Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Friday, February 17, 2012


PERATURAN-PERATURAN TETAP BAGI GURU


1.                   KEHADIRAN BERTUGAS:
1.1               Guru-guru adalah dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula pada jam 7.25 pagi dan 7.20 pagi pada hari Isnin. Guru bertugas harian hendaklah hadir lebih awal iaitu jam 7.00 pagi ( Sila patuhi surat pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 bertarikh 14/09/81 ( Lampiran A ).
1.2               Sila  ‘ slash’  kad perakam waktu apabila datang bertugas sebelum jam 7.25 pagi..
1.3               Guru-guru tidak  dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
1.4               Guru yang lewat datang sila berjumpa dengan Pengetua dan memberikan sebab kelewatannya.
1.5               Apabila tidak hadir bertugas kerana sakit atau kecemasan, peraturan ini perlu dipatuhi:
1.                   Menghubungi pihak sekolah./Penolong Kanan.
2.                   Mengemukakan sijil  sakit kepada Pengetua bila kembali bertugas semula dengan segera.

1.6              GURU TIDAK DIBENARKAN SEKALI-KALI MENINGGALKAN BILIK DARJAH SEMASA MENGAJAR MELAINKAN MENDAPAT KEBENARAN PENGETUA SENDIRI.

1.7               Kehadiran semua guru adalah wajib pada kegiatan dan upacara rasmi sekolah ( misalnya Hari Sukan Tahunan, Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain ) untuk mengawasi murid dan memberikan pertolongan untuk menjayakan upacara tersebut.
1.8               Guru yang telah ditentukan untuk mengawasi kegiatan ko-kurikulum mestilah hadir. Sebarang kesulitan yang timbul akibat ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.


2.                  TUGAS-TUGAS AKADEMIK

2.1               Sebagai seorang pegawai profesional, guru-guru adalah diharapkan untuk menunjukkan sikap profesional dan budaya kerja yang tinggi serta bermutu.
2.2               Dasar-dasar berikut perlu dipatuhi:
a.                   Kerja rumah hendaklah diberikan kepada murid berdasarkan garis-garis panduan yang telah ditetapkan oleh ketua Jabatan dan Guru Kanan masing-masing.
b.                   Kerja rumah yang diberikan kepada murid hendaklah diperiksa dengan teliti. Jangan biarkan kerja  yang diberi berlonggok-longgok kerana tidak diperiksa.
c.                   Guru kanan atau Ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk mennyemak dan menentukan buku rampaian, buku kerja dan lain-lain diperiksa dengan teliti.
d.                   Pemeriksaan buku seperti di atas tidak dibenarkan dibuat semasa mengajar di dalam kelas, melainkan guru berkenaan mengawasi kerja murid di meja murid.
e.                   Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti seboleh-bolehnya hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu. Tugas ini adalah tugas rasmi  guru-guru.
2.3               Perhatian guru adalah ditarik kepada surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981/ KP. 8591/ (80) bertarikh 12/09/1981 seperti dalam Lampiran B.


3.                  BUKU REKOD PERSEDIAAAN MENGAJAR

3.1               Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran berkenaan dengan pengisian Buku Rekod Persediaan Mengajar hendaklah dipatuhi.
Perkara berikut mesti ada :
a.                   Salinan Jadual Waktu Persendirian serta analisanya sekali.
b.                   Salinan Sukatan Pelajaran dan HSP.
c.                   Rancangan pelajaran mengikut penggal dan minggu/bulan.
d.                   Salinan  Kertas Soalan, Peperiksaan
e.                   Keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar

3.2               Buku Rekod Mengajar yang lengkap diisi untuk satu minggu hendaklah diserahkan kepada Pengetua pada tiap-tiap hari Jumaat dan hendaklah diambil pada pagi hari Isnin. Bagi guru berkursus, buku rekod mereka disimpan di bilik Penolong Kanan. Buku Rekod ini adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat apabila bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun.


4.                  HUBUNGAN GURU – MURID

4.1               Sebagai pendidik, guru diperlukan mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya dan cuba memahami dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh muridnya.
4.2               Disiplin murid adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Segala pelanggaran disiplin hendaklah diambil tindakan segera oleh guru yang menghadapai masalah tersebut. Pelanggaran disiplin yang serius seperti surat pekeliling KP. 8553/Vol. 2/(55)bertarikh 04/11/1975 hendaklah dirujuk kepada Pengetua.
4.3               Guru-guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin murid-muridnya dan sentiasa mengawasi supaya tidak ada murid yang ponteng dari kelasnya  dan semua murid dalam keadaan bersedia untuk belajar sepanjang proses P&P.
4.4               Guru hendaklah menunjukkan teladan dan sikap serta perwatakan yang sesuai untuk dihormati dan dipandang tinggi oleh murid.
4.5               Guru yang mendapati murid sakit atau ditimpa kemalangan hendaklah melaporkannya kepada Guru Bertugas Harian atau kepada Penolong Kanan dengan segera.

5.                  PAKAIAN

Guru mestilah berpakaian kemas bila bertugas. Selipar dan baju T tidak dibenarkan walaupun waktu petang. Pakaian formal mestilah dipakai semasa upacara rasmi sekolah dan juga semasa bergambar untuk majalah.

6.                  POTONGAN RAMBUT

Potongan rambut melebihi kolar baju bagi guru lelaki adalah dilarang sama sekali. Rambut biarlah kemas dan mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan KP. 8543/ (73) bertarikh 11/03/1973.

7.                  AM

7.1               Perintah Am – Guru-guru diminta mengambil perhatian mengenai isi kandung Bab D dan Bad C yang menyenaraikan tatakelakuan Pegawai Kerajaan dan cuti-cuti yang dibenarkan diambil.

7.2              KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
            Semua guru bertanggungjawab dengan kebersihan kawasan sekolah dan juga bilik darjah termasuk bilik guru sendiri.. Apabila masuk ke kelas untuk pengajaran dan pembelajaran , kelas ganti ( relief ), masa  peperiksaan dan selepas peperiksaan guru hendaklah memastikan kebersihan dan kecerian terjaga ( dilakukan terlebih dahulu). Segeralah bertindak sekiranya terdapat sampah sarap di merata – rata tempat


7.3               KESELAMATAN PERABOT
Sila pastikan supaya murid tidak melakukan kerosakan kepada harta benda sekolah dengan segaja. Laporkan kepada guru bertugas atau Pengetua jika terdapat tanda yang boleh merosakkan harta benda sekolah.

7.4              REKOD MENGHADIRI KURSUS / MESYUARAT /SEMINAR
                   Semua guru yang akan menghadiri mesyuarat/kursus/seminar diwajibkan tulis nama ,tarikh dan tempat dan dapatkan kebenaran pengetua :
                                                              i.      Dalam Buku /Kad Pergerakan Guru & Kakitangan
                                                              ii.      Di Papan Kenyataan Rekod Pegawai

7.5              MESYUARAT PANITIA
            Kehadiran ke mesyuarat panitia atau mesyuarat atas arahan pihak pengurusan sekolah adalah  diwajibkan hadir.

7.6              PERHIMPUNAN RASMI
            Semua guru dan murid adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan  rasmi sekolah setiap hari Isnin. Kehadiran guru-guru ke tapak perhimpunan sebelum jam 7.25 pagi dan sebelum Tuan Pengetua hadir.

            Sementara guru bertugas dan SU Perhimpunan hendaklah:
a.       Memastikan kerusi-kerusi untuk guru disediakan secukupnya mengikut bilangan guru lelaki dan perempuan.
b.       Memastikan P.A System berfungsi dengan baik .
c.       Memastikan pengawas bertugas membuat persediaan untuk menjadi pengerusi majlis dan mesti mengikut prosedur perhimpunan serta rujuk kepada P.K HEM / P.K
d.       Memastikan pelajar dalam keadaan besedia untuk majlis perhimpuan terutama untuk ikrar dan nyanyian lagu ‘Negara Ku’

7.7              PERKHIDMATAN RESO DAN PHOTOSTAT
a.       Perkhidmatan reso dan photostat hanyalah untuk mencetak soalan-soalan peperiksaan, soalan-soalan latih tubi  dan edaran-edaran program di bawah anjuran sekolah bukannya untuk keperluan peribadi.
b.       Bilangan untuk direso tidak kurang daripada 100 salinan setiap helai.
c.       Bahan-bahan yang ingin direso hendaklah mendapat kelulusan pihak pentadbir terlebih dahulu dan diberi kepada Pembantu Operasi ( PO ) dalam keadaan bersih ( tidak tertampal )
d.       Untuk soalan peperiksaan, mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia terlebih dahulu dan kelulusan daripada Penolong Kanan sebelum diserahkan untuk direso.
e.       Untuk perkhidmatan photostat; sila serahkan dokumen yang ingin dicetak setelah mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir kepada PO. Guru tidak dibenarkan menggunakan mesin photostat.

           

SENARAI TUGAS GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN


1.                   Mengambil tahu tentang masa dan tempoh bertugas seperti yang ditetapkan mengikut giliran.
2.                   Waktu bertugas bermula jam 7.00 pagi  sehngga jam 5.00 petang.
3.                   Bertanggungjawab ke atas keselamatan murid dan kebersihan sekolah sepanjang masa bertugas.
4.                   Menandatangani surat-surat kebenaran untuk murid ke hospital
5.                   Menimbang dan meluluskan serta menandatangani bagi pihak Pengetua permohonan murid-murid untuk keluar lebih awal ( dalam waktu persekolahan )
6.                   Mengelolakan perhimpunan harian dan menyampaikan pengumuman jika ada.
7.                   Membuat cacatan segala peristiwa yang berlaku semasa dalam tempoh bertugas.
8.                   Menulis laporan perjalanan sekolah sepanjang masa bertugas di dalam Buku Laporan Guru Bertugas dan menyerahkannya kepada Pengetua dihari akhir bertugas.
9.                   Memastikan bendera Malaysia/ Jalur Gemilang  dan Selangor   dinaikkan pada hari persekolahan.
10.               Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan dan kejumpaan.
11.               Memastikan keadaan lalu lintas murid-murid waktu datang dan balik teratur baik.
12.               Membantu Guru Ketua Pelajar menentukan Ketua Pelajar  yang ditugaskan menjaga tempat-tempat tertentu menjalankan tugas dengan baik.
13.               Mengawasi hal kantin sekolah terutama pada waktu rehat.
14.               Menguruskan rawatan murid sakit sama ada menghantar ke hospital atau balik ke rumah.
15.               Membantu Pengetua untuk mempastikan kesempurnaan perjalanan sekolah dalam semua hal pada hari atau minggu ia bertugas itu.


