempengaruhi Iklim Sekolah:Satu Kajian kes di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Sentul Kuala Lumpur
Di sediakan oleh :
Mohd.Ismail Bin Hj.Mohamood
650111-03-5631
PENSYARAH
DR. HAJI SAZALI BIN YUSOFF
INSTITUT AMINUDDIN BAKI ( CAWANGAN UTARA )
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua dan pengaruhnya dalam pembentukan iklim sekolah berdasarkan beberapa ciri demografi guru-guru. Antara ciri-ciri demografi ini adalah jantina, umur, pengalaman mengajar dan kategori perkhidmatan, jawatan yang disandang oleh para guru yang dikaji. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti samada terdapat perbezaan persepsi guru terhadap stail kepimpinan pengetua atau sebaliknya. Gaya-gaya kepimpinan yang dikenalpasti untuk tujuan kajian adalah kepimpinan mengarah ( instruksional leadership ), menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 100 ( satu ratus) orang guru tetap dan terlatih dari lima (5) buah sekolah Gred A di Zon Sentul Kuala Lumpur. Kaedah yang akan digunakan adalah kaedah soal selidik Leadership Behavior Description Questionaire untuk mengkaji persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua. Iklim sekolah yang wujud akan dikenalpasti dengan menggunakan instrumen School Climate Profile. Antara analisis statistik yang akan digunakan dalam kajian ini adalah Analisis Statistic Deskriptif, Ujian-t, Analisis Varian Sehala (Anova). Keputusan kajian diandaikan akan dapat menunjukkan perkaitan antara persepsi para guru terhadap gaya kepimpinan pengetua , perbezaan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua berdasarkan beberapa ciri demografi guru dan kesannya dalam pembentukan iklim sekolah.
1.2 Latar belakang Masalah
Sebuah sekolah cemerlang terbentuk adalah hasil daripada kepimpinan seorang pengetua yang juga cemerlang. Pengetua yang menentukan halatuju sebuah sekolah yang telah diamanahkan kepadanya dan merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan sebuah sekolah. Peranan pengetua mempunyai perkaitan yang rapat dengan keberkesanan dari aspek iklim dan pencapaian sekolah. Guru-guru di sekolah juga mempunyai persepsi yang pelbagai mengenai peranan pengetua dalam institusi mereka.
Kajian-kajian lepas seperti Laporan Jawatankuasa Taraf Pelajaran di Sekolah-sekolah (1982) mencerminkan persepsi warga pendidik terhadap gaya kepimpinan pengetua Menurut laporan ini , persepsi guru-guru memainkan peranan penting dalam menentukan gaya kepimpinan seorang pengetua kerana hubungan rasmi yang erat di antara satu sama lain dalam urusan tugas harian di sekolah.
Kementerian Pelajaran pula mempunyai persepsinya yang tersendiri mengenai peranan pengetua , guru-guru, iklim sekolah dan pencapaian akademik sekolah. Berdasarkan persepsi inilah telah wujud Anugerah Sekolah Cemerlang yang secara langsung menunjukkan perkaitan antara kepemimpinan dan kecemerlangan sekolah yang selalunya merujuk kepada kecemerlangan akademik. Oleh itu kajian ini akan mengkaji perkaitan antara persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua dan bagaimana persepsi ini mempengaruhi iklim sekolah di sekolah-sekolah luar bandar yang akan dikaji oleh pengkaji.
1.3 Pernyataan Masalah
Sebelum ini kajian terhadap gaya kepimpinan pengetua telah banyak dilakukan, tetapi. kajian ini secara khusus mengkaji persepsi guru terhadap gaya kepimpinan yang akan mempengaruhi iklim dan budaya sekolah. Oleh itu kajian ini akan cuba mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua dan sejauhmana persepsi ini memainkan peranan dalam mempengaruhi iklim sekolah di lima (5) buah sekolah menengah kebangsaan ( SMK ) di Zon Sentul Kuala Lumpur.
1.4 Persoalan Kajian
Sehubungan dengan pernyataan masalah, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan berikut :
1.4.1 Persoalan Umum
Apakah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua dan perkaitannya dengan pembentukan iklim sekolah.
1.4.2 Persoalan Khusus
1 Adakah guru-guru mempunyai persepsi tertentu terhadap gaya kepimpinan
Pengetua di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Zon Sentul Kuala Lumpur.
2 Adakah faktor-faktor demografi guru yang mempengaruhi persepsi guru-
guru terhadap gaya kepimpinan pengetua sekolah-sekolah menengah kebangsaan di
Zon Sentul Kuala Lumpur.
