Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU DAN HIJRAH

Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa.
Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.
Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.*
(9) Lemas Firaun.*
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.*
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.*
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.*
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.*
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.*
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.*
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Konsep hijrah
Hijrah senang disebut tetapi begitu besar erti pengorbanan yang mesti dilakukan oleh pelakunya dalam merealisasikan konsep hijrah itu. Seseorang yang ingin berhijrah atau berpindah meninggalkan rumahnya yang lama sudah terasa beratnya apatah lagi mahu berpindah negeri atau negara meninggalkan tempat kelahiran samada secara rela atau paksa. Begitu juga dengan azam berpindah daripada sesuatu keadaan yang buruk kepada keadaan yang baik, daripada peperangan kepada keamanan yang telah lama diidamkan oleh masyarakat sedunia terutama umat yang tertindas. Hijrah bukan cukup pada slogan tetapi mesti dilaksana di alam yang nyata barulah nampak jelas keberkesanannya. Bukan mudah melaksanakan hijrah jika tiada di sana usaha yang bersungguh dengan perancangan yang rapi.
         Dunia umat Islam menyambut ketibaan tahun baru 1424H dalam memperingati peristiwa besar yang pernah dilaksanakan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat iaitu Hijraturrasul s.a.w dari bumi Mekah ke bumi Madinah di mana sambutan tahun ini dalam suasana cemas dan kebimbangan terutama menunggu arahan terakhir Amerika Syarikat dalam menyerang bumi Iraq. Senario ini telah membawa kepada penghijrahan penduduk Iraq ke kawasan selamat. Di sana ada sedikit perbezaan antara Hijraturrasul s.a.w dengan hijrah penduduk Iraq iaitu hijrah nabi bukan sebagai pelarian kerana apabila tiba di Madinah, baginda s.a.w telah dilantik menjadi pemimpin Daulah Islamiah Pertama Madinah sehingga memungkinkan Islam merajai dunia dengan keadilannya sedangkan hijrah penduduk Iraq tidak lebih daripada pelarian yang dihina dan mengharap simpati daripada orang lain. Nabi s.a.w dan para sahabat dihalau oleh keluarga dan bangsa sendiri kerana Islam sehingga terpaksa meninggalkan Mekah sedangkan penduduk Iraq dihalau oleh tentera asing kuffar begitu juga penduduk Palestin dihalau oleh regim asing zionis yahudi dari tanahair sendiri juga kerana Islam. Hijrah nabi telah merubah kedudukan Islam dan umatnya daripada dihina dan ditindas kepada agama yang memerintah dan dipandang mulia sedangkan hijrah umat Islam hari ini menambahkan lagi kehinaan dan penindasan yang diterima. Hijrah nabi bersama berdirinya Daulah mengakhiri penindasan yang diterima sebelum ini malah Islam mengorak langkah bermula dari sana untuk menguasai dunia sedangkan hijrah umat Islam hari ini bagaikan tiada arah tuju dan tiada berakhir yang menyebabkan satu demi satu negara umat Islam menjadi padang jarak padang terkukur. Dulu bangunan berdiri megah tetapi kini tercacak batu nisan memenuhi tanah perkuburan.
        Oleh itu seluruh umat Islam mestilah kembali semula kepada ajaran Islam yang menyeluruh. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermasud : Tiada lagi hijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain selepas Pembukaan Kota Mekah tetapi apa yang ada ialah hijrah pada niat dan jihad. Memahami kehendak pesanan nabi ini maka umat Islam mesti memperbetulkan niat dalam setiap tindakannya iaitu untuk memperjuangkan Islam dengan setiap kemampuan yang ada. Umat Islam juga mesti semarakkan lagi semangat jihad dalam mengembalikan semula pelaksanaan seluruh sistem Islam dalam negara agar ia mampu mengubah kedudukan umat Islam daripada terus berlutut di kaki kuffar yang tidak berhati perut kepada suatu umat yang mampunyai jatidiri. Suara umat Islam tidak lebih daripada salakan anjing menyalak bukit jika hanya tahu bersuara tetapi tidak mahu mengamalkan sistem Islam dengan terus tunduk kepada sistem ciptaan kuffar terutama yahudi. Seseorang pesakit sepatutnya mengambil ubat mujarab yang diberi oleh doktor pakar jika mahu sihat bukannya menggunakan racun yang dihulurkan oleh musuh. Begitu juga dengan umat Islam di mana dalam mengubati penghinaan yang diterima mesti mengambil wahyu Allah melalui tunjuk ajar rasulNya bukannya menelan bulat sistem sesat yang sememangnya dicipta oleh musuh untuk menjajah umat Islam

