Pengalaman Kerjaya
Kalendar Islam
laman blog pendidikan agama dan sains sosial
RESEPI KEJAYAANKU
Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.
Search This Blog
FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an
SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.
Sunday, September 30, 2012
06 Opick Haji free mp3 downloads
Tuesday, September 25, 2012
Isu dalam penilaian prestasi pegawai pendidikan dan cara
penyelesaian isu
Mukaddimah
Penilaian
Prestasi Tahunan ( LNPT) setiap tahun menjadi isu hangat setelah diisytiharkan
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) di sesebuah sekolah. Rasa ketidakadilan dan ketidaktelusan
pengetua dipertikaikan. Tuduhan pilih kasih , membodek dan kipas angin sentiasa
kedengaran. Kadang-kadang guru –guru tidak diberitahu markah yang diperolehi
dalam LPNT dan kebanyakan guru mengambil sikap senyap tentang LNPT mereka.
Mandat /
Punca Kuasa
1.
Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002.
2.
Surat
pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun
2007.
3.
Surat
pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 2001.
4.
Surat
pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2009.
5.
Penentuan
Pegawai Awam ( Perlantikan , Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan )
2005-P.K (A) 176/2005
Dasar
Penilaian Prestasi yang Objektif , Adil dan Telus
Objektif
ialah Berasaskan kenyataan atau fakta sebenar tidak dikuasai atau dipengaruhi
oleh perasaan atau prasangka sendiri
Adil
ialah Meletakkan sesuatu pada tempat yang betul dan menepati hak seseorang atau
sesuai.
Telus
ialah Mudah difahami atau diketahui ( tiada hal yang tersembunyi atau
disangsikan)
Isu-isu
1.
Pegawai /
Guru Yang Dinilai ( PYD )
1.1 Personaliti guru
Personaliti guru adalah perkara asas yang dilihat
dalam penilaian dan seserang guru itu dilahat sejauhmana komitmen dan
pencapaiannya dalam prestasi kerja. Personaliti adalah penyumbang besar dalam
memberi persepsi awal peratusan prestasi pada pandangan pentadbir. Personaliti
menarik adalah pakej penting dalam kerjaya seorang guru.
1.2 Penampilan guru dalam profesion keguruan
Persoanaliti menarik akan menampakkan ketrampilan
seseorang guru dalam profesion kerjayanya. Murid berasa senang dan mesra dengan
seorang guru yang menampakkan sifat kebapaan dan keibuannya serta watak seorang
guru. Seorang yang senang didampingi dan kehadirannya dapat dirasai oleh kawan
sejawatan dan murid-muridnya. Tunjuk ajarnya mudah diikuti oleh sesiapa saja
yang bersamanya. Penampilan guru secara professional amat penting dalam
menentukan penilaian prestasi kerjayanya oleh pentadbir.
1.3 Kemahiran dan penguasaan dalam core subjek
Penguasaan guru terhadap subjek utamanya sangat
penting. Murid dapat menilai guru sekiranya guru tidak mengusai sesuatu subjek
dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bagaimana guru menyampaikan
maklumat dan ilmu kepada murid dan cara
menangani persoalan yang timbul dalam proses perbincangan subjek tersebut.
Impaknya ialah kefahaman murid seterusnya jawapan mereka dalam skrip jawapan
peperiksaan. Lazimnya sekiranya murid memahami apa yang diajar oleh guru mereka
akan score dalam subjek tersebut. Keputusan peperiksaan murid juga merupakan
perkiraaa asas dalam penilaian prestasi seorang guru.
1.4 Tahap keilmuan
Seseorang guru hendaklah bersifat terbuka dan
bijak dalam menangani masalah murid dan guru serta bijak berkomunikasi dengan
penrtadbir. Kebijaksanaan dan kematangan dalam menyelesaikan masalah adalah
berasaskan ilmu pengetahuan dan asas imu kepakarannya. Kepakaran ini dapat
mempengaruhi pentadbir dalam menilai tahap kebijkasaan dan komitmen guru.
