Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Tuesday, June 11, 2013

Pesanan Seorang Ayah dan Ibu

Pesanan untuk Anakku Umar Faruq.
Ketika menghantar Umar ke Airport Sandakan sebelum berlepas ke KL untuk meneruskan persekolahan di SMAP Kajang Selangor.
 " Umar belajar betul-betul untuk score yang terbaik dalam SPM. Abi mengharapkan 11A+ menjadi milik Umar. Abang Ahmad telah buat yang terbaik dan ditaja untuk buat perubatan di Mesir , Angah pula insyallah akan dapat tajaan ke Jordan dalam perakaunan -mualamat dan Umar bercita-cita untuk menjadi doktor macam abang Ahmad insyallah tercapai. Umar boleh buat yang terbaik. Jangan cuai dalam ibadat utamakan solat dan sentiaa berdoa agar dipermudahkan belajar. Abi dan ummi sentiasa berdoa untuk Umar. Jaga akhlak dan sentiasa mendekati guru bertanya dan sayangi guru serta mohon restu dan doa mereka. Ramai guru-guru SMAP Kajang adalah kawan-kawan abi dan ummi. Jagalah maruah abi dan ummi."

 Salam sayang dan cium untuk Umar anakku tersayang.


Pengorbanan Seorang Ayah

Kesabaran dan Pengorbanan Seorang Ayah Untuk Anak Tersayang
Pada tanggal 30 Mei aku terbang dari Lahad Datu Sabah ke KLIA. Sampai di KLIA hampir maghrib dan aku disambut oleh kawan baikku dan pada malam tidur di rumah abangnya di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Pagi esoknya  aku dipinjamkan sebuah kereta Myvi untuk ke Nilai Negeri Sembilan. Aku menjemput anakku Ammar di stesyen komuter Nilai. Ammar telah datang pada 26 Mei lagi dan berada di rumah kawannya di Seremban. Aku bersama anakku Ammar bergerak ke Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) untuk mendaftarkan Ammar mengikuti Program Tamhidi Perakaunan -Mualamat. Aku berada di Nilai sehari suntuk kerana terpaksa ke Giant Nilai untuk membeli barang keperluan Ammar selepas mendaftar. Selepas membeli barang keperluannya, aku membawa Ammar ke asramanya di Nilam Court. Pada petang 31 Mei Ammar mengikuti program Taaruf di USIM dan aku mula menyusuri jalan keluar USIM menghala ke KL. Aku sampai di rumah abng kawanku Nasir selepas isyak. Alangkah letihnya tubuh aku seharian menguruskan kemasukan Ammar di USIM. Aku pesan kepada Ammar dalam pelukan perpisahanku " Angah belajar betul-betul dan pastikan Angah score dan buat yang terbaik serta jaga maruah diri dan keluarga kita" Insyallah setahun saja belajar kat tamhidi kemudian sambung ijazah pertama dalam bidang perakaunan, Abi akan hantar Angah belajar ke Jordan diperingkat sarjana. Aku tahu Ammar sangat berminat untuk sambung pelajaran ke luar negara iaitu Jordan mengikuti jejak abangnya di Mesir dalam kursus perubatan. Ammar hampir putus harapan untuk ke Jordan kerana tidak mendapat panggilan IQ Test Yayasan Trengganu untuk calon ke Jordan. Aku pun berbaincang dengan isteri sebelum ini tak payah hantarlah borang permohonan belajar di Jordan ke KPT. Pada hari 31 Mei aku relax sebab tak perlu ke putrajaya untuk hantar borang KPT. Aku hanya bersembang dengan kawanku En .Alias kerana pada malam itu En.Alias mempelawa aku tidur di rumahnya di Adalas Klang.
Esoknya aku balik ke kampungku Bachok Kelantan untuk bertemu ibuku tercinta. Aku jangka akan pulang ke KL pada pagi 4 Jun  kerana flight Air Asia pada 5 Jun jam 10 pagi. Tiket bas dah dibeli bertarikh 4 Jun jam 9.30 pagi.
Semasa aku di bandar Bachok tiba-tiba terima pesanan ringkas telefon daripada Ammar bahawa dia telah ditawarkan kursus dan temuduga Yayasan Trengganu ke Jordan  bermula 4 hb hingga 6 Jun di Marang Trengganu. Aangkah seronoknya aku kerana akhirnya Ammar dapat tawaran temuduga untuk ke Jordan. Apa lagi aku terus cari tiket kat KB untuk balik ke KL malam itu juga 3 Jun kerana 4 Jun aku mesti serahkan borang KPT untuk ke Jordan. Aku terus telefon Ammar supaya bersedia untuk balik ke Trengganu bagi mengikuti temuduga.

Sunday, May 5, 2013

Kupasan Lima Dhoruriyyat Dalam Islam



 “ Usaha ini adalah sebahagian daripada usaha yang wajib dilakukan oleh ummat Islam khususnya bagi menegakkan maslahah manusia di dunia dan akhirat sejajar dengan matlamat-matlamat syariah yang menuntut diwujudkan situasi yang akan melindungi perkara-perkara berikut:”

1. Nilai kehidupan manusia (human values) -   hifzu Ddin
    a. Pemeliharaan agama
    b. Pemeliharaan kemanusiaan manusia:
         i. Fitrahnya
        ii. Kemuliaan dirinya
       iii. Halatuju hidupnya (peranannya dalam kehidupan dunia)
       iv. Kebebasannya

2. Diri manusia (human person): - hifzu nafs dan hifzul  aql
     a. Tubuh dan nyawanya
     b. Rohani dan jiwanya
     c. Aqal dan pemikirannya

3. Masyarakat manusia (human society): - hifzul Nasab / al arad
    a. Pemeliharaan keturunan dan maruahnya
    b. Pemeliharaan institusi masyarakat dan hubungan kemasyarakatannya

4. Persekitaran (Environment): - hifzul Mal
a. Pemeliharaan harta benda

b. Pemeliharaan persekitaran kehidupan manusia

Semua perkara penting di atas merupakan matlamat-matlamat syariah yang mesti dipelihara dan dilindungi.
Petikan daripada tulisan Prof.Dr. Mohd Farid Ahmad  sempena PRU 13.

Selamat Hari Jadi Angah

Abi dan Umi serta adik -adik ucapkan selamat Hari jadi untuk Angah dan Allah  selamatkan Angah . 4 Mei . Kali ini sambutan harijadi Angah disambut di KFC Sandakan Sabah. Semua ada kecuali Ahmad ( di Mesir ) dan Umar ( di SMAP Kajang ). Abi dan Ummi mengharapkan yang terbaik untuk Angah. Tahniah kerana dapat melanjtkan pelajarn ke matrikulasi Melaka dalam jurusan perakauan. Setahun saja kat matrikulasi tu ada rezki tahun depan Angah sambung pelajaran dalam bidang perakauan / perbankan Islam di Jordan di bawah tajaan Yasasan Terengganu insyallah. Abi berhasrat nak meliahat Angah menjadi seorang pakar dalam perakauan dan kewangan / perbankan Islam nanti.

 Abi , Umi, Angah , Amir , Hassan dan Yasir posing kat Hotel Four Points Sandakan menghadap lautan.( seaview )
Motosikal hadiah SPM Angah dapat 9A 2B+

Sunday, March 3, 2013

al Ma'thurat


SMS Sains Lahad Datu Sabah

SMS Lahad Datu Sabah adalah sekolah aku yang ke 7 dan aku sebagai Penolong Kanan yang ketiga. SMS LD berpotensi untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang peringkat kebangsaan. Realiti hari ini SMSLD adalah sekolah bestari dan sekolah terbaik di Lahad Datu. SMSLD juga sekolah terbaik  di Sabah. Dalam beberapa subjek seperti Pendidkan Islam PMR dan SPM nombor 1 Malaysia. Aku datang untuk membantu pengurusan sekolah terutama Bonda yang hebat yang telah membawa perubahan besar kepada SEMSALD dan berpandangan jauh dan memastikan SMSLD akan menjadi sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) dan berada dalam top 10 dalam SBP. Aku akan manfaatkan  kepakaran dan pengalaman  aku semasa berada di SMS Seri Puteri dan Kolej Islam Sultan Alam Shah sebagai PK dan penjana akademik. bermula tahun 2013 dan seterusnya SMS LD akan berubah wajah dan prestasinya dengan lebih cemerlang insyallah.







Impossible Is Nothing

Impossible Is Nothing
This is a case of photographer photographs photographer. The following photographs were taken by photographer Hans van de Vorst at the Grand Canyon, Arizona. The descriptions are his own. The identity of the photographer IN the photos is unknown.
Original Photographer
I was simply stunned seeing this guy standing on this solitary rock IN the Grand Canyon. The canyon's depth is 900 meters here. The rock on the right is next to the canyon and safe.

Watching this guy on his thong sandals, with a camera and a tripod I asked myself 3 questions:
1. How did he climb that rock?
2. Why not taking that sunset picture on that rock to the right, which is perfectly safe?
3. How will he get back?
Original Photographer
This is the point of no return.

Original Photographer

After the sun set behind the canyon's horizon he packed his things (having only one hand available)and prepared himself for the jump. This took about 2 minutes.At that point he had the full attention of the crowd.

After that, he jumped on his thong sandals...
The canyon's depth is 900 meters here..

Now you can see that the adjacent rock is higher so he tried to land lower, which is quite steep and tried to use his one hand to grab the rock.
Original Photographer
We've come to the end of this little story. Look carefully at the photographer. He has a camera, a tripod and also a plastic bag, all on his shoulder or in his left hand. Only his right hand is available to grab the rock and the weight of his stuff is a problem.

He lands low on this flip flops both his right hand and right foot slips away...
At that moment I take this shot. He pushes his body against the rock. He waits for a few seconds, throws his stuff on the rock, climbs and walks away.

"Impossible is Nothing"
Life is a game. God likes the winner, loves the loser but, hates the viewer. So, be the player.
Shared by : "sallyza lan" sallyzaa@yahoo.com

Friday, March 1, 2013

Anak-anak Tersayang


 Amir Fathurrahman ( kini F2 di SMKA Tun JUhar Sandakan Sabah ) ,










Ammar ( Angah ) kini sedang mengikuti Intensif Bahasa Arab di Kolej ISMA untuk ke Jordan dalam bidang perakaunan.
 Hasan Suhaib ( Tahun 5 di SK Lahad Datu 4 Sabah )       












Yassir Nublan ( Tahun 3 di SK Lahad Datu 4 Sabah )

 Umar Faruq kini di SMAP Kajang dalam jurusan Sains Tulen Agama
 Ahmad Fadhlullah bekas pelajar SPBI Sabak Bernam kini di Universiti Iskandariah dalam jurusan Perubatan Tajaan MARA.









Ustaz Mohd Ismail Mohamood semasa baru menjawat jawatan Penolong Kanan di SMK Segambut Jaya ( umur 35 tahun )


Alhamdulillah semua anak-anakku lelaki yang sangat disayangi dan mendengar cakap  abi dan umi . Kini semuanya dah besar dan semuanya bijak dan soleh insyallah. Harapan abi dan umi belajarlah rajin-rajin dan berakhlak mulia agar menjadi anak-anak  soleh dan berbakti kepada agama bangsa dan negara dalam apa jua bidang yang diminati dan ceburi kelak.Amin.

BEST PRACTICES




 Anak anak muridku di Bilik Simulasi SMS Lahad datu Sabah bersama Bonda sedang mendengar amanat Menteri Pelajaran
 Jurulatih Six Sigma sedang menyampaikan kuliah di SBP dan aku salah seorang peserta terpilih.

Hari Penyampaian Hadiah Kecemerlangan kenangan di KISAS


 5S amalan di KISAS dan SMS Lahad Datu

Mesyuarat Penolong Kanan SBP Kali 1/2013 di Hotel Pearl Internasional KL
BEST PRACTICES

A superior method or innovation practice that contributes to the improved performance of an organisation, usually recognised as “best” by other peer organisation
                         
MPC  KPI Development Guide Book p.48


Thursday, February 28, 2013



Manfaat Berbasikal kepada Kesihatan


                     Ayah ( Ust Ismail ) bersama Ummi ( Ustz Maznah ) Amir, Hasan dan Yasir


Aktiviti menunggang basikal merupakan satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh apabila pil-pil diet dan latihan di gim tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain daripada itu ianya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri.

Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat. Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.
Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari , dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya . Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.


FAEDAH KESIHATAN

1) MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.

Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.

Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bacteria di samping menguatkan system imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.

2) MERAWAT ARTRITIS
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

3) MEMPERBAIKI MOOD
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

4) MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktivit berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.

5) MENGUATKAN TULANG
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.


6) MEREHATKAN MINDA
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu

Sunday, February 17, 2013

Penulisan Objektif Dalam PnP




PnP bermutu bermula dengan penulisan dan penghayatan objektifnya. Keberkesanan PnP seorang guru terletak pada kemampuannya menguasai kelas semasa PnP berlansung yang methodologi dan pedagogi pengajaran yang telah difikirkan dan dituliskan sebelum memasuki kelas. Minat murid kepada seorang adalah pra syarat kepada kecemerlangan PnP nya. Setiap guru mesti mengenali setiap murid dalam kelasnya. Falsafah headcount menjadi amalannya. Setiap guru hendaklah menyedari di mana TOV ( take of value ) pengajarannya. Keputusan ujian dan peperiksaan muridnya adalah gambaran sebenar prastasi PnP seorang guru. Perubahan tingkahlaku murid ke arah positif adalah kesan PnP seoarang guru itu di dalam kelas. Sesungguhnya seorang adalah murabbi, muaddib, muhazzib dan murshid. 

Konsep HEADCOUNT


Headcount adalah kiraan prestasi setiap murid dalam proses PnP seorang guru. Seorang guru mengenali setiap  murid yang diajarnya di dalam kelas. Menjadi tanggungjawab seorang guru yang dedikasi mengenal kekuatan , kelemahan serta kekurangan muridnya untuk dibuat pembetulan  dan potensi muridnya untuk digilap dan dibangunkan untuk dioptimumkan potensi dan kebolehannya.  Headcount melibatkan sasaran / target dalam pengajaran dan pembelajaran ( PnP )  seorang guru setiap hari. PnP harian adalah proses untuk mencapai KPI seorang guru dalam subjek yang diajarnya dan diamanahkan kepadanya. Proses adalah satu mekanisma penting dalam menentukan jatuh bangunnya prestasi subjeknya. Proses cemerlang akan melahirkan result gemilang. Namun proses inilah yang diambil enteng dan dipandang ringan  oleh kebanyakan guru. Ramai guru mengambil jalan mudah dengan mengadakan tuisyen dan kejar menghabiskan sukatan pelajaran tanpa melihat perjalanan proses PnP.

Headcount mempunyai pelunjuran iaitu OTI dan ETR yang akan menjadi kayu ukur kemenjadian murid dalam pencapaian akademiknya bermula dengan TOV murid tersebut. Target pelunjuran yang seharusnya meningkat  4 % atau 5%  untuk mencapai ETR. Perbezaan pencapaian pada OTI dan ETR adalah hutang yang mesti dibayar oleh guru dan muridnya secara kolaboratif. Postmortem prestasi adalah untuk dibuat penambahbaikan strategik untuk mencapai target. 

Sunday, February 3, 2013

Sambutan Lahad datu Sabah 2013

Alhamdulillah dah sebulan aku sekeluarga berada di Lahad Datu Sabah. Banyak pengalaman baru dapat dirasai di Lahad Datu Sabah. Hijrah aku sekeluarga ke sini adalah atas arhan KPM dan kehendak atau pilihan aku sendiri. Aku ingin pengalaman baru dan cabaran baru dalam kerjayaku. Semoga kedatngan aku ke sini akan membuahkan hasil lumayan yang aku cita-citakan sebagaimana saranan SBP. Aku sekarang berada di SMS Lahad Datu Sabah sebagai Timbalan Pengetua. Aku di sini insyallah dalam jangka masa 4 atau 5 tahun dengan beberapa target. Peluang dakwah yang lebih realistik, kenaikan pangkat dan mengahbiskan pengajian PhD aku dan sarjana umi. Di sini banyak keinsafan untuk lebih mengenali kemanusiaan.

Keadaan Paar Besar Lahad Datu 

1. Kemiskinan rakyat Sabah dan keluar ke pasar setiap pagi minggu untuk memasarkan hasil tanaman dan tangkapan sendiri
2. Terdapat satu kelompok penduduk yang tinggal di atas perahu tepi muara Lahad Datu yang dinamakan pela u ( pela uu ) asalnya pelaut. mereka tidak bersekolah dan hidup dengan tidak ada sistem dan tidak terurus. mereka katanya datang dari Filipine , Burma , Indonesia dan tidak ada identiti neara ( tidak ada kada pengenalan )
3. Mereka jahil agama keadaan ini dapat dilihat dalam kehidupan harian. Disi perlu ramai pendakwah semenanjung datang membantu. Mereka dahagakan ilmu agama.

Saturday, October 20, 2012

whos.amung.us - showcase

whos.amung.us - showcase

Kursus Six SIGMA

al hamdulillah aku terpilih sebagai peserta kursus SIX  SIGMA. Kursus ini untuk Champion Team KPM terdiri daripada 30 pegawai kanan KPM dan aku termasuk dalam team tersebut yang wajib mengikut kursus tersebut selama 21 hari bermula September hingga disember 2012. Kursus ini adalah program khas KPPM. Setelah habis kursus nanti para peserta diwajibkan membuat projek kajian di sektor -sektor KPM dan projek tersebut dibentangkan kepada KPPM untuk diluluskan. Sijil kursus ini adalah sijil antarabangsa dan lanjutan kursus samaada di Korea atau UK. 



semasa pembentangan tugasan kumpulan

satu pembentangan yang baik oleh kumpulan SBP ( pengantarabangsaan )