Maani Hijrah
a.      Hijrah dan daulah merupakan dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain serta tidak boleh dipisahkan. Menjadi suatu kesalahan yang besar bagi mereka yang hanya menyebut tentang Hijraturrasul tetapi tidak mengaitkannya dengan pembinaan Daulah Islamiah yang unggul kerana ia bagaikan suatu usaha ke arah menyembunyikan tentang antara matlamat utama kepada kebenaran hijrah itu sendiri iaitu menegakkan sebuah Daulah Islamiah yang memastikan agama bukan setakat untuk masalah individu tetapi turut merangkumi masalah kemasyarakatan dan negara.
b.      Hijrahnya nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut menghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, umat tertindas kepada umat bergerak cergas, umat yang melarat kepada umat berdaulat, dakwah yang bergerak dalam lingkungan yang terbatas kepada masyarakat yang lebih luas, penekanan terhadap aqidah dan ibadah kepada pelaksanaan semua sistem kehidupan termasuk pemerintahan dan sosial
c.      Hijrah memastikan umat Islam terus maju ke hadapan bersama suluhan wahyu bukannya berundur ke belakang akibat tertipu oleh nafsu.
d.      Hijrah membina suatu identiti umat Islam yang tersendiri yang bukan sahaja terkehadapan dalam memajukan diri malah menjadi contoh teladan yang baik kepada umat lain. Umat Islam yang mempunyai sikap jatidiri yang tinggi telah dihasilkan daripada hijrah di mana mereka seumpama ikan dilaut yang isinya tetap manis walau pun hidup dalam air masin. Memahami kepada konsep hijrah itu sendiri iaitu berubah daripada suatu tahap yang kurang baik kepada yang terbaik daripada sebelumnya maka kita sebagai umat Islam yang hidup pada zaman yang penuh dengan fitnah cubaan dunia mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam menghayati konsep hijrah ini. Adalah suatu yang amat malang bagi seseorang yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk berbanding hari ini.
e.      Umat Islam yang benar-benar berjaya dalam melakukan penghijrahan ke arah yang terbaik mestilah memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap sistem Islam itu sendiri. Bagi melahirkan keyakinan maka ia disemai melalui budaya ilmu yang tidak mengerti istilah penat dan jemu serta tidak dibatasi oleh usia dan kerjaya. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang inginkan kebahagiaan dunia maka dia mestilah berilmu, sesiapa yang ingin mengejar kebahagiaan hakiki di akhirat maka dia juga mestilah berilmu dan sesiapa yang ingin kebahagiaan di dunia dan akhirat lagi dituntut agar memiliki ilmu. Kita mengambil contoh bagaimana tindakan tegas Sayyidina Umar al-Khottab yang mewajibkan setiap peringkat rakyatnya bermula daripada pegawai kerajaan sehinggalah rakyat jelata mesti menghadiri majlis