2.
Komitmen dan
performance
2.1 Persediaan mengajar
Guru hendaklah membuat persediaan mengajar sehari
sebelum mengajar dan seminggu sekali mengikut peranacangan tahunah dan mingguan
dalam Rancangan Pelajaran ( RP ). Persediaan ini semestinya guru berfikir
bagaimana untuk muridnya boleh memahami apa yang diajar dan berlaku P&P secara
berkesan di mana murid belajar dan guru mengajar dan di akhir pengajaran
refleksinya amat memuaskan.
2.2 Menguasai tajuk pengajaran
setiap tajuk yang diajar mesti dikuasai oleh guru
untuk dipersembahkan kepada murid kelas dengan berkesan.
2.3 Mengendalikan latihan kemahiran pelajar
2.4 Latih tubi dan pemeriksaan hasil kerja pelajar
2.5 Keprihatinan kepada pelajar
3.
Agihan tugas
3.1 Agihan tugas mengikut kepakaran dan minat guru
3.2 Agihan tugas secara ‘rotate’ tugasan sebagai asas
kepakaran dan kemahiran guru
3.3 Komitmen terhadap tugas akademik, HEM dan koko
4.
Pegawai
Penilai Pertama ( PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPD)
4.1 Persepsi
Persepsi pentadbir biasanya terbentuk dengan
pemerhatian tingkahlaku guru dan perubahan dalam melaksanakan tugas yang
diamanahkan.
4.2 Empty
Pentadbir seharusnya telus de ngan guru dan
pegawai bawahannya dalam menialai prestasi.
4.3 Sentimen peribadi
Isu ini kadang-kadang dikaitkan bersama dlam memberi
penilaian. Seharusnya elakkan dan berupa satu kesalahan dlam etika penilaian
bahawa sentimen ini dijauhi dan dihindari oleh penilai dan guru sebagai
pegawai.
Cara
penyelasaian isu.
1.
Pegawai Yang
Dinilai ( PYD )
1.1 Penampilan diri sebagai pegawai professional dan
berwatak serta bermaruah
1.2 menjaga etika keguruann dan sentiasa menampilkan diri
sebagai seorang guru penyayang , beradab dan disenangi oleh pelajar dan rakan
1.3 Sentiasa menambah ilmu dan up to date pengetahuan
terutama dalam ICT dan dibidang berkaitan kepakaran dan pengkhususan.
2.
Komitmen dan
performance
2.1 Sentiasa berfikir bagaimana persediaan untuk mengajar esok hari supaya berkesan dan pelajar suka
dan memahami pengajaran. Semua idea bernas ditulis di dalam buku persediaan
mengajar termasuk ABM.
2.2 Guru menguasai tajuk pengajaran dengan mengulangkaji
tajuk untuk dipersembahkan kepada pelajar dengan cara yang terbaik dan
berlakunya maklumbalas dan refleksi positif
2.3 Memeriksa dan menyemak buku nota dan latihan pelajar
mengikut KPI yang ditetapkan.
2.4 Terapkan kasih sayang kepada semua pelajar yang diajar
dan mengajar dengan benar kerana Allah.
3.
Agihan tugas
3.1 Guru hendaklah memberitahukepakaran dan minat serta
memohon jawatan yang sesuai agar pihak pentadbir dapat membuat
pertimbangan yang sewajarnya.
3.2 Guru hendaklah menerima tugasan yang diberi sebagai
latihan kepakaran dalam pengurusan pelajar di sekolah. Guru perlu belajar
perkara yang tidak tahu dan jangan menolak tugas tanpa alasan yang munasabah.
3.3 Guru hendaklah menerima agihan tugas dalam tiga
tugasan besar yang melibatkan pengurusan sekolah.
4.