 PENGETUA


SENARAI TUGAS


1.                  Pentadbiran.

1.1               Bertanggungjawab secara langgsung dalam pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di  ssekolah seperti berikut :

1.1.1          Menjalankan prosidur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan kakitangan.
1.1.2          Menjalankan prosidur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi.
1.1.3          Menjalankan prosidur menamakan perkhidmatan, perletakan jawatan, penggantungan jawatan, pelepasan jawatan dan persaraan.
1.1.4          Mempastikan perlaksaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmmatan dan kursus dalam jawatan.
1.1.5          Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolah dan pejabat.
1.1.6          Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubungan dengan cuti.
1.1.7          Menyediakan senarai tugas guru dan kakitangan bukan guru.
1.1.8          Menyimpan dan menyelenggarakan rekod-rekod peribadi bukan guru.
1.1.9          Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan/berkala dan Laporan Sulit Khas/Laporan Nilaian Prestasi Khas.
1.1.10      Menentukan sistem penyelenggaraan fail yang teratur.
1.1.11      Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan lain yang terdapat di sekolah.
1.1.12      Merancang dan menentukan perlaksaan Takwin Sekolah.
1.1.13      Menentukan retan-retan disediakan mengikut jadual.
1.1.14      Menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
1.1.15      Menjadi Penasihat PIBG.
1.1.16      Mempengerusi mesyuarat-mesyuarat tertentu di peringkat sekolah.
1.1.17      Menghadiri mesyuarat-mesyuarat di Kementerian Pendididkan Malaysia, Jabatann Pendidikan Negeri, Zon-zon Sekolah dan di Jabatan–Jabatan Kerajaan yang lain.

2.                  Kewangan

2.1               Menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.2               Menguruskan tuntutan pembayaran perkapita dan lain-lain geran.
2.3               Menentuklan segala kutipan ( yuran, sewa dan asrama ) dan lain-lain sumber pendapatan dibuat dengan sempurna.
2.4               Merancang dan menguruskan segala perbelanjaan dan pembayaran.
2.5               Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji.
2.6               Mengurus dan menyelenggarakan Buku Tunai untuk Akaun Kerajaan, Suwa dan Asrama ( jika ada ) serta Panjar Wang Runcit.
2.7               Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa pelajar-pelajar.
2.8               Menjadi Pengerusi Lembaga Tender / Sebutharga Sekolah.
2.9               Menyempurnakan segala persediaan untuk audit akaun sekolah.
2.10            Menentukan Buku Stok diselenggarakan dengan kemaskini.
2.11            Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan lain-lain.
2.12            Menentukan tatacara hapus kira / stok dibuat dengan sempurna.
2.13            Setiausaha Lembaga Kewangan Sekolah / Pengelola Sekolah.

3.                   Fizikal  Dan Pembangunan Sekolah.

3.1               Menjalankan pengawasan fizikal sekolah.
3.2               Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekolah.
3.3               Merancang  dan menguruskan perlaksaan projek-projek pembangunan kecil.
3.4               Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu.



4.                  Perkembangan staf

4.1               Merancang dan melaksanakan program atau kursus bagi kemajuan guru dan kakitangan bukan guru, sama ada “ in house training “ atau mengambil kursus di luar.

5.                  Mengajar

5.1               Mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu.

6.                  Kurikulum

6.1               Menentukan pelaksaan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
6.2               Menentukan pelaksaan Sukatan Pelajaran yang ditentukan atau ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
6.3               Merancang dan menentukan pelaksaan kurikulum di sekolah berjalan dengan sempurna.
6.4               Menentukan matapelajaran elektif.
6.5               Menubuhkan Panitia Matapelajaran / Lembaga Kurikulum Sekolah dan lain-lain majlis yang difikirkan perlu.
6.6               Menpengerusikan mesyuarat panitia matapelajaran – jika perlu.
6.7               Menentukan wujud pusat sumber dan merancang perkembangannya.
6.8               Laksanakan  satu  ‘Blue Print’ sekolah.

7.                  Ko-Kurikulum

7.1               Menentukan penubuhan Persatuan dan Kelab, Sukan dan Permainan dan Unit Pakaian Seragam.
7.2               Menentukan Unit-unit Ko-Kurikulum itu berjalan dengan aktif, baik dan sempurna.
7.3               Menentukan perkembangan potensi pelajar dalam bidang-bidang 7.1 di atas
7.4               Pelawat – Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa murid di dalam bilik darjah atau makmal. Pelawat termasuk jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru jika mendapat kebenaran Pengetua sahaja. Perbincangan hanya boleh dibuat dalam bilik guru sahaja
7.5               Papan Kenyataan – Segala notis dari luar atau persatuan hendaklah mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu sebelum ditampal. Notis tanpa  kebenaran akan diturunkan  dengan segera.
7.6               Kenyataan Akhbar – Guru adalah dilarang membuat kenyataan kepada akhbar walaupun bertindak atas nama Pengetua atau pihak sekolah.
7.7               Surat  Pekeliling – Surat pekeliling yang hendak diedarkan kepada guru hendaklah mendapat kebenaran Pengetua terlebih  dahulu.
7.8               Surat Rasmi – Semua surat rasmi yang keluar dari sekolah sama ada dari guru atau persatuan atau kelab kendaklah melalui Pengetua sekolah.
7.9               Lawatan – Sebarang lawatan oleh pihak persatuan atau kelab hendaklah mendapat kebenaran dari Pengetua dan juga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Untuk lawatan keluar dari Wilayah Persekutuan borang permohonan izin keluar melawat mestilah dihantar ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan melalui Pengetua sekurang-kurang 5 minggu sebelum tarikh lawatan.
7.10            Pensyarah Jemputan – Persatuan atau kelab yang bercadang mengundang pensyarah dari luar  untuk memberi ceramah mestilah memberitahu Pengetua terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran.
7.11            Kutipan Wang oleh persatuan atau kelab – Guru Penasihat yang dilantik mestilah mengawasi hal ini serta menentukan wang yang yang dikutip itu tidak disalah gunakan. Pembukaan akaun bank adalah  perlu jika wang yang terlibat dianggarkan besar jumlahnya.

8.         Pengawasan Dan Penyeliaan.

1.1               Menjadi tugas Pengetua membuat penyeliaan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.2               Menjadi tugas Pengetua mengawasi perkara-perkara yang telah disebutkan di atas tadi, No 1 – 8.
1.3               Bertanggungjawab membimbing Penolong Kanan 1, Penolong Kanan
( HEM )  dan Penyelia Petang dalam tugas-tugas mereka serta guru-guru dan kakitangan bukan guru dalam tugas-tugas dan pengajaran mereka ( guru ) .
1.4               Pengawasan dan penyeliaan ini adalah untuk tujuan penilaian prestasi mereka di hujung tahun.

9.         Nota

Perlu ditegaskan, peraturan di atas adalah tidak cukup merangkumi semua bidang pentadbiran sekolah. Banyak perkara sebenarnya bergantung kepada rasa tanggungjawab dan ‘ethical consciousness’ guru-guru semasa menjalankan tugas. Anggaplah tugas kita itu sebagai amanah , amal jariah kita kepada anak bangsa yang bakal  mewarisi negara kita yang tercinta ini. Kita perlu melahirkan pelajar yang cemerlang ( seimbang dari segi interlek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ). Untuk  tujuan itu kerjasama  dari semua guru amatlah perlu.


PENOLONG KANAN


Mukadimah


Penolong Kanan bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai matlamat  Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan bertanggugjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatakan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyeliakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan tercapai.

1.                  Bidang Tugas

1.1               Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
1.2               Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua.
1.3               Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.
1.4               Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
1.5               Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran  dan pembelajaran di sekolah.
1.6               Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2.                  Senarai Tugas

2.1              Kurikulum

2.1.1          Menentukan perlaksaan kursus pengajian.
2.1.2          Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan, Penggal dan lain-lain.
2.1.3          Membantu di dalam pengurusan penyeliaan peralatan teknologi pendidikan , pusat sumber, makmal dan bengkel
2.1.4          Mempastian perjalanan panitia-panitia mata pelajaran
2.1.5          Menentukan, penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
2.1.6          Membantu dan membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru mengajar di dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
2.1.7          Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan
2.1.8          Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan  dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.
2.1.9          Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
2.1.10      Menyelaras segala jenis program kurikulum  yang dianjurkan oelh sekolah, Pejabat-pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
2.1.11      Membantu di dalam penentuan buku-buku teks, bahan pusat sumber dan lain-lain buku bacaan serta kesesuaiannya.
2.1.12      Menyusun Jadual Waktu  Kelas dan Guru serta menyediakan Jadual Waktu Gantian.

2.2              Pentadbiran

2.2.1          Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru sekolah.
2.2.2          Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru.
2.2.3          Membantu menyenggara dan menyelaras kutipan data / maklumat dan perangkaan.
2.2.4          Membantu merancang Takwin Sekolah.
2.2.5          Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
2.2.6          Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.2.7          Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan
2.2.8          Menyelaras semua jenis pungutan yuran.
2.2.9          Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
2.2.10      Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.

2.3              Kebersihan dan Keindahan Sekolah

2.3.1          Membantu di dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah.
2.4              Keselamatan

2.4.1          Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Pengetua.
2.4.2          Bersama dengan Pengetua, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran / Latihan Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

2.5              Kantin

2.5.1          Bersama-sama dengan Penolong Kanan  HEM   membuat penyeliaan Kantin Sekolah.

2.6              Buku Teks

2.6.1          Menentukan pemilihan dan kegunaan buku teks sekolah dan buku-buku rujukan sekolah.

2.7              Tugas-tugas lain.

2.7.1          Menganggotai Ahli Jawatankuasa yang diluluskan  oleh pengetua dari masa ke semasa.
2.7.2          Merlaksanakan arahan-arahan lain dari tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke semasa.


PENOLONG KANAN HEM ( HAL EHWAL MURID )


Mukadimah


Penolong kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid, aktiviti ko-kurikulum dan penerapaan nilai-nilai murni.

SENARAI TUGAS


Bidang Tugas

1.5               Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan.
1.6               Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua.
1.7               Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal ko-kurikulum, Disiplin dan Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Bantuan Buku Teks, Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan Majalah, Perayaan Sekolah, Koperasi Sekolah dan Kantin Sekolah.
1.8               Membantu Pengetua dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sidang petang.
1.9               Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 1.3 di atas.
1.10            Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2.                  Senarai Tugas.

2.1              Disiplin

2.1.1          Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
2.1.2          Mempastikan undang-undang, peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
2.1.3          Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
2.1.4          Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku.
2.1.5          Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin murid dan laporan murid.



2.2              Bimbingan dan Kaunseling

2.2.1          Merancang dan menyelaras perlaksaan program bimbingan dan kaunseling bersama-sama dengan guru-guru bimbingan  dan kaunseling.
2.2.2          Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.
2.2.3          Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.3              Program Perlindungan Murid.

2.3.1          Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di peringkat sekolah.
2.3.2          Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

2.4              Pentadbiran

2.4.1          Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran Murid.
2.4.2          Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
2.4.3          Mengurus pertukaran murid.
2.4.4          Menyemak Buku Kedatangan Harian murid sidang pagi.
2.4.5          Mengurus surat akaun, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
2.4.6          Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.4.7          Membantu merancang Takwin Sekolah

2.5              Kesihatan

2.5.1          Menguruskan kemudahan rawatan murid.
2.5.2          Mempastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad ½.
2.5.3          Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
2.5.4          Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.

2.6               Skim Pinjaman Buku Teks.

2.6.1          Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
2.6.2          Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik Buku Bantuan.
2.6.3          Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim Pinjaman Buku Teks.

2.7               Biasiswa dan Bantuan.

2.7.1          Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
2.7.2          Mengemaskinikan rekod-rekod biasiswa dan bantuan.
2.7.3          Menguruskan tuntutan dan bayarann biasiswa murid.

3.                  Ko-Kurikulum

3.1               Sukan dan Permainan

3.1.1          Membantu merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan disemua peringkat.
3.1.2          Membantu merancang Takwin Sukan dan Permaianan sekolah.

3.2              Kelab/Persatuan

3.2.1          Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti Persatuan dan Kelab yang bercorak akademik.

3.3              Pasukan Pakaian Seragam.

3.3.1          Merancang strategi penglibatan murid dalam kegiatan pasukan pakaian seragam.
3.3.2          Menyelaras perlaksanaan kegiatan pasukan pakaian seragam sekolah.

3.4              Koperasi Sekolah dan Sebagainya.

3.4.1          Menyelaras kegiatan-kegiatan berkaitan dengan Koperasi sekolah. Amanah Saham Nasional, Bank Simpanan Nasional dan sebagainya.

4.                   Tugas-tugas lain.

4.1               Membantu mengenalpasti guru-guru yang berpotensi dalam kegiatan ko-kurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
4.2               Merancang kegiatan-kegiatan ko-kurikulum untuk murid-murid semasa cuti sekolah.
4.3               Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke semasa



5.                  Hal Ehwal Pelajar.

5.1               Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar.
5.2               Menetapkan peraturan-peraturan sekolah.
5.3               Menubuhkan  Lembaga Pengawas Sekolah.
5.4               Menentukan perjalanan  8.1, 8.2, dan 8.3 di atas itu dilaksanakan dengan baik dan sempurna serta adil.
5.5               Bagi keselesaan dan kebajikan pelajar-pelajar, perkhidmatan-perkhidmatan seperti di bawah ini perlu wujud dan dilaksanakan dengan baik.

5.5.1          Kaunseling dan Bimbingan
5.5.2          Kesihatan.
5.5.3          Biasiswa / Dermasiswa.
5.5.4          Keselamatan.
5.5.5          Rekreasi.
5.5.6          Sistem Penjaga / Mentor.



GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

 

Mukadimah


Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa  bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa  bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti  pembangunan sahsiah murid, kebajikan murid, penerapan nilai-nilai murni dan mewujudkan suasana kesihatan mental yang harmonis di sekolah. ‘Core business’nya ialah menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok dan menjalankan aktiviti –aktiviti pembangunan ciri-ciri individu murid dalam proses kemenjadian murid kearah melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI dan bertakwa kepada Allah. Dalam melaksanakan tugas sebagai Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa, segala aktiviti hendaklah dibincang terlebih dahulu dengan Penolong Kanan HEM dalam bidang ko-kurikulum dan Penolong Kanan 1 dan Penyelia Petang dalam bidang kurikulum.

Senarai Tugas :

 

1.1               Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
1.2               Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian soal-selidik , temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru., pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.
1.3               Merancang , mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.
1.4               Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
1.5               Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kauseling kelompok dan tunjuk ajar ( instructional ) yang meransangkan perkembangan pelajar secara optimum.
1.6               Merancang , melaksana dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.
1.7               Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
1.8               Merancang , melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajar elektif untuk peperiksaan seperti PMR dan  SPM.
1.9               Merancang ,melaksana, mengawal selia dan menilai program dan aktiviti pencegahan dadah , inhalan , rokok dan alkohol.
1.10            Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
1.11            Merancang, melaksana ,mengawal selia dan menilai program dan aktiviti konfrens dengan ibubapa , guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
1.12            Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan  mutu dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.
1.13            Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
1.14            Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling .
1.15            Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkidmatan bimbingan dan kaunseling.
1.16            Menjadi personel perhubungan seranta sekolah dengan agensi-agensi luar  yang berkaitan.
1.17            Menjadi ahli jawatankuasa ex-0ficio dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
1.18            Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.
1.19            Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
1.20            Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti  kolokium, motivasi, kem jayadiri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

PANEL AUDIT KUALITI DALAMAN SEKOLAH

Panel Audit Kualiti Dalaman merupakan suatu badan yang ditubuhkan diperingkat sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan audit kualiti dalaman di sekolah. Panel ini terdiri daripada tenaga kerja sekolah yang dilantik oleh pihak berkuasa sekolah sebagai juruaudit kualiti dalaman. Keanggotaan panel tersebut terdiri daripada ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia, guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Fungsi Panel Audit Dalaman

1.       Menilai pelaksanaan sistem pengurusan kualiti pendidikan di sekolah untuk mengesan kekurangan. Kelemahan atau ketakakuran di dalamnya berbanding dengan apa yang telah didokumentasikan;
2.       Mengesyorkan tindakan pembetulan terhadap kekurangan, kelemahan atau ketakukuran yang dikesan dalam sistem pengurusan kualiti pendidikan sekolah dan

3.       Memantau pelaksanaan tindakan pembetulan yang dicadangkan itu dipatuhi oleh pelaksana untuk penambahbaikan sistem kualiti pendidikan sekolah.



A . MAJLIS KURIKULUM SEKOLAH


Pengerusi                    : Pengetua
Naib Pengerusi                        : Penolong Kanan
Setiausaha                  : Setiausaha Kurikulum
Penolong setiausaha    : Ketua Setiausaha Peperiksaan
Ahli-ahli                    : Setiausaha SPM, SKK, STPM, STAM  Dalaman, Guru B & K Sepenuh Masa dan Semua Ketua Panitia mata pelajaran.


1.                  Peranan Majlis

Bertanggungjawab meninggikan taraf  pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah supaya mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua bidang yang ada di sekolah.

2.                  Tugas

2.1.             Mengkaji sukatan pelajaran baru ( jika ada ) dan membuat syor-syor dan teguran-teguran terhadap kesesuaiannya untuk dimajukan kepada Majlis Kurikulum Negari.
2.2.             Mengkaji dan menilai buku-buku teks/buku-buku tambahan yang digunakan oleh murid-murid untuk menentukan kesesuaiannya. Jika didapati tidak sesuai akan dimajukan kepada Jawatankuasa Kurikulum Negeri.
2.3.             Menilai Rancangan Kerja Kerja.
2.4.             Menentukan perjalanan Panitia Mata Pelajaran
2.5.             Membincang/menilai prestasi murid-murid dan langkah-langkah untuk memperbaikinya: 
2.5.1          Mengadakan kelas-kelas pemulihan.
2.5.2          Mengadakan kelas-kelas bimbingan.

2.6.             Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house training untuk semua guru di sekolah masing-masing.
2.7.             Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus Pengajian Kementerian Pendidikan.
2.8.             Berusaha untuk memperbanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan disekolah.
2.9.             Menyedari / mengetahui mengenai program-program radio dan TV.
2.10.          Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan sekolah.
2.11.          Penyelaras penilaian bulanan / penggal / tahunan.
2.12.          Penyelaras latihan-latihan murid.
2.13.          Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB  SETIAUSAHA KURIKULUM

1.                  Membantu Penolong Kanan 1 dan Penyelia Petang  dalam bidang kurikulum.
2.                  Mengetuai barisan Ketua Panitia dengan dibantu oleh empat orang pembantu dari kalangan Ketua Panitia dalam empat bidang iaitu bidang Sains / Matematik, Sains Kemasyarakatan, Bahasa dan Teknik & Vokasional.
3.                Menyelaras waktu-waktu mesyuarat panitia dan memastikan perjalanan panitia mata pelajaran.
4.                Membantu menyelaras kelas kecemerlangan PMR dan SPM serta kegiatan pemulihan.
5.                Menyelaras segala jenis program kecemerlangan akademik dan kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah ( contoh; Gerak Gempur PMR dan  SPM), JPWP dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
6.                Menyelaras dan memantau perlaksanaan ‘Blue Print’ tahun semasa bagi PMR dan  SPM.
7.                Membantu merancamg pengagihan jadual waktu kelas dan guru.
8.                Membantu di dalam penyelarasan pencerapan.
9.                Membantu Penolong Kanan 1 dan Penyelia Petang  dalam menyempurnakan analisis ujian bulanan dan peperiksaan penggal untuk diserahklan kepada Pengetua.

TUGASAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN


1.                   Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.
2.                   Menentukan dan mempertingkatkan Prestasi guru-guru di dalam Jabatan.
3.                   Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran pembelajaran yang kemaskini.
4.                   Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran, mingguan, bulanan dan penggal.
5.                   Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalam dan peperiksaan kertas-kertas jawapan.
6.                   Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke masa seperti mengadakan:

i.                    Kelas-kelas tambahan
ii.                  Ceramah-ceramah menjawab soalan-soalan.
iii.                Peraduan-peraduan tertentu
iv.                 Kuiz
v.                   Bahas
vi.                 Kursus-kursus.

7.                   Menentukan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah-sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
8.                   Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan .
9.                   Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan.
10.               Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran-pameran jika ada.
11.               Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika diperlukan.
12.               Mengumpul sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan dalam dan luar untuk semakan dan rujukan di  perpustakaan sekolah.
13.               Mengadakan tindakbalas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru jika ada.
14.               Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid.
15.               Mengadakan dan melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.
16.               Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurang sepenggal sekali atau lebih kerap lagi, jika perlu.
17.               Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa


SENARAI TUGAS GURU KANAN / KETUA PANITIA MATA PELAJARAN

1.                   Ahli Majlis Kurikulum sekolah.
2.                   Mendapat dan megedarkan sukatan pelajaran berkenaan kepada guru-guru mata pelajarannya.
3.                   Mengambil tahu akan perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran  masing-masing.
4.                   Menyelia dan mengadakan rancangan pelajaran yang selaras untuk penggal/bulanan bagi satu-satu tingkatan.
5.                   Mengadakan dan memanggil mesyuarat panitia seberapa kerap yang boleh  ( sekurang-kurangnya sekali dalam satu penggal ) untuk menerangkan rancangan atau lain-lain hal yang berhubung dengan mata pelajaran.
6.                   Memberikan  senarai buku-buku teks yang hendak digunakan oleh guru mata pelajaran  masing-masing kepada Guru Penolong Kanan atau Penyelia Buku Rujukan.
7.                   Bertanggungkawab untuk menentukan buku-buku ‘naskah guru’ desk copies
dan alat-alat AVA dan merekodkan pembelian barang-barang tersebut dalam buku stok masing-masing, dimana yang sesuai.
8.                   Memberikan senarai buku-buku majalah yang hendak dibeli untuk perpustakaan sekolah  kepada guru perpustakaan.
9.                   Membantu Pengetua memeriksa buku-buku latihan , membuat laporan mengenai kerja-kerja guru dalam bidangnya.
10.               Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang sukatan pelajaran,  rancangan pelajaran, buku teks, ujian dan lain-lain.
11.               Menyimpan dan mempastikan stok dalam keadaan yang kemaskini.
12.               Membuat anggaran belanjaan tahunan bagi mata pelajarannya.
13.               Menjadi penasihat kepada persatuan yang berasaskan mata pelajaran berkenaan, jika perlu.
14.               Mengambil berat tentang masalah pembelajaran murid dan berikhtiar untuk meningkatkan lagi prestasi akademik.
15.               Mempastikan projek pameran berjalan licin untuk mata pelajaran masing-masing, apabila diadakan pameran.
16.               Merancang ujian bulanan dan peperiksaan sekolah yang mengenai mata pelajaran masing-masing.
17.               Menyelaras dan menyiapkan cara pemarkahan.
18.               Menganalisa kertas soalan ujian, kertas jawapan dan keputusan peperiksaan
19.               Membuat laporan penilaian akhir tahun dan menganalisa keputusan-keputusan Peperiksaan Awam ( PMR,SPM) mata pelajaran berkenaan selepas keputusan diumunkan.



SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN



1.                   Mengetahui sedalam-dalamnya ( menguasai ) tentang mata pelajaran yang akan diajar dan sukatannya.
2.                   Menyampaikan pelajaran dengan cara yang paling berkesan termasuk penggunaan ABM dan jujur semasa menjalankan tugas.
3.                   Menyediakan rancangan pelajaran masing-masing dan merekodkan pengajaran dalam buku persediaan mengajar.
4.                   Merancang kerja rumah.
5.                   Memeriksa buku rampaian murid masing-masing. Menghantar buku latihan murid kepada Guru Kanan/ Ketua Panitia  mata pelajaran berkenaan apabila  dikehendaki berbuat demikian terutama semasa proses pencerapan dan pemeriksaan buku latihan oleh Pengetua / Penolong Kanan 1 iaitu sekurang-kurangnya satu penggal sekali.
6.                   Mengadakan ujian bulanan dan memasukkan markah dalam buku persediaan mengajar.
7.                   Menyediakan soalan-soalan peperiksaan dan memeriksa jawapan-jawapan, mengikut cara memarkah yang ditentukan oleh sekolah atau Guru Kanan Mata Pelajaran.
8.                   Memberi markah-markah peperiksaan kepada guru-guru kelas.
9.                   Menganalisa keputusan ujian  dan peperiksaan bagi mata pelajaran.
10.               Mengambil berat akan kemajuan akademik pelajar.
11.               Menanamkan semangat kepimpinan, kesedaran sivik dan akhlak yang baik kepada pelajar-pelajar.
12.               Mengadakan kelas-kelas tambahan, jika perlu
13.               Mengambil tahu akan perubahan sukatan pelajaran
14.               Menghadiri kursus-kursus tertentu yang dikekolakan oleh Kementerian Pendidikan,  Jabatan Pendidikan Negeri atau Sekolah.
15.               Menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang diadakan oleh guru kanan mata pelajaran.
16.               Mengawasi peperiksaan atau ujian yang diadakan dengan rapi untuk mengelakkan penyelewengan.
17.               Menilai pencapaian murid-murid serta mengesan kelemahan dan kekuatan bagi tujuan meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran.
18.               Menjalankan kerja-kerja baikpulih ( remedial ) bagi murid-murid yang lemah.
19.               Melengkapkan butir-butir yang diperlukan dalam buku persediaan mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua pada tiap-tiap hari Isnin ( atau bila dikehendaki )


SENARAI TUGAS PENYELARAS TINGKATAN



1.                   Menguruskan semua hal pendaftaran murid-murid ke dalam kelas-kelas dalam tingkatan masing-masing.
2.                   Menguruskan pendaftaran murid baru ke kelas  dan merekodkan pendaftaran murid itu ke dalam buku pendaftaran.
3.                   Menentukan kedudukan kelas pelajar dalam tingkatan mengikut keputusan peperiksaan dalam/awam.
4.                   Mempastikan Guru Tingkatan mengambil tindakan  ke atas murid-murid yang kerap ponteng sekolah.  Laporkan kes-kes ponteng yang melebihi 30 hari kepada Penolong Kanan HEM.
5.                   Mengumpul dan menyimpan Buku Kemajuan Murid pada akhir tahun.
6.                   Mengagih Buku Laporan Kemajuan murid mengikut tingkatan selepas penyelarasan.
7.                   Merancang serta menyelenggarakan program-program aktiviti  untuk pelajar selepas peperiksaan akhir tahun.
8.                   Memberi penerangan kepada guru-guru tingkatan cara-cara mengisi Buku Jadual Kedatangan Murid pada awal  tahun.
9.                   Menyemak Buku Jadual Kedatangan pada akhir tiap bulan.
10.               Mempastikan guru tingkatan mengambil tindakan atas laporan semakan tersebut.
11.               Mempastikan semua yuran lengkap dibayar pada akhir bulan Februari.
12.               Menyediakan senarai semakan untuk diagihkan kepada guru-guru tingkatan pada akhir tahun sebelum Cuti Penggal Ketiga.
13.               Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM tentang kerja guru tingkatan dari masa ke semasa untuk tindakan selanjutnya.
14.               Mengambil alih tugas guru tingkatan semasa ketiadaan guru tingkatan disebabkan cuti sakit atau berkursus terutama dari aspek mengambil kedatangan murid setiap hari.

SENARAI TUGAS GURU TINGKATAN


1.                   Merekod dan mengemaskinikan butir-butir diri murid ke dalam Jadual Kedatangan buku rekod mengajar, kad 001-002, serta Buku Daftar Kemasukan Sekolah.
2.                   Jadual Kedatangan hendaklah di tandakan pada waktu yang pertama pada tiap-tiap hari.
3.                   Menentukan murid-murid membawa surat dari Ibubapa/penjaga atau surat doktor sekiranya tidak hadir. Bagi murid yang tidak hadir 3 hari berturut-turut tanpa sebab, guru tingkatan hendaklah menghantar borang Amaran Ponteng Sekolah kepada penjaga dengan salinannya di pejabat. Jika murid tidak hadir berturut-turut dalam satu bulan, namanya dikeluarkan dari jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujuk kepada Penolong Kanan HEM.
4.                   Menjalankan pentadbiran darjah misalnya pemilihan ketua darjah, giliran bertugas, kebersihan, alatulis, hiasan bilik darjah, kerusi /meja juga pertukaran murid.
5.                   Mewakili Pengetua memungut yuran khas, yuran peperiksaan, mengeluarkan resit kepada murid-murid serta merekodkan dalam jadual kedatangan dan buku yuran dan menyerahkan kepada pihak pejabat sekolah pada masa-masa yang ditentukan.
6.                   Menguruskan pengagihan Skim Pinjaman Buku-Buku Teks kepada murid dan pemulangannya termasuk memungut buku teks dari murid-murid yang hendak bertukar.
7.                   Membantu Pengetua dalam menyediakan Biasiswa, surat-surat jemputan kepada ibubapa, sijil berhenti sekolah dan surat akaun.
8.                   Mengisi butir-butir dalam peperiksaan penggal/pertengahan tahun/akhir tahun/percubaan.
9.                   Mengambil, menyalin, menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu murid-murid.
10.               Bertanggungjawab ke atas disiplin, akhlak murid-murid dan menanamkan semangat berusaha yang sihat dan kesedaran sivik.
11.               Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM tentang perkara yang tidak dapat diatasinya sendiri misalnya ketidakhadiran/ponteng yang berulang-ulang, kesulitan memungut yuran dan disiplin yang buruk.
12.               Merekod  butir-butir yang lengkap kemasukan murid baru atau murid-murid yang berhenti di dalam Jadual Kedatangan, buku rekod mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Murid.
13.               Bagi kelas – kelas peperiksaan :

a.                   Mengisi borang masuk
b.                   Memungut yuran peperiksaan
c.                   Membantu menyusun kerusi meja untuk peperiksaan

14.               Mengisi butir-butir kemajuan akademik murid dalam buku Rekod Kemajuan Murid juga menyediakan tabung markah ( mark sheet ) dan serahkan bersama ( Rekod Kemajuan Murid dan marksheet ) kepada Penolong Kanan 1 bagi sesi pagi dan Penyelia Petang bagi sessi petang dua minggu selepas ujian/peperiksaan.
15.               Keselamatan perabot dalam kelas dan juga kebersihan kelas adalah tanggungjawab guru tingkatan sepenuhnya. Guru Tingkatan hendaklah menyediakan senarai tugas untuk kebrsihan kelas masing-masing.
16.               Guru Tingkatan hendaklah berada di samping murid-muridnya sewaktu murid-murid beratur di kaki lima kelas, pada masa perhimpunan hari biasa.
17.               Mempastikan papan kenyataan  kelas ditampal dan diceriakan  dengan artikel-artikel yang membina dan kemaskini.


Catitan


Untuk meringankan kerja guru-guru kelas di sini dijalankan peraturan bahawa guru-guru mata pelajaranlah yang harus memberi markah kepada guru-guru kelas di dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah.


 
LEMBAGA PEPERIKSAAN SEKOLAH
 
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA SETIAUSAHA DAN SETIAUSAHA PEPERIKSAAN

Ketua Setiausaha Peperiksaan

a.       Memantau semua peperikasaan berjalan dengan lancar
b.       Memastikan analisis keputusan disiapkan oleh semua setiausaha peperiksaan.
c.       Memastikan keperluan peperiksaan cukup dalam stok dan keperluan semasa.
d.       Mengadakan mesyuarat dengan semua setiausaha ke arah meningkatkan lagi prestasi pengurusan peperiksaaan.
e.       Betanggunjawab sebagai wakil sekolah bersama Penolong Kanan 1 dalam mesyuarat peperikasaan di perimgkat jabatan dan kementerian.

Setiausaha Peperiksaan :

1.                  Peperiksaan Sekolah ( Setiausaha Peperiksaaan Dalaman Pagi dan Petang )

1.                   Mengatur dan menyediakan jadual peperiksaan dalam sekolah setelah tarikhnya dipersetujui oleh Pengetua.
2.                   Mengatur dan menyediakan jadual pengawasan bagi guru-guru
3.                   Mendapat persetujuan Guru Kanan mata pelajaran untuk menentukan penyelia soalan dan pemeriksa kertas jawapan dan tarikh penyerahan markah kepada guru tingkatan.
4.                   Mengurus dan mengatur tempat peperiksaan bagi murid-murid.
5.                   Mengurus dan menentukan pergerakan kertas soalan ( sebelum dan pada tarikh peperiksaan ) dengan selamat.
6.                   Bertanggungjawab dalam semua hal berhubung dengan kelicinan perjalanan peperiksaan.
7.                   Mengurus dan menentukan borang-borang markah, kad kemajuan murid telah diisi dan diserahkan ke pejabat untuk Pengetua menandatangani.
8.                   Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua.





2.                  Peperiksaan Awam ( Setiausaha Peperiksaan  PMR dan SPM )

1.                   Mengurus borang masuk sementara peperiksaan PMR, SPM/SPVM dan STPM kepada murid-murid dan taklimat mengenai pemilihan mata pelajaran, jumlah guru dan tarikh tutup.
2.                   Menyempurkan borang-borang masuk atau pendaftaran peperiksaan PMR,SPM/SPVM dan STPM bagi STPM bagi murid-murid seperti penyemakan dan mendapatkan tandatangan murid pada borang komputer.
3.                   Mengurus kutipan yuran peperiksaan dan penyerahan ( yuran dan borang )ke Pejabat Pendidikan Negeri.
4.                   Menyediakan  Jadual Giliran Ujian Lisan ( Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris ) bagi murid-murid.
5.                   Mengedar Jadual Peperiksaan dan taklimat kepada murid.
6.                   Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan seperti di simpan dengan baik.
7.                   Menentukan kertas soalan peperiksaan untuk simpanan sekolah di simpan dengan baik.
8.                   Mengurus pengedaran keputusan peperiksaan kepada murid dan membuat analisa keputusan peperiksaan.
9.                   Mengurus stok bahagian peperiksaan.
10.               Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua.


3.                  Peperiksaaan Luar

1.       Menentukan segala keperluan peperiksaan dilengkapkan seperti di simpan dengan baik.
2.       Menentukan kertas soalan peperiksaan untuk simpanan sekolah di simpan dengan baik.
3.       Menguruskan perjalanan peperiksaan bersama pihak JPWP/ Ketua Pengawas.


SENARAI TUGAS GURU PUSAT SUMBER / APD

1.                   Menyediakan bilik atau almari khas untuk menyimpan alat-alat seperti radio, TV, VCR, Projector wayang gambar, pembesaran suara, casette tape recorder, pemain piring hitam.
2.                   Mengemaskini stok.
3.                   Menentukan alat-alat tersebut dalam keadaann selamat.
4.                   Mengeluarkan alat-alat tersebut kepada guru-guru yang berhajat menggunakannya dengan mencatitkan pengeluarannya dan pemulangannya.
5.                   Melaporkan kepada Pengetua dengan serta merta sebarang kehilangan / kecurian / kerosakan.
6.                   Mendapatkan jadual radio dan TV Pendidikan.
7.                   Mempastikan alat-alat pembesar suara sentiasa dalam keadaaan baik.
8.                   Memasang alat-alat tersebut untuk Perhimpunan tiap-tiap minggu, untuk majlis-majlis ceramah yang diadakan di Dewan Sekolah, majlis forum atau untuk kegiatan persatuan-persatuan sekolah dll.
9.                   Mengemas dan menyimpan semula alat yang telah digunakan dan mempastikan alat-alat tersebut lengkap.

B. JAWATANKUASA HAL-EHWAL MURID DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR



SENARAI TUGAS SETIAUSAHA SUKAN


1.                   Menyelaras semua permainan :

i.                    Antara sekolah dan MSSS
ii.                  Antara semua permainan / sukan sekolah.
iii.                Antara rumah-rumah dengan berhubung dengan Pengerusi Majlis Sukan untuk memanggil mesyuarat majlis dan mesyuarat dengan guru-guru permainan, rumah dan jawatankuasa pelajar.

2.                   Menyediakan anggaran perbelanjaan permainan sukan dan memesan peralatan-peralatan
3.                   Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan berkaitan dengan guru bertugas, hari dan masa latihan dan tempat latihan.
4.                   Untuk menyelaraskan semua acara untuk sukan sebelum dan sehingga hari sukan.
5.                   Untuk menguruskan bahawa tempat-tempat pertandingan ( gelanggang, padang dan lain-lain )adalah dalam keadaan yang menurut peraturan sebelum apa-apa perlawanan.
6.                   Untuk menyemak dan menyelaras urusan permintaan wang pendahuluan untuk membeli pakaian pemain-pemain pasukan sekolah dan peralatan persendirian.
7.                   Dalam pertandingan MSSS adalah tanggungjawab Guru Majlis Sukan Setiausaha Sukan/Penolong S.U untuk mendapatkan pengadil.
8.                   Membahagikan murid menngikut pasukan rumah. Melalui guru-guru rumah menyimpan daftar murid secara lengkap dan kemaskini.
9.                   Membantu dan membahagikan tugas sukan dan permainan kepada guru-guru.
10.               Menyedia anggaran belanja untuk setahun dan memesan alatan-alatan.
11.               Menyimpan stok alatan-alatan dan mempastikan stok dalam keadaan kemaskini.
12.               Mengawas penggunaan dan keselamatan alatan sukan.
13.               Mengurus pengangkutan, surat-surat kebenaran ibubapa/pennjjaga, kesihatan murid-murid yang mewakili sekolah.
14.               Menyedia laporan sukan dan permainan murid-murid untuk tujuan supaya surat  akaun dan sijil berhenti sekolah.
15.               Mengadakan rancangan dan mengambil langkah-langkah meninggikan mutu sukan murid-murid sekolah.


SENARAI TUGAS SETIAUSAHA KO-KURIKULUM


1.                   Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat dengan setiap guru penasihat persatuan pada awal tahun bagi merangka dan menyediakan jadual perjumpaan / rancangan aktiviti tahunan tiap-tiap gerakerja ko –kurikulum.
2.                   Meneliti aktiviti- aktiviti yang dirancang oleh setiap Gerakerja ko – kurikulum dan memastikan rancangan-rancangan tersebut dilaksanakan.
3.                   Mengumpulkan laporan aktiviti tahunan setiap gerakerja ko – kurikulum dan menyerahkan kepada pihak Penolong Kanan HEM atau pihak penerbit majalah sekolah, jika ada.
4.                   Menyediakan dan mengedar Buku Rekod Kegiatan ko – kurikulum kepada guru-guru penasihat gerakerja ko-kurikulum untuk diisi dan disahkan. Buku-buku yang lengkap diisi hendaklah dipungut balik pada akhir tiap penggal untuk disemak dan diserahkan kepada guru-guru tingkatan untuk rujukan dalam penyediaan Laporan Kemajuan atau Sijil Behenti Sekolah pada akhir tahun.
5.                   Menyelaras penggunaan Dewan Sekolah persatuan-persatuan sekolah.
6.                   Penyelaras rombongan / lawatan yang dianjurkan oleh sekolah.


SENARAI TUGAS GURU PERMAINAN



1.                   Memajukan  kemahiran pelajar-pelajar dalam permainan yang dijaganya dengan:

i.                    Melatih mereka mengikut jadual yang telah ditetapkan atau pun pada waktu-waktu lain dengan persetujuan Guru Majlis Sukan / Setiausaha Sukan.
ii.                  Mengatur seberapa banyak perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan lain.

2.                   Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur untuk pertandingan MSSS.
3.                   Mencari pengadil dalam sesuatu perlawanan persahabatan.
4.                   Mengadakan perlawanan antara rumah-rumah ( jika boleh juga antara kelas-kelas). Keputusan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha / Guru Majlis Sukan pada hari yang telah ditetapkan.
5.                   Membentu jawatankuasa pelajar bagi permainannya.
6.                   Menempah dan mengatur pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan MSSS atau persahabatan.
7.                   Mengiringi dan menjaga disiplin pelajar-pelajar dalam satu-satu perlawanan.
8.                   Bertanggungjawab atas kedatangan pemain-pemain pada masa latihan dan perlawanan.
9.                   Bertanggungjawab atas kedatangan pemain-pemain mengikut masa dalam latihan dan perlawanan.
10.               Membahagikan alat-alat dan pakaian permainan kepada pemain-pemain serta mengumpul semula dan juga menjaga keselamatan barang-barang tersebut.
11.               Berada di tempat latihan / perlawanan untuk mengawasi disiplin dan kebajikan serta menambahkan semangat murid.
12.               Menghubungi atau menghantar ke hospital / ke rumah sekiranya berlaku kecederaan yang serius ke atas pemain.
13.               Melaporkan kepada Setiausaha Sukan / Pengetua tentang keputusan pertandingan atau sekiranya berlaku sesuatu yang diluar dugaan.
14.               Mencatat dan mengesahkan penglibatan setiap murid dalam permainan berkenaan untuk dijadikan asas didalam penyediaan laporan tahunan penilaian Gerakerja ko-kurikulum murid berkenaan. Laporan ini  setelah disahkan hendaklah  diserahkan kepada Guru Penyelaras Gerko di hujung tahun.



SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT PERSATUAN.

1.                   Menggalakkan murid-murid menjadi ahli.
2.                   Mengadakan ppraturan / perlembagaan persatuan.
3.                   Membentuk jawatankuasa pelajar bagi persatuan yang dinasihatinya.
4.                   Mempastikan jawatankuasa yang dipilih  menjalankan tugas tidak menyeleweng daripada perlembagaan persatuan.
5.                   Merancang aturan aktiviti persatuan yang akan dijalankan bagi satu-satu tahun mengikut penggal  dengan kerjasama jawatankuasa pelajar. Aturcara yang telah dirangka hendaklah diserahkan kepada Guru Penyelaras GERKO pada tarikh yang ditetapkan.
6.                   Mempastikan setiap aktiviti itu dijalankan mengikut jadualnya dan berjalan lancar. Guru Penasihat hendaklah menghadiri setiap mesyuarat atau perjumpaan / kegiatan persatuannya.
7.                   Menjaga kewangan persatuan, wang runcit dan juga harta-harta persatuan dan memastikan semuanya adalah digunakan untuk kebaikan ahli-ahlinya.

8.                   Membuat anggaran, pendapatan dan perbelanjaan persatuan.

9.                   Mengiringi setiap rombongan yang dianjurkan oleh persatuannya. ( Jika tidak dapat bersama hendaklah mencari wakil )

10.               Memastikan setiap kegiatan ada dibuat laporannya yang mengandungi tarikh/masa, tempat, jenis kegiatan, kehadiran ahli, kehadiran guru, dll .

11.               Menyerahkan rancangan aktiviti persatuan kepada penyelaras ko-kurikulum pada awal tiap-tiap penggal dan laporan kejayaan aktiviti pada akhir tiap-tiap penggal.

12.               Menghias papan kenyataan persatuan dan mengelakkan dari disalahgunakan.

Kegiatan setiap persatuan hendaklah dijalankan SEMINGGU SEKALI. Mempastikan setiap pelajar memiliki ‘ BUKU REKOD KEGIATAN KO-KURIKULUM ’. Menyerahkan Buku Rekod Kegiatan Ko-Kurikulum Murid kepada Penyelaras Ko-Kurikulum pada akhir tiap penggal untuk disemak.


SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT  PAKAIAN SERAGAM.


1.                  Am

Pada Keseluruhannya, Guru Penasihat Pasukan Pakaian Seragam adalah bertanggungjawab di atas semua peraturan, latihan dan kemajuan pasukannya.

2.                  Keahlian

Semua pelajar Tingkatan 1 hingga 5 digalakkan menggotai salah satu daripada pasukan pakaian seragam yang diiktiraf oleh sekolah. Guru Penasihat Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota-anggota pasukannya dari pelajar-pelajar baharu setiap awal tahun sebagai tambahan kepada anggota-anggota pasukan yang sedia ada. Satu polisi umum tentang pembahagian keahlian di antara pasukan-pasukan pakaian seragam patutlah dirujuk sebelum pemilihan ahli-ahli dilakukan. Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod.


3.                  Latihan

Guru Penasihat Pasukan Pakaian Seragam bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya sekali seminggu pada hari yang diistiharkan oleh sekolah sebagai “ Hari Latihan Pasukan Pakaian Seragam ”. Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang ditetapkan itu tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas terlebih dahulu dari Pengetua. Latihan tambahan pada hari-hari selain itu bolehlah diatur dan Pengetua hendaklah dirujuk untuk maksud  itu Penasihat Pasukan Pakaian  hendaklah menyusun rancangan yang tetap sepanjang tahun. Rancangan itu mestilah melibatkan ujian-ujian tertentu yang menghasilkan sijil-sijil  ataupun  tanda-tanda kemajuan. Satu salinan kepada Pengetua pada awal  tahun, tidak lewat dari minggu kedua setelah diistiharkan latihan Pasukan Pakaian Seragam bermula.

4.                  Jurulatih

Sejauh yang boleh, Guru Penasihat Pasukan adalah menjadi jurulatih pasukannya, Jika perlu jurulatih dari luar boleh diuruskan. Guru Penasihat Pasukan hendaklah mendapat persetujuan Pengetua terlebih dahulu sekiranya memerlukan Jurulatih Luar yang melibatkan bayaran.


5.                  Peralatan / Keperluan

Penasihat Pasukan Pakaian Seragam adalah bertanggungjawab menentukan apa-apa jua keperluan / peralatan yang dikehendaki bagi pasukannya. Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli-ahli persendirian, Guru Penasihat Pasukan adalah bertangggungjawab menyelenggarakan simpanannya dan menyediakan rekod untuk rujukan dan pemeriksaan.


6.                  Urusan-urusan

Guru Penasihat Pasukan Pakaian Seragam adalah bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butir / maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pasukan berkenaan.

7.                   Menyerahkan rancangan aktiviti pasukan kepada  Penyelaras Ko-Kurikulum pada awal tiap penggal.
8.                   Menyerahkan laporan kejayaan aktiviti pasukan kepada Penyelaras Ko-Kurikulum pada akhir tiap  penggal.
9.                   Mempastikan setiap ahli memiliki Buku Rekod Kegiatan Ko-Kurikulum.
10.               Menyerahkan Buku Rekod Kegiatan Ko-Kurikulum kepada Penyelaras Ko-Kurikulum pada akhir tiap penggal untuk disemak.          

JAWATANKUASA LEMBAGA DISIPLIN


Terdiri daripada:            Pengerusi    ( Pengetua )
                                    Setiausaha  ( Penolong Kanan HEM )

                                    Ahli – ahli Jawatankuasa :

                                    Penolong Kanan

                                    Penyelia Petang
                                    Semua Guru Pengawas
                                    Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa

Tugas


1.                   Menggadakan mesyuarat untuk membincangkan peraturan sekolah, membentang dan membincangkan cadangan tambahan dan pindaan-pindaan, apabila perlu.
2.                   Membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan murid dari masa ke semasa.
3.                   Apabila tiimbul kes-kes tertentu yang perlu dibincangkan, Pengerusi jawatankuasa boleh memanggil mesyuarat sidang kes.
4.                   Berbincang mengenai cadangan-cadangan dan pandangan-pandangan untuk membaiki lagi disiplin murid.



SENARAI TUGAS GURU DISIPLIN


1.                   Mengadakan pemilihan pengawas di akhir tahun untuk bertugas di tahun berikutnya berdasarkan kepada kebolehan murid dalam pelajaran, permainan, pengalaman  ( jika ada ) , personaliti, daya pimpinan dan sebagainya. Pandangan dan sokongan guru-guru adalah diperlukan. Calon-calon yang telah dipersetujui oleh pihak guru kemudiannya melalui pemilihan akhir iaitu dipilih oleh semua murid dengan cara undi. ( Jika didapati sesuai )
2.                   Pemilihan bagi sidang petang berbeza, bakal pengawas adalah dicalonkan oleh murid-murid tetapi dipilih oleh guru-guru sesi petang.
3.                   Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh Guru Penasihat Lembaga Pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
4.                   Mengaturkan mesyuarat Lembaga Pengawas dari masa ke semasa.
5.                   Mengawasi disiplin dan akhlak murid-murid.
6.                   Menerima Laporan Pengawas dan mengambil tindakan yang sesuai.
7.                   Mempastikan undang-undang / peraturan sekolah dipatuhi oleh murid-murid.
8.                   Mempamerkan undang-undang/ peraturan sekolah dipapan kenyataan dan dibilik darjah.
9.                   Membantu Pengetua dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang membawa kepada penggantungan sementara ataupun pembuangan sekolah. Ia juga dikehendaki mengesahkan  kesalahan-kesalahan itu.
10.               Merekodkan segala kesalahan / hukuman / denda yang dikenakan ke atas murid-murid.
11.               Sentiasa berhubung rapat dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menyelesaikan masalah-masalah murid.
12.               Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian / mingguan untuk maksud menguruskankan kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis-majlis yang diadakan oleh  pihak sekolah.
13.               Menguruskan pertandingan kebersihan kelas-kelas pada tiap-tiap minggu.



SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KANTIN


1.                   Mengawasi bahawa segala peraturan yang terkandung  sebagai syarat perjanjian antara pengurus kantin dengan pihak sekolah adalah dipatuhi. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti :

a.                   Pengurus adalah bertanggungjawab bagi menjaga bangunan kantin, perabot-perabot dan segala alatnya. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kecurian dan kerosakan harta benda kantin  pada masa sekolah atau diluar masa sekolah.  Alat-alat masak, pinggan mangkuk mestilah bersih dan dibasuh dengan alat pembunuh kuman, juga kawasan sekeliling kantin hendaklah dijaga dengan bersih.
b.                   Pihak pengurus akan mengurus dan membekalkan semua makanan dan minuman dengan memuaskan hati kepada pihak-pihak kesihatan dan pihak berkuasa sekolah.
c.                   Daftar harga barang-barang mestilah dihantar kepada jawatankuasa untuk pertimbangan dan diluluskan, selepas itu barulah daftar itu dipamerkan di dalam kantin.
d.                   Barang-barang mestilah dibuat dan disediakan menurut makanan murid-murid islam. Daging babi dan minyak babi dilarang terus dalam masakan.

2.                   Memerlukan Kantin Sekolah setiap hari persekolahan.
3.                   Mencatit pendapatnya tentang taraf makanan dan minuman yang dijual; harga adalah berpatutan, kebersihan di sekeliling kawasan kantin dan juga dalam kantin.
4.                   Menerima aduan-aduan, pandangan dari wakil murid, kakitangan sekolah.
5.                   Berhubung dengan Pengurus Kantin tentang aduan-aduan yang telah diterima. Jika tidak ada perubahan dari pihak kantin aduan ini mesti diberitahu kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya.
6.                   Memberitahu pihak kantin tentang hari-hari persekolahan dan hari cuti.
7.                   Mengawasi pihak kantin supaya tidak menjual barang-barang larangan kepada murid seperti rokok dan berbagai jenis tikam.
8.                   Bahan makanan yang dijual mestilah dari jenis yang mengenyangkan dan bukan makanan-makanan yang tidak berkhasiat.


SENARAI TUGAS GURU BIASISWA , TABUNGAN DAN KEBAJIKAN

Secara amnya guru biasiswa dan kebajikan ditugaskan untuk mengendalikan urusan biasiswa murid-murid sebagaimana yang diarahkan, mengawas kemajuan murid-murid, bekerjasama dengan kerani kewangan serta menyediakan laporan untuk pihak-pihak berkenaan dari masa ke semasa.

1.                   Sebagai Setiausaha Ahli Jawatankuasa Biasiswa Sekolah.
2.                   Menbuat senarai lengkap pemegang-pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.
3.                   Memproses borang-borang permohonan biasiswa dengan kerjasama guru tingkatan.
4.                   Mengelola Buku Simpanan Pejabat Pos / Bank pemegang-pemegang biasiswa untuk disimpan di pejabat.
5.                   Menyediakan Rekod Kemajuan murid pemegang biasiswa dalam borang atau kad yang disediakan.
6.                   Mengambil tindakan yang sesuai terhadap pemegang berdasarkan rekod kemajuan dan buku jaduak kedatanagan.
7.                   Pemegang-pemegang biasiswa BKP yang bertukar keluar negeri. Laporan hendaklah dibuat dalam Lampiran Kew. 2/79B di mana dua salinan hendaklah dihantar ke sekolah baru dan satu salinan ke Bahagian Biasiswa Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri.
8.                   Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
9.                   Menguruskan segala bentuk tabungan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian / Jabatan / Sekolah seperti tabungan Bank Simpinan Nasional, Tabungan Bank Bumiputra  dan lain-lain.


SENARAI TUGAS GURU PERABOT


1.                   Mwmbuat Eventori kelas berdasarkan jumlah pelajar pada kelas masing yang diperuntukan.
2.                   Melabelkan Meja dan Kerusi setiap pelajar dengan nombor siri yang sama setiap kelas.
3.                   Mengadakan fail bilangan stok simpanan perabot tiap kelas.
4.                   Menguruskan dan menentukan tarikh-tarikh dan jadual memperbaiki perabot yang rosak.
5.                   Mengambil tindakan seperti memberi amaran / denda kepada pelajar / kelas / tingkatan / semua pelajar yang melakukan kerosakan harta benda sekolah.
6.                   Pelajar-pelajar dilarang :
a.                   Mengunakan kerusi / meja yang berlainan no. siri
b.                   Menconteng meja / kerusi dan lain-lain peralatan.
c.                   Merosakkan kerusi / meja atau lain-lain peralatan yang dibekalkan
d.                   Mengubah / mengambil kerusi / meja dari tempat lain tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.