ilmu samada sebagai guru yang mengajar atau murid yang belajar yang menyaksikan bagaimana suburnya budaya ilmu sehingga banyak perubahan ke arah kemajuan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat dicapai. Budaya belajar yang terhenti setakat untuk mendapat sijil bagi memperolehi kerja dan harta telah memusnahkan budaya ilmu kepada umat Islam sehingga mereka hanya bergerak untuk memenuhi kehendak peribadi bukannya sama-sama berganding bahu secara sukarela dalam memajukan umat. Masalah ini semakin parah apabila serangan dan tekanan terhadap pengajian agama dan pemahaman yang menyeluruh tentang sistem Islam yang lengkap terus berlangsung. Tetapi ini semua mesti dijadikan suatu cabaran untuk dihadapi dengan bijaksana sehingga kita mampu mencapai kejayaan bukannya ia dijadikan alasan untuk berhenti daripada melakukan hijrah ke arah yang terbaik. 
           Umat Islam wajib berubah ke arah keadaan yang terbaik sebagaimana yang pernah dicapai oleh tamadun Islam sebelum ini. Umat Islam patut sedar bahawa sebenarnya datuk moyang kita telah mencapai kegemilangan tamadun yang penuh bernilai dan berharga sehingga ia terlepas daripada tangan akibat kelalaian dan kealpaan umat Islam sendiri yang membuka ruang kepada musuh untuk merobek serta memusnahkannya sebelum musuh itu membina kemajuan tamadun mereka hasil meniru terhadap tamadun yang pernah ditegakkan oleh umat Islam tetapi dibuang ruh Islamnya. Adakah kejayaan umat Islam terdahulu hanya mampu didengar dan dibaca sahaja oleh umat hari ini tetapi tidak mampu diteladani. Mengapa musuh Islam mampu mencapai kegemilangan tamadun kebendaan hasil meniru tamadun umat Islam silam sedangkan kita tidak berbuat demikian sebaliknya hanya menjadi 'pak turut' terhadap kehendak musuh sehingga umat Islam terus ketinggalan dari sudut tamadun kebendaan dan hampir musnah dalam tamadun kemanusiaan. Umat Islam yang digelar umat contoh dan terbaik dari kalangan umat manusia ialah suatu umat yang menegakkan sistem Islam dengan seluruh keupayaan mereka bukannya setakat apa yang dipersetujui oleh nafsu. Sesuatu umat hanya mampu berubah bermula daripada perubahan yang dilakukan oleh diri mereka sendiri. Bilakan identiti umat Islam kembali terserah pada perkataan dan tindakan meeka sehingga mampu membina kembali tamadun yang gemilang. Bersediakah kita untuik melakukan perubahan atau kita terus mahu menjadi umat yang jumud yang hanyut dalam khayalan dan mimpi sendiri tanpa bergerak untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik. Kini bukan masa untuk hanya bercakap kosong tetapi sekarang adalah masa untuk merancang dan bertindak sehingga perubahan dapat dibuat dengan baik dan bijaksana. 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 
doa2.jpg
doa1.jpg

Friday, December 31, 2010

gambaran qiamat

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ - Pemimpin yang adil.


ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".


ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.


② Doa anak²nya yang soleh.


③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber: Amar Sufi

Saturday, September 25, 2010

Tips Mendidikan Anak-anak Islam

Sebahagian tips-tips/guideline mendidik anak.

* Pastikan anak-anak menghafaz al-quran setiap hari, 1,2 atau 3 ayat

misalnya, maka secara automatic masa anak-anak yang tak berfaedah seperti

terlalu banyak menonton tv dikurangkan di samping mendidik tabiat yang baik.

* Bagi yang suka membaca dan untuk menerapkan tabiat membaca, mungkin rakbuku boleh disediakan di rumah.

* Adalah penting kita berdoa suapaya keluarga kita ditetapkan dalam iman

* Mengajar doa dan zikir dan mengalakkan pengamalamannya dalam kehidupan seharian.

* Membaca tafsir bersama isteri dan anak-anak.

* Adalah penting untuk kita mendisiplinkan diri sendiri dalam masa kita mendisiplinkan anak-anak kita.

* Kita tak boleh lepaskan pada cikgu saja, jika tidak ia mungkin tak mencukupi atau ia tidak dapat diamalkan di rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh pada anak-anak.

* Kita perlu mendidik anak kita sensitive (peka) dalam perkara agama, inilah cara mendidik anak yang bertakwa, mendidik anak kita supaya sedar bahwa islam adalah cara hidup.

* Anak perlukan role model, maka ibu bapa perlu membaca Quran setiap hari.

* Penting kita berkomunikasi dengan anak-anak, sewaktu makan, dan sebagainya.

* Adalah lebih mudah untuk kita dapatkan quality time bersama anak2 , oleh itu manfaatkan peluang ini.

* Anak kita banyak mendapat pendedahan role model dari barat, kenapa tidak mereka belajar role model (i.e. sahabat misalnya). Berikan kepada mereka assignment every week dan biar mereka berkongsi apa yang mereka belajar.

* Perhubungan (relationship) dengan anak-anak sangat penting, lebih-lebih lagi teenagers (remaja). Bila mereka remaja, layan mereka sebagai kawan (seperti dewasa, bukan anak-anak kecil yang diarah begitu saja). Sebaliknya biar mereka faham. Mereka perlu rasa hormat dan cinta kepada ibu bapa dalam masa yang sama. Biar mereka cari ibu bapa dan bukan kawan2, bila timbul masalah. Adalah penting mereka membesar dalam persekitaran yang baik.

* Akhir sekali dalam apa-apa amalan pun, istiqamah itu penting supaya ia berhasil

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:

Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua:

Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:

Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat:

Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

3. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting. Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

6. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal. Anak cemerlang bermula daripada ibu bapa cemerlang.

Daripada Abdullah ibn Masud R.A katanya:

’ aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “ Apakah amalan yang paling dikasihi Allah ?”.Pertama: Sembahyang pada waktunya. Kedua: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA. Ketiga: Berjihad di jalan Allah.

1. Berbicara dgn sopan dan lemah lembut setiasa rendah suara dan pandangan mata dengan ibu bapa.
2. Minta izin sebelum melakukan sesuatu spt hendak keluar rumah.

3. Jaga kesopanan di hdpn ibu bapa seperti waktu makan, berjalan dsbnya.

4. Cium tangan ibu bapa setiap pagi dan malam.

5. Mendahulukan ibu bapa dalam segala hal.

6. Memberi salam atau ucapan ucapan yang sopan atau penghargaan apabila berjumpa atau berhadapan dengan guru.

7. Memandang guru dgn rasa hormat.

8. Berdiri atau duduk dengan sopan sewaktu bercakap dan sewaktu guru sedang mengajar tunjukkan minat terhadap apa yang diajar.

9. Jangan sekali kali memperkecil atau mencabar kebolehan guru.

10. Anak anak harus diajar hak hak jiran dan wujudkan silaturrahim.

11. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa

Konsep Penandaarasan

PENGENALAN


"Benchmarking" dalam Bahasa Melayu adalah Penandaarasan. Konsep ini adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau "istiqamah" untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Melalui IPA, Kerajaan telah memperkenalkan konsep ini dengan hasrat Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil langkah atau tindakan proaktif dalam membuat sebarang urusan perkhidmatannya. Kecemerlangan pasti akan dapat kita capai dengan belajar dari kejayaan- kejayaan orang lain. Istiqamah merupakan suatu tuntutan kepada umat manusia yang inginkan kejayaan, kesejahteraan dan kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.

Konsep Penandaarasan

Penandaarasan adalah suatu alat untuk mengenalpasti dan mencapai kejayaan. Sebuah organisasi akan meninjau dan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik suatu produk, proses atau perkhidmatan. Sebagai contoh: Perkhidmatan Awam Brunei mungkin akan meninjau Perkhidmatan Awam negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan lain-lain bagi meninjau dan mempelajari amalan-amalan yang telah membuktikan kejayaan cemerlang mereka terhadap sesuatu projek atau proses kemajuan yang serupa untuk dibuatkan sebagai tanda aras di negara ini. Dengan memulakan konsep Penandaarasan ini Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam akan dapat melaksanakan EMPAT langkah penting seperti berikut:

1. mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang perlu ditambahbaik;

2. mengenalpasti amalan-amalan terbaik bagi proses kerja berkenaan;

3. mengkaji proses kerja berkenaan; dan

4. menggunakan daya kreativiti untuk merekacipta semula proses kerja berkenaan sesuai dengan sosio- budaya kita kearah melaksanakan yang terbaik sahaja.

