Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Thursday, September 20, 2012


Selamat Hari Jadi kepada Amir Fathurahman

Majlis Taklimat Program X A Plus F2F



Objektif:
Melahirkan pelajar  SPM -  67 % ( 215 orang ) mendapat 11 A ( 9A – 11A)  dan 44 orang  11A+  dan Minimum 8A.
}Melahirkan pelajar STPM dan STAM 100% 4P dan 10 Mumtaz
}Fokus dalam pelajaran
}Mengurus masa dengan wajar ( kualiti masa )
}Meningkat tahap munajat / mujahadah dan tawakkal kpd Allah

Wednesday, September 19, 2012

Tekun menyiapkan Projek NPQEL umi

Dah beberapa hari menemani umi menyiapkan kerja projek NPQELnya . Sabtu lepas ke Putrajaya menemani Umi berdiskusi dengan kawan-kawannya tentang projek tersebut. malam tadi tolong scan semua dokumen yang ingin dilampirkan dan malam ini pula scan gambar dan edit tulisanya serta masukkan gambar bagi menlengkapkan projeknya. Besok harap dapat send ke penyelianya di IAB

                             Umi bersama kawan-kawan NPQEL dan Dr.Sham e Learning ICT

Ketekunan Umi insyallah akan mendapat kejayaan dlam program NPQEL dan lepas ni bolehlah jadi pengetua kat Hisamuddin.
SMK Jalan Kebun Klang adalah sekolah Umi membuat projek penandaarasan pertama

Monday, September 17, 2012

Puasa Enam Syawal

Puasa Enam Syawal


Oleh: Ustaz Shauqi
Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansariy bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

 Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( Hadis Riwayat Muslim)
Hadis di atas menunjukkan betapa beristiqamah dalam melakukan ibadah puasa menghasilkan ganjaran dan pahala yang banyak di sisi Allah. Justeru, apabila selesai menunaikan puasa di bulan Ramadhan, tidak wajar terhenti amalan puasa setakat itu sahaja, bahkan amat digalakkan untuk meneruskan amalan puasa dalam bulan Syawal sebagai suatu kesinambungan daripada puasa Ramadhan. 

Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan secara berturutan atau pun tidak. Hal ini kerana ungkapan hadis itu bersifat mutlak iaitu boleh memilih mana-mana enam hari dalam bulan Syawal untuk melaksanakan puasa sunat. Namun begitu,  bersegera dalam melaksanakan puasa enam adalah lebih utama. Begitu juga tidak diwajibkan untuk melaksanakan puasa enam dalam bulan Syawal secara terus menerus akan tetapi hal itu adalah lebih utama. Kata Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj, puasa enam elok dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. 

Antara fadilat puasa enam ialah mereka yang melaksanakan puasa enam akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

Manakala di dalam kitab Sabil al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Tambahan daripada itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

Antara manfaat puasa enam hari pada bulan syawal juga adalah sebagai kesinambungan amalan yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Rabbnya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini. 

Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal, kerana hal itu mempercepat proses pembebasan dirinya daripada tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa Syawal, dengan demikian ia telah melakukan puasa ramadhan dan mengikutinya enam hari di bulan Syawal. 

Namun begitu, dalam hal mana yang perlu diutamakan sama ada berpuasa qada' terlebih dahulu atau berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, terdapat 3 pandangan mengenainya, iaitu:

 1. Pandangan Pertama : Qadha dahulu , kemudian barulah kerjakan puasa sunat. Dalilnya ialah hadis nabi "sesiapa yangg berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari dalam bulan Syawal, maka akan mendapat pahala sepanjang tahun". Jadi, dalam hadis ni menyatakan kena selesaikan puasa ramadhan dahulu, kemudian dilengkapkan dengan puasa sunat syawal. Oleh yang demikian, hendaklah diqadha terlebih dahulu puasa Ramadhan yang ditinggalkan, kemudian barulah sambung dengan puasa sunat.   
 2.  Pandangan Kedua: Laksanakan puasa sunat Syawal terlebih dahulu, kemudian baru qadha'. Hal ini disebabkan  puasa sunat Syawal waktunya terhad hanya dalam bulan Syawal sahaja, manakala qada' puasa boleh dibuat dalam jangka masa yang lebih panjang. Ia berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim). Ulama yang mengemukakan pendapat ini berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, iaitu Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan. 

 3. Pandangan Ketiga: hendaklah berniat puasa qada' dan apabila puasa qada' tersebut berbetulan dgn hari-hari yang disunatkan, maka akan mendapat pahala puasa sunat sekali. Ia berdasarkan Ijtihad dan pandangan yang telah dikemukakan oleh para ulama fiqh seperti Syeikh Zakariyya al-Ansoriy, Syeikh 'Atiyyah Saqr dan kebanyakan ulama' Syafi'yyah.  Apabila amalan wajib dilakukan bertepatan dengan waktu yang disunatkan, maka pahala sunat akan turut diperoleh. Contohnya apabila masuk ke dalam masjid dan didapati solat fardu sedang dikerjakan maka hendaklah terus menunaikan solat fardu berjemaah dan pahala sunat tahiyyatul masjid juga akan terhasil. Syeikh Zakariyya al-Ansoriy menyatakan apabila berpuasa qada' dalam bulan Syawal, maka pahala puasa enam akan turut diperoleh kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawal.   
Kesimpulannya,  hendaklah  diqada' terlebih dahulu puasa untuk membayar hutang yang wajib terlebih dahulu, dan sekiranya ada kesempatan lagi... boleh diteruskan pula dgn puasa sunat. Akan tetapi kalau tidak berkesempatan, maka moga-moga puasa qada' yg dilakukan pada bulan Syawal itu akan mendapat pahala puasa enam sekali.

Saturday, July 14, 2012

Rumah Ini Rumah Kita


Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita...

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja...

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa...

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita...

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya...

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.



P/S: rumah ini rumah kita, tanah ini tanah siapa?

Pesan Almarhum Ustaz Hj Hanafi:
"Kita jangan leka dalam perjuangan, kalau kita gagal, anak kita akan teruskannya, kalau anak kita gagal cucu kita akan teruskannya."

*******

"HENDAKLAH SEKALIAN KAMU MEMBUAT PERSEDIAAN SEKUASA-KUASA BAGI KAMU DALAM SEGALA KEKUATAN BAGI MENENTANG MUSUH-MUSUH ALLAH DAN JUGA MUSUH-MUSUH KAMU." (surah al-anfal:60 Al-Quran) 

Sunday, June 17, 2012

Senyum Itu Sedeqah

Senyum

Bismillah
Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Abu Dzar r.a. katanya:
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Senyumanmu terhadap saudara kamu adalah sedekah”.[1]

Suatu perkara yang menarik; pabila seseorang tersenyum, dia hanya memerlukan satu otot sahaja berbanding 37 otot untuk bermasam muka (St. Louis. 1995). Ada juga yang menyebutkan bahawa untuk senyum, seseorang memerlukan empat otot berbanding 20 untuk bermasam muka. The New York Times 19 April 1987, menyebutkan senyum memerlukan 10 otot sahaja berbanding 100 otot untuk bermasam muka. Semua kenyataan ini jelas memberi tahu kita bahawa senyuman adalah lebih mudah berbanding bermasam muka.

Namun begitu, Dr. David Song berpendapat bahawa senyum memerlukan 12 otot berbanding hanya 11 otot sahaja untuk bermasam muka. Bermakna, bermasam muka muka lebih mudah kerana penggunanaan otot yang minima. Oleh kerana itu, ramai manusia lebih gemar bermasam muka berbanding menghulur senyuman, Walaubagaimanapun beliau telah menjelaskan bahawa penggunaan otot yang lebih ketika senyum, memberi manfaat kepada wajah supaya menjadi cantik dan tegang.

Nah! Apalagi! Senyumlah...!

Islam memang indah. Walau dengan senyum, memberi banyak faedah. Walau ia kecil dan mudah, ia sangat berguna buat ummah. Oleh itu, kenapa perlu resah dan gelisah bila Islam memberi banyak faedah. Yang kecil dan mudah, pun memberi faedah, apatah yang besar seperti undang-undang dan syariah. Pasti ummah aman dan tiada gundah.

Wallahu a'lam

[1] Hadis riwayat Imam at-Tirmidzi no. 1956.

Friday, May 18, 2012

Mati itu pasti

bismillah..

 tarikh: 7 mei 2012
"Perginya Nurul Hafizah binti Faizul Aris dalam keadaan yang cukup trajis. Kereta kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori. Beliau menalipon bapanya untuk mengambil adiknya dari sekolah. Bapanya kata biarlah mereka naik bas. Namun takdir jua yang mendahului segala-galanya. Nurul Hafizah menjemput adiknya setelah mendapat kebenaran keluarganya dan akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan. Jenazah di hantar ke hospital Kulai."

"Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris SPM 2009 Generasi 11 Sekolah Menengah Islam Hidayah selamat disemadikan di Kg Parit (Ampang Tinggi) Kuala Pilah. Beliau terlibat dalam kemalangan ketika bergegas pulang mengambil adik-adik dari Sekolah Menengah Islam Hidayah JB untuk berbuka puasa hari Isnin...."


apabila disebut kematian..

M.A.T.I


Apabila aku mendapat berita itu,
ku tersentak.
apabila bergegas sampai ke hospital,
orang ramai sedang menunggu di luar,
dan apabila memasuki ke bilik itu,
ku gagahkan diri,
erat kami berpegangan tangan..
dan apabila melihat tubuh itu terbaring kaku,
dilitupi plastik hitam,
semakin erat genggaman tangan ini dgn rakan sebelah,
dan apabila menyaksikan dgn mata kepala sendiri,
Allah.. sayu hatiku,
selesai dimandikan, dan selesai dikafankan,
ku lihat dari jauh,
moga terhapusnya dosamu sepertimana hilangnya darah-darah pd anggota tubuhmu,
suci dari segala kekotoran,
dan apabila dibawa ke dalam van,
hatiku menjadi sayu,
surah yasin dibacakan di sepanjang perjalanan,
apabila sampai ke destinasi,
semakin ramai yg menziarahimu,
membacakan yasin untukmu,
alunan zikir dan doa untukmu,
turut terkesan di hatiku jua,
kalimah "la ilaha illallah, la ilaha illallah"
"sesungguhnya tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah!"
hari sudah semakin malam,
ku terpaksa berundur dahulu,
ku titipkan salam untukmu,
smoga kau sejahtera di sana yg abadi..
*maafkan aku,
tidak dapat hadir upacara pengebumian,
ku hanya mendoakan dari jauh, smoga kau beroleh syurga-Nya..
mereka yg mengenalimu juga mendoakan,
tidak putus-putus mendoakanmu,
kerna kau sahabat ter-istimewa buat kami.
perginya dikau meninggalkan kami,
Allah lebih menyayangimu,
sahabat.
kami yang masih hidup akan menyusulimu,
bila? di mana? 
hanya Allah yg lebih mengetahui,
smoga berakhirnya kami di dalam husnul khatimah,
yakni pengakhiran yang baik.
ajal maut di tangan Ilahi,
tua muda tak mengenal usia,
hanya amalan yang akan dikira.

buatmu:
almarhumah Nurul Hafizah binti Mohd Faizul Aris.
20 tahun.
dalam kenangan. [1992-2012]
seorang sahabat & classmate di bangku sekolah,
al-fatihah.
*hafizah, awaklah guru akaun saya yg terbaik. seronok belajar dgn awak.
terima kasih awak! :')
 ‎"Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan" (al-Ankabuut: 57)

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"   
(al-Ankabuut: 64)


"bersediakah kita menyambut panggilan Ilahi?"
fikir-fikirkan..



Ayuh kita bersama-sama mencari keredhaan-Nya dengan berlumba-lumba dalam membuat amal kebajikan :)

wassalam.

  • · 
·         Ahmad Fadhlullah Mohd Ismail
selamat hari lahir diucapkan kepada guru yg paling hebat dalam sejarah hidup ahmad ...jasa kalian berdua tidak akan dapat ahmad balas sekalipun habis usia ahmad mengerjakannya...abi dan umi mmg seorang cikgu yg hebat baik di rumah mahupun di sekolah...ahmad sayaaang abi & umi....muahmuahmuah...
·  Description: Mohd Ismail MahmudDescription: C:\Users\user\Documents\keluarga.jpg
27 seconds ago
  • terima kasih ahmad anak abi dan ummi yang amat abi dan umi sayangi dan rindui .begitu juga adik adik terutama yasir selalu bertanya ahmad mcm mana kat mesir. abi doakan agar ahmad sentiasa bersemangat dan mempunyai jati diri yang tinggi berada di luar negara. ingat pesanan abi dan ummi.