3 Adakah perkaitan di antara persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan
Pengetua dan pembentukan iklim sekolah menengah kebangsaan ( SMK ) di Zon
Sentul Kuala Lumpur.
1.5 Hipotesis Kajian
Berikut adalah disenaraikan Hipotesis Null ( Ho ) dan Hipotesis Altenatif ( Ha ) yang dibentuk oleh pengkaji.
Ho : Tidak terdapat korelasi diantara faktor demografi guru dengan persepsi
mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ha : Terdapat korelasi diantara faktor demografi guru dengan persepsi
mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ho : Tidak terdapat korelasi diantara jantina guru dengan persepsi
mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ha : Terdapat korelasi di antara jantina guru dengan persepsi
mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ho : Tidak terdapat korelasi diantara faktor umur guru dengan persepsi
mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ha : Terdapat korelasi diantara faktor umur guru dengan persepsi
mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ho : Tidak terdapat korelasi diantara faktor pengalaman mengajar guru
dengan persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ha : Terdapat korelasi diantara faktor pengalaman mengajar guru dengan
persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ho : Tidak terdapat korelasi diantara jawatan disandang guru dengan
persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ha : Terdapat korelasi diantara jawatan disandang guru dengan persepsi
mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
Ho : Gaya Kepimpinan pengetua tidak mempengaruhi iklim sekolah
Ha : Gaya Kepimpinan pengetua mempengaruhi iklim sekolah
1.6 Kerangka Konsepsual
Pembolehubah Bebas / Tak Bersandar Pembolehubah Bersandar
( IV ) ( DV )
Pembolehubah Moderat
( MV )
Berdasarkan rajah di atas, pembolehubah bebas dalam kajian ini terdiri daripada gaya kepimpinan pengetua yang terdiri daripada gaya mengarah , gaya menyokong, gaya partisipatif dan gaya orientasi kejayaan.dan faktor lain ( MV ) sebagai pembolehubah moderat ialah persepsi guru-guru yang terdiri daripada ciri-ciri demografi seperti jantina, kumpulan umur, kumpulan pengalaman mengajar, kategori perkhidmatan dan jawatan yang disandang yang mempengaruhi gaya kepimpinan pengetua terhadap iklim sekolah iaitu MV mempengaruhi IV dan terus mempengaruhi keputusan kajian ( DV ) dan MV mempengaruhi keputusan kajian dengan mempengaruhi IV. Sementera Pembolehubah Bersandar ( DV ) adalah iklim sekolah iaitu iklim sekolah. yang dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua .
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini boleh membantu pihak Kementerian Pelajaran mengesyorkan gaya kepimpinan yang sesuai dipraktikkan oleh pengetua yang diharapkan oleh guru-guru terutamanya mereka yang berkhidmat di sekolah-sekolah Bandaraya Kuala Lumpur . Kajian ini ingin memperlihatkan gaya kepimpinan yang paling sesuai diaplikasikan oleh pengetua sekolah terutamanya bagi mereka yang diberi tanggungjawab memimpin dan mengurus sekolah-sekolah di Bandaraya Kuala Lumpur . Seterusnya kajian ini juga boleh menentukan faktor-faktor yang perlu diberi perhatian khusus untuk membentuk iklim sekolah yang menarik. Pengwujudan iklim yang sesuai boleh membantu perkembangan sekolah yang positif seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Akhir sekali, kajian ini juga boleh mengenal pasti faktor demografi guru yang mempengaruhi persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua.
Dengan menggunakan hasil kajian ini, diharap pihak Kementerian Pelajaran boleh merancang program - program yang sesuai demi memberi pendedahan kepada para pengetua berkenaan dengan gaya kepimpinan yang sesuai diamalkan di sekolah-sekolah bandar. Hasil kajian ini juga boleh diselitkan dalam program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) sebagai asas kepada gaya kepimpinan yang diminati oleh guru-guru terutamanya di kawasan bandar. Dengan ini diharap kecemerlangan pendidikan dapat dicapai di sekolah-sekolah tersebut.
1.8 Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif dan inferensi berasaskan soal selidik. Pemungutan data akan dibuat melalui edaran borang soal selidik. Soal selidik ini disediakan untuk mendapat maklumat daripada responden untuk memperlihatkan hubungan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua dengan pembentukan iklim sekolah.