PPP dan PPD
4.1 Persepsi seorang pentadbir terhadap seorang guru setelah
melihat komitmen guru terhadap tugas yang diberi. Kemudian mengukur sejauhmana
perfomance guru dalam setiap tugasan yang dibuat. Semua pemerhatian dan
perbincangan direkod dari masa ke
semasa. Seorang pentadbir yang telus dan empty akan menasihati dan membimbing
pegawai ke arah membuat penambahbaikan setelah perbincangan dilaksanakan di pertengahan
tahun.
4.2 Pentadbir hendaklah menerima pegawai secara ‘empty’
dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang sewajarnya agar hak mendapat prestasi
cemerlang pegawai tercapai dan pegawai terbimbing untuk melaksanakan tugas dengan
cemerlang.
4.3 Pentadbir hendaklah mengelakkan sentimen peribadi dlam
membimbing pegawai dan memberi prestasi kepada pegawai. Elakkan sentimen
pentadbir dan pegawai menjadi isu hangat di sekolah.
Penutup
Sebagai seorang
yang profesiaonal samada seorang pentadbir atau seorang guru yang dinilai hendaklah berpegang kepada etika kerjaya dan
nilai-nilai murni dalam melaksanakan kerja secara professional dan bermaruah. Sebagai
pentadbir dan guru yang profesional hendaklah sentiasa meneliti dan sedar
bahawa ciri-ciri penilaian prestasi yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam seperti berikut adalah asasnya :
1.
PYD adalah aset
yang boleh dimajukan.
2.
Berterusan sepanjang
tahun.
3.
Berdasar pencapaian
kerja sebenar.
4.
Tidak pilih
kasih.
5.
Tidak dibuat
secara tergesa-gesa.
6.
Tidak dipengaruhi
oleh prestasi tahun sebelum.
7.
Tidak terlalu
linient.
8.
Tidak mengambil
jalan mudah dengan memberi markah dari lingkungan pertengahan tahun.
9.
Tidak memberi
perhatian terhadap perkara yang boleh memepengaruhi penilaian.
Disediakan oleh
Puan Maznah binti Ahmad
Peserta NPQEL Ambilan 2/2012 Sem2
Monday, September 24, 2012
Thursday, September 20, 2012
Majlis Taklimat Program X A Plus F2F
Wednesday, September 19, 2012
Tekun menyiapkan Projek NPQEL umi
Dah beberapa hari menemani umi menyiapkan kerja projek NPQELnya . Sabtu lepas ke Putrajaya menemani Umi berdiskusi dengan kawan-kawannya tentang projek tersebut. malam tadi tolong scan semua dokumen yang ingin dilampirkan dan malam ini pula scan gambar dan edit tulisanya serta masukkan gambar bagi menlengkapkan projeknya. Besok harap dapat send ke penyelianya di IAB
Umi bersama kawan-kawan NPQEL dan Dr.Sham e Learning ICT
Ketekunan Umi insyallah akan mendapat kejayaan dlam program NPQEL dan lepas ni bolehlah jadi pengetua kat Hisamuddin.
SMK Jalan Kebun Klang adalah sekolah Umi membuat projek penandaarasan pertama
Umi bersama kawan-kawan NPQEL dan Dr.Sham e Learning ICT
Ketekunan Umi insyallah akan mendapat kejayaan dlam program NPQEL dan lepas ni bolehlah jadi pengetua kat Hisamuddin.
SMK Jalan Kebun Klang adalah sekolah Umi membuat projek penandaarasan pertama
Monday, September 17, 2012
Puasa Enam Syawal
Puasa Enam Syawal
Oleh: Ustaz Shauqi
Diriwayatkan
daripada Abu Ayyub al-Ansariy bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam
hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( Hadis Riwayat
Muslim)
Hadis di atas
menunjukkan betapa beristiqamah dalam melakukan ibadah puasa menghasilkan
ganjaran dan pahala yang banyak di sisi Allah. Justeru, apabila selesai
menunaikan puasa di bulan Ramadhan, tidak wajar terhenti amalan puasa setakat
itu sahaja, bahkan amat digalakkan untuk meneruskan amalan puasa dalam bulan
Syawal sebagai suatu kesinambungan daripada puasa Ramadhan.
Puasa enam hari
dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berturutan atau pun tidak. Hal ini
kerana ungkapan hadis itu bersifat mutlak iaitu boleh memilih mana-mana enam
hari dalam bulan Syawal untuk melaksanakan puasa sunat. Namun begitu, bersegera dalam melaksanakan puasa enam
adalah lebih utama. Begitu juga tidak diwajibkan
untuk melaksanakan puasa enam dalam bulan Syawal secara terus menerus akan
tetapi hal itu adalah lebih utama. Kata Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya,
Mughni Muhtaj, puasa enam elok dilaksanakan secara berturut-turut tetapi
sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan.
Antara fadilat puasa enam ialah mereka
yang melaksanakan puasa enam akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun
sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Para ulama menghuraikan rahsia
di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda
Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa
pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam
pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."
Manakala
di dalam kitab Sabil al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan
manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan
diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula
diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai
jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.
Tambahan
daripada itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya
seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini
kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari. Ini
seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata
kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa
diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk
taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan
hawa nafsu.
Antara manfaat puasa enam hari pada bulan
syawal juga adalah sebagai kesinambungan amalan yang dikerjakan seorang hamba
untuk mendekatkan diri kepada Rabbnya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan
berlalunya bulan mulia ini.
Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai
membayarnya di bulan Syawal, kerana hal itu mempercepat proses pembebasan
dirinya daripada tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal, dengan
demikian ia telah melakukan puasa ramadhan dan mengikutinya enam hari di bulan
Syawal.
Namun
begitu, dalam hal mana yang perlu diutamakan sama ada berpuasa qada' terlebih
dahulu atau berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, terdapat 3 pandangan
mengenainya, iaitu:
1.
Pandangan Pertama : Qadha dahulu , kemudian barulah kerjakan puasa sunat.
Dalilnya ialah hadis nabi "sesiapa yangg berpuasa Ramadhan dan diikuti
dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang
tahun". Jadi, dalam hadis ni menyatakan kena selesaikan puasa ramadhan dahulu,
kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat syawal. Oleh yang demikian, hendaklah diqadha
terlebih dahulu puasa Ramadhan yang ditinggalkan, kemudian barulah sambung
dengan puasa sunat.
2.
Pandangan Kedua: Laksanakan puasa sunat
Syawal terlebih dahulu, kemudian baru qadha'. Hal ini disebabkan puasa sunat Syawal waktunya terhad hanya dalam
bulan Syawal sahaja, manakala qada' puasa boleh dibuat dalam jangka masa yang
lebih panjang. Ia berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang
puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah
berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu
mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah
SAW." (Sahih Muslim). Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah, sudah
tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, iaitu Aisyah tidak melaksanakan
puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau
mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat
enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.
3.
Pandangan Ketiga: hendaklah berniat puasa qada' dan apabila puasa qada'
tersebut berbetulan dgn hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala
puasa sunat sekali. Ia berdasarkan Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama
fiqh seperti Syeikh Zakariyya al-Ansoriy, Syeikh 'Atiyyah Saqr dan
kebanyakan ulama' Syafi'yyah. Apabila amalan wajib
dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat
akan turut diperoleh. Contohnya apabila masuk ke dalam masjid dan
didapati solat fardu sedang dikerjakan maka hendaklah terus menunaikan
solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyyatul masjid juga akan
terhasil. Syeikh Zakariyya al-Ansoriy menyatakan apabila berpuasa qada'
dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.
Kesimpulannya,
hendaklah diqada' terlebih dahulu puasa untuk membayar
hutang yang wajib terlebih dahulu, dan sekiranya ada kesempatan lagi... boleh diteruskan
pula dgn puasa sunat. Akan tetapi kalau tidak berkesempatan, maka moga-moga
puasa qada' yg dilakukan pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam
sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)