Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Friday, October 21, 2011

Tazzkirah Untuk Abee/Umme/Ahmad dan semua anak ku

Kewajipan terhadap diri sendiri

Sesungguhnya kamu kini berada pada peringkat usia paling subur dan paling kuat. Maka wajib ke atas kamu memelihara kekuatan ini dan menunaikan hak-haknya. Yang aku maksudkan dengan kekuatan di sini ialah semua jenis dan semua anasirnya, iaitu kekuatan lahiriah, maknawiah, ruhiah, jasadiah dan sebagainya. Kamu kini berada pada peringkat kuat di antara dua peringkat lemah sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban…” Ar-Rum:54

Dan kamu akan ditanya pada Hari Qiamat nanti tentang peringkat ini sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. di dalam Hadis yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki seseorang hamba sebelum dia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya, ke mana ia dihabiskan? Tentang usia mudanya, untuk apa ia digunakan?…” Lihat, meskipun muda itu sudah termasuk dalam usia keseluruhannya, namun baginda sebut secara khusus tentangnya memandangkan kepentingan usia peringkat ini.
Kita perhatikan di dalam Hadis tersebut, Nabi s.a.w. mengibaratkan usia muda itu laksana pakaian yang kita pakai untuk satu tempoh tertentu, kemudian kita menanggalkannya. Maka wajar bagi kita mengambil peluang menggunakan usia muda dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya masa muda adalah satu nikmat paling besar sepanjang usia keseluruhannya dan ia adalah salah satu nikmat yang tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kesihatan dan masa lapang.

Justeru, hendaklah kamu mempertingkatkan diri kamu dari aspek keimanan, keruhanian, ibadah, ilmu, pembelajaran, sukan dan pelbagai bidang agar kamu menjadi insan yang berguna kepada agama, tanah air, umat dan diri kamu. Sejauh mana besarnya dan beratnya tanggungjawab kamu, maka sekadar itulah persiapan yang kamu harus lakukan untuk memikul tanggugjawab itu. Setinggi mana matlamat yang hendak dicapai, setinggi itulah usaha yang mesti dicurahkan untuk merealisasikannya, dan pastinya ganjarannya juga besar dengan izin Allah.

Maka hendaklah kamu mengelokkan hubungan kamu dengan Allah sama ada ketika rahsia dan terbuka. Jangan kamu lakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan-Nya. Hendaklah kamu memohon pertolongan dan bantuan-Nya. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Putera puteriku yang disayangi,

Jangan kamu memandang remeh terhadap diri kamu, usaha kamu dan tenaga kamu. Sikap itu tidak boleh dikira sebagai warak langsung. Sesungguhnya sungai-sungai di dalam dunia ini terbentuk daripada titisan air hujan jika air hujan itu dikumpulkan pada satu aliran dan pada waktu yang sama. Namun awas! Jangan pula kamu sombong dan terpedaya kerana sifat sombong walaupun sebesar zarah membuatkan kita haram masuk syurga. Maka hendaklah kamu yakin pada diri kamu, potensi kamu dan keupayaan kamu. Hendaklah kamu belajar dari mereka yang terdahulu daripada kamu. Sesungguhnya hikmah itu barang hilang orang mukmin. Di mana saja dia menemuinya, dialah yang paling berhak mengambilnya.

Realisasikan pada diri kamu 10 sifat individu muslim yang telah digariskan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna rahimahullah. Jadikan ia manhaj yang praktikal bagi kamu sedaya mampu kamu.
10 sifat itu ialah:
  1. jasad yang kuat,
  2. akhlak yang mantap,
  3. fikiran yang bermaklumat,
  4. mampu bekerja,
  5. aqidah yang sejahtera,
  6. ibadah yang sahih,
  7. bermujahadah melawan nafsu,
  8. sangat menjaga waktu,
  9. urusannya tersusun,
  10. berguna untuk orang lain.
Sifat-sifat inilah yang menjadi tonggak pembentukan sahsiah mutakamilah yang mampu memikul beban dalam perjalanan membina umat yang maju, cemerlang dan gemilang.

Jadikan diri kamu sebagai qudwah solehah bagi orang sekeliling kamu, sama ada orang yang committed dengan Islam atau tidak, bahkan bagi orang Islam dan bukan Islam. Aku mengingatkan kamu agar berlaku ihsan dalam semua bidang, dalam bidang akdemik, akhlak, kelakuan, berbakti kepada kedua ibu bapa, dakwah kepada Allah, berkhidmat kepada manusia, taat kepada Allah, cintakan tanah air, keluarga dan warganegara seluruhnya.

Jadilah kamu orang yang berinovatif dan kreatif. Keluarkan seluruh keupayaan kamu, gunakan ia untuk berkhidmat kepada tanahair kamu supaya seluruh alam berbangga dengan kamu. Hendaklah kamu jadi orang yang pakar dan mahir dalam pelbagai bidang dan pelbagai jurusan. Semua ini tidak akan terlaksana melainkan dengan ilmu, amal, sabar dan gigih.

Berhati-hatilah kamu dari penyakit hati dan hawa nafsunya. Ketahuilah bahawa orang yang mampu menguasai dirinya, maka dia akan mampu menguasai orang lain. Maka ikhlaskan diri kamu kepada Allah dan taatilah Dia. Perelokkan amal kamu, curahkan tenaga kamu, nescaya Allah redha kepada kamu, umat kamu akan maju dan terlaksanalah matlamat kamu.

Pastikan kamu bersahabat dengan orang yang baik dan orang yang dapat membantu kamu dalam mentaati Allah dan memajukan diri kamu dalam segenap lapangan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang apabila kamu ingat kepada Allah, dia membantu kamu dan apabila kamu lupa, dia mengingatkan kamu.
Putera puteriku yang dikasihi,

Jangan kamu memandang rendah kepada diri kamu dan usia kamu. Berapa ramai sudah pemuda yang telah mengubah wajah sejarah. Di dalam sirah dan sejarah lama dan baru terdapat fakta yang menyokong kata-kataku ini. Maka jadilah kamu pemuda jenis ini, yang sirahnya ditulis dengan huruf-huruf daripada cahaya dan dengan tinta daripada emas.

Maka tanggungjawab kamu sangat besar, lebih-lebih lagi selepas revolusi Arab yang hebat. Dan para pemuda telah memainkan peranan yang sangat cemerlang dalam menjayakan revolusi tersebut. Mereka bekerjasama dengan semua golongan rakyat dan menyatukan seluruh kekuatan yang ada. Ketahuilah bahawa revolusi belum lagi berakhir sehingga terlaksana matlamat kita sepenuhnya. Inilah yang menuntut kita mencurahkan tenaga, menambahkan sumbangan lagi dan lagi sehingga revolusi ini masak ranum dan Negara kita terangkat maju ke hadapan.

Sebagai Penolong Kanan KISAS SBT

alhamdulillah  sejak  16 Mac 2011 aku telah dilantik sebagai Penolong Kanan KISAS menggantikan Pn Haznah hamzah yang telah dinaikkan pangkat sebagai pengetua. Aku merasakan berat tugas PK KISAS walaupun aku dah berpengalaman sebagai penolong kanan hampir 11 tahun. memang sangat berbeza PK sekolah biasa / kawalan dengan SBP/SBT terutama KISAS dengan kerenah pengetuanya yang UNIK. alhamdulillah sehingga kini aku dapat menjalankan tugas dengan baik dengan sokongan guru-guru yang dedikasi dan penuh komitmen. rasanya sayang sangat kat KISAS sebab pelajar-pelajarnya yang sangat bermakna bagaikan mutiara-mutiara yang mesti digilap berbeza dengan puteri-puteri SESERI dulu. sayang juga kepada SESERI tapi KISAS ada kelainannya. Kini aku rehat MC kerana aku terpaksa buat pembedahan by pass jantung demi kesihatan yang lebih baik. Itu keputusan aku yang paling besar dalam hidup. kini alhamdulillah semakin baik dan beransur pulih tapi masih cuti sehingga 22 november 2011. ( MC selama 79 hari mulai 6 september  hingga 22 NOVEMBER 2011 ). alhamdulillah berita terbaru semua PK akan dinaikkan pangkat ke DG 48 hakiki mulai 1 januari 2012. alhamdulillah rezki. khabarnya pula tahun depan aku akan dipindahkan pulaa jadi pengetua di SMKA. Cuma aku doakan semoga aku dapat kembali ke KISAS SBT sebagai pengetua DG 54.

Sunday, March 13, 2011

Pemangkuan Penolong Kanan

alhamdulillah Allah mengurniakan kekuatan untuk memikul amanah sebagai PK HEM dan memangku PK KISAS SBT mulai 16 Januari 2011. Banyak tanggungjawab mesti dilaksaanakan sebagai PK disamping tugas dan tanggungjawab sebagai PK HEM yang sediakan ada. Bermula dengan mesyuarat PK PPD Klang dan diikuti pula dengan mesyuarat PK SBP Kebangsaan dan banyak tugasan yang dibawa balik ke KISAS untuk dilaksanakan. KISAS baru saja selesai sebagai kajian rintis PCG Sekolah di mana KISAS dan Seri Puteri Cyberjaya terpilih sebagai sekolah kajian rintis PCG oleh KPM/SBP dan EPRD. Doakan semoga kajian ini mendapat impak baik untuk semua sekolah di Malaysia. Dua hari lepas sebai wakil pengetua SBT ( KISAS ) ke Mesyuarat Pembinaan Instrumen Pemantauan Bersepadu SBT Kebangsaaan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Inovasi HEM KISAS 2010-2011

PROJEK INOVASI


PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH JATI DIRI MURID

PROGRAM SALAM WAQAFAN – Sayang Lambaian Kasih -

1.0 Pendahulan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) 2006 – 2010 menyentuh tentang pembangunan modal insan adalah aset yang dapat disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Ke arah ini, pendidkan dikatakan dapat memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan , berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan Negara Maju 2020.

Kamus Dewan ( 2005 ) mentakrifkan disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib , peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.

Di sekolah, tugas mendidik dipertanggungjawabkan kepada guru-guru yang berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan di samping menanam kesedaran tentang tingkah laku dan salah laku ke dalam jiwa anak-anak itu.dari aspek perundangan, guru-guru dikatakan mengambil alih tanggungjawab ibubapa dan berperanan sebagai ‘ wakil ibubapa ( in loco parentis ) apabila ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Sehubungan itu, guru diharapkan memainkan peranan penting mendisiplinkan murid di samping menjaga . Ini menjadi peraturan murid di sekolah.,



1.1 Objektif

1.1.1 Pelajar dapat mempertingkatkan kualiti adab dalam pergaulan dan berinteraksi dengan guru

1.1.2 Pelajar dapat memupuk, memelihara dan memperkukuhkan “ Budi Bahasa Budaya Kita” dalam kehidupan harian mereka bersama kawan-kawan dan warga sekolah dan masyarakat.

1.1.3 Pelajar dapat mengubah tingkah laku dan bersikap positif terhadap pembelajaran dalam kelas dan luar kelas

1.1.4 Pelajar dapat membina jati diri dan mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dalam membentuk sikap mereka dalam mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

1.1.5 Guru perihatin dan mempunyai daya sensitivity tinggi terhadap perubahan tingkah laku murid dengan membudayakan saling tegur menegur di antara satu sama lain.

2.0 Sasaran

Semua murid Tingkatan 4 ,5 dan 6



3.0 Tempoh pelaksanaan

Bulan Jan hingga November 2011



4.0 Kajian Literature

Moles ( 1989 ) menegaskan dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah adalah :

1. Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid dan

2. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran

Gangguan disiplin berupa salah laku murid yang serius dan dapat menggagalkan kedua-dua objektif ini selain daripada menyebabkan insiden-insiden itu tersiar di media massa. Oleh yang demikian, pengurusan dan pengawalan disiplin murid adalah suatu tanggungjawab pihak sekolah yang penting. Buku panduan bagi ibubapa mengenai disiplin murid-murid sekolah ( 1982 ), menghuraikan dua bentuk yang perlu ada pada individu murid iaitu ; disiplin asas dan disiplin intrinsik.

Disiplin asas melibatkan indvidu dalam masyarakat yang lebih besar sementara disiplin intrinsik atau kendiri pula adalah disiplin yang lahir dari dalam diri individu tanpa sebarang unsur paksaan. Bagi memupuk disiplin asas, individu dikatakan perlu mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang wujud dala masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup seharian.

Institusi bukan formal adalah adat resam dalam masyarakat individu itu atau adat resam kaum-kaum lain yang turut wujud dalam masyarakat itu. Individu itu dianggap tidak sopan apabila dia melanggar adat resam dalam masyarakat itu seperti tidak memberi salam kepada orang yang lebih dewasa ataupun tidak menghormati amalan kaum lain. Apabila seseorang itu melanggar peraturan atau adat yang sudah lumrah diamalkan, dia dianggap melanggar disiplin malah dapat dianggap biadap dan patut dikenakan tindakan.

Institut formal pula merujuk kepada pejabat, sekolah dan institusi –institusi pendidikan yang lain. Dalam nistitusi formal, terdapat pihak-pihak yang bertangungjawab merancang, menggubal dan melaksanakan peraturan-peraturan bagi menjamin disiplin institusi itu. Peraturan-peraturan ini bertujuan memastkan kelicinan perjalanan pentadbiran dan keharmonian warganya.

Disiplin instrinsik ialah disiplin yang lahir daripada dalam diri individu. Disiplin jenis ini merangkumi sifat empati iaitu seseorang bagaikan dapat merasai apa yang dilalui oleh orang lain. Seseorang tidak melakukan sesuatu perkara apabila dia tidak inginkan perkara itu berlaku ke atas dirinya sendiri. Individu ini juga dikatakan mempunyai kesedaran sivik, moral, agama, dan pergaiulan yang tinggi dalam masyarakat. Disiplin instrinsik hanya dapat dicapai sekiranya penerapan disiplin bermula daripada peringkat asas iaitu hasl usaha institusi bukan formal dan formal.

Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal yang berkaitan dengan masalah diisiplin dalaman kalangan murid. Dalam masa yang sama , semua guru mesti mengambil tangungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Guru-guru kelas terutamanya boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid –murid di kelasnya. Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling supaya murid –murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mareka.



Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar ketua guru disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar di ambil untuk memulihkan murid berkenaan.



Konsep sekolah penyayang yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dengan murid , murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibubapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wujudnya kemesraaan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindari dan dibendungkan.



5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, ibubapa perlu peka dan mengambil berat serta prihatin kepada anak-anak dengan penuh kasih sayang . Ibubapa memainkan peranan mereka secara menyeluruh dengan mementingkan perkembangan sahsiah dan disiplin anak-anak dalam usaha mereka merancang, melaksana dan menyelia pelajaran anak-anak dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Kemahiran keibubapaan yang telah dipelajari dengan berbagai kaedah dapat membantu ke arah mendidik anak-anak dengan lebih cemerlang dan dapat menggerakkan hala tuju anak-anak untuk mencapai cita-cita. Begitu juga para guru dan warden apabila murid berada di asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh( SBP ) seperti Kolej Islam Sultan Alam Shah.



6.0 KAJIAN KEPERLUAN

6.1 Analisis Keadaan Semasa

Mengikut pandangan pengetua Tuan Haji Abdullah bin Jusoh dan PIBG perlu memainkan peranan penting dan bersama-sama membantu sekolah dalam menentukan kejayaan sekolah dan kecemerlangan sahsiah murid. Harapan ibubapa yang tinggi terhadap kejayaan anak-anak mereka dalam pelajaran tanpa sokongan dan gemblengan tenaga tidak akan tercapai. Walaupun apa yang alasan ibubapa seperti sibuk dengan tugas harian dan kesuntukan masa untuk datang berbincang dengan pihak sekolah, keperihatinan ibubapa amat diperlukan. Kasih sayang adalah kunci yang membuka pintu hati dan minda anak-anak untuk taat dan berkelakuan baik begitu juga guru-guru mesti meletakkan faktor kasih sayang dalam proses mendidik anak muridnya. Itulah kunci kejayaan sebenarnya. Program SALAM WAQAFAN cuba membawa warga sekolah menilai kembali konsep kasih sayang yang perlu diterapkan dalam membina jati diri murid



Mengikut pandangan YDP PIBG Prof Madya Dr. Khalil bin Ruslan, beliau amat bersetuju dengan program SALAM WAQAFAN kerana ia amat menekankan peranan ibubapa dan guru dalam membentuk sahsiah dan perangai murid. Program ini diharapkan dapat memberi motivasi dan kesedaran kepada ibubapa dan guru juga bahawa mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangka tetapi memerlukan pengorbanan dan kemahiran keibubapaan yang penuh kasih sayang. Beliau bersetuju dan bersedia untuk mengeluarkan dana dalam menjayakan program ini.



6.2 Pembentukan Jawatankuasa

Pembentukan jawatan kuasa program SALAM WAQAFAN telah dipersetujui oleh pengetua dan pentadbir dan telah diamanahkan kepada En.Mohd Ismail Bin Hj.Mohamood, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebagai Naib Pengerusi dan penyelaras utama bagi melaksanakan program penambahbaikan dan mendapat sokongan padu dari semua guru dan kakitangan sekolah.



6.3 Surat Pekeliling dan Buku Panduan

6.3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

6.3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2003

6.3.3 Buku Panduan Bagi Ibubapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah ( 1982)

6.3.4 Buku Panduan Disiplin Untuk Pelajar-Pelajar (1988)







6.4 Rumusan

Kolej Islam Sultan Alam Shah adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang ditubuhkan pada tahun 1956. Dalam tempoh hampir enam puloh tahun sekolah beroperasi, PIBG bergerak dengan baik sekali dalam membantu segala program sekolah demi kecemerlangan murid dalam merealisasi strategi kecemerlangan akademik dan sahsiah yang dirancang setiap tahun. Pada tahun ini dengan ada program SALAM WAQAFAN yang dirancang dapat membuktikan bahawa PIBG adalah nadi penggerak utama kecemerlangan akademik dan sahsiah murid. Komitmen ibubapa dan guru program SALAM WAQAFAN yang membawa tema kasih sayang dapat memacu kecemerlangan murid dari semua aspek terutama aspek akademik dan sahsiah diri serta hala tuju masa depan



















7.0 PERANCANGAN STRATEGIK

7.1 Pendahuluan

Kajian keperluan yang diingini oleh sekolah telah dikenalpasti iaitu mengadakan program SALAM WAQAFAN. Program ini adalah program sekolah yang bertemakan kasih sayang berasaskan tiga elemen asas iaitu memberi salam sejahtera, senyum dan saling hormat menghormati mendapat kerjasama PIBG untuk menjana kecemerlangan pelajar dari aspek akademik, sahsiah dan disiplin dan juga persekitaran yang selamat dan baik/ soleh serta budaya dan kualiti adab cemerlang.



7.2 Penjanaan Strategi

Jawatankuasa pelaksana telah bermesyuarat pada 12 Mac 2011 bertujuan menjana strategi perlaksanaan yang sesuai bertujuan merealisasikan program SALAM WAQAFAN yang melibatkan warga Kolej Islam Sultan Alam Shah . SWOT analisis dijalankan dengan menggunakan kaedah percambahan fikiran dan sumbangsaran bagi mendapatkan banyak strategi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Objektif yang ingin dicapai ialah memantapkan sahsiah murid dan adab dalam kehudupan seharian terutamanya semasa murid-murid berada di sekolah.



7.3 Analisis Keperluan

Dalam mesyuarat yang telah diadakan melalui sesi ‘Brainstorming’ analisis persekitaran telah dibuat untuk mengenal pasti SWOT iaitu kekuatan kelemahan , ancaman dan peluang. Aspek-aspek ini telah dikenalpasti dan disenaraikan dalam SWOT analisis persekitaran seperti berikut :

ANALISIS SWOT/TOWS (KLAP)



Dalaman Luaran

Kekuatan (S)· Aset guru yang berpengalaman dan pemeriksa kertas SPM,STPM, dan STAM· Mempunyai tiga belas orang guru pakar/cemerlang KPM · Prasarana ICT mantap –Pusat Akses · Pelajar terpilih 9A· Mempunyai asrama – banyak peruntukan · Mempunyai bas dan van sekolah· Budaya belajar cemerlang· Peruntukan SBT · Pengetua Cemerlang dan mantan nazir· Kekuatan BADAR Peluang (O)· PIBG mantap · Sekolah Berasrama Penuh – hubungan baik dengan SBP,BPI, SPIIM dan JPWP· Bantuan kepakaran Alumni Kolej Islam ( ALKIS )· Ramai ibubapa berstatus tinggi / berpangkat· PKG / BTPN bersedia membantu sekolah· Jaringan dan jalinan dengan SBP lain dan sekolah PPD Klang serta IPT baik

Kelemahan (W)· Budaya ilmu / beragama dan perkongsian bijak kurang mantap· Sahsiah dan sikap pelajar kurang mantap terutama Ancaman (T)· Berada di tengah pusat badar KL· Persekitaran luar yang menarik – cyber cafe / banyak kedai makan / dekat bandaraya











































INTERNAL EXTERNAL S S1. Aset guru yang berpengalaman dan pemeriksa kertas SPM S2. Mempunyai tiga orang guru pakar S3. Prasarana ICT mantap –Pusat Akses S4. Pelajar terpilih 8A S5. Mempunyai asrama – banyak peruntukan S6. Mempunyai bas dan van sekolah S6. Budaya belajar cemerlang W W1 .Budaya ilmu / beragama dan perkongsian bijak kurang mantap W2. Sahsiah dan sikap murid kurang mantap

O O1. PIBG mantap O2. Sekolah Berasrama Penuh – hubungan baik dengan SPIIM JPWP O3. Persediaan Alumni SESERI O4. Ramai ibubapa berstatus tinggi / berpangkat O5. PKG / BTPN bersedia membantu sekolah SOA. S1 + S2 + O1 + O2 PERKEMASKAN PROSEDUR PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN P&P BERKESANB. S1+ S2 + S3 + O1 + O2 + O3 + O4 + O5 MEWUJUDKAN MUFAKAT KOMUNITI SESERI (PIBG/PIGMA / BTP/ALUMNI /JPWP )C. S1 + S2 + S3 + S5 + O1 + O2 + O3 MEMBUDAYAKAN ILMU SECARA BERKESAN / KONDUSIF DAN PEMBUDAYAAN CARA BELAJAR SISTEMATIK DAN BERKESAN WOA. W1 + W2 + O1 + O3 MEMPERBANYAKAN PROGRAM DAN MEMANTAPKAN SAHSIAH DAN JATI DIRI MURID B. W1 + W2 + O1 + O2 + O3 MENINGKATKAN PROGRAM KOKURIKULUM DAN MOTIVASI JATI DIRI

T T1. Berada di tengah pusat badar KL T2. Persekitaran luar yang menarik – cyber cafe / banyak kedai makan / dekat bandaraya STA. S3 + S6 + T1+ T2 MEWUJUDKAN KERJASAMA YANG ERAT DENGAN IBUBAPA / MUWAFAKAT DENGAN PIHAK POLIS B. S5+ T4 + T5 MENGADAKAN PROGRAM MOTIVASI DAN KESEDARAN KENDIRI C. S3 + T3 + T5 MENGADAKAN KEMPEN/SEMINAR KESELAMATAN JALANRAYA WTA. W1 + W2 + T1 + T2PROGRAM PEMBUDAYAAN SIKAP POSITIF, ASERTIF DIRI DAN BUDAYA CEMERLANG DI ASRAMA B. W2 + T1 +T5 MEMANTAPKAN PROGRAM LATIHAN ASERTIF DIRI DAN NO ACTION DAN PERLAKSANAANNYA



ISU, MATLAMAT , KPI dan SASARAN



Bidang Isu strategik Matlamat strategik Indikator prestasi Sasaran

HAL EHWAL MURID Sebilangan murid kurang mengamalkan budaya adab mulia dan tanggungjawab sebagai pelajar terhadap guru. Murid dapat berakhlak mulia dan mempunyai jati diri dan identiti beragama beradab mulia. serta bersahsiah tinggi Program SALAM – Sayang lambaian Kasih - Peningkatan prestasi sahsiah diri serta adab terhadap guru 90%





7.4 Pelan Tindakan

Carta aliran pelaksanaan program SALAM ( Sayang lambaian Kasih - Program Pemantapan Sahsiah Murid )

MULA



Mengadakan sesi temubual dengan pengetua /YDP PIBG

Mengadakan sesi temubual dengan Guru Penolong Kanan

Membuat kajian dokumen ( fail, minit mesyuarat )

Meneliti fail Penolong Kanan HEM / Kaunselor /HEAD

Membuat kajian literatur

Membuat analisis SWOT

Mengedarkan surat panggilan mesyuarat

Menjana strategi

Memilih strategi

Mengadakan kajian dokumen mengenai projek

Menyediakan kertas cadangan program / pelan tindakan

Menghantar kertas cadangan kepada pengetua

LULUS

Kelulusan menjalankan program dari pengetua dan YDP PIBG

Membuat ‘Benchmaking’

Melantik AJK Pelaksana

Menyediakan aturcara

Menghantar surat jemputan kepada penceramah

Mengedar surat panggilan sesi perbincangan perlaksanaan

program



Melaksanakan program



Menganalisis penilaian program

Mengadakan postmortem

Menyiapkan laporan projek

Membentang hasil dapatan keberkesanan program

Menyimpan rekod



TAMAT







7.5 Rumusan

Analisis SWOT yang telah dilakukan telah dapat membantu jawatankuasa mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan, ancaman dan peluang yang ada di sekolah. Dalam usaha menjana strategi perlaksanaan program, beberapa strategi telah dikemukakan dalam sesi tersebut yang dapat membantu perancangan strategik sekolah untuk masa depan.



7.6 PELAN PERLAKSANAAN

Strategi yang telah dikenalpasti ialah mengadakan program SALAM . Oleh itu, satu pelan tindakan telah dirangka oleh jawatankuasa bagi mendapat persetujuan dan kerjasama semua guru dan juga PIBG.

























7.6.1 Jawatankuasa 1

SENARAI JK PELAKSANA DAN PEGAWAI TERLIBAT

Penasihat : Tn.Hj Abdullah bin Jusoh
Pengetua

Pengerusi 1 : En.Mohd.Ismail Bin Hj.Mohamood

PK HEM / PK
Naib Pengerusi 1 : Tn.Hj.Abdullah bin Hassan
PK Tingkatan 6

Naib Pengerusi II : En Mohd Azlan bin Abdul Aziz
PK Koko
Penyelaras Program : En.Fairuz
Guru Bimbingan Dan kaunseling

Setiausaha : Ustaz Mohd Noor Abdul Rahman
Ketua Guru Disiplin

Penolong Setiausaha : Guru Bimbingan Dan Kaunseling



AJK : Guru-Guru Kanan Bidang

: Guru Bimbingan Dan Kaunseling

: Guru HEAD

: Guru-guru Pendidikan Islam

: Guru-Guru Disiplin / Warden

: Guru-Guru Tingkatan 4 Dan 5

: Penyelaras Tingkatan

: Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan











7.6.2 Jawatankuasa 2

JAWATANKUASA PELAN TINDAKAN PROGRAM SALAM

Penasihat : Tn.Hj.Abdullah bin Jusoh
Pengetua

Pengerusi 1 : En.Mohd.Ismail Bin Hj.Mohamood

PK HEM/PK
Naib Pengerusi 1 : Tn.Hj.Abdullah Hassan
PK Tingkatan 6

Naib Pengerusi II En.Mohd Azlan Bin Abdul Aziz
PK Koko
Penyelaras Program : En.Fairuz
Guru Bimbingan Dan kaunseling

Setiausaha : Ustaz Mohd Noor bin Abdul Rahman
Ketua Guru Disiplin

Penolong Setiausaha : Guru Bimbingan Dan Kaunseling



AJK : Guru-Guru Kanan Bidang

: Guru Bimbingan Dan Kaunseling

: Guru HEAD

: Guru-guru Pendidikan Islam

: Guru-Guru Disiplin / Warden

: Guru-Guru Tingkatan 4 Dan 5

: Penyelaras Tingkatan

: Panitia Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan











7.6.3 Jawatankuasa 3

JAWATAN KUASA KHAS PELAKSANA PELAN TINDAKAN

PROGRAM SALAM



Jawatankuasa Tazkirah Dan Doa / Amalan Asma Husna/ Penghayatan Al Quran

Ustazah Muntimah
Ustazah Nek Hazifah


Jawatankuasa Solat Hajat / Bacaan Yasin / Bengkel Smart Solat

Ustaz Mohd Khir
Ustaz Sheikh Salim Hasan



Jawatankuasa Mural Dan Poster

Pn. Hafizah



Jawatankuasa Ceramah Dan Kuiz ’ Budi Bahasa Budaya Kita ’ Dan Memberi Salam

En. Najib


Jawatankuasa Khas :



A. Jawatankuasa Program Mutiara : Pn.Kamsiah


B. Jawatankuasa Alumni KI ( ALKIS ) : Pn.Jamaliah


C. Jawatankuasa Bengkel Kecemerlangan Sahsiah :

En. Zainal
































8.0 NAMA PROGRAM

Program SALAM WAQAFAN ( Sayang Lambaian Kasih - Pemantapan Sahsiah Murid )



9.0 Objektif

2.1 Pelajar dapat mempertingkatkan kualiti adab dalam pergaulan dan

berinteraksi dengan guru

2.3 Pelajar dapat memupuk, memelihara dan memperkukuhkan “ Budi Bahasa

Budaya Kita” dalam kehidupan harian mereka bersama kawan-kawan dan

warga sekolah dan masyarakat.

2.4 Pelajar dapat mengubah tingkah laku dan bersikap positif terhadap

pembelajaran dalam kelas dan luar luar kelas

2.5 Pelajar dapat membina jati diri dan mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi dalam membentuk sikap mereka dalam mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah.

2.6 Guru perihatin dan mempunyai daya sensitivity tinggi terhadap perubahan tingkah laku murid dengan membudayakan saling tegur menegur di antara satu sama lain.



3 Sasaran

Semua murid Tingkatan 4 , 5 dan 6

4 Tempoh perlaksanaan

Bulan Januari hingga November 2011

5 MODUL PERLAKSANAAN PROGRAM SALAM ( SAYANG LAMBAIAN KASIH )

Program SALAM WAQAFAN adalah memfokuskan program, sahsiah dan disiplin/ adab dan juga persekitaran yang selamat dan baik/ soleh serta budaya cemerlang. Program ini meliputi :

a. Forum Budi Bahasa Budaya Kita

b. Simulasi Adab

c. Bengkel Smart Solat dan Modul Kepimpinan BADAR

d. Tazkirah dan Tadabbur al Quran

e. Reach Out Program Kepimpinan



Program ini dilaksanakan dengan kaedah ’surrrounding system’ ( sistem kepungan ) iaitu murid-murid yang bermasalah khasnya akan dipanggil untuk hadir ke dalam bengkel pemantapan sahsiah iaitu bengkel smart solat dan pelajar-pelajar ini dipantau dari semasa ke semasa. Murid-murid yang bermasalah dikenalpasti daripada buku pemantauan kelas, guru disiplin dan guru kelas dan semua guru . Murid-murid ini yang masih lagi meneruskan salahlaku dan kurang adab akan dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling dan untuk sesi kaunseling dan Hal Ehwal Agama dan Dakwah ( HEAD ) untuk sesi bimbingan agama. Kemudian mereka akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin untuk perjanjian tidak mengulangi salah laku.

Di samping itu, semua aktiviti pemantapan dilaksanakan iaitu tazkirah setiap hari Jumaat di sekolah, memperkasakan program BADAR, simulasi adab dengan menggunakan borang ’endokod ’ .



5.5 Kempen ”Budi Bahasa Budaya Kita”

5.1.1 Ceramah / Forum

5.1.2 Kuiz

5.1.3 Poster / Mural / Laluan Bestari ( Nilai-Nilai Murni / Kata-Kata )

5.6 Kempen Memberi Salam dan Sapa

5.6.1 Ceramah / Forum

5.6.2 Kuiz

5.6.3 Poster / Mural



5.7 Tazkirah Dan Program BADAR

5.7.1 Tazkirah Berfokus pagi Jumaat

5.7.2 Penghayatan al Quran pagi Jumaat

5.7.3 Doa Akidah setiap pagi Isnin

5.7.4 Doa sebelum mulakan kelas / kerja

5.7.5 Mural / Poster Doa Dan Tazkirah di sekolah dan asrama



5.8 Bengkel Smart Solat

5.9 Simulasi Adab ( Walking About ) : Kaunselor / Ketua Guru

Disiplin / Agama

5.9.1 Jawatankuasa khas ; Lembaga Disiplin dan BADAR

5.9.2 Sistem Pemantauan :

5.9.2.1 Mekanisme Sistem ‘Spy’

5.9.2.2 Simulasi Adab ( Walking About )

5.9.2.3 Pemantauan Kelas

5.9.2.4 Menggunakan endokod

5.9.2.5 Memerhati / Menegur / menasihati

5.9.2.6 Laporan mingguan ; serahkan endokod / cakap

5.9.2.7 Program Demerit

5.9.2.8 Sistem RUMAH



5.9.3 Mekanisme bimbingan

5.9.3.1 Adakan sesi kaunseling

5.9.3.2 Adakan sesi nasihat / bimbingan HEAD

5.9.3.3 Aku janji / bon

5.9.3.4 Pertemuan berkala



5.9.4 Pengiktirafan

5.9.4.1 Majlis Anugerah Sistem Rumah

5.9.4.2 Penganugerahan AWARD bagi pelajar cemerlang akademik dan sahsiah

5.9.4.3 Makan bersama pengetua

5.9.5 Penilaian : senarai semak untuk sasaran awal / pertengahan / akhir



4.1 Pelan Kontigensi

Bil Kekangan atau permasalahan Penyelasaian

1 Sumber kewangan Memohon sumbangan daripada ibubapa dan NGO

2 Penceramah / ahli panel tidak dapat hadir Penceramah dari PPD /JPNS / BPI/SBP atau dalam sekolah atau NGO

3 Perubahan tempat sekiranya berlaku Terdapat dewan asrama, sekolah dan dataran

4 Perubahan masa sekiranya berlaku Mencari alternatif lain



























4.2 Pelan Tindakan

1 hari ( majlis perasmian dan forum keibubapaan )

10 bulan ( program kecemerlangan dan keibubapaan susulan )

4.2.1 Jadual Pelaksanaan Aktiviti

Tarikh Aktiviti Catatan / Personalia

23 Mac 2011 Taklimat Progrom Salam ( Pemantapan Disiplin Murid )dan penggunaan ’endokod’ dan Instrumen Pentaksiran Penggunaan Borang Pemantauan endokod dan Instrumen Pentaksiran

8 April 2011 Pelancaran Program Salam KEKWA

8 April 2011 Taklimat kepada murid tentang perlaksanaan Program Salam Semua murid

Apr -Mei 2011 Perlaksanaan Program Salam AJK

2 Mei 2011 Kempen “Budi Bahasa Budaya Kita” dan memberi salam semua AJK

26 April 2011 Ceramah / Forum budi bahasa dan memberi salam semua AJK

28 April 2011 Bengkel Smart Solat ( 40 orang ) semua AJK

April – Jun 2011 Melukis mural / poster / laluan ilmu ( kata-kata hikmat ) AJK

8 April - 23 Oktober 2011 Pemantauan Perlaksanaan program salam semua AJK

30 Oktober 2011 Menganalisis Data

10 Nov 11 Postmortem Dan Laporan Program SALAM Pengetua dan Penolong Kanan HEM





4.3 ANGGARAN KEWANGAN

Pendapatan dan Perbelanjaan



Pendapatan Jumlah

1 Tabung PIBG RM 2000.00

2 KOPERASI KISAS RM 300.00

3 ALKIS RM 2000.00

Jumlah RM 4300.00

Perbelanjaan Jumlah

1 Cenderahati fasilitator / Ahli Panel RM 3350.00

2 Jamuan RM 200.00

3 Alat tulis RM 50.00

4 Banner dan Banting RM 500.00

5 Hadiah dan Penghargaan RM 300.00

Jumlah RM 4300.00













4.4 Penutup

Semoga program ini mendapat sambutan baik dan positif dari kalangan guru dan pelajar dan diharapkan mereka menyedari hakikat bahawa peranan mereka dalam membina jati diri dan membudayakan adab mulia serta bersahsiah tinggi bukanlah suatu yang mudah dan perlu pengorbanan dan seni pendidikan yang halus.



































Bibliografi

Akta Pendidikan 1956 -1997, Kuala Lumpur, MDV Publisher And Printers Sdn.Bhd



Bernard.C.( 1993), Dalam Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan Di Malaysia . Addison Wesley. Logman Malaysia Sdn Bhd. 2000, Kuala Lumpur.



Cohen And Cherington D.( 1976),Leadership Effectiveness In Education Setting, Education Research, A View For Teachers And All Cobcerned With Progress In Education. Vol 15 – 1172, Sweets & Zeitlinger, Bv Amsterdam.



Hussein Mohamad ( 1993 ) Kepimpinan Dan Keberkesaan Sekolah, Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.



Mohd Salleh Lebar ( 2000), Pentadbiran Pendidikan Dan Pendidikan Di Malaysia, Addison Wesley Logman Malaysia Sdn Bhd,2000 Petaling Jaya.



Mortimote,P(1995), Key Characteristics Of Effective School, Seminar Pendidikan Institut Aminuddin Baki Sri Selayang , Genting Highlands



Ang Jit Eng( 2007) Pengurusan Disiplin Murid. PTS Professional, Kuala Lumpur.



Saturday, January 1, 2011

SELAMAT TAHUN BARU DAN HIJRAH

Muharram Menjelang Lagi

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa.
Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi.
Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.*
(9) Lemas Firaun.*
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.*
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.*
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.*
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.*
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.*
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.*
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram)

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca "hasbiallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Konsep hijrah
Hijrah senang disebut tetapi begitu besar erti pengorbanan yang mesti dilakukan oleh pelakunya dalam merealisasikan konsep hijrah itu. Seseorang yang ingin berhijrah atau berpindah meninggalkan rumahnya yang lama sudah terasa beratnya apatah lagi mahu berpindah negeri atau negara meninggalkan tempat kelahiran samada secara rela atau paksa. Begitu juga dengan azam berpindah daripada sesuatu keadaan yang buruk kepada keadaan yang baik, daripada peperangan kepada keamanan yang telah lama diidamkan oleh masyarakat sedunia terutama umat yang tertindas. Hijrah bukan cukup pada slogan tetapi mesti dilaksana di alam yang nyata barulah nampak jelas keberkesanannya. Bukan mudah melaksanakan hijrah jika tiada di sana usaha yang bersungguh dengan perancangan yang rapi.
         Dunia umat Islam menyambut ketibaan tahun baru 1424H dalam memperingati peristiwa besar yang pernah dilaksanakan oleh junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat iaitu Hijraturrasul s.a.w dari bumi Mekah ke bumi Madinah di mana sambutan tahun ini dalam suasana cemas dan kebimbangan terutama menunggu arahan terakhir Amerika Syarikat dalam menyerang bumi Iraq. Senario ini telah membawa kepada penghijrahan penduduk Iraq ke kawasan selamat. Di sana ada sedikit perbezaan antara Hijraturrasul s.a.w dengan hijrah penduduk Iraq iaitu hijrah nabi bukan sebagai pelarian kerana apabila tiba di Madinah, baginda s.a.w telah dilantik menjadi pemimpin Daulah Islamiah Pertama Madinah sehingga memungkinkan Islam merajai dunia dengan keadilannya sedangkan hijrah penduduk Iraq tidak lebih daripada pelarian yang dihina dan mengharap simpati daripada orang lain. Nabi s.a.w dan para sahabat dihalau oleh keluarga dan bangsa sendiri kerana Islam sehingga terpaksa meninggalkan Mekah sedangkan penduduk Iraq dihalau oleh tentera asing kuffar begitu juga penduduk Palestin dihalau oleh regim asing zionis yahudi dari tanahair sendiri juga kerana Islam. Hijrah nabi telah merubah kedudukan Islam dan umatnya daripada dihina dan ditindas kepada agama yang memerintah dan dipandang mulia sedangkan hijrah umat Islam hari ini menambahkan lagi kehinaan dan penindasan yang diterima. Hijrah nabi bersama berdirinya Daulah mengakhiri penindasan yang diterima sebelum ini malah Islam mengorak langkah bermula dari sana untuk menguasai dunia sedangkan hijrah umat Islam hari ini bagaikan tiada arah tuju dan tiada berakhir yang menyebabkan satu demi satu negara umat Islam menjadi padang jarak padang terkukur. Dulu bangunan berdiri megah tetapi kini tercacak batu nisan memenuhi tanah perkuburan.
        Oleh itu seluruh umat Islam mestilah kembali semula kepada ajaran Islam yang menyeluruh. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermasud : Tiada lagi hijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain selepas Pembukaan Kota Mekah tetapi apa yang ada ialah hijrah pada niat dan jihad. Memahami kehendak pesanan nabi ini maka umat Islam mesti memperbetulkan niat dalam setiap tindakannya iaitu untuk memperjuangkan Islam dengan setiap kemampuan yang ada. Umat Islam juga mesti semarakkan lagi semangat jihad dalam mengembalikan semula pelaksanaan seluruh sistem Islam dalam negara agar ia mampu mengubah kedudukan umat Islam daripada terus berlutut di kaki kuffar yang tidak berhati perut kepada suatu umat yang mampunyai jatidiri. Suara umat Islam tidak lebih daripada salakan anjing menyalak bukit jika hanya tahu bersuara tetapi tidak mahu mengamalkan sistem Islam dengan terus tunduk kepada sistem ciptaan kuffar terutama yahudi. Seseorang pesakit sepatutnya mengambil ubat mujarab yang diberi oleh doktor pakar jika mahu sihat bukannya menggunakan racun yang dihulurkan oleh musuh. Begitu juga dengan umat Islam di mana dalam mengubati penghinaan yang diterima mesti mengambil wahyu Allah melalui tunjuk ajar rasulNya bukannya menelan bulat sistem sesat yang sememangnya dicipta oleh musuh untuk menjajah umat Islam

Maani Hijrah
a.      Hijrah dan daulah merupakan dua kalimah yang penuh bermakna dan saling berkait rapat antara satu sama lain serta tidak boleh dipisahkan. Menjadi suatu kesalahan yang besar bagi mereka yang hanya menyebut tentang Hijraturrasul tetapi tidak mengaitkannya dengan pembinaan Daulah Islamiah yang unggul kerana ia bagaikan suatu usaha ke arah menyembunyikan tentang antara matlamat utama kepada kebenaran hijrah itu sendiri iaitu menegakkan sebuah Daulah Islamiah yang memastikan agama bukan setakat untuk masalah individu tetapi turut merangkumi masalah kemasyarakatan dan negara.
b.      Hijrahnya nabi dari Kota Mekah ke Kota Madinah bukan setakat berpindah tempat tetapi turut menghijrahkan keadaan daripada umat yang lemah kepada gagah, umat tertindas kepada umat bergerak cergas, umat yang melarat kepada umat berdaulat, dakwah yang bergerak dalam lingkungan yang terbatas kepada masyarakat yang lebih luas, penekanan terhadap aqidah dan ibadah kepada pelaksanaan semua sistem kehidupan termasuk pemerintahan dan sosial
c.      Hijrah memastikan umat Islam terus maju ke hadapan bersama suluhan wahyu bukannya berundur ke belakang akibat tertipu oleh nafsu.
d.      Hijrah membina suatu identiti umat Islam yang tersendiri yang bukan sahaja terkehadapan dalam memajukan diri malah menjadi contoh teladan yang baik kepada umat lain. Umat Islam yang mempunyai sikap jatidiri yang tinggi telah dihasilkan daripada hijrah di mana mereka seumpama ikan dilaut yang isinya tetap manis walau pun hidup dalam air masin. Memahami kepada konsep hijrah itu sendiri iaitu berubah daripada suatu tahap yang kurang baik kepada yang terbaik daripada sebelumnya maka kita sebagai umat Islam yang hidup pada zaman yang penuh dengan fitnah cubaan dunia mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam menghayati konsep hijrah ini. Adalah suatu yang amat malang bagi seseorang yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk berbanding hari ini.
e.      Umat Islam yang benar-benar berjaya dalam melakukan penghijrahan ke arah yang terbaik mestilah memiliki keyakinan dan komitmen yang tinggi terhadap sistem Islam itu sendiri. Bagi melahirkan keyakinan maka ia disemai melalui budaya ilmu yang tidak mengerti istilah penat dan jemu serta tidak dibatasi oleh usia dan kerjaya. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang inginkan kebahagiaan dunia maka dia mestilah berilmu, sesiapa yang ingin mengejar kebahagiaan hakiki di akhirat maka dia juga mestilah berilmu dan sesiapa yang ingin kebahagiaan di dunia dan akhirat lagi dituntut agar memiliki ilmu. Kita mengambil contoh bagaimana tindakan tegas Sayyidina Umar al-Khottab yang mewajibkan setiap peringkat rakyatnya bermula daripada pegawai kerajaan sehinggalah rakyat jelata mesti menghadiri majlis ilmu samada sebagai guru yang mengajar atau murid yang belajar yang menyaksikan bagaimana suburnya budaya ilmu sehingga banyak perubahan ke arah kemajuan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat dicapai. Budaya belajar yang terhenti setakat untuk mendapat sijil bagi memperolehi kerja dan harta telah memusnahkan budaya ilmu kepada umat Islam sehingga mereka hanya bergerak untuk memenuhi kehendak peribadi bukannya sama-sama berganding bahu secara sukarela dalam memajukan umat. Masalah ini semakin parah apabila serangan dan tekanan terhadap pengajian agama dan pemahaman yang menyeluruh tentang sistem Islam yang lengkap terus berlangsung. Tetapi ini semua mesti dijadikan suatu cabaran untuk dihadapi dengan bijaksana sehingga kita mampu mencapai kejayaan bukannya ia dijadikan alasan untuk berhenti daripada melakukan hijrah ke arah yang terbaik. 
           Umat Islam wajib berubah ke arah keadaan yang terbaik sebagaimana yang pernah dicapai oleh tamadun Islam sebelum ini. Umat Islam patut sedar bahawa sebenarnya datuk moyang kita telah mencapai kegemilangan tamadun yang penuh bernilai dan berharga sehingga ia terlepas daripada tangan akibat kelalaian dan kealpaan umat Islam sendiri yang membuka ruang kepada musuh untuk merobek serta memusnahkannya sebelum musuh itu membina kemajuan tamadun mereka hasil meniru terhadap tamadun yang pernah ditegakkan oleh umat Islam tetapi dibuang ruh Islamnya. Adakah kejayaan umat Islam terdahulu hanya mampu didengar dan dibaca sahaja oleh umat hari ini tetapi tidak mampu diteladani. Mengapa musuh Islam mampu mencapai kegemilangan tamadun kebendaan hasil meniru tamadun umat Islam silam sedangkan kita tidak berbuat demikian sebaliknya hanya menjadi 'pak turut' terhadap kehendak musuh sehingga umat Islam terus ketinggalan dari sudut tamadun kebendaan dan hampir musnah dalam tamadun kemanusiaan. Umat Islam yang digelar umat contoh dan terbaik dari kalangan umat manusia ialah suatu umat yang menegakkan sistem Islam dengan seluruh keupayaan mereka bukannya setakat apa yang dipersetujui oleh nafsu. Sesuatu umat hanya mampu berubah bermula daripada perubahan yang dilakukan oleh diri mereka sendiri. Bilakan identiti umat Islam kembali terserah pada perkataan dan tindakan meeka sehingga mampu membina kembali tamadun yang gemilang. Bersediakah kita untuik melakukan perubahan atau kita terus mahu menjadi umat yang jumud yang hanyut dalam khayalan dan mimpi sendiri tanpa bergerak untuk melakukan perubahan ke arah yang terbaik. Kini bukan masa untuk hanya bercakap kosong tetapi sekarang adalah masa untuk merancang dan bertindak sehingga perubahan dapat dibuat dengan baik dan bijaksana. 

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 
doa2.jpg
doa1.jpg

Friday, December 31, 2010

gambaran qiamat

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ - Pemimpin yang adil.


ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".


ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.


② Doa anak²nya yang soleh.


③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber: Amar Sufi

Saturday, September 25, 2010

Tips Mendidikan Anak-anak Islam

Sebahagian tips-tips/guideline mendidik anak.

* Pastikan anak-anak menghafaz al-quran setiap hari, 1,2 atau 3 ayat

misalnya, maka secara automatic masa anak-anak yang tak berfaedah seperti

terlalu banyak menonton tv dikurangkan di samping mendidik tabiat yang baik.

* Bagi yang suka membaca dan untuk menerapkan tabiat membaca, mungkin rakbuku boleh disediakan di rumah.

* Adalah penting kita berdoa suapaya keluarga kita ditetapkan dalam iman

* Mengajar doa dan zikir dan mengalakkan pengamalamannya dalam kehidupan seharian.

* Membaca tafsir bersama isteri dan anak-anak.

* Adalah penting untuk kita mendisiplinkan diri sendiri dalam masa kita mendisiplinkan anak-anak kita.

* Kita tak boleh lepaskan pada cikgu saja, jika tidak ia mungkin tak mencukupi atau ia tidak dapat diamalkan di rumah. Ibu bapa perlu menjadi contoh pada anak-anak.

* Kita perlu mendidik anak kita sensitive (peka) dalam perkara agama, inilah cara mendidik anak yang bertakwa, mendidik anak kita supaya sedar bahwa islam adalah cara hidup.

* Anak perlukan role model, maka ibu bapa perlu membaca Quran setiap hari.

* Penting kita berkomunikasi dengan anak-anak, sewaktu makan, dan sebagainya.

* Adalah lebih mudah untuk kita dapatkan quality time bersama anak2 , oleh itu manfaatkan peluang ini.

* Anak kita banyak mendapat pendedahan role model dari barat, kenapa tidak mereka belajar role model (i.e. sahabat misalnya). Berikan kepada mereka assignment every week dan biar mereka berkongsi apa yang mereka belajar.