(Lampiran disediakan)
1.9 Limitasi Kajian
Kajian ini terbatas kepada persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua di 5 (lima) buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Sentul Kuala Lumpur. Kajian ini juga melibatkan cuma seramai 100 orang guru tetap dan terlatih di lokasi yang dikenalpasti dipilih sebagai responden. Maka hasil dapatan kajian ini tidak mewakili persepsi guru seluruh negara terhadap gaya kepimpinan dan sejauhmana ianya benar-benar mempengaruhi iklim sekolah. Ketepatan hasil kajian banyak bergantung kepada keikhlasan responden dalam menjawab soal selidik yang disediakan. Terdapat juga kemungkinan soalan-soalan yang dianggap sensitif yang tidak boleh disertakan dalam soalselidik Ini mungkin boleh mempengaruhi kebolehpercayaan hasil kajian. Selain daripada itu masa yang mencukupi perlu diberi kepada para responden untuk mendapatkan maklumbalas.
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Persepsi
Menurut Pachappan (1998), persepsi boleh ditafsirkan sebagai satu hasil cetusan domain kognitif dan afektif iaitu tanggapan daripada proses pemikiran dan perasaan seseorang terhadap sesuatu perkara. Noraini (1996), mentafsirkan persepsi, bagaimana anda melihat dan mentafsirkan sesuatu berdasarkan pengalaman dan kepercayaan serta pegangan nilai.
1.10.2 Kepimpinan
Terdapat banyak definisi telah dikemukakan tentang kepimpinan. Stodgill ( 1974 ) menjelaskan bahawa : “Kepimpinan merupakan satu proses di mana seseorang individu mampu mempengaruhi sesuatu kumpulan ke arah pencapaian matlamat kumpulan atau organisasi ”.
Menurut Drucker (1992), kepimpinan dilihat sebagai tanggungjawab pemimpin untuk merancang misi organisasi, menentukan matlamat, keutamaan dan tahap pencapaian. Kepimpinan di dalam kajian ini merujuk kepada cara seseorang pengetua mempengaruhi kakitangannya supaya mereka dapat secara sukarela berusaha ke arah pencapaian visi, misi dan objektif sekolah. Kajian ini akan mengkaji persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua
1.10.3 Gaya Kepimpinan
Di dalam kajian ini gaya kepimpinan pengetua ialah cara atau gaya beliau menjalankan tugasnya sebagai pemimpin di sesebuah sekolah. Untuk tujuan kajian ini, empat stail kepimpinan akan dikaji iaitu gaya mengarah, menyokong, partisipatif dan orientasi kejayaan peengetua. Berdasarkan pengertian gaya kepimpinan menurut Razali Mat Zin (1996), Gaya kepimpinan adalah satu kemahuan terselindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam pelbagai suasana kepimpinan.
1.10.4 Lokasi
Lokasi sekolah menengah kebangsaan di Zon Sentul Kuala Lumpur.. Pengkaji telah mengenalpasti sebanyak lima buah sekolah yang merangkumi sekolah-sekolah pinggir bandar iaitu :
1. SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur
2. SMK Menjalara Kuala Lumpur
3. SMK Segambut Kuala Lumpur
4. SMK Raja Ali Kuala Lumpur
5. SMK Kiaramas Kuala Lumpur
BAB 2
ULASAN KARYA
2.1 Pendahuluan
Kajian Callahan dan Fleenor (1988) dan Greenberg dan Baron (1995) mentafsirkan persepsi sebagai satu proses di mana seseorang memilih, menyusun dan menterjemahkan maklumat. Menurut John (1992), persepsi adalah proses penterjemahan maklumat daripada deria kita untuk membekal arahan dan amnya tentang suasana yang wujud di persekitaran kita.Kita memperolehi maklumat mentah daripada persekitaran melalui deria kita (Landy, 1987). Kemudian dorongan (impulse) yang terhasil ini akan dibawa ke otak kita untuk pemprosesan yang seterusnya. Dari sini kita akan memperolehi maklumat tentang persekitaran.
Menurut Ainon dan Abdullah (1995), persepsi dipengaruhi oleh motivasi seseorang. Manakala bagi De Vito (1992), persepsi dipengaruhi oleh faktor-faktor umur, seks, kecerdasan, kompleksiti kognitif, populariti, ciri-ciri personaliti dan kesan latihan. Secara amnya tanggapan atau persepsi adalah cara seseorang memandang atau menafsir satu-satu objek Ia berkait rapat dengan faktor pembelajaran, pengalaman, persekitaran, motivasi yang mempengaruhi kehidupan seseorang individu. Pengalaman, persekitaran dan pembelajaran yang dialami oleh seseorang pegawai biasa berbeza dengan seorang pegawai atasan. Maka perbezaan ini akan membentuk persepsi yang berbeza di antara seorang pegawai biasa dengan seorang pegawai atasan.
Knezevich (1975) berpendapat bahawa kepimpinan adalah satu kuasa yang boleh mempengaruhi dan menggerakkan sesuatu organisasi, memimpin kegiatan-kegiatan ke arah yang ditujui, mengekal dan menegaskan kegiatan-kegiatan tertentu, dan menyatukan usaha-usaha ke arah matlamat umum. Kamarudin Kachar (1989) menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua adalah penting dalam menjayakan sistem pendidikan kita. Maju mundurnya sesebuah sekolah itu banyak bergantung kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah serta gaya dan corak kepimpinan pengetua itu. Teori Laluan Matlamat yang diperkenalkan oleh House dan Mitchell dipilih sebagai asas kajian persepsi guru-guru terhadap stail kepimpinan pengetua kerana ia memberi satu gambaran yang jelas tentang stail kepimpinan yang biasanya diamalkan oleh seseorang pentadbir dalam sesebuah organisasi. House dan Mitchell (1974), memperkenalkan empat gaya kepimpinan. Keempat empat gaya kepimpinan yang dikemukakan adalah seperti berikut: Kepimpinan mengarah, kepimpinan menyokong, kepimpinan berorientasikan kejayaan dan kepimpinan partisipatif.
Keseluruhannya Teori Laluan Matlamat telah menerangkan dengan jelas empat gaya kepimpinan pengetua. Teori ini juga menegaskan fungsi utama pemimpin iaitu mempengaruhi pekerja bawahan dalam membentuk persepsi terhadap matlamat kerja, matlamat peribadi, membantu mereka untuk mengenali laluan yang terbaik untuk dicapai dan mengatasi halangan dalam kerja. Dengan menggunakan teori ini kita dapat mengkaji persepsi di kalangan guru-guru terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua mereka dan bagaimana gaya itu membantu mewujudkan iklim sekolah yang menarik. Menurut Phi Delta Kappa (1974), “Iklim sekolah yang baik memungkinkan tugas yang produktif ke arah mencapai matlamat-matlamat yang penting seperti pembelajaran akademik, pembangunan sosial dan peningkatan kurikulum.” Umumnya, syarat-syarat kerja dalam sesuatu organisasi adalah termasuk persekitaran pembelajaran secara menyeluruh dari aspek fizikal dan mental. Menurut Sttockards dan Mayberry (1992), kebanyakan penyelidik menyatakan bahawa definisi ini boleh membantu dalam mengaitkan sifat-sifat organisasi dengan sikap dan kelakuan individu serta menunjukkan bagaimana organisasi memberi kesan kepada kelakuan individu, secara bebas, mengenai sifat-sifat mereka sendiri.
4.1 Rumusan
Kesimpulannya persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas iklim organisasi dalam bidang pendidikan telah dikaji secara berterusan dan secara meluas. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, didapati tidak banyak kajian yang dijalankan tentang stail kepimpinan pengetua menurut persepsi guru terutamanya guru-guru yang berkhidmat di sebuah bandaraya. Dengan memberi pertimbangan kepada beberapa teori seperti Teori Laluan Matlamat, satu kajian persepsi guru-guru sekolah rendah terhadap gaya kepimpinan pengetua dan pengaruhnya ke atas pembentukan iklim sekolah akan dijalankan.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini adalah berbentuk soal-selidik. Oleh itu kaedah yang akan digunakan ialah kaedah deskriptif statistik.Dapatan data daripada soal selidik akan diproses melalui SPSS bagi mendapatkan min, mode, varians dan sisihan piawai.
3.2 Persampelan
Seramai 100 orang guru terlatih dan tetap dari lima buah sekolah (lima) buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Sentul Kuala Lumpur akan dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Pemilihan sampel akan dibuat secara Simple Random Sampling. Ini adalah kerana jumlah guru di lima buah sekolah ini dikenalpasti seramai 250 orang guru. Daripada jumlah ini, hanya 100 orang guru yang akan dijadikan sampel.
3.3 Instrumentasi
Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik terjemahan daripada Leadership Behavior Description Questionaire (LBDQ) yang digunakan untuk mengkaji persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan pengetua. Soalan yang akan dikemukakan dalam kajian ini menggunakan skala Likert 5 mata sebagai pemilihan jawapan responden. Kawasan kajian hanya meliputi lima buah sekolah yang berhampiran antara satu sama lain. Maka borang soal selidik ini akan dihantar dengan tangan ke semua lima buah sekolah yang telah dikenalpasti. Tempoh masa yang diperuntukkan kepada guru-guru untuk menjawab soal selidik ini adalah selama dua minggu. Kutipan borang akan dilakukan pada hari akhir tempoh yang telah ditetapkan. Kutipan borang akan dilakukan oleh pengkaji sendiri.
3.4 Analisis Data
Setiap set borang soal selidik yang mengandungi jawapan subjek akan dikumpul dan disemak. Penyemakan soal selidik dilakukan bagi memastikan subjek menjawab dengan betul mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan. Kaedah Perisisan computer “SPSS for Windows Versi 12 ” digunakan oleh penyelidik semasa menganalisa data. Kekerapan, frekuensi, peratusan min dan sisihan piawai digunakan bagi mendapatkan taburan responden.
Begitu juga analisis ‘t – test , Analisis Varian Sehala (Anova).digunakan oleh penyelidik untuk mengukur sama ada terdapat hubungan yang signifikan persepsi guru terhadap gaya kepemimpinan pengetua.
Bagi mengetahui perkaitan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua , paras keertian yang digunakan dalam kajian ini ialah s < 0.05 atau 95%.
3.5 Perbincangan Kajian
Dapatan dari kajian akan dihuraikan dalam bab ini berdasarkan hasil analisis data yang diperolehi melalui soal selidik dan diuji dengan hipotesis yang dirangka. Dengan ujian ini pengkaji dapat mengenali hipotesis yang diterima dan yang ditolak
3.6 Kesimpulan
Kesimpulan kajian akan dibuat berdasarkan penemuan kajian yang akan menyentuh tentang hubungkait persepsi guru–guru terhadap gaya kepimpinan yang dibincangkan dalam kajian serta keberkesanan setiap gaya kepimpinan dalam pembentukan iklim sekolah. Kajian-kajian yang menggunakan pembolehubah sering menggunakan dimensi-dimensi yang berubah-ubah daripada satu pengkaji dengan pengkaji yang lain. Kesemua kajian yang dijalankan untuk melihat hubungan antara iklim organisasi dengan kepuasan kerja yang memperlihatkan hubungan yang signifikan pada keseluruhannya.
3.7 Cadangan Hasil Kajian
Berdasarkan hasil kajian, pengkaji akan membuat beberapa cadangan khusus kepada semua sekolah yang terlibat dengan kajian ini. Cadangan dijangka adalah berkaitan dengan gaya kepimpinan yang paling digemari oleh guru-guru serta mengenai faktor-faktor yang membantu membentuk iklim sekolah yang kondusif bagi peningkatan kecemerlangan sekolah.
Melalui kajian-kajian lepas juga didapati iklim sekolah banyak dikaitkan dengan pembolehubah lain seumpamanya daripada segi motivasi kerja dan begitu juga kepuasan kerja banyak dikaitkan dengan pembolehubah lain. Kajian-kajian tentang iklim sekolah yang dihubungkan dengan kepuasan kerja masih lagi kurang dilakukan.
BIBLIOGRAFI
Ainon dan Abdullah. (1995). Kursus Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Callahan, R.E. & Fleenor, C.P. 1988). Managing Human Relations; Concept and Practices. Columbus: Merrill Publishing Company.
De Vito, J.A. (1991). Human Communication: The Basic Course (5th ed). New York: Horper Collins Publishers Inc.
Drucker, P.F. (1992). Managing fir The Future: The 1990s and Beyond, Penguin Books, USA, Inc.
House, R.J & Mitchell, T.R. (1974). Path –Goal Theory and Leadership. Journal of Contemporary Business.
Kamarudin Kachar (1989). Strategi Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di SEkolah-sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Knezevich, Stephen. J. (1975). Administration of Public Education.3rd ed. New York: Harper and Row Publishers.
Noraini, A (1995), Edition 2 Kaunseling Remaja: Pengalaman Peribadi Seorang Kaunselor. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd.
Pachappan, R. (1998), Persepsi Guru-guru Terhadap Stail Kepimpinan Pengetua yang Mempengaruhi Iklim Sekolah dan Pencapaian Akademik: Satu Tinjauan Sekolah-sekolah Terpilih Di Bahagian Kuching/ Kota Samarahan Sarawak Laporan projek M.Sc Tidak Diterbitkan. Unimas, Sarawak
Phi Delta Kappa. (1974). School Climate Improvement. A Challenge to The School Administrators. Denver: CFK Ltd.
Uma Sekaran. (1992), Research Methods for Business: A Skill Building Approach (2nd ed). New York: John Wiley and Sons, Inc.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment