Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Friday, February 17, 2012

Pengurusan Panitia


PENGURUSAN PANITIA KBSM
Oleh : Mohd Ismail bin Hj.Mohamood [1]
Penolong Kanan KISAS
PENDAHULUAN:
Pengurusan Panitia merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik. Pengurusan Panitia yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Islam.

DEFINISI:
Pengurusan Panitia di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

PUNCA KUASA :
Panitia di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.

OBJEKTIF :
1.      Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia di sekolah.
2.      Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru untuk merancang, melaksana, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
3.      Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.
4.      Memantapkan sistem dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan panitia
5.      Mempertingkat kualiti pengurusan Panitia di sekolah
PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PANITIA:
1.      Sistem Fail
a.      Mengadakan sejumlah 13 buah fail yang mengandungi :
                    i.                  Minit Mesyuarat
                  ii.                  Maklumat Guru
                iii.                  Surat Menyurat / Pekeliling
                 iv.                  Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
                   v.                  Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan
                 vi.                  Perancangan Peningkatan Panitia
               vii.                  Analisis Ujian dan Peperiksaan
             viii.                  Laporan Program / Aktiviti
                 ix.                  Persatuan Ko Akademik
                   x.                  Perkembangan Staf
                 xi.                  Kewangan
               xii.                  Bank Soalan
             xiii.                  Kerja Kursus ( PLBS )

b.     Perancangan Peningkatan Panitia
                    i.            Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Sahsiah. Rancangan ini adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
                  ii.            Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam tempoh setahun, merangkumi semua program dan aktiviti panitia.
                iii.            Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja bagi setiap aktiviti yang hendak dijalankan.

c.      Perkembangan Staf
                    i.            Merancang dan mengadakan perkembangan staf sekurang-kurangnya dua kali setahun.
                  ii.            Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi antaranya, kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan perkembangan kurikulum terkini.

d.      Pengurusan Kewangan
                    i.            Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
                  ii.            Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran - PCG) untuk meningkatkan keberkesanan P&P seperti mencetak dan membeli buku kerja.
                iii.            Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia.

e.      Laporan Program / Aktiviti
                    i.            Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah dijalankan.
                  ii.            Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan dalam bentuk yang menarik.

f.        Penyemakan Buku Latihan
                    i.            Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun mengikut kelas.
                  ii.            Menghantar buku latihan kepada Pengetua / Guru Penolong Kanan mengikut jadual yang ditetapkan untuk disemak.
                iii.            Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia.

g.      Pengurusan Surau
                    i.            Memastikan surau berada dalam keadaan bersih dan ceria.
                  ii.            Menggunakan kemudahan surau untuk amali solat, P&P dan kegiatan persatuan.
                iii.            Merekodkan penggunaan surau dan mengemaskini stok peralatan surau.
                 iv.            Menggunakan senarai semak pengurusan surau yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.






PEKELILING PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
Pekeliling 1

Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tingkat 12-14,
Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Telefon : 03-2922066
50604 Kuala Lumpur.                                                                                                                                                                                                                                                                                               Kawat   : Pelajaran 
Ruj. Kami                   :           KB(BS)8591/Jld.II/(44)
Tarikh                                     :           13 Mac, 1986

Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.
Y.B. Datuk/Tuan,

Per: Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran

Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata  itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia  mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.

2.             Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.

3.             Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran- pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.

Latar Belakang

Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.

Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.

                        Struktur dan Organisasi

3.2.1                   Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran).  
3.2.2                   Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3                   Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automotik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.4                   Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
3.2.5                   Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mensyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran;-

3.2.1  Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;
3.2.2               Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.
3.2.3   Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/ target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;
3.2.4   Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik.

   Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.
3.4.1                   Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia;
3.4.2                   Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.4.3                   Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
3.4.4                   Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah;
3.4.5                   Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan
3.4.6    Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pelajaran dan pembelajaran;
3.4.7    Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara `ad-hoc’ jika perlu;
3.4.8    Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;
3.4.9    Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10                       Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran;
3.4.11                       Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12                       Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;
3.4.13                       Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14                       Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan

4.             Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,
                                                                        t.t
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR)
Bahagian Sekolah
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pekeliling 2
Surat Pekelilng Ikhtisas Bil 2/1996
Rujukan                      :           KP (BS) 8591/Jld.VII (33), dikeluarkan pada 24 Jun 1996
Tajuk                                       :           Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian
Tujuan                         :           Untuk menegaskan bahawa :
a)     Kementerian Pendidikan amat memandang berat terhadap sebilangan pelajar yang tidak menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam       berpakaian, seperti tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar, tidak      mengikat tali leher dengan   kemas, tidak mengancing butang baju, berkasut           kotor atau tidak berkilat, tidak memakai kain samping dengan kemas, tidak      menyikat rambut dengan rapi serta            tabiat-tabiat lain yang memperlihatkan         nilai-nilai yang tidak diingini. Fenomena ini jika tidak ditangani segera          dikhuatiri akan menjejaskan hasrat dan matlamat kerajaan untuk           meningkatkan taraf pendidikan negara kita ke taraf dunia.
b)     Harus diingat bahawa penampilan pelajar dalam masyarakat mencerminkan           corak           pendidikan yang diterimanya di sekolah. Matlamat pendidikan negara            untuk           menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia        serta           berketrampilan tidak akan tercapai sekiranya pelajar masih belum      dapat           menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi.
c)      Semua sekolah diminta mengambil langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan           tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan     sahsiah dan           penampilan diri yang baik dapat dilakukan.

Pekeliling 3
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 15/1998         
Rujukan                      :   KP (BS) 8591/Jld.XIV (15), dikeluarkan pada 25 Julai 1998
Tajuk                                       :   Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam
Tujuan   :  Untuk menegaskan bahawa keputusan Kementerian Pendidikan     bahawa         semua urusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam di     sekolah-sekolah dipertanggungjawabkan kepada Sektor/Unit Pendidikan             Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri. Manakala penempatan dan    pertukaran guru Pendidikan Islam antara negeri pula akan terus dilakukan      oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan.
Pekeliling 4
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999
Rujukan          :                       KP (BS) 8591/Jld.XV (3), dikeluarkan pada 9 Mac 1999
Tajuk               :                       Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
Tujuan             :                       Untuk :
a)       Memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bertarikh 1 Julai 1963         mengenai buku Rekod Mengajar Guru.
b)       Memaklumkan bahawa Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Rekod ini bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang    munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan   sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki.

Pekeliling 5
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1999
Rujukan                      :                       KP (BS) 8591/Jld.XV (5), dikeluarkan pada 11 Mei 1999
Tajuk     :           Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf   Sokongan
                   dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan
Tujuan             :                       Untuk menegaskan bahawa :
a)        semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah sama      ada di pejabat, di kawasan sekolah atau di dalam bilik darjah adalah dilarang sama    sekali melibatkan diri dalam apa jua bentuk kegiatan            berunsur         politik.
b)        semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Staf Sokongan yang ingkar dengan         larangan di atas boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tataterbib ) 1993 dan mana-mana murid yang terlibat dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang    ada.
c)         semua Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar adalah diminta supaya mengambil         tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, staf dan murid yang didapati         bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas.

Pekeliling 6
Surat Penjelasan Lanjut Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 KP(PPK)32/4/Jld.VI/(83) bertarikh 24 November 1988

Rujukan          : KP (PPK) 32/4/Jld.VII(1) dikeluarkan pada 19 Disember 1988
Tajuk               : Penjelasan Lanjut Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988                                                                                              
                                                                          C  KP(PPK)32/4/Jld.VI/(83) bertarikh 24 November 1988
Tujuan     :       Untuk menegaskan bahawa :
a)        Satu masa yang sesuai untuk amali Pendidikan Islam KBSM hendaklah diatur agar membolehkan pelajar berpeluang mengerjakan solat Zohor atau solat Asar pada hari-hari berkenaan.
b)                                        Dua waktu tambahan hendakla dijalankan mengikut program                                                                                                                                 yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam                                                                                                                                                                                        Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pekeliling 7
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 17/2002

Rujukan                      :           KP (BS) 8591/Jld.XVII (17) dikeluarkan pada 3Disember 2002
Tajuk               :  Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
Tujuan             :           Untuk menegaskan bahawa :
a)            Setiap murid Islam di sekolah menengah atau sekolah kebangsaan harus memiliki Buku PAFA
b)            Semua guru dan murid boleh mendapatkan Buku PAFA di Dewan Bahasa dan Pustaka atau di mana-mana cawangannya.
c)             Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di kelasnya.

Pekeliling 8
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 /1992

Rujukan                      :           KP (BS) 8591/Jld.VI ( 7) dikeluarkan pada 22 Januari 1992
Tajuk     :  Pelaksanaan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP
Tujuan   :         Untuk menegaskan bahawa :

a)            Sekolah dan Maktab hendaklah menggunakan sepenuhnaya Pedoman Ejaan Jawi yang diterbitkan oleh DBP
b)            Semua guru dan murid  mengeja Jawi berdasarkan Ejaan yang dikeluarkan oleh pihak DBP

Pekeliling 9
Surat Siaran  (JAPIM)5206/4/4.1Jld.21 (4)

Rujukan                      :           (JAPIM)5206/4/4.1Jld.21 (4) dikeluarkan pada 3 Januari 2003
Tajuk               : Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan al-Quran dalam Pengajaran dan                                              Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM
Tujuan      :      Untuk menegaskan bahawa :
a)            Pelaksanaan Jawi dan al-Quran enam bulan pertama tahun satu   hendaklah mengikut masa baru yang ditentukan
b)            Masa selepasnya guru hendaklah menjalankan pemulihan dan pengayaan secara berterusan
c)         Pemulihan khas hendaklah dilakukan kepada murid yang belum  menguasai Jawi dan al-Quran di semua peringkat sekolah rendah dan sekolah  menengah.
d)            Tulisan Jawi digunakan di semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah
e)            Guru hendaklah merancang aktiviti khusus yang melibatkan murid menguasai Jawi dan al-Quran.




CONTOH KERTAS KERJA
( RANCANGAN OPERASIONAL )
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA
TAHUN 2011



RASIONAL:
Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam disamping untuk memahirkan bacaan al Quran.
OBJEKTIF :
1.   Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan.
2.   Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar berkenaan.
3.   Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.
TARIKH
22 Oktober 2011
TEMPAT
Dewan Sekolah / Surau
KUMPULAN SASAR
Pelajar Tahun 6 yang tamat al-Quran
ANGGARAN
1.   Jamuan
*    Jemputan                                  RM5.00 X 10                                            =  RM  50.00
*    Ibubapa                                                 RM4.00 X 20                      =    RM  80.00
*    Guru                                                                  RM4.00 X 20                                        =          RM  80.00
*    Pelajar                                                  RM3.00 X 20                                            =      RM  60.00
2.   Cenderamata Perasmi                                                                           =      RM  30.00
3.   Cenderamata Pelajar      RM5.00 X 20             =          RM 100.00
4.   Bunga Telur                                   RM2.00 X 20                                                        =          RM 40.00
5.   Pelbagai                                                                                                                                                                              =   RM 100.00
6.   Jumlah                                                                                                                                                                                      =                 RM 540.00



SUMBER
1. Sekolah
2. PIBG
STRATEGIK
1.   Menyediakan kertas kerja dan membentangkannya
2.   Mengadakan mesyuarat perlantikan jawatankuasa
3.   Mesyuarat pelaporan & semakan kerja
4.   Pelaksanaan majlis
5.   Laporan dan post mortem

JAWATANKUASA PELAKSANA
1.         Penasihat :
2.         Pengerusi :
3.         Naib Pengerusi :
4.         Setiausaha :
5.         Bendahari :
6.         AJK Pelaksana :
*       Urusetia
*       Jamuan
*       Cenderamata
*       Siaraya
*       Persiapan Tempat
*       Back Drop
*       Brosur
*       Pengacara Majlis
*       Lain-lain yang difikirkan perlu
PENILAIAN DAN KAWALAN MUTU

1.         Pemantauan dan penilaian akan dibuat oleh :
*       GPK Kokurikulum
*       Unit HEM – Bina Insan
*       Panitia Pendidikan Islam
PENUTUP






CARTA ALIRAN KERJA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA
TAHUN 2011




 





      







       














ATURCARA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMK SERI MUTIARA
TAHUN 2011


8.00 pagi        :                       Pelajar berkumpul di dewan
8.15 pagi                    :                       Guru-guru mengambil tempat
8.30 pagi                    :                       Ketibaan jemputan
8.45 pagi                    :                       Ketibaan perasmi
9.00 pagi                    :                       Majlis bermula
*                   Aluan pengerusi
*                   Bacaan al-Quran
*                   Ucapan Pengetua
*                   Ucapan Perasmi
*                   Majlis Khatam al-Quran bermula
*                   Penyampaian sijil & cenderamata
*                   Persembahan nasyid
*                   Bacaan doa
*                   Bersurai


[1] Mohd Ismail bin Hj.Mohamood  Penolong Kanan Kolej Islam Sultan Alam Shah Kertas kerja ini dibentangkan dalam LADAP guru SMAT Sultan Hisamuddin Kg.jawa pada 16 feb 2012.

Monday, January 23, 2012

TANDA ORANG MUTADAYYIN

SIRI NOTA PENGAJIAN JAUHAR TAUHID  - SIRI 1

Menurut Imam Nawawi ;

Tanda orang yang Mutayyin ( Orang Yang Beragama ) itu ada empat sebagaimana yang dinazamkan oleh ulama;

امور لدين صدق قصد وفا العهد  #
وترك لمنهي كذا صحة العقد

Ertinya “ Perkara –perkara agama itu adalah : membenarkan qashad, memenuhi janji dan meninggalkan larangan serta sahihnya I’tikad”

Makna daripada :

  1. صدق القصد   adalah menunaikan ibadah dengan niat dan ikhlas
  2. وفاء العهد   adalah mendatangkan segala yang fardhu
  3. تركا  المنهي  adalah menjauhi segala yang diharamkan
  4. صحة العقد  adalah kemantapannya dengan akidah-akidah ahlus Sunnah wal Jamaah

( Rujukan : Jauhar Tauhid m.s 23 )

Huraian :

1.                                                   صدق القصد  
-         Menunaikan ibadah dengan niat yang ikhlas kerana Allah ( liwajhillah) dan mengerjakan ibadat itu dengan ikhlas penuh keinsafan dan menepati tuntutan syarak dengan memenuhi syarat  amalan yang Allah yag makbulkan.
-         Perbezaan di antara niat dan qashad. Niat ialah lintasan hati sementara niat samada baik atau jahat sementara qashad pula ialah melakukan kerja dengan bermatlamat seperti pergi haji. Haji bermakna menuju kaabah untuk menunaikan perbuatan tertentu.[1]
-         Makna membenarkan ialah hati yang tulus ikhlas tanpa ada tujuan lain yang orang  tidak nampak kecuali hati seseorang yang menilai kebenaran itu.
-         Syarat amal soleh yang Allah makbulkan ada empat
1.      Melaksanakan amalan dengan niat ikhlas
2.      Menepati syarak ( hukum agama ) dan Islam tidak menghalal cara untuk mencapai matlamat. الغاية لا تبرر الوسيلة
3.      Melaksanakan dengan penuh kesungguhan (الاتقان     )
4.      Melaksanakan dengan penuh komitmen ( الاستقامة   (

2.                                                   وفاء العهد   
-        melaksanakan segala perintah yang wajib yang menjadi fardhu kepada seorang mukallaf
-         al ahdu bermaksud janji yang telah termeterai dengan Allah iaitu menjunjung perintahNya yang meliputi perkara fardhu ain dan fardhu kifayah
-          
-         ومن يعمل سؤا اويظلم نفسه ثم يستغفر الله يجد الله غفورا رحيما
-         ”Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampuun lagi Maha Penyayang”

-         لو ان هذا القران على جبل لرايته خشعا متصدعا من خشية الله
-         Sesungguhya kami menurunkan al Quran ini kepada sebuah gunung pasti kamu akan dapat melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah”

-         makna wafa’ialah menunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan menepati kehendak atau piawai kualiti sesuatu kerja.

-         makna tanggungjawab agama ( taklif ) ialah  pertanggugjawaban hukum hakam ke atas seseorang mukallaf..

3.                                                   تركا  المنهي  
-         menjauhi dan meninggalkan segala bentuk kejahatan dan perkara tegahan agama
-         tidak mendekati perkara haram dan shubhat
-         haram itu jelas dan  halal itu  jelas  dan di antaranya shubhat[2]

-         عن أبى عبد الله النعمان بن بشير رضى الله عنهما قال :  سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
-         ان الحلال بين وان  الحرام بين وبينهما مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع فى الشبهات وقع فى الحرام كالراعى يرعى حول الحمى يوشك ان يرتع فيه الا وان لكل ملك حمى الا وان حمى الله محارمه الا وان فى الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا وهي القلب  
-         رواه البخارى ومسلم
-         ما أمن بالقرأن من استحل محارمه
-         الترمذى                  
     Tidaklah beriman dengan al Quran oleh orang menghalalkan apa yang
        diharamkan oleh al Quran"





4.                                                   صحة العقد 

-         kemantapan akidah ( akidah ahli Sunnah wal jamaah ) dengan beriman bahawa Allah:
4.1  Allah yang mencipta alam ini dengan Bijaksana lagi Berkuasa
4.2  Allah tidak mencipta kejadian alam ini dengan sia-sia
4.3  Allah mengutuskan para rasul dan kitab untuk mengajar umat
4.4  Matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah dengan memberi penuh ketaatan dan mengabdikan diri kepadaNya
4.5  Ganjaran kepada mukmin ialah syurga
4.6  Manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan kehendak sendiri .namun kebaikan itu dengan taufiq dan inayah Allah dan kejahatan pula tidaklah paksaan Allah tetapi termasuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya.
4.7   Urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah.
4.8   Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanNya.
4.9   Mesti berfikir merenungi kehebatan kejadian Allah bukan memikirkan zat Allah.
4.10          Mengabdikan diri kepada Allah
4.11          Tidak menyekutukan Allah
4.12          Sentiasa mengingati Allah dengan menyebut namaNya dan diam dengan berfikir dan bercakap adalah berzikir
4.13          Bertawakkal sepenunnya kepada Allah
4.14          Mensyukuri nikmatNya
4.15          Sentiasa beristighfar memohon kemampunan kepada Allah
4.16          Sentiasa bermuraqabah ( merasai berada di bawah pengawasan ) dengan Allah.[3]
    
-         cabaran aqidah ialah kehidupan jahiliah dan  cinta dunia dan bencikan akhirat
-         aqidah yang selamat ( سليم العقيدة  ) iaitu tidak syirik dan mentauhidkan Allah dengan tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah serta tauhid asma’wassifat




[1] Al Feqh Islami , Wahbah Zuhaili m,s 8 Darul Fikri Beirut
[2] Al Wafi Syarah Hadis 40 Imam Nawawi ( Terjemahan ) Pustaka Salam m.s 50
[3] Apa Erti Saya Menganut Islam Fathi Yakan ( terjemahan ) Dewan Pustaka Fajar m.s.15 – 28

PERSOALAN HAJI DAN UMRAH

Artikel ini dibuat bagi menjelaskan isu ini secara padat dan ringkas serta tidak terlalu berat dengan hujjah ilmiah.
Pertamanya elok jika kita melihat kepada firman Allah dari ayat :-
وَلِلّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً
Ertinya : ".. mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia kepada Allah swt iaitu (bagi) orang yang berkemampuan dan sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah;.." ( Al-Imran : 97 )
mecca2.jpg
 
Para ulama sepakat menyatakan hukum wajib tidak akan tertanggung ke atas seseorang lelaki dan wanita selagi syarat "istita'ah" atau ‘kemampuan'  belum diperolehi.
Pengertian istita'ah secara mudah lagi ringkas, adalah SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH NABI s.a.w ketika ditanya akan ertinya, baginda Nabi s.a.w menjelaskan :
الزاد والراحلة
Ertinya : Bekalan dan pengangkutan perjalanan ( Riwayat At-Tirmidzi; berkata At-Tirmidzi & An-Nawawi : Hadis Hasan : Al-Majmu', 7/41 [1])
Jelas dari hadis yang memperincikan erti istita'ah di atas, terdapat dua perkara utama iaitu :-
1- Bekalan
Erti bekalan di sini adalah bekalan makanan, minuman dan pakaian  yang mencukupi sepanjang pemergiannya sehinggalah kepulangannya. ( I'anah At-Tolibin, 2/281 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/316)
2-  Kenderaan dan Perjalanan
Kenderaan dan perjalanan mestilah sesuai dan diyakini keselamatannya, kenderaan pula mestilah diperolehi sama ada dengan membelinya atau menyewa. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah)
DUA ISU UTAMA
a) Berhutang melalui pembiayaan Islam untuk menunaikan haji
Berhutang untuk menunaikan Haji jika dilihat dari satu sudut, ia seolah-olah menunjukkan  ketidakmampuan  seseorang atau belum mempunyai kelayakan dan bekalan mencukupi untuk menunaikan ibadah Haji.
Dari sudut yang lain pula, ia mungkin juga boleh menunjukkan status kemampuan, cuma kemampuan itu memerlukan sedikit masa, maka untuk mempercepatkan status ‘mampu', ia membuat pinjaman.
Jika itu dua kemungkinannya, adakah seseorang dituntut untuk meminjam semata-mata untuk tujuan Haji.? Apatah lagi pembiayaan dari Institusi Kewangan yang  akan menyebabkan kos yang lebih tinggi dari harga asal kos haji.
Jawab ringkasnya TIDAK PERLU DAN IA BUKAN PRIORITY. Itulah jawapan ringkas yang diberikan oleh Nabi s.a.w apabila ditanya oleh seorang sahabatnya Abdullah Bin Abi Awfa,
سألته عن الرجل لم يحج أيستقرض للحج ؟ قال : لا
Ertinya : Berkata Abdullah : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang lelaki yang belum menunaikan Haji, adakah boleh ia meminjam wang untuk Haji? , jawab Nabi : TIDAK" ( Musnad As-Syafie ;  1/109 ; Al-Um, 2/116 )
Imam Asy-Syafie berkata berselepas itu :
ومن لم يكن في ماله سعة يحج بها من غير أن يستقرض فهو لا يجد السبيل
Ertinya : Barangsiapa yang tidak mempunyai kemudahan, keluasan (lebihan) harta yang membolehkannya menunaikan haji tanpa membuat pinjaman, ketika itu DIA DIANGGAP TIDAK BERKELAYAKAN ( TIADA BEKALAN) UNTUK PERGI HAJI"  ( Al-Umm, 2/116)
Islam tidak memberatkan kecuali kepada mereka yang benar-benar sudah sampai kemampuan dan bukan kemampuan yang dipaksa-paksa sebelum tiba saatnya.
Imam Ibn Qudamah menjelaskan bahawa para ulama hampir sepakat menyatakan bahawa belanja bekalan itu mestilah :-
أن يكون هذا فاضلا عما يحتاج إليه لنفقة عياله الذين تلزمه مئونتهم في مضيه ورجوعه لأن النفقة تتعلق بها حقوق الآدميين , وهم أحوج وحقهم آكد...وأن يكون فاضلا عن قضاء دينه
Ertinya : Dan hendaklah (bekalan ini) adalah harta yang lebih dari apa yang wajib ke atas tanggungjawabnya dari nafqah keluarga yang wajib disediakannya semasa pergi dan kembalinya, ini adalah kerana nafqah berkait dengan hak manusia, dan ia adalah lebih perlu dan diutamakan ( dalam hal ini dari Haji yang merupakan Hak Allah semata-mata),...selain itu mestilah bekalan ia dari harta yang lebih dari mencukupi untuk melunaskan hutangnya. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/317)
Namun demikian, jika hutang baru itu TIDAK menjejaskan keseluruhan tanggungjawab (kewajiban) hartanya kepada yang berhak (seperti anak dan isteri), kerana ia mempunyai simpanan yang  mencukupi atau harta lain (dalam bentuk hartanah atau lain-lain) yang boleh dijual apabila perlu, tatkala itu, TINDAKAN BERHUTANG TADI BOLEH MENJADI HARUS. Sebagaimana kata Imam As-Syafie :
ولكن إن كان ذا عرض كثير فعليه أن يبيع بعض عرضه أو الاستدانة فيه
Ertinya : "Tetapi jika ia mempunyai harta yang banyak, bolehlah ia menjual sebahagiannya atau berhutang (kerana yakin boleh membayar balik hutang kerana mempunyai harta bukan dalam bentuk wang tunai )" ( Al-Umm, 2/116)
b) Hutang belum selesai tetapi ingin menunaikan haji.
Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan bahawa seseorang yang masih tersangkut dengan bebanan hutang TIDAK WAJIB untuk menunaikan haji. Sebagaimana yang dijelaskan di atas, ulama sependapat bahawa ‘bekalan' yang dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya, justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.
Selain itu, hutang individu perseorangan yang bersifat jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi menunaikan Haji.
Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih berhutang dengan saya sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Kesannya, individu ini tidak layak menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya terlebih dahulu,
ATAU
sebagai pilihan lain, WAJIBLAH atasnya meminta izin dari saya (pemberi hutang) menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang, boleh redha jika sesuatu berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada menghalalkan hutang berbaki atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia tidak seharusnya pergi menunaikan Haji.              
Justeru, sekiranya pihak kerajaan ingin mengeluarkan khidmat pembiayaan Islam bagi mereka yang berhasrat menunaikan Haji, seluruh pertimbangan ini mestilah diberikan dan disemak kepada pemohon sebelum kelulusan diberi, agar khidmat yang bertujuan baik oleh kerajaan tidak tersilap sasaran sehingga membawa mudarat kepada individu yang kurang berkemampuan, lalu menjerumuskan mereka di dalam perkara haram.
Kerajaan Malaysia diketahui ‘cuba' berpegang dengan mazhab Syafie dalam banyak pendapat Fiqhnya, justeru dalam hal ini Imam Syafie sendiri telah meriwayatkan hadis berkenaan larangan meminjam untuk menunaikan haji. Maka jika ulama rasmi kerajaan ingin mengambil pendapat lain, mereka perlulah berhati-hati serta menilai syarat-syaratnya dan tidak tergesa-gesa.
HUTANG INSTITUSI KEWANGAN
Namun demikian, terdapat perbezaan di antara hutang individu dengan hutang Institusi Kewangan yang berpanjangan selama bertahun-tahun malah ada yang mencecah 30 tahun seperti pembiayaan rumah.
Seperti kes pembiayaan tersusun kepada institusi kewangan, terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pembayaran melalui pemotongan gaji.  
Seorang jutawan muslim di sebuah masjid di Kuala Lumpur pernah berkata :-
"Ustaz kalaulah berhutang itu menghalang seseorang pergi haji, saya pastinya tidak akan pergi haji sampai bila-bila, walaupun saya ada harta yang banyak"
"Mengapa kata demikian?" Tanya saya
"kerana saya ada syarikat sendiri, dan syarikat sentiasa ada hutang baru, biasalah ustaz, bisnes sederhana dan besar tanpa wujud hutang adalah tidak logik. So, adakah kerana hutang syarikat saya ini menyebabkan saya tidak berkelayakan menunaikan Haji?" balasnya perlahan dan sangat berminat mendengar jawapan.
"Ooo, hutang jenis tu lain sikit cara pengendaliannya, tapi masih ada syarat" jawab saya ringkas
Benar, hutang dari jenis ini TIDAK menjejaskan kelayakan mereka untuk menunaikan haji DENGAN SYARAT, pemergiannya ke Haji tadi TIDAK AKAN membawa masalah kepada pembayaran hutang sistematik kepada institusi kewangan tadi.
Jika diyakini pemergiannya ke Mekah, BAKAL menyebabkan terjejasnya kedudukan kewangannya sehingga diyakini boleh menjejaskan tanggungjawab wajibnya seperti nafqah, dan hutang wajib kepada institusi kewangan.
Tatkala itu, TIDAK WAJAR baginya untuk menunaikan Haji malah pemergiannya boleh membawa kepada haram, ini kerana telah sedia maklum bahawa apa-apa yang diyakini membawa kepada haram, maka hukumnya juga jatuh HARAM. Disebutkan oleh para ulama Islam satu kaedah yang dipetik dari dalil-dalil al-Quran dan hadis :-
ما يؤدي إلى الحرام فهو حرام
Ertinya : Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram ( Majma Al-Anhar, 4/251 ; Rujuk perincian dalam ‘Ilam Al-Muwaqqi'ien, Ibn Qayyim, 3/137 )
Ia juga boleh difahami dari firman Allah yang mengharamkan segala bentuk dan jenis permulaan kepada zina. Bermakna, bukan hanya zina sahaja yang haram, segala bentuk tindakan dan perilaku yang boleh membawa zina juga adalah haram seperti peluk, cium, renungan mata, chat bersyahwat, telefon bersyahwat dan  lain-lain.
Demikian juga halnya haji dengan keyakinan membawa mudarat kepada hak pemilik hutang dari kalangan individu dan institusi kewangan.
KESIMPULAN
Tiada jawapan satu baris bagi kedua persoalan di atas kecuali perincian dan semakan terhadap kemampuan individu dan kiraan semula nafqah wajibnya. Hanya selepas itu baru dapat di pastikan sama ada berhutang untuk menunaikan Haji dibolehkan atau sebaliknya.
Demikian juga halnya bagi mereka yang sedang terikat dengan hutang, perlu ditinjau jenis hutang dari pelbagai aspek dan hanya selepas itu boleh ditentukan sama ada individu ini boleh menunaikan Haji. Tanpa penilaian yang tepat, seseorang itu mungkin sahaja pergi haji dengan dosa kerana mengabaikan hak individu lain yang lebih berhak ditunai segera.
Sebagaimana berdosanya seorang isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suami.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Sunday, January 22, 2012

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan Kita

Personaliti

1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju

Komuniti

15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka

Kehidupan

22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah

Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas, kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.
Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.
P/S : artikel ini adalah peringatan untuk diri sendiri dan kongsikan supaya dapat manfaat bersama untuk kita semua, mudah-mudahan