Faedah Penandaarasan

Perkhidmatan Awam akan dapat:

1. mendorong agensi kerajaan menjalankan penambahbaikan yang berterusan;

2. menggerakkan agensi kerajaan untuk mengamalkan konsep pembelajaran setiap masa dari pihak lain;

3. mengelakkan kita bersikap selesa akan prestasi masakini dan merangsang kita mencari idea atau pendekatan baru;

4. membantu warga perkhidmatan awam dalam meningkatkan kepakaran dalam suatu proses kerja;

5. mewujudkan silaturrahim dengan rakan rujuknya dengan cara perkongsian maklumat;

6. membolehkan agensi yang berprestasi tinggi membantu agensi yang sedang melaksanakan penandaarasan; dan

7. melengkapkan usaha TQM.

MODEL Penandaarasan




Penandaarasan Memeriksa atau Menilai APA yang Terpenting

Pembelajaran Kejayaan Pemeriksaan atau Penilaian Penandaarasan menilai ke tahap dimana sesuatu organisasi itu berjaya mencapai misinya dari perspektif rakan rujukan utama. Adalah lebih penting penilaian di fokuskan kepada faktor-faktor misi yang kritikal sahaja. Penandaarasan yang berjaya dan berkualiti tinggi akan mengenalpasti faktor-faktor kritikal bagi mencapai kejayaan misi mereka.

Sunday, September 5, 2010

BERPUASA DI BUMI WAQAFAN KISAS SBT

alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa di bumi waqaafan KISAS bersama anak-anak didik tersayang putera dan puteri yang banyak mengajar erti kehidupan sebagai satu amanah. program ihya' ramadan di semarakkan dengan pelbagai aktiviti seperti solat terawih berjemaah di surau dan masjid sultan sulaiman yang mengimbau kembali tahun 82 semasa belajar di KIK. kemuncak program ialah program iftar jamai di mana semua putera dan puteri berkampung di kawasan kolej dari jam 2.30 petang hingga 8 pagi esoknya. program dipenuhi dengan majlis khatam al quran, tazkirah oleh ALKIS , iftar, sambutan ambang merdeka jam 12 malam kemudian disusuli dengan qiamullail dan kukiah subuh. semua putera tidur di dewan besar.

Wednesday, April 28, 2010

Majlis Makan Beradab dan Sambutan Hari Lahir Putera dan Puteri KISAS

Pada 27 dan 28 April Asrama KISAS SBT telah mengadakan Sambutan Hari Lahir bulan Jan, Feb, Mac dan April  dan majlis makan beradab untuk puteri dan puteri KISAS SBT  kali 1 Tahun 2010. Sambutan alhamdulillah amat membanggakan.

Thursday, April 22, 2010

Pengalaman berada di KISAS SBT

Malam ini adalah malam pertama aku berceramah dalam kuliah maghrib di Masjid Bandar Diraja Masjid Sulaiman 21 April 2010 setelah memegang jawatan sebagai PK HEM KISAS sejak Oktober 2009.

Tuesday, October 20, 2009

bersyukur alhamdulillah

alhamdulillah allah murahkan rezki dan allah sahaja yang tahu untuk diri ini. aku dpat tawaran kenaikan pangkat iaitu sebagai penolong kanan hem di kisas. semga perrancangan kerjaya aku akan menjadi kenyataan.

tahun 2009 ada 3 perkara menjadi target aku sekeluarga;
1. pembinaan homestay di pekan batu 6 kt
2. pembeliaan tanah seluas 5 ekar denganharga RM125,000.00
3. pembeliaan kereta baru nissan frontier RM55,000.00