* Perhubungan (relationship) dengan anak-anak sangat penting, lebih-lebih lagi teenagers (remaja). Bila mereka remaja, layan mereka sebagai kawan (seperti dewasa, bukan anak-anak kecil yang diarah begitu saja). Sebaliknya biar mereka faham. Mereka perlu rasa hormat dan cinta kepada ibu bapa dalam masa yang sama. Biar mereka cari ibu bapa dan bukan kawan2, bila timbul masalah. Adalah penting mereka membesar dalam persekitaran yang baik.

* Akhir sekali dalam apa-apa amalan pun, istiqamah itu penting supaya ia berhasil

Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:

Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua:

Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga:

Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat:

Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.

Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. kaedah Soal jawab

Bersoal jawab dengan anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

3. Kaedah merujuk pengalaman lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting. Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

6. Kaedah latihan yang berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Selepas baca, bolehlah beramal. Anak cemerlang bermula daripada ibu bapa cemerlang.

Daripada Abdullah ibn Masud R.A katanya:

’ aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “ Apakah amalan yang paling dikasihi Allah ?”.Pertama: Sembahyang pada waktunya. Kedua: BERBAKTI KEPADA IBU BAPA. Ketiga: Berjihad di jalan Allah.

1. Berbicara dgn sopan dan lemah lembut setiasa rendah suara dan pandangan mata dengan ibu bapa.
2. Minta izin sebelum melakukan sesuatu spt hendak keluar rumah.

3. Jaga kesopanan di hdpn ibu bapa seperti waktu makan, berjalan dsbnya.

4. Cium tangan ibu bapa setiap pagi dan malam.

5. Mendahulukan ibu bapa dalam segala hal.

6. Memberi salam atau ucapan ucapan yang sopan atau penghargaan apabila berjumpa atau berhadapan dengan guru.

7. Memandang guru dgn rasa hormat.

8. Berdiri atau duduk dengan sopan sewaktu bercakap dan sewaktu guru sedang mengajar tunjukkan minat terhadap apa yang diajar.

9. Jangan sekali kali memperkecil atau mencabar kebolehan guru.

10. Anak anak harus diajar hak hak jiran dan wujudkan silaturrahim.

11. Sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada ibu bapa

Konsep Penandaarasan

PENGENALAN


"Benchmarking" dalam Bahasa Melayu adalah Penandaarasan. Konsep ini adalah satu proses yang sistematik dan berterusan atau "istiqamah" untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi yang lain untuk mencapai prestasi yang lebih baik. Melalui IPA, Kerajaan telah memperkenalkan konsep ini dengan hasrat Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil langkah atau tindakan proaktif dalam membuat sebarang urusan perkhidmatannya. Kecemerlangan pasti akan dapat kita capai dengan belajar dari kejayaan- kejayaan orang lain. Istiqamah merupakan suatu tuntutan kepada umat manusia yang inginkan kejayaan, kesejahteraan dan kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat.

Konsep Penandaarasan

Penandaarasan adalah suatu alat untuk mengenalpasti dan mencapai kejayaan. Sebuah organisasi akan meninjau dan membuat perbandingan dengan rakan rujukan untuk menambahbaik suatu produk, proses atau perkhidmatan. Sebagai contoh: Perkhidmatan Awam Brunei mungkin akan meninjau Perkhidmatan Awam negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan lain-lain bagi meninjau dan mempelajari amalan-amalan yang telah membuktikan kejayaan cemerlang mereka terhadap sesuatu projek atau proses kemajuan yang serupa untuk dibuatkan sebagai tanda aras di negara ini. Dengan memulakan konsep Penandaarasan ini Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam akan dapat melaksanakan EMPAT langkah penting seperti berikut:

1. mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang perlu ditambahbaik;

2. mengenalpasti amalan-amalan terbaik bagi proses kerja berkenaan;

3. mengkaji proses kerja berkenaan; dan

4. menggunakan daya kreativiti untuk merekacipta semula proses kerja berkenaan sesuai dengan sosio- budaya kita kearah melaksanakan yang terbaik sahaja.

Faedah Penandaarasan

Perkhidmatan Awam akan dapat:

1. mendorong agensi kerajaan menjalankan penambahbaikan yang berterusan;

2. menggerakkan agensi kerajaan untuk mengamalkan konsep pembelajaran setiap masa dari pihak lain;

3. mengelakkan kita bersikap selesa akan prestasi masakini dan merangsang kita mencari idea atau pendekatan baru;

4. membantu warga perkhidmatan awam dalam meningkatkan kepakaran dalam suatu proses kerja;

5. mewujudkan silaturrahim dengan rakan rujuknya dengan cara perkongsian maklumat;

6. membolehkan agensi yang berprestasi tinggi membantu agensi yang sedang melaksanakan penandaarasan; dan

7. melengkapkan usaha TQM.

MODEL Penandaarasan




Penandaarasan Memeriksa atau Menilai APA yang Terpenting

Pembelajaran Kejayaan Pemeriksaan atau Penilaian Penandaarasan menilai ke tahap dimana sesuatu organisasi itu berjaya mencapai misinya dari perspektif rakan rujukan utama. Adalah lebih penting penilaian di fokuskan kepada faktor-faktor misi yang kritikal sahaja. Penandaarasan yang berjaya dan berkualiti tinggi akan mengenalpasti faktor-faktor kritikal bagi mencapai kejayaan misi mereka.

Sunday, September 5, 2010

BERPUASA DI BUMI WAQAFAN KISAS SBT

alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa di bumi waqaafan KISAS bersama anak-anak didik tersayang putera dan puteri yang banyak mengajar erti kehidupan sebagai satu amanah. program ihya' ramadan di semarakkan dengan pelbagai aktiviti seperti solat terawih berjemaah di surau dan masjid sultan sulaiman yang mengimbau kembali tahun 82 semasa belajar di KIK. kemuncak program ialah program iftar jamai di mana semua putera dan puteri berkampung di kawasan kolej dari jam 2.30 petang hingga 8 pagi esoknya. program dipenuhi dengan majlis khatam al quran, tazkirah oleh ALKIS , iftar, sambutan ambang merdeka jam 12 malam kemudian disusuli dengan qiamullail dan kukiah subuh. semua putera tidur di dewan besar.

Wednesday, April 28, 2010

Majlis Makan Beradab dan Sambutan Hari Lahir Putera dan Puteri KISAS

Pada 27 dan 28 April Asrama KISAS SBT telah mengadakan Sambutan Hari Lahir bulan Jan, Feb, Mac dan April  dan majlis makan beradab untuk puteri dan puteri KISAS SBT  kali 1 Tahun 2010. Sambutan alhamdulillah amat membanggakan.

Thursday, April 22, 2010

Pengalaman berada di KISAS SBT

Malam ini adalah malam pertama aku berceramah dalam kuliah maghrib di Masjid Bandar Diraja Masjid Sulaiman 21 April 2010 setelah memegang jawatan sebagai PK HEM KISAS sejak Oktober 2009.

Tuesday, October 20, 2009

bersyukur alhamdulillah

alhamdulillah allah murahkan rezki dan allah sahaja yang tahu untuk diri ini. aku dpat tawaran kenaikan pangkat iaitu sebagai penolong kanan hem di kisas. semga perrancangan kerjaya aku akan menjadi kenyataan.

tahun 2009 ada 3 perkara menjadi target aku sekeluarga;
1. pembinaan homestay di pekan batu 6 kt
2. pembeliaan tanah seluas 5 ekar denganharga RM125,000.00
3. pembeliaan kereta baru nissan frontier RM55,000.00

Tuesday, November 11, 2008