SENARAI TUGAS GURU PENDAFTARAN MURID


1.                   Mempastiakan guru tingkatan mencatatkan maklumat diri murid-murid  baru ke dalam Buku Pendaftaran Murid.
2.                   Menyemak buku tersebut pada akhir setiap bulan dan mengambil tindakan ke atas perkara-perkara yang tidak lengkap.
3.                   Menyerahkan buku pendaftaran ini kepada Penolong Kanan HEM pada akhir tahun.


SENARAI  TUGAS PENYELARAS KAD 001

1.                   Memberi penerangan kepada guru-guru tingkatan cara-cara mengisi kad 001 pada awal tahun.
2.                   Memastikan guru tingkatan, peralihan dan satu mengarahkan pelajarnya membeli kad 001 dari Kedai Buku.
3.                   Mengagih-agihkan kad 001 kepada guru-guru tingkatan bagi tingkatan 2,3,4,5 setelah diselaraskan mengikut kelas.
4.                   Menyemak kad-kad tersebut dan menyerakhan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling pada akhir tahun.
5.                   Membuat laporan tentang perkara-perkara tersebut di atas dan menyerahkannya kepada Pengetua untuk tindakan selanjutnya.
6.                   Memastikan guru mengisi markah pertengahan tahun dan akhir tahun dengan pen dakwat biru / hitam.


SENARAI TUGAS KETUA KELAS / TINGKATAN


1.                   Menjaga disiplin di dalam kelas setiap masa. Menentukan bahawa murid-murid tidak meninggalkan kelas tanpa kebenaran.
2.                   Mengingatkan murid-murid kelasnya supaya mengikuti peraturan-peraturan sekolah.
3.                   Menentukan bahawa murid-murid yang bertugas menjalankan tugas masing-masing seperti membersihkan kelas dan menutip sampah di kelas.
4.                   Menentukan bahawa perabot-perabot kelas seperti meja dan kerusi, almari, kapur dan papan hitam disusun dengan betul dan bersih dan tidak dirosakkan.
5.                   Menolong guru-guru untuk mengumpul maklumat-maklumat mengenai pelajar-pelajar di dalam kelas.
6.                   Memberitahu murid-murid kelas mengenai perkara-perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat ketua kelas atau makluman-makluman daripada guru.
7.                   Menentukan bahawa semua pintu dan tingkap ditutup dan suis lampu dan kipas dipadamkan semasa meninggalkan kelas. Menentukan bahawa murid-murid di dalam kelas berjalan di dalam satu barisan dengan cepat dan senyap dan sentiasa berjalan mengikut ke sebelah kiri ‘corridors’.
8.                   Apabila seorang murid itu sakit, tentukan bahawa borang keluar sekolah ditandatangani oleh Guru bertugas sebelum berjumpa Penolong Kanan ( HEM ). Guru-guru tingkatan dan guru-guru lain mesti diberitahu mengenai murid yang sakit itu.
9.                   Apabila seseorang murid itu hendak meninggalkan sekolah lebih awal, ia mestilah memberitahu Guru Tingakatannya dan mendapatkan borang keluar sekolah dari pejabat. Borang itu hendaklah ditandatangani oleh Guru Bertugas dan Penolong Kanan ( HEM ) / Pengetua.
10.               Mengingatkan guru matapelajaran bahawa beliau ada waktu mengajar di kelasnya pada waktu berkenaan.
11.               Memberitahu kepada Penolong Kanan bila guru tidak hadir ke kelasnya untuk membolehkan penyediaan jadual waktu gantian.
12.               Sekiranya ada kecemasan, hendaklah memberitahu kepada Guru Bertugas atau Penolong Kanan.
13.               Sekiranya berlaku kebakaran pastikan semua murid berada di padang dan melaporkan kepada guru berkenaan kehadiran murid.
14.               Bertanggungjawab ke atas Buku Kawalan Kelas.

C. JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA

 

TUGAS PENOLONG KANAN HEM


Dalam pengurusan asrama :
4.                  Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
5.                  Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama .
6.                  Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
7.                  Menyelaras, menyelia dan mewujudkan keceriaan asrama.
8.                  Menyelalars penyeliaan hal makan dan dapor.
9.                  Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
10.               Membantu dalam urusan sebutharga / tender makan asrama sekolah.
11.               Mempastikan bahawa kemudahan dan penyertaan pemghuni asrama dalamn aktiviti riadah dan ko-kurikulum yang diadakan.
12.               Menyelaras segala jenis pengutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.
13.               Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Asrama.


SENARAI TUGAS KETUA WARDEN .

 

1.                  Mewakili Pengetua/Penolong Kanan HEM dalam hal-hal lain pentadbiran asrama.
2.                  Menentukan dasar-dasar asrama yang telah diputuskan dilaksanakan sepenuhnya .
3.                  Mengawasi tataretertib dan tugas-tugas warden asrama.
4.                  Memeriksa buku laporan harian warden asrama dan melaporkan kepada pengetua.
5.                  Mengadakan mesyuarat dengan warden-warden  asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut dikemukankan kepada pengetua.
6.                  Menjalankan tugas –tugas lain seperti yang diarahkan.




SENARAI TUGAS  WARDEN ASRAMA



1.                  Pengurusan Disiplin dan Kebajikan Penghuni

1.1               Mengurus kemasukan penghuni-penghuni baru ke asrama.
1.2               Menyediakan jadual waktu harian asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhinya.
1.3               Bertanggungjawab ke atas disiplin asrama dan menentukan bahawa penghuni-penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama.
1.4               Mengawas kelaur masuk pemghuni-penghuni pada masa –masa cuti, hujung minggu dan pada bila-bila masa tertentu.
1.5               Bertanggungjawab atas semua soal makanan termasuk menu makanan, sekiranya tidak ada penyelia asrama.
1.6               Mengawas kemajuan pelajaran penghuni seperti memeriksa kad laporan dan mengelola kelas persediaan dan kelas tambahan.
1.7               Merancang, mengadakan dan mengawas kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni.
1.8               Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapat rawatan bagi penghuni-penghuni yang sakit.
1.9               Mengawas keluar masuk pelawar-pelawat  yang tidak diingini datang ke asrama.

2.                  Menyediakan dan Menyelaraskan Sistem Fail

2.1               Menyediakan fail untuk tiap-tiap pelajar asrama.
2.2               Mengemaskinikan borang-borang berkaitan untuk pelajar.

3.                  Menyimpan Semua Rekod Pelajar.

3.1               Buku rekod disiplin pelajar asrama
3.2               Buku rekod kesihatan / rawatan
3.3               Buku daftar kehadiran

4.                  Rancangan Riadah

4.1               Mengelolakan senaman pagi untuk murid semasa hujung minggu / petang.
4.2               Menyediakan program permainan “ out-door / indoor ”
4.3               Menyimpan stok-alat permainan dengan selamat.

5.                  Program Rekreasi

5.1               Mengadakan projek gotong royong ( sekali sepenggal )
5.2               Menguruskan pertandingan antara dom sekali sepenggal.
5.3               Melaksanakan projek keceriaan dom dan sekitar asrama.


6.                  Program Bimbingan dan Kaunseling

6.1               Menguruskan pas pelajar
6.2               Mengadakan projek-projek kebajikan untuk pelajar.
6.3               Menguruskan kelas tuisyen – jika perlu
6.4               Memberi perkhidmatan kaunseling.

7.                  Urusan Kutip Yuran.

7.1               Bertanggungjawab atas pungutan yuran asrama dan perkara-perkara berkaitan dengan kewangan asrama dan rekod-rekod yangberhubungan denganya seperti buku resit dan buku stok, jika tidak ada penyelia asrama.

8.                  Menguruskan Kegiatan Keagamaan.

8.1               Tahlil dan Yasin setiap malam Jumaat
8.2               Majlis Usrah sebulan sekali – Sabtu malam Ahad
8.3               Meranncang dan melaksanakan akktiviti Penghayatan Ramadhan, Mulidur Rasul, dan Maal Hijrah.
8.4               Menguruskan siri ceramah agama – sepenggal sekali.

9.                  Keselamatan Asrama

9.1               Menjalankan Latihan kebakaran ( Fire Drill ) sekurang-kurangnya 2 kali sepenggal bagi penghuni-penghuni asrama.
9.2               Mengawas keselamatan diri dan barang-barang penghuni.
9.3               Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan dan alatan asrama serta mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki sebarang kerosakan.
9.4               Memeriksa alat pemadam api untuk “service”.


TUGAS-TUGAS MINGGUAN SEMUA WARDEN



1.                   Melaporkan dan mencatat kes-kes pelanggaran disiplin dalam buku pelanggaran disiplin.
2.                   Menanda jadual kehadiran pelajar tiap-tiap hari
3.                   Membuat laporan-laporan kes-kes pelajar sakit / rawatan.
4.                   Mengawas kebersihan dan keceriaan asrama
5.                   Menyediakan laporan harian  asrama untuk dikemukakan kepada pengetua/ P.K. HEM pada tiap hujung minggu. Sekiranya berlaku kecemasan, hendaklah hubungi dengan serta merta pengetua/P.K.HEM.
6.                   Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pengetua/P.K.HEM dan Ketua Warden.



TUGAS SEMASA CUTI SEKOLAH

( Tugas cuti hendaklah dibahagikan menngikut jumlah hari cuti )

1.                   Mencatat dan menerima penginap
2.                   Mengutip yuran penginapan dan menyerahkannya ke pejabat
3.                   Mengawas kebersihan dom dan asrama
4.                   Membantu mengawas tugas semua pekerja asrama
5.                   Membuat laporan kepada pengetua.


SENARAI TUGAS PENYELIA ASRAMA / PENYELIA ASRAMA RENDAH


1.                   Waktu bertugas ialah 8 jam
2.                   Memesan bahan-bahan mentah dan lain-lain bahan keperluan dapor dari kontraktor. Mempastikan tindakan yang sewajarnya kepada kontraktor yang tidak dapat membekalkan barang-barang mengikut syarat-syarat kontrak.
3.                   Melaporkan kepada Pengetua sekiranya bekalan tidak memuaskan
4.                   Mencatat bekalan dan item-item yang diterima daripada kontraktor selepas disemak,  diperiksa dan didapati betul dalam buku stok. Mencatat barang-barang yang dikeluarkan dari stor dapur untuk dimasak dan lain-lain kegunaan di dapur.
5.                   Membuat pemeriksaan stok ke atas semua barang sekurang-kurangnya sebulan sekali.
6.                   Menjaga senarai dan inventori, alat-alat perkakas dapur dan dewan makan.
7.                   Menyediakaan menu makanan, menguruskan penghidangan makanan dan mempastikan makanan dan bekalan kuih-muih dimasak dengan baik dan mencukupi untuk semua penghuni.
8.                   Menghadiri mesyurat Jawatankuasa Menu.
9.                   Mengawasi serta membuat penyeliaan pekerja dewan makan dan kakitangan asrama.
10.               Bertanggungjawab di atas  kebersihan dapur dan dewan makan.
11.               Merekod cuti tahunan dan lain-lain cuti pekerja dapur dan dewan makan.
12.               Membuat penyeliaan ketika masak di dapur.
13.               Menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa untuk menentukan kebersihan semua kamar dan kemudahan lain di bangunan asrama.
14.               Bertanggungjawab dalam semua urusan dobi mendobi.
15.               Melaporkan kepada Pengetua sebarang kerosakan alatan dan bangunan di asrama dan menghubungi pihak-pihak tertentu  untuk memperbaiki atau tindakan selanjutnya.
16.               Menyediakan senarai barang-barang dan perkakas yang rosak untuk dihapuskira setelah mendapat kebenaran Pengetua.
17.               Bertanggungjawab dalam membuat proses hapuskira barang / alatan asrama.
18.               Menyimpan dan mematuhi Pekeliling Kontrak Bekalan dan arahan-arahan dari Perbendaharaan Kementeriaan Pendidikan / Jabatan Pendidikan Negeri.
19.               Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.


D. JAWATANKUASA PENGURUSAN STAF  SOKONGAN


Pengerusi         : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan 1
                          Penolong Kanan HEM
                          Penyelia Petang
Setiausaha       : Ketua Pembantu Tadbir
Ahli                  : Pembantu Tadbir ( Sekolah dan Asrama )
                          Pembantu Am Rendah ( Sekolah dan Asrama )

KETUA PEMBANTU TADBIR

Senarai tugas;

1.       Membantu Pengetua menguruskan urusan gaji guru dan kakitangan sekolah dan menyelaraskan hal ehwal kewangan sekolah ( Akaun Kerajaan Dan Akaun SUWA ) termasuk pelarasan gaji dan elaun.
2.       Membantu Pengetua menguruskan hal-hal perkhidmatan dan perjawatan ( guru dan kakitangan sekolah ) seperti berikut:
i.                    Penyediaan penyata perubahan ( KEW.8 ), perlantikan baru dan bertukar masuk.
ii.                  Urusan pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.
iii.                Penyediaan penyata perubahan guru dan kakitangan yang bertukar keluar dan sijil gaji akhir.

3.       Membantu Pengetua, Penolong Kanan dan Penyelia Petang menguruskan hal-hal pentadbiran sekolah seperti berikut:
i.                    Mengemaskini fail-fail di pejabat.
ii.                  Mempastikan peralatan di pejabat sentiasa di dalam keadaan baik dan selamat.
iii.                Mempastikan peraturan pejabat dipatuhi oleh semua pihak.

4.       Menyelia semua staf sokongan dan asrama agar semua tugas yang ditetapkan terlaksana.
5.       Membantu pengetua mengurus/menyediakan sijil berhenti sekolah bagi pelajar-pelajar.
6.       Merangkap sebagai Setiausaha Pengurusan Staf Sokongan.
7.       Menjalankan tugas yang diarahkan Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang dari masa ke semasa.

PEMBANTU TADBIR

Senarai tugas:

1.       Membantu Pengetua menguruskan hal ehwal kewangan sekolah ( Akaun Kerajaan dan Akaun SUWA ) termasuk bil-bil untuk dijelaskan.
2.       Mengurus hal-hal perkhidmatan dan perjawatan sepenuhnya ( iaitu  merekod cuti dan cuti sakit guru-guru dan kakitangan sekolah, mengurus lkaporan perubahan gaji guru dan kakitangan serta merekod segala surat masuk dan surat keluar.
3.       Mengurus hal-hal inventori, keselamatan dan kebersihan sekolah serta melawat kawasan dan pekerja swasta. Di samping menyediakan penyata ponteng pelajar setiap bulan dan juga menyelia Pusat Sumber Sekolah.
4.       Membantu menguruskan hal-hal pentadbiran sekolah dalam urusan taip menaip seperti menaip keputusan peperiksaan ujian lisan PMR dan SPM dan peperiksaan Amali SPM dalam sijil yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dan lain-lain mengikut keperluan semasa.
5.       Lain- lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang dan Ketua Pembantu Tadbir dari masa ke semasa.

PEMBANTU AM RENDAH ( PAR )

Bidang Tugas

           
            Membantu kerja-kerja pentadbiran sekolah agar dapat melicinkan pentadbiran pejabat sekolah dengan khidmat bantu secukupnya.

Senarai tugas :

1.                   Sampai ke pejabat sekolah sebelum 7.00 pagi.
2.                   Membuka pejabat juga memasang lampu dan mempastikan buku kedatangan guru dan kakitangan sekolah berada di meja hadapan / meja menunggu.
3.                   Memastikan setiap blok ada bekalan elektrik dan air, jika tiada ambil tindakan di bilik suis di tiap-tiap blok.
4.                   Menghantar buku ganti kepada guru-guru yang berkaitan pada masa yang tepat.
5.                   Membuat salinan photostat dan reso untuk guru dan pejabat setelah mendapat kelulusan pihak pentadbir serta merekodkan penggunaan kedua-dua mesin dalam Buku Rekod Perkhidmatan Photostat Dan Reso.
6.                   Merekodkan peralatan yang diperlukan oleh guru-guru dan pejabat sekolah di dalam buku stok bagi semua barang yang keluar.
7.                   Merekodkan surat-surat masuk yang diambil di JPWP dan melalui pos serta menghantar kepada guru-guru yang berkaitan seperti minit Pengetua, P. Kanan, P. Kanan HEM di surat berkenaan.
8.                   Mengambil fail-fail yang diperlukan di dalam kabinet fail yang diperlukan oleh pentadbiran sekolah dan memasukkan semula setelah tindakan diambil.
9.                   Menghantar surat dan fail ke bilik Pengetua, P.Kanan, P.Kanan HEM dan mengambil surat-surat keluar di tray keluar dan menghantar ke meja Pembantu Tadbir Sekolah.
10.               Mengambil surat-surat di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu.
11.               Merekod kunci-kunci yang diambil oleh guru dalam Buku Pergerakan Kunci dan memastikan kunci itu dikembalikan semula.
12.               Mengecop dan merekodkan penghantaran Buku Rekod Mengajar pada pagi Sabtu dan membawa masuk ke bilik Pengetua.
13.               Waktu balik dari pejabat sekolah pukul 2.00 petang pada hari Isnin hingga Khamis dan 12.45 pada hari Jumaat dan Sabtu.
14.               Melaksanakan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Pengetua, P.Kanan, PK HEM, Penyelia Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu  Tadbir dari masa ke semasa.



TUGAS STAF SOKONGAN MAKMAL


Tugas Harian
Staf Sokongan Makmal bertugas tidak kurang daripada 8 jam ( termasuk masa makan ) pada hari persekolahan. Jadual ini ditetapkan oleh Pengetua. Mereka mestilah sentiasa berada di bilik persediaan dan dapat dihubungi apabila diperlukan. Tugasan harian seperti berikut :

1.                   Membuka pintu dan tingkap makmal pada awal pagi hari persekolahan.
2.                   Memastikan keadaan makmal sentiasa bersih dan ceria.
3.                   Menyediakan peralatan dan kelengkapan sains seperti yang dipesan oleh guru dalam buku atau borang pesanan.
4.                   Memastikan semua peralatan dan bahagian sains boleh berfungsi sebelum amali dimulakan.
5.                   Sentiasa berada di Bilik Persediaan dan dapat dihubungi apabila diperlu.
6.                   Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali.
7.                   Melaksanakan semua aspek keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan kelengkapan sains.
8.                   Mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebaakaran dan kecederaan.
9.                   Membersih, menyimpan peralatan dan kelengkapan setelah selesai setiap sesi amali.
10.               Membersih meja makmal, papan tulis, singki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu elektrik setelah selesai setiap sesi amali
11.               Mengawas dan membantu pelajar mendapat peralatan dan bahagian sains semasa amali
12.               Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
13.               Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari;
a.       Membersihkan makmal
b.       Menutup bekalan
c.       Menutup tingkap dan mengunci Bilik Makmal
d.       Menyimpan kunci Bilik Makmal mengikut arahan Pengetua.

14.               Mengambil tindakan sewajarnya dan melaporkan dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan atau kebocoran kepada Guru Kanan Sains / Ketua Panitia Sains dan Pengetua.
15.               Menjalankan tugas lain yang diamanahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan Sains  dari masa ke semasa.


Tugas Khas Pada Hari Sabtu

Selain daripada tugas harian, staf sokongan makmal juga bertanggungjawab menjalankan tugas khas pada hari Sabtu seperti berikut :

1.                   Membantu Ketua Panitia Sains mengemaskini rekod stok.
2.                   Menyedia reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya.
3.                   Menokok larutan kimia ke dalam botol reagen dan menukar label pada botol reagen, jika perlu.
4.                   Mengubahsuai bahan tempatan kepada boleh diguna dalam amali sains.
5.                   Membantu membaikpulih peralatan sains yang telah rosak.
6.                   Mengecas akumulator jika perlu.
7.                   Menyelenggara peralatan dan bahan sains dengan selamat dan sistematik
8.                   Menyelenggara mikroskop, kanta, neraca, slad, carta, model dan sebagainya.
9.                   Membersih singki serta menceriakan makmal.
10.               Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan merbahaya disimpan mengikut peratuaran yang ditetapkan.
11.               Memastikan kit pertolongan cemas serta alat merncegah kebakaran sentiasa lengkap dan berfungsi.


Tugas Khas Semasa Cuti Sekolah

Staf Sokongan Makmal bertanggungjawab menjalankan tugas khas semasa cuti seperti berikut :
1.                   Mengecat permukaan meja makmal dan peralatan sains jika perlu.
2.                   Menyemak dan mengemaskini stok makmal.
3.                   Membantu Ketua Panitia dalam kerja hapuskira dan pelupusan.
4.                   Membersih dan menceriakan bilik makmal.
5.                   Membantu pihak pejabat menguruskan pentadbiran sekolah seperti menyiapkan sijil berhenti sekolah pelajar, mengemas kini fail-fail pejabat dan lain-lain yang di arahkan oleh Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang, Ketua Pembantu Tadbir Dan Pembantu Tadbir.


No comments: