Pengalaman Kerjaya
Kalendar Islam
laman blog pendidikan agama dan sains sosial
RESEPI KEJAYAANKU
Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.
Search This Blog
FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an
SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.
Sunday, January 29, 2012
Perjuangan hak asasi ibarat agama baru
Monday, January 23, 2012
TANDA ORANG MUTADAYYIN
SIRI NOTA
PENGAJIAN JAUHAR TAUHID - SIRI 1
Menurut Imam Nawawi
;
Tanda orang yang Mutayyin
( Orang Yang Beragama ) itu ada empat sebagaimana yang dinazamkan oleh
ulama;
امور لدين صدق قصد وفا
العهد #
وترك لمنهي كذا صحة العقد
Ertinya “ Perkara –perkara agama itu adalah : membenarkan
qashad, memenuhi janji dan meninggalkan larangan serta sahihnya I’tikad”
Makna daripada :
- صدق القصد adalah menunaikan ibadah dengan niat dan ikhlas
- وفاء العهد adalah mendatangkan segala yang fardhu
- تركا المنهي adalah menjauhi segala yang diharamkan
- صحة العقد adalah kemantapannya dengan akidah-akidah ahlus Sunnah wal Jamaah
( Rujukan :
Jauhar Tauhid m.s 23 )
Huraian :
1.
صدق القصد
-
Menunaikan ibadah dengan niat yang ikhlas kerana Allah ( liwajhillah) dan
mengerjakan ibadat itu dengan ikhlas penuh keinsafan dan menepati tuntutan
syarak dengan memenuhi syarat amalan
yang Allah yag makbulkan.
-
Perbezaan di antara niat dan qashad. Niat ialah lintasan hati sementara
niat samada baik atau jahat sementara qashad pula ialah melakukan kerja dengan
bermatlamat seperti pergi haji. Haji bermakna menuju kaabah untuk menunaikan
perbuatan tertentu.[1]
-
Makna membenarkan ialah hati yang tulus ikhlas tanpa ada tujuan lain yang
orang tidak nampak kecuali hati
seseorang yang menilai kebenaran itu.
-
Syarat amal soleh yang Allah makbulkan ada empat
1.
Melaksanakan amalan dengan niat ikhlas
2.
Menepati syarak ( hukum agama ) dan Islam tidak menghalal cara untuk
mencapai matlamat. الغاية لا تبرر الوسيلة
3.
Melaksanakan dengan penuh kesungguhan (الاتقان )
4.
Melaksanakan dengan penuh komitmen ( الاستقامة (
2.
وفاء العهد
-
melaksanakan segala perintah yang wajib yang menjadi fardhu kepada seorang
mukallaf
-
al ahdu bermaksud janji yang telah termeterai dengan Allah iaitu menjunjung
perintahNya yang meliputi perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
-
-
ومن يعمل سؤا اويظلم نفسه ثم
يستغفر الله يجد الله غفورا رحيما
-
”Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri
kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampuun
lagi Maha Penyayang”
-
لو ان هذا القران على جبل لرايته
خشعا متصدعا من خشية الله
-
“ Sesungguhya
kami menurunkan al Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan dapat
melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah”
-
makna wafa’ialah menunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan menepati
kehendak atau piawai kualiti sesuatu kerja.
-
makna tanggungjawab agama ( taklif ) ialah pertanggugjawaban hukum hakam ke atas
seseorang mukallaf..
3.
تركا المنهي
-
menjauhi dan meninggalkan segala bentuk kejahatan dan perkara tegahan agama
-
tidak mendekati perkara haram dan shubhat
-
haram itu jelas dan halal itu jelas dan di antaranya shubhat[2]
-
عن أبى عبد الله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال
: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول
:
-
ان الحلال بين وان الحرام بين وبينهما مشتبهات لا يعلمهن كثير من
الناس فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام
كالراعى يرعى حول الحمى يوشك ان يرتع فيه الا وان لكل ملك حمى الا وان حمى الله
محارمه الا وان فى الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا
وهي القلب
-
رواه البخارى ومسلم
-
ما أمن بالقرأن من استحل محارمه
-
الترمذى
”Tidaklah beriman dengan al Quran oleh
orang menghalalkan apa yang
diharamkan oleh al Quran"
4.
صحة العقد
-
kemantapan akidah ( akidah ahli Sunnah wal jamaah ) dengan beriman bahawa
Allah:
4.1
Allah yang mencipta alam ini dengan Bijaksana lagi Berkuasa
4.2
Allah tidak mencipta kejadian alam ini dengan sia-sia
4.3
Allah mengutuskan para rasul dan kitab untuk mengajar umat
4.4
Matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah dengan memberi penuh
ketaatan dan mengabdikan diri kepadaNya
4.5
Ganjaran kepada mukmin ialah syurga
4.6
Manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan kehendak sendiri .namun
kebaikan itu dengan taufiq dan inayah Allah dan kejahatan pula tidaklah paksaan
Allah tetapi termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya.
4.7
Urusan penciptaan undang-undang itu
adalah hak mutlak Allah.
4.8
Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat
Allah yang layak bagi kemuliaanNya.
4.9
Mesti berfikir merenungi kehebatan kejadian Allah
bukan memikirkan zat Allah.
4.10
Mengabdikan diri kepada Allah
4.11
Tidak menyekutukan Allah
4.12
Sentiasa mengingati Allah dengan menyebut namaNya dan diam dengan berfikir
dan bercakap adalah berzikir
4.13
Bertawakkal sepenunnya kepada Allah
4.14
Mensyukuri nikmatNya
4.15
Sentiasa beristighfar memohon kemampunan kepada Allah
4.16
Sentiasa bermuraqabah ( merasai berada di bawah pengawasan ) dengan Allah.[3]
-
cabaran aqidah ialah kehidupan jahiliah dan
cinta dunia dan bencikan akhirat
-
aqidah yang selamat ( سليم العقيدة ) iaitu tidak syirik dan
mentauhidkan Allah dengan tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah serta tauhid
asma’wassifat
PERSOALAN HAJI DAN UMRAH
Artikel ini dibuat bagi menjelaskan isu ini secara padat
dan ringkas serta tidak terlalu berat dengan hujjah ilmiah.
Pertamanya elok jika kita melihat kepada firman Allah
dari ayat :-
وَلِلّهِ
عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً
Ertinya : ".. mengerjakan Haji adalah kewajiban
manusia kepada Allah swt iaitu (bagi) orang yang berkemampuan dan sanggup
mengadakan perjalanan ke Baitullah;.." ( Al-Imran : 97 )
Para ulama sepakat menyatakan hukum wajib tidak akan
tertanggung ke atas seseorang lelaki dan wanita selagi syarat "istita'ah"
atau ‘kemampuan' belum diperolehi.
Pengertian istita'ah secara mudah lagi ringkas,
adalah SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH NABI s.a.w ketika ditanya akan ertinya,
baginda Nabi s.a.w menjelaskan :
الزاد
والراحلة
Ertinya : Bekalan dan pengangkutan perjalanan (
Riwayat At-Tirmidzi; berkata At-Tirmidzi & An-Nawawi : Hadis Hasan :
Al-Majmu', 7/41 [1])
Jelas dari hadis yang memperincikan erti istita'ah di
atas, terdapat dua perkara utama iaitu :-
1- Bekalan
Erti bekalan di sini adalah bekalan makanan, minuman
dan pakaian yang mencukupi sepanjang pemergiannya sehinggalah
kepulangannya. ( I'anah At-Tolibin, 2/281 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/316)
2- Kenderaan dan Perjalanan
Kenderaan dan perjalanan mestilah sesuai dan diyakini
keselamatannya, kenderaan pula mestilah diperolehi sama ada dengan membelinya
atau menyewa. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah)
DUA ISU UTAMA
a) Berhutang melalui pembiayaan Islam untuk menunaikan
haji
Berhutang untuk menunaikan Haji jika dilihat dari satu
sudut, ia seolah-olah menunjukkan ketidakmampuan seseorang atau
belum mempunyai kelayakan dan bekalan mencukupi untuk menunaikan ibadah Haji.
Dari sudut yang lain pula, ia mungkin juga boleh
menunjukkan status kemampuan, cuma kemampuan itu memerlukan sedikit masa, maka
untuk mempercepatkan status ‘mampu', ia membuat pinjaman.
Jika itu dua kemungkinannya, adakah seseorang dituntut
untuk meminjam semata-mata untuk tujuan Haji.? Apatah lagi pembiayaan dari
Institusi Kewangan yang akan menyebabkan kos yang lebih tinggi dari harga
asal kos haji.
Jawab ringkasnya TIDAK PERLU DAN IA BUKAN PRIORITY.
Itulah jawapan ringkas yang diberikan oleh Nabi s.a.w apabila ditanya oleh
seorang sahabatnya Abdullah Bin Abi Awfa,
سألته عن الرجل لم يحج
أيستقرض للحج ؟ قال : لا
Ertinya : Berkata Abdullah : Aku bertanya kepada Nabi
s.a.w berkenaan seorang lelaki yang belum menunaikan Haji, adakah boleh ia
meminjam wang untuk Haji? , jawab Nabi : TIDAK" ( Musnad As-Syafie ;
1/109 ; Al-Um, 2/116 )
Imam Asy-Syafie berkata berselepas itu :
ومن لم يكن في ماله سعة
يحج بها من غير أن يستقرض فهو لا يجد السبيل
Ertinya : Barangsiapa yang tidak mempunyai kemudahan,
keluasan (lebihan) harta yang membolehkannya menunaikan haji tanpa membuat
pinjaman, ketika itu DIA DIANGGAP TIDAK BERKELAYAKAN ( TIADA BEKALAN) UNTUK
PERGI HAJI" ( Al-Umm, 2/116)
Islam tidak memberatkan kecuali kepada mereka yang
benar-benar sudah sampai kemampuan dan bukan kemampuan yang dipaksa-paksa
sebelum tiba saatnya.
Imam Ibn Qudamah menjelaskan bahawa para ulama hampir sepakat
menyatakan bahawa belanja bekalan itu mestilah :-
أن يكون هذا فاضلا عما
يحتاج إليه لنفقة عياله الذين تلزمه مئونتهم في مضيه ورجوعه لأن النفقة تتعلق بها
حقوق الآدميين , وهم أحوج وحقهم آكد...وأن يكون فاضلا عن قضاء دينه
Ertinya : Dan hendaklah (bekalan ini) adalah harta
yang lebih dari apa yang wajib ke atas tanggungjawabnya dari nafqah keluarga
yang wajib disediakannya semasa pergi dan kembalinya, ini adalah kerana nafqah
berkait dengan hak manusia, dan ia adalah lebih perlu dan diutamakan ( dalam
hal ini dari Haji yang merupakan Hak Allah semata-mata),...selain itu mestilah
bekalan ia dari harta yang lebih dari mencukupi untuk melunaskan hutangnya. (
Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/317)
Namun demikian, jika hutang baru itu TIDAK menjejaskan
keseluruhan tanggungjawab (kewajiban) hartanya kepada yang berhak (seperti anak
dan isteri), kerana ia mempunyai simpanan yang mencukupi atau harta lain
(dalam bentuk hartanah atau lain-lain) yang boleh dijual apabila perlu, tatkala
itu, TINDAKAN BERHUTANG TADI BOLEH MENJADI HARUS. Sebagaimana kata Imam
As-Syafie :
ولكن إن كان ذا عرض كثير فعليه أن يبيع بعض عرضه أو الاستدانة فيه
Ertinya : "Tetapi jika ia mempunyai harta yang
banyak, bolehlah ia menjual sebahagiannya atau berhutang (kerana yakin boleh
membayar balik hutang kerana mempunyai harta bukan dalam bentuk wang tunai
)" ( Al-Umm, 2/116)
b) Hutang belum selesai tetapi ingin menunaikan haji.
Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan bahawa seseorang
yang masih tersangkut dengan bebanan hutang TIDAK WAJIB untuk menunaikan
haji. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, ulama sependapat bahawa ‘bekalan'
yang dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya,
justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam
tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.
Selain itu, hutang individu perseorangan yang bersifat
jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi menunaikan Haji.
Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih
berhutang dengan saya sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah
terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Kesannya, individu ini tidak layak
menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya
terlebih dahulu,
ATAU
sebagai pilihan lain, WAJIBLAH atasnya meminta izin dari
saya (pemberi hutang) menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang,
boleh redha jika sesuatu berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada
menghalalkan hutang berbaki atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia
tidak seharusnya pergi menunaikan Haji.
Justeru, sekiranya pihak kerajaan ingin mengeluarkan
khidmat pembiayaan Islam bagi mereka yang berhasrat menunaikan Haji, seluruh
pertimbangan ini mestilah diberikan dan disemak kepada pemohon sebelum
kelulusan diberi, agar khidmat yang bertujuan baik oleh kerajaan tidak tersilap
sasaran sehingga membawa mudarat kepada individu yang kurang berkemampuan, lalu
menjerumuskan mereka di dalam perkara haram.
Kerajaan Malaysia diketahui ‘cuba' berpegang dengan
mazhab Syafie dalam banyak pendapat Fiqhnya, justeru dalam hal ini Imam Syafie
sendiri telah meriwayatkan hadis berkenaan larangan meminjam untuk menunaikan
haji. Maka jika ulama rasmi kerajaan ingin mengambil pendapat lain, mereka
perlulah berhati-hati serta menilai syarat-syaratnya dan tidak tergesa-gesa.
HUTANG INSTITUSI KEWANGAN
Namun demikian, terdapat perbezaan di antara hutang
individu dengan hutang Institusi Kewangan yang berpanjangan selama
bertahun-tahun malah ada yang mencecah 30 tahun seperti pembiayaan rumah.
Seperti kes pembiayaan tersusun kepada institusi kewangan,
terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pembayaran melalui pemotongan gaji.
Seorang jutawan muslim di sebuah masjid di Kuala Lumpur
pernah berkata :-
"Ustaz kalaulah berhutang itu menghalang seseorang
pergi haji, saya pastinya tidak akan pergi haji sampai bila-bila, walaupun saya
ada harta yang banyak"
"Mengapa kata demikian?" Tanya saya
"kerana saya ada syarikat sendiri, dan syarikat
sentiasa ada hutang baru, biasalah ustaz, bisnes sederhana dan besar tanpa
wujud hutang adalah tidak logik. So, adakah kerana hutang syarikat saya
ini menyebabkan saya tidak berkelayakan menunaikan Haji?" balasnya
perlahan dan sangat berminat mendengar jawapan.
"Ooo, hutang jenis tu lain sikit cara
pengendaliannya, tapi masih ada syarat" jawab saya ringkas
Benar, hutang dari jenis ini TIDAK menjejaskan kelayakan
mereka untuk menunaikan haji DENGAN SYARAT, pemergiannya ke Haji tadi TIDAK
AKAN membawa masalah kepada pembayaran hutang sistematik kepada institusi
kewangan tadi.
Jika diyakini pemergiannya ke Mekah, BAKAL menyebabkan
terjejasnya kedudukan kewangannya sehingga diyakini boleh menjejaskan
tanggungjawab wajibnya seperti nafqah, dan hutang wajib kepada institusi
kewangan.
Tatkala itu, TIDAK WAJAR baginya untuk menunaikan Haji
malah pemergiannya boleh membawa kepada haram, ini kerana telah sedia maklum bahawa
apa-apa yang diyakini membawa kepada haram, maka hukumnya juga jatuh HARAM.
Disebutkan oleh para ulama Islam satu
kaedah yang dipetik dari dalil-dalil al-Quran dan hadis :-
ما يؤدي إلى الحرام فهو حرام
Ertinya :
Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram ( Majma Al-Anhar,
4/251 ; Rujuk perincian dalam ‘Ilam Al-Muwaqqi'ien, Ibn Qayyim, 3/137 )
Ia juga boleh difahami dari firman Allah yang
mengharamkan segala bentuk dan jenis permulaan kepada zina. Bermakna, bukan
hanya zina sahaja yang haram, segala bentuk tindakan dan perilaku yang boleh
membawa zina juga adalah haram seperti peluk, cium, renungan mata, chat
bersyahwat, telefon bersyahwat dan lain-lain.
Demikian juga halnya haji dengan keyakinan membawa
mudarat kepada hak pemilik hutang dari kalangan individu dan institusi
kewangan.
KESIMPULAN
Tiada jawapan satu baris bagi kedua persoalan di atas
kecuali perincian dan semakan terhadap kemampuan individu dan kiraan semula
nafqah wajibnya. Hanya selepas itu baru dapat di pastikan sama ada berhutang
untuk menunaikan Haji dibolehkan atau sebaliknya.
Demikian juga halnya bagi mereka yang sedang terikat
dengan hutang, perlu ditinjau jenis hutang dari pelbagai aspek dan hanya
selepas itu boleh ditentukan sama ada individu ini boleh menunaikan Haji. Tanpa
penilaian yang tepat, seseorang itu mungkin sahaja pergi haji dengan dosa
kerana mengabaikan hak individu lain yang lebih berhak ditunai segera.
Sebagaimana berdosanya seorang isteri yang berpuasa
sunat tanpa izin suami.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Sunday, January 22, 2012
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita
Personaliti
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda
tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara
yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda
hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa
yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan
anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan
kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa.
Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak
merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda
kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah
dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko
kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi
pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan.
Setuju untuk bersetuju
Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk
orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang
berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum
setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan
masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda
sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa
berhubung dengan mereka
Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap
dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu,
ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun,
siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak
cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah
kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa
gembira. Jadi, gembiralah
Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang
anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama,
orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama
anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda,
juga orang-orang di sekeliling anda.
P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri sendiri
dan kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan
Subscribe to:
Posts (Atom)