Kalendar Islam

RESEPI KEJAYAANKU

Assalamualaikum,
Kejayaan seseorang adalah bergantung kepada kekuatan individu tersebut dalam menentukan ; masa depannya, halatuju kehidupan & wawasan hidupnya, gaya hidupnya yang membolehkannya berdiri teguh dan sentiasa bermotivasi dan saling memahami pasangan dan anak-anaknya dalam menyesuaikan kerjaya dan kehidupannya secara berkeluarga. formulanya : teguhkan keazaman untuk mencapai cita-cita , terus melonjak kehadapan dan berani membuat keputusan dan mengambil risiko serta sentiasa muhasabah realself agar sentiasa sustainable.

Search This Blog

FASTAQIM KAMA UMIRTA Pengalaman Belajar di Malaysia dan Luar Negara ( Mesir ) 70 - 90 an


SETELAH UMUARKU MELAWATI EMPAT PULUH LIMA TAHUN, gembira melihat kejayaan anak-anak Ahmad Fadhlullah (Perubatan Univ Iskandariah Mesir) Ammar ( Perakaunan & Perbankan Islam USIM) Umar Faruq (Ilmu Wahyu & Pentadbiran UIAM) Amir ( Ting 4 SMKA Tun Sakaran ) Hasan ( Ting 1 SM Sains Lahad Datu Sabah ) Yasir ( darjah 5 SK Lahad Datu 4 ) mengejar cita -cita mereka. Kini umurku masuk 52 tahun 2017, alhamdulillah anak-anakku telah berada di universiti. Ahmad berada di tahun akhir perubatan, angah di tahun 3 USIM, Umar Tahun 1 dalam Pendidikan Islam dan bahasa Arab UIA, Amir sedang tunggu SPM , Hasan Tingkatan 3 di SMKA Falahiah Kelantan, Yasir Tingkatan 1 di Maahad Tahfiz Tok Guru Kota Bharu. Anak -anak daripada isteri kedua alhamdullah dah lepas U Kak Long, Muaz dah bekerja. Najiha sambung MA di UKM, Iman dan Najwa di UIA , Huda di UKM sementara Zaid sedang tunggu SPM dan Husaini di Maahad Tahfiz Sains. Tahniah.

Wednesday, November 7, 2007

laporan praktikum npqh 11/07

Tajuk :

PENGURUSAN KURIKULUM

“ PROJEK KECEMERLANGAN –

PROGRAM KILAUAN PERMATA “

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

TAJUK i

ISI KANDUNGAN ii - iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

PENGENALAN vii - x

BAB 1 : HURAIAN MENGENAI SEKOLAH

1.1 Latar Belakang Sekolah

1.1.1 Maklumat Asas Sekolah 1

1.1.2 Sejarah Sekolah 1-3

1.1.3 Visi Dan Misi Sekolah 4

1.1.4 Objektif / Moto Sekolah 4

1.1.5 Lagu Sekolah 5

1.1.5 Falsafah dan Nilai Sekolah 5

1.1.6 Piagam Pelanggan SMKTK 6

1.1.7 Struktur Organisasi Sekolah 7

1.1.8 Lokasi Sekolah dan Peta Lakaran 8

1.1.9 Kemudahan dan Prasarana Sekolah 9

1.1.10 Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG 10 - 11

1.2. Data Dan Statistik Sekolah

1.2.1 Enrolmen Pelajar 12

1.2.2 Bilangan Kakitangan Sekolah 13

1.2.3 Pencapaian Akademik 14-15

1.2.4 Pencapaian Kokurikulum 16

1.2.5 Kejayaan-kejayaan Sekolah 16

BAB 2: HURAIAN PROJEK KECEMERLANGAN AKADEMIK

‘ PROGRAM MENGGILAP PERMATA PMR/SPM 2007’

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Situasi 18-20

2.3 Tinjauan Program- Dimensi Peluang dan Cabaran 21

2.4 Analisa SWOT 21-24

2.5 Motivasi dalam perlaksanaan projek 25-26

2.6 Penglibatan Kepimpinan Sekolah 27 2.7 Penglibatan Guru Dalam Proses Membuat Keputusan 27-28

2.8 Cara Kepemimpinan Sekolah Meniupkan Semangat

Kerjasama Dan Saling Menghormati 29-31

BAB 3: KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN SMK SERI

KUNDANG

3.1 Stail Pengurusan dan Kepemimpinan Sekolah 32

3.2 Pengurusan Sekolah Merancang, Mengelola, Menyelia

Dan Menilai Program 32-34

3.2.1 Merancang

3.2.2 Mengelola

3.2.3 Memimpin

3.2.4 Mengawal dan Menilai

3.3 Stail Kepemimpinan Yang Digunakan Dalam Menjayakan Program 34-36

3.3.1 Stail Kepimpinan Sokongan

3.3.2 Stail Kepimpinan Mengarah

3.3.3 Stail Penekanan Matlamat

3.3.4 Stail Kepimpinan Penyertaan

BAB 4: BEBERAPA DIMENSI TINJAUAN PENGIKTIRAFAN

4.1 Tinjauan Dari Dimensi Pujian Dan Pengiktirafan 37-38

4.1.1 Pujian Dan Pengiktirafan Untuk Murid-Murid

4.1.2 Pujian Dan Pengiktirafan Untuk Guru-Guru

dan Staf Sokongan

BAB 5: TINDAK IKUT

5.1 Pengurusan Sekolah Yang Mengekalkan

Kejayaan Program 39

5.2 Halangan Dan Cabaran Yang Dihadapi Serta

Cara Penyelesaian 40

5.3 Faktor- Faktor Penting Yang Membawa

Kepada Kejayaan Program 41-42

REFLEKSI 43

RUMUSAN 47

BIBLIOGRAFI 48-49

MAKLUMAT PESERTA 50

LAMPIRAN 51

BUKU LOG PRAKTIKUM 52-60

PENGHARGAAN

Sesungguhnya segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW., para sahabat, pengikut dan pejuang yang berjihad menyebar dakwah Islamiah. Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatnya dan kasih sayangNya dapat saya menyiapkan laporan praktikum ini dalam bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan kali ini.

.

Saya amat berterima kasih kepada semua pihak, terutamanya Puan Pengetua Puan Hajjah Maimunah Binti Hassan dan barisan Penolong Kanan di atas segala bentuk kerjasama yang diberikan sepanjang praktikum dijalankan. Jutaan terima kasih kerana membenarkan saya menjalankan program praktikum di Sekolah Menengah Kebangsaaan Seri Kundang ( SMKSK ). Begitu juga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan dan warga sekolah sepanjang saya berada di sekolah ini dan mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan keperluan laporan praktikum bagi memenuhi keperluan asas Program Diploma Kelayakan Professional Kepengetuaan Kebangsaan ( NPQH ).

Di kesempatan ini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pegawai penyelia praktikum saya iaitu Yang Berbahagia Puan Hajjah Solleha binti Mohamed yang telah memberi bimbingan dan panduan untuk saya menyempurnakan laporan ini. Pendekatan dan pengalaman beliau membimbing dan memberi dorongan bagi membolehkan saya mengadun penulisan laporan ini.

Saya juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pensyarah Institut Aminuddin Baki Induk di Genting Highlands, Pahang dan Cawangan Utara di Jitra, Kedah. Komitmen dan kesungguhan kalian mencurahkan ilmu pengetahuan amat bermakna sekali kepada saya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan itu segala budi baik kalian akan diberkati oleh Allah SWT.

ABSTRAK

Projek kecemerlangan akademik yang dinamakan Projek Menggilap Permata adalah projek yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2006 dan telah membuahkan hasil yang membanggakan dan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun 2006. Dengan kepimpinan mantan pengetuanya Pn,Azizun binti Harun yang telah membawa budaya cemerlang dari SMK Taman Melawati ke SMK Seri Kundang dalam membentuk budaya cemerlang di kalangan guru dan pelajar walaupun umur sekolah SMK Seri Kundang baru setahun jagung iaitu berusia 5 tahun tetapi pelajar-pelajar SPM keduannya telah mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan iaiti 98.6 % dan PMR 100 %. Budaya ini telah diteruskan oleh kepimpinan baru iaitu di bawah pengetuanya Pn, Maimunah Hassan dengan komitmen para penolong kanan dan guru-guru telah melaksanakan projek kecemerlangan dengan begitu cemerlang dan sasaran tahun 2007 ialah 98 % dalam SPM dan PMR 100 % . Projek ini yang mempunyai sepuloh program yang meliputi program kecemerlangan akademik, motivasi, kaunseling , pembinaan kesedaran kendiri pelajar dan penilaian kendiri melalui program restu, muhasabah diri dan ‘head count’ dan ‘post mortem’. Peperiksaan Pertengahan Tahun telah menampakkan bibik kecemerlangan. Walaupun keputusan Peperiksaan Percubaan PMR tidak mencapai sasaran sepenuhnya, pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk membimbing pelajat ke arah kecemerlangan dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan khas dan klinikal dengan mengikut subjek tertentu megikut sasaran yang ditetapkan . Kepimpinan pengetua dan barisan Penolong Kanan serta guru –guru telah menampakkan kesungguhan ke arah kejayaan yang disasarkan. Komitmen pengetua ke arah mewujudkan sekoah berkesan jelas dalam visi sekolah iaitu melahirkan pelajar yang cemerlang di daerah Gombak menjelang 2009. Kepimpinan instruksional yang dilaksanakan dapat menambatkan hati guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru-guru ( PIBG ) untuk bekerja dalam satu pasukan dalam sebuah organisasi dengan penuh kerjasama dan budaya kerja cemerlang

PENGENALAN

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang membentuk modal insan. Guru dan staff sokongan adalah sumber yang menggerakkan segala proses bermula dari proses pentabiran, pengajaran , pembelajaran dan sebagainya yang menjadikan sekolah sebagai sebuah organisasi yang penting dalam proses pendidikan masyarakat. Ibubapa akan memilih sekolah yang berkesan kerana beranggapan jika anaknya belajar di sekolah yang baik maka adalah mungkin anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Blau dan Scot ( 1952) berpendapat sebagai sebuah organisasi pendidikan , sekolah merupakan sistem sosial yang amat peka dengan hasrat dan cita-cita masyarakat.

Definisi Sekolah menurut Kamus Dewan, sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar atau tempat menerima dan memberi pelajaran. Dalam Akta Pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai suatu tempat di mana 10 ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam atau lebih bilik darjah”.

Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminology sekolah tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu.

Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza.
Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinasikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua criteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses.
Levine dan Lezotte (1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang dikehendaki(outcome). Edmonds (1979) mendefinasikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan(equity). Mengikut beliau keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya.

Konsep keberkesanan sekolah tidak seharusnya mencapai kejayaan akademik semata-mata .Astin ( 1985 ) berpendapat konsep keeberkesanan itu harus mencakupi perkembangan intelektual dan kendiri para pelajar serta releven sajian kurikulum itu dengan keperluan pelajar. Dalam hubungan ini sekolah harus menjamin perkembangan intelektual dan sahsiah pelajar serta dapat pula menyediakan peluang pendidikan untuk semua pelajar. Konsep keberkesanan ini bermakna sekolah perlu memastikan bahawa semua pelajarnya mendapat pendidikan sewajarnya dan tidak ada pelajar yang gagal atau berhenti sekolah semata-mata kerana tidak berjaya dalam pelajaran. Mengikut konsep ini sekolah yang berjaya adalah sekolah yang kadar kecicirannya kosong tidak ada pelajar yang tidak tahu membaca , menulis dan mengira. Begitu juga tidak ada sistem diskriminasi sebaliknya setiap pelajar mendapat layanan yang adil saksama dari pihak sekolah dan guru.

Astin ( 1985) mengaitkan konsep keberkesanan sekolah dengan konsep pendidikan yang releven yang baginya bermaksud bahawa pendidikan yang diberi oleh sekolah harus dapat menyuburkan kreativiti dan perkembangan bakat, kebolehan berfikir dan power of exresssion para pelajar.

Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi sekolah. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan.

Edmond ( 1979 ) menegaskan bahawa pengetua berkesan ialah pengetua yang memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran dan pemimpin yang tegas. Sergiovanni ( 1984 ) mengkonsepsikan keberkesanan itu ialah dari segi kuasa dan kemudahan yang ada padanya bagi melaksanakan sesuatu perubahan. Oleh itu, jika ingin mencapai kecemerlangan sekolah, seseorang pengetua itu mestilah memainkan peranan sebagai pemimpin yang berketrampilan . Sergiovanni telah membahagikan kepada lima kelompok peranan yang perlu dimainkan oleh pengetua sebagai syarat untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

  1. Pengetua ialah pemimin teknikal yang seharusnya memimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan.
  2. Pengetua sebagai pemimoin manusia. Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan sebagai jurutera kemanusiaan. Maksudnya pengetua haarus mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia dan perhubungan individu seta mampu menggerakakan kakitangannya.
  3. Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Pengetua memainkan peranan sebagai ‘clinical practioner’ iaitu menyubang kepakaran dalam bidang pendidikan dan persekolahan. Pengetua juga perlu mahor dalam bidang kirikulum , diognosis keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.
  4. Pengetua sebagai simbolik . dalam konteks ini pengetua meminumkan peranan senagai penghulu yang memeberi isyarat tentang nilai dan kepetingan sesuatunyang hendak dicapai seperti melawat bilimdarjah dan kaasan sekolah sebaliknya cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat.
  5. Pengetua sebagai pemimpin budaya. Kepimpinan budaya ini amat penting nagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur-unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah sebagai sebuah sekolah yang unik.

Kepimpinan pengetua di SMK Seri Kundang menjurus kepada kepimpinan instruksional. Mengikut Hallinger ( 1990 ) sebelas elemen kepemimpinan instruksional iaitu ;

a. Mewujudkan Iklim Pembelajaran Positif

1) Melindungi waktu pengajaran dan pembelajaran ( P& P )

2) Membudayakan perkembangan profesional

3) Mengekalkan ketampakan

4) Menyediakan ganjaran kepada guru

5) Penguatkuasaan standard akademik

6) Menyediakan insentif kepada pelajar

b. Mendefinisikan misi sekolah

7) Merangka matlamat sekolah

8) Menyampaikan matlamat sekolah

c. Mengurus Program Instruksional

9) Penyeliaan dan penilaian Instruksi

10) Menyelaras kurikulum

11) Memantau kemajuan pelajar

Kajian laporan ini menjelaskan bahawa usaha pengetua dengan pendekatan tersendiri dan melaksanakan kepimpinan instruksional untuk mewujudkan sebuah sekolah berkesan. Satu tanda keberkesanan sekolah ialah sejauh mana kecemerlangan akademik dapat ditingkatkan selain dari kecemerlangan sahsiah dan disiplin pelajar di SMK Seri Kundang Selangor.

Sunday, September 23, 2007

TUGASAN 1 NPQH 11/2007

CARTA GANTT PELAN TINDAKAN PROGRAM PRAKTIKUM
KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
( NPQH ) KOHORT 11 / 2007

NAMA PESERTA : MOHAMAD RAHMAN BIN SULAIMAN
NO.KAD PENGENALAN : 670725-10-5399
SEKOLAH PRAKTIKUM : SAMT HISHAMUDIN JALAN KOTA RAJA KLANG SELANGOR


Bil

Perkara
Hari /Tarikh
Ahd

23/9
Isn

24/9
Sel

25/9
Rab

26/9
Kha

27/9
Jum

28/9
Sab

29/9
Ahd

30/9

Isn

1/10
Sel

2/10
Rab

3/10

Kha

4/10
Jum

5/10
Sab

6/10
Ahd

7/10
Isn

8/10
Sel

9/10
Rab

10/
10
Kha

11/
10
Jum

12/
10
Sab

13/
10
1
Lapor diri dan mengenali pengetua





















2
Berkenalan dengan pihak pengurusan dan guru-guru sekolah





















3
Memahami dan mencatat latarbelakang , struktur organisasi dan sejarah sekolah





















4
Memahami dan mencatat visi,misi, falsafah, matlamat , objektif dan budaya sekolah





















5
Menyenaraikan program –program yang dijalankan oleh sekolah dan memilih satu program untuk penandaarasan yang telah / sedang dilakukan oleh sekolah





















6
Mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang dipilih :
Temubual
Kajian contoh-contoh dokumen
Gambar – gambar





















7
Menyedia dan melengkapkan buku kedatangan / buku log dan laporan praktikum mengikut format yang disediakan





















8
Menyiapkan laporan praktikum ( menaip, menjilid dan lain-lain )





















9
Proses menyiapkan tugasan






















10
Menghantar laporan praktikum kepada pensyarah / penyelia






















CARTA GANTT PELAN TINDAKAN PROGRAM PRAKTIKUM
KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
( NPQH ) KOHORT 11 / 2007

NAMA PESERTA : SAIFULDDIN BIN MAHMOOD
NO.KAD PENGENALAN : 680314-03-5807
SEKOLAH PRAKTIKUM : SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PUTRA KOTA BHARU KELANTAN


Bil

Perkara
Hari /Tarikh
Ahd

23/9
Isn

24/9
Sel

25/9
Rab

26/9
Kha

27/9
Jum

28/9
Sab

29/9
Ahd

30/9

Isn

1/10
Sel

2/10
Rab

3/10

Kha

4/10
Jum

5/10
Sab

6/10
Ahd

7/10
Isn

8/10
Sel

9/10
Rab

10/
10
Kha

11/
10
Jum

12/
10
Sab

13/
10
1
Lapor diri dan mengenali pengetua





















2
Berkenalan dengan pihak pengurusan dan guru-guru sekolah





















3
Memahami dan mencatat latarbelakang , struktur organisasi dan sejarah sekolah





















4
Memahami dan mencatat visi,misi, falsafah, matlamat , objektif dan budaya sekolah





















5
Menyenaraikan program –program yang dijalankan oleh sekolah dan memilih satu program untuk penandaarasan yang telah / sedang dilakukan oleh sekolah





















6
Mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang dipilih :
Temubual
Kajian contoh-contoh dokumen
Gambar – gambar





















7
Menyedia dan melengkapkan buku kedatangan / buku log dan laporan praktikum mengikut format yang disediakan





















8
Menyiapkan laporan praktikum ( menaip, menjilid dan lain-lain )





















9
Proses menyiapkan tugasan






















10
Menghantar laporan praktikum kepada pensyarah / penyelia









CARTA GANTT PELAN TINDAKAN PROGRAM PRAKTIKUM
KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
( NPQH ) KOHORT 11 / 2007

NAMA PESERTA : MOHAMAD RAHMAN BIN SULAIMAN
NO.KAD PENGENALAN : 670725-10-5399
SEKOLAH PRAKTIKUM : SAMT HISHAMUDIN JALAN KOTA RAJA KLANG SELANGOR


Bil

Perkara
Hari /Tarikh
Ahd

23/9
Isn

24/9
Sel

25/9
Rab

26/9
Kha

27/9
Jum

28/9
Sab

29/9
Ahd

30/9

Isn

1/10
Sel

2/10
Rab

3/10

Kha

4/10
Jum

5/10
Sab

6/10
Ahd

7/10
Isn

8/10
Sel

9/10
Rab

10/
10
Kha

11/
10
Jum

12/
10
Sab

13/
10
1
Lapor diri dan mengenali pengetua





















2
Berkenalan dengan pihak pengurusan dan guru-guru sekolah





















3
Memahami dan mencatat latarbelakang , struktur organisasi dan sejarah sekolah





















4
Memahami dan mencatat visi,misi, falsafah, matlamat , objektif dan budaya sekolah





















5
Menyenaraikan program –program yang dijalankan oleh sekolah dan memilih satu program untuk penandaarasan yang telah / sedang dilakukan oleh sekolah





















6
Mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang dipilih :
Temubual
Kajian contoh-contoh dokumen
Gambar – gambar





















7
Menyedia dan melengkapkan buku kedatangan / buku log dan laporan praktikum mengikut format yang disediakan





















8
Menyiapkan laporan praktikum ( menaip, menjilid dan lain-lain )





















9
Proses menyiapkan tugasan






















10
Menghantar laporan praktikum kepada pensyarah / penyelia






















CARTA GANTT PELAN TINDAKAN PROGRAM PRAKTIKUM
KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN
( NPQH ) KOHORT 11 / 2007

NAMA PESERTA : SAIFULDDIN BIN MAHMOOD
NO.KAD PENGENALAN : 680314-03-5807
SEKOLAH PRAKTIKUM : SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PUTRA KOTA BHARU KELANTAN


Bil

Perkara
Hari /Tarikh
Ahd

23/9
Isn

24/9
Sel

25/9
Rab

26/9
Kha

27/9
Jum

28/9
Sab

29/9
Ahd

30/9

Isn

1/10
Sel

2/10
Rab

3/10

Kha

4/10
Jum

5/10
Sab

6/10
Ahd

7/10
Isn

8/10
Sel

9/10
Rab

10/
10
Kha

11/
10
Jum

12/
10
Sab

13/
10
1
Lapor diri dan mengenali pengetua





















2
Berkenalan dengan pihak pengurusan dan guru-guru sekolah





















3
Memahami dan mencatat latarbelakang , struktur organisasi dan sejarah sekolah





















4
Memahami dan mencatat visi,misi, falsafah, matlamat , objektif dan budaya sekolah





















5
Menyenaraikan program –program yang dijalankan oleh sekolah dan memilih satu program untuk penandaarasan yang telah / sedang dilakukan oleh sekolah





















6
Mendapatkan maklumat terperinci mengenai program yang dipilih :
Temubual
Kajian contoh-contoh dokumen
Gambar – gambar





















7
Menyedia dan melengkapkan buku kedatangan / buku log dan laporan praktikum mengikut format yang disediakan





















8
Menyiapkan laporan praktikum ( menaip, menjilid dan lain-lain )





















9
Proses menyiapkan tugasan






















10
Menghantar laporan praktikum kepada pensyarah / penyelia

SARJANA PENGETUAAN UM

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)
SEKOLAH BERKESAN
SUMBANGAN : CIK ZULAIDA MOHAMAD (MT971205)
CIK SITI MASLIZA MOHD NAWI (MT971183)
1.0 PENDAHULUAN
Kesedaran masyarakat tentang pentingnya pendidikan dapat dilihat melalui keperihatinan ibu bapa yang mahu mendaftarkan anak mereka sama ada sekolah rendah atau menengah. Jelasnya ibu bapa akan memilih sekolah yang berkesan kerana beranggapan jika anaknya belajar di sekolah yang baik maka adalah mungkin anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Blau dan Scot (1952) berpendapat sebagai sebuah organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem sosial yang amat peka dengan hasrat dan cita-cita masyarakat.
Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah kebalakangan ini. Kami percaya bahawa segala perubahan dan pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam pendidikan bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagai asas kepada insan kamil.
Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi mempastikan segala aset yang ada di sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber, PIBG dan masyarakat dapat mencapai matlamat kecemerlangan melalui pengurusan dan strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor kepada pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang berkesan.
RASIONAL PEMILIHAN TAJUK
Rasional pemilihan tajuk ini ialah bagi menjelaskan mengenai perkara yang membantu kepada pembentukan sekolah berkesan. Sekolah berkesan perlu bagi memastikan wawasan pendidikan tercapai. Jika kita perhatikan, contohnya pelaksanaan Sekolah Bestari, Sekolah Sukan, Sekolah Multimedia dan lain-lain lagi tidak akan tercapai matlamatnya sekiranya tidak diuruskan dengan cekap. Pengurusan yang cekap akan membawa kepada pencapaian tahap sekolah berkesan. Namun begitu amat kurang sekali sekolah yang dikatakan berkesan kerana terdapat kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi dalam proses membentuk sekolah sempurna atau berkesan. Oleh itu, di akhir kertas penyelidikan ini diberikan beberapa saranan antara sebagai bagi membantu pentadbir sekolah atau pengetua membentuk sekolah mereka sebagai sekolah berkesan.
3.0 DEFINISI
Dalam sistem pendidikan kita sememangnya terdapat sekolah-sekolah yang dianggap lebih baik apabila dibandingkan dengan sekolah yang lain. Sekolah-sekolah yang terpilih ini disifatkan sebagai sekolah-sekolah yang berkesan. Definisi-definisi sekolah berkesan termasuklah :
Sekolah-sekolah yang mengadakan satu sistem pengajaran yang berpandu dan berkesan ( Rowen et. al. 1983 )
Sekolah-sekolah yang efektif dalam pengajaran kanak-kanak miskin atau dari kaum minoriti. ( Bickel 1983 )
Sekolah-sekolah yang efektif dari segi mengurangkan kesan SES pelajar ke atas pencapaian prestasi akademiknya. ( Mann 1985 )
Namun begitu definisi yang paling biasa digunakan dalam kajian-kajian tentang keberkesanan sekolah ialah :
Sekolah yang mana sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya
mencapai tahap yang tinggi dalam prestasi akademik apabila
dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain. ( Cuttance 1985 ).
Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah berkesan adalah berdasarkan pendapat Edmonds (1979) iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan menggunakan penilaian serta penaksiran yang sistematik. Terdapat harapan dalam sekolah cemerlang bahawa pelajar-pelajarnya akan belajar dengan baik. Sekolah berkesan juga mempunyai iklim yang teratur dan selamat bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai pendidik yang kukuh sebagai pengetua.

4.0 KONSEP SEKOLAH BERKESAN
Konsep keberkesanan sekolah tidak seharusnya mencakupi kejayaan akademik semata-mata. Astin (1985) berpendapat konsep keberkesanan itu harus mencakupi perkembangan intelektual dan kendiri para pelajar serta kerelevanan sajian kurikulum itu dengan keperluan pelajar. Dalam hubungan ini sekolah harus dapat menjamin perkembangan intelektual dan sahsiah pelajar serta dapat pula menyediakan peluang pendidikan untuk semua pelajar. Konsep keberkesanan ini bermakna sekolah perlu memastikan bahawa semua pelajarnya mendapat pendidikan sewajarnya dan tidak ada pelajar yang gagal atau berhenti sekolah semata-mata kerana tidak berjaya dalam pelajaran. Mengikut konsep keberkesanan ini, sekolah yang berjaya adalah sekolah yang kadar kecicirannya kosong, tidak ada pelajar yang tidak tahu membaca, menulis atau mengira. Begitu juga tidak ada sistem diskriminasi, sebaliknya setiap pelajar mendapat layanan yang adil saksama dari pihak sekolah dan guru.
Astin (1985) juga mengaitkan konsep keberkesanan sekolah dengan konsep pendidikan yang relevan, yang baginya bermaksud bahawa pendidikan yang diberi oleh sekolah harus dapat menyuburkan kreativiti dan perkembangan bakat, kebolehan berfikir dan power of expression para pelajar.
Sebagai rumusannya sekolah berkesan adalah sekolah yang menitik beratkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan pengajaran guru, iklim sekolah yang dapat membangkitkan suasana belajar, mengurangkan masalah disiplin pelajar serta kepimpinan yang cekap atau dengan kata lain keberkesanan sekolah adalah sama dengan kecermelangan sekolah.

5.0 PEMBENTUKAN SEKOLAH BERKESAN
Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan disamping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu ( Husin Mahmud ). Untuk membentuk atau menjustifikasikan sesebuah sekolah samada berkesan atau tidak bolehlah dirujuk kepada beberapa ciri penting seperti di bawah.
5.1 Kepimpinan Pengetua
Pengetua merupakan pengurus utama kepada sesebuah organisasi persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah berkesan. Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan mengenai sekolah berkesan dapatlah dirumuskan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetua.
Menurut Edmond (1979), telah menegaskan bahawa pengetua yang berkesan ialah pengetua yang memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran dan pemimpin yang tegas. Sergiovanni (1984) mengkonsepsikan keberkesanan itu pula ialah dari segi kuasa dan kemudahan yang ada padanya bagi melaksanakan sesuatu perubahan. Oleh itu jika ingin mencapai kecermerlangan sekolah, seseorang pengetua itu mestilah memainkan peranan sebagai pemimpin yang berketrampilan. Sergiovanni telah membahagikan kepada lima kelompok peranan yang perlu dimainkan oleh pengetua sebagai syarat untuk mencapai kecermerlangan sekolah.
Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan.
Pengetua sebagai pemimpin manusia. Dalam hal ini, pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan stafnya.
Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Dalam hal ini pengetua memainkan peranan sebagai clinical practioner, iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan persekolahan. Pengetua juga perlu mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.
Pengetua sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat.
Pengetua sebagai pemimpin budaya. Kepemimpinan budaya ini amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik.
Tetapi wujud persoalan dari dari segi kepimpinan pengetua. Sekiranya semua pengetua dapat berperanan seperti yang dinyatakan, maka salah satu dari ciri sekolah berkesan telah dapat dipenuhi. Namun bagitu, ianya amat jelas pada pemerhatian bahawa tidak semua pengetua yang ada pada hari ini dapat berperanan sedemikian rupa dan hasrat untuk mencapai tahap sekolah berkesan adalah terbantut.
5.2 Iklim Sekolah
Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut.
Merujuk kepada Zulkifli Dan Rahimah berkaitan dengan iklim sekolah bagi mewujudkan sekolah yang berkesan boleh dibahagikan kepada 4 faktor :
Perhubungan Interpersonal
Berdasarkan instrumen profil iklim sekolah, di sekolah yang berkesan , guru-guru dan pelajar mempunyai hubungan interpersonal yang lebih positif. Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar-pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.
Pengajaran dan Pembelajaran
Di sekolah yang berkesan pengajaran dan pembelajaran dianggap sangat penting oleh guru dan juga pelajar. Walaupun mereka mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing. Guru di sekolah berkesan adalah inovatif dalam pengajaran dan amalan penilaian mereka.
Kepimpinan Pentadbiran
Pengetua di sekolah berkenaan mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan. Pengetua melibatkan staf dalam pembuatan keputusan. Pengetua juga sentiasa memberi sokongan kepada guru terhadap amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka. Pihak pentadbiran mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pelajar di sekolah berkesan digalakkan bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka..
Kemudahan Fizikal
Pelajar dan guru disekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
Konsep mengenai iklim sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa iklim sesebuah sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Menurut Halpin dan Croft (1962), di sekolah yang dapat memberikan rasa suasana yang selesa, dari segi iklim sekolahnya, perkara berikut akan dapat diperhatikan :
Guru merasa selesa, yakin dan puas.
Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru.
Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil.
Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka.
Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta memperkembang potensi mereka.
Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka.
Faktor-faktor iklim sekolah di atas membantu mewujudkan sekolah berkesan. Namun begitu untuk mempastikan iklim yang bersesuaian adalah memerlukan gambaran yang lebih lengkap mengenai sekolah tersebut dan juga pemerhatian jangka panjang serta pemantauan yang kerap terhadap iklim sekolah. Ini adalah kerana faktor yang menentukan iklim yang sesuai adalah perkara yang tidak tetap dan berubah-ubah bergantung kepada keadaan semasa.
5.3 Pencapaian Pelajar
Sekolah yang berkesan mengesan kemajuan murid secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran. Di sekolah berkesan murid digalakkan bertanggung jawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan.
Di sekolah yang berkesan murid juga memainkan peranan penting berbanding guru. Oleh itu, sekolah perlu beri keyakinan kepada murid bahawa mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Dalam kajian yang telah dibuat oleh Zulkifli dan Rahimah, mereka telah menjawab persoalan apakah yang telah digunakan sebagai ukuran kepada keberkesanan sekolah. Berdasarkan hasil kajian, mereka berpendapat bahawa keberkesanan sekolah selalunya diukur dari segi output atau hasil persekolahan yang lazimnya dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar.
5.4 Disiplin Sekolah
Pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah yang berkesan mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.
Untuk membentuk sekolah berkesan, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi. Ini kerana ada juga sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu (Zulkifli Dan Rahimah )
Menurut kajian Rutter, sekolah yang berkesan adalah sekolah yang kurang mengalami masalah disiplin dan ponteng sekolah di samping pencapaian akademik yang baik serta konsisten.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sndiri. Kadang kala masalah disiplin yang di alami disekolah inmi disusuli pula dengan prestasi pencapaian pelajar yang teruk terutamanya dalam peperiksaan utama seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan.
5.5 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Sekolah yang berkesan memberi keutamaan kepada proses pengajaran. Sekolah sanggup mengorbankan tenaga dan perhatian yang lebih untuk memastikan matlamat pengajaran dilaksanakan secara teratur dan memberi faedah.
Edmond dengan tegasnya mengatakan bahawa keupayaan murid menguasai kemahiran akademik sangat perlu diberi keutamaan dibandingkan kemahiran lain pengurusan sekolah.
Zulkifli dan Rahimah dalam artikelnya yang bertajuk Kajian Iklim Sekolah ada mengatakan bahawa, di sekolah yang berkesan, guru-guru mempunyai peranan yang penting dalam membuat keputusan. Oleh itu, dalam membuat keputusan atau melaksanakan sesuatu tugas, guru perlu bekerja atau merancang secara berkumpulan melalui satu sistem penyeliaan dan penyelarasan oleh guru kanan. Ini memastikan bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah hasil kerjasama atau komitmen semua pihak di sekolah.
Dalam situasi kepelbagaian fungsi dan tugas, setiap guru perlu bertindak secara bersepaduan terhadap matlamat sekolah. Sekolah yang berkesan ialah pengurusannya dibina berasaskan tindakan guru secara menyeluruh serta bersepadu dan tidak secara beraingan. Garibaldi (1993) kemudiannya menyatakan bahawa guru-guru di sekolah berkesan mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran dan sosial di sekolah mereka.
Walaupun guru mempunyai banyak tanggung jawab lain selain daripada mengajar, tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa tugas mengajar merupakan tugas utama guru. Oleh itu, di samping melaksanakan tugas-tugas lain, guru juga perlu menekankan kepada pengajaran dan pembelajaran yang efektif untuk menjamin keputusan pencapaian pelajar yang cemerlang dan seterusnya mencapai tahap sekolah berkesan.
6.0 KEKANGAN SEKOLAH BERKESAN
Untuk mencapai tahap yang dikatakan sekolah berkesan bukanlah mudah. Mencapai tahap yang betul-betul sempurna dan ideal adalah sesuatu yang sukar kerana dalam proses mencapai sesuatu objektif, terdapat beberapa masalah atau kekangan yang perlu dihadapi. Dalam isu ke arah mewujudkan sekolah berkesan, kumpulan kami telah mengenalpasti beberapa faktor yang dipetik daripada Seminar Pengurusan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki telah menjadi halangan dalam mencapai sekolah berkesan.
Salah satu faktor yang menghalang pengurusan yang cekap bagi membentuk sekolah berkesan ialah proses birokrasi.. Tidak dapat dinafikan bahawa kawalan dari bahagian bahagian seperti Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Daerah adalah diperlukan untuk meningkatkan keupayaan sekolah. Masalahnya ialah peraturan dan prosedur yang berlebihan dipaksakan terhadap sekolah sehingga menghimpit kemungkinan pengurusan sekolah untuk bertindak atau respon dengan caranya yang tersendiri. Pengetua, untuk memenuhi kehendak dan arahan atasan, mencipta atau melakukan peraturan dan kawalannya seperti peraturan pengajaran, jadual waktu, pengisian borang yang berlebihan, penulisan rekod mengajar, dan sebagainya lagi. Akibat yang nyata daripada proses birokrasi ini ialah wujudnya pengurusan, iklim dan proses yang berbentuk keseragaman di semua sekolah sehingga menjejaskan kemungkinan lahirnya bentuk pengurusan sekolah yang tersendiri dan unik dan menepati keperluan setempat serta berusaha mencapai tahap sekolah berkesan.
Proses pembirokrasian di atas memberi kesan kepada kedudukan sekolah sebagai unit pengurusan setempat. Pengurusan setempat dengan peranan pengetua sebagai site manager adalah isu yang harus diketengahkan juga untuk melahirkan pengurusan sekolah yang berkesan. Pengurusan setempat bermakna pengetua diberi kuasa membuat keputusan dan fleksibiliti dalam pilihan berkenaan kaedah mengurus sekolahnya berdasarkan kepada situasi setempat tanpa sistem kawalan dari pusat (Abdul Syukor Abdullah, 1993). Sistem pengurusan setempat bukanlah amalan yang baru dalam pengurusan sekolah di negara kita. Malangnya amalan pengurusan setempat telah mula hilang dengan berlakunya pemusatan kuasa dan kawalan melalui Akta Pendidikan 1991 dan peraturan yang dikeluarkan selepas itu. Pemusatan pengurusan ada kebaikannya tetapi apabila diamalkan berlebihan daripada yang sepatutnya, ia akan mengancam kedudukan pengetua sebagai site manager.
Apabila pembirokrasian melebihi daripada yang sepatutnya dan site management telah berkurangan, maka kedua-duanya akan memberi kesan kepada empowerment. Deempowerment berlaku terhadap guru dalam mana kuasa untuk membuat dan memilih keputusan telah berkurangan di samping guru dan pengetua terjerut dengan arahan dan panduan dari pusat. Maka kebolehan pengetua dan guru untuk membuat keputusan secara bersendirian telah berkurangan. Oleh itu akan lahir kumpulan pengurus dan guru sekolah yang kaku dan tidak proaktif yang sentiasa bergantung kepada arahan dan panduan urtuk bertindak. Sedangkan merekalah sebagai pelaksana yang lebih memahami keadaan setempat yang perlu diberi kuasa untuk membuat keputusan.
Bagaimanapun, empowerment dan pengurusan setempat bukanlah jawapan yang boleh melahirkan pengurusan yang cekap di sekolah. Sebaliknya kedua-dua faktor ini adalah bergantung kepada kepimpinan sekolah itu sendiri. Walau bagaimanapun, sesetengah pengetua menyedari tugas penting mereka adalah untuk meningkatkan mutu pengajaran di sekolah masing-masing, namun mereka terpaksa menerima tekanan dari luar dan dalam organisasi sekolah itu sendiri. Walcott 91973) dan Sarason (1971) telah mendapati pengetua menerima tekanan yang banyak daripada ketua-ketua dalam hierarki sistem persekolahan dalam bentuk arahan dan peraturan.. Mereka dibebankan dengan tugas pentadbiran dan urusan surat-menyurat dari pelbagai peringkat dan kesemuanya memerlukan tindakan segera. Tekanan sedemikian mengakibatkan bukan sahaja kekangan terhadap pemgetua tetapi juga memberi kesan kepada pembentukan sekolah berkesan.
7.0 CADANGAN PEMBAIKAN KE ARAH SEKOLAH BERKESAN
Bagi meningkatkan keberkesanan sekolah, pelbagai strategi boleh diambil. Beberapa reformasi perlu dilaksanakan di sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Berikut adalah cadangan-cadangan yang diharapkan dapat membantu kepada pembentukan sekolah berkesan.
7.1 Perpaduan Di Dalam Organisasi Birokrasi Sekolah
Perpaduan diletakkan di dalam agenda utama kerana umum menyedari betapa pentingnya unsur ini bagi mengemblengkan tenaga yang beraneka ragam di sekolah. Lebih ramai ahlinya maka lebih kritikal bagi seseorang memastikan wujudnya semangat bekerja sebagai satu pasukan, apatah lagi sebagai satu keluarga.
Seluruh ahli dalam masyarakat harus diajak bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga yang mempunyai hubungan yang akrab demi menuju cita-cita yang didokong bersama. Persefahaman harus terbina dan terjalin di antara ahl-ahli daripada pelbagai peringkat dalam organisasi sekolah.
Mengikut Morphet, John dan Reller (1982), matlamat sesebuah organisasi bukan untuk mengadakan keadaan yang dapat mempetingkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat mempertingkatkan kecekapan organisasi bagi mencapai matlamatnya.
Oleh sebab itu, sudah tiba masanya bagi semua pengetua sekolah mengaplikasikan kematangan fikiran dan melakukan mindshift dengan berganjak daripada zaman birokrasi kepada zaman pasca birokrasi. Di dalam pasca birokrasi matlamat semua ahli bukanlah untuk menunjukan kebesaran tetapi adalah untuk mencapai kecemerlangan.
7.2 Pemaufakatan
Di dalam pemaufakatan iaitu tidak ada beza di antara Ketua Pengarah dengan Pengarah, Pengarah dengan Pengetua, Pengetua dengan guru dan guru dengan pelajar. Kesemuanya adalah di dalam satu pasukan dan satu keluarga yang mempunyai ikatan yang kukuh. Ini adalah penganjakan pemikiran yang perlu dan mesti dilakukan di peringkat sekolah bagi mewujudkan sekolah berkesan.
Omardin Ashaari dalam bukunya Pengurusan Sekolah ada mengatakan bahawa akademik pelajar akan meningkat sekiranya hubungan yang terjalin antara mereka dengan guru adalah baik.
Sememangnya diharapkan hubungan yang lebih kukuh akan terjelma pada masa-masa akan datang dan sudah pasti ia memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam menyelesaikan masalah-masalah meruncing di sekolah seperti penyalahgunaan dadah, bohsia, lepak dan seumpamanya. Sekiranya pihak sekolah dapat membina hubungan dan persepakatan dalam bentuk kekeluargaan, maka akan rasa keyakinan untuk menyelesaikan sebarang masalah walaupun masalah berat sekali pun. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu meneruskan membina perpaduan dan permaufakatan ini dengan lebih giat agar seluruh organisasi sekolah dapat berfungsi dan beroperasi dan seterusnya membentuk sekolah berkesan.
7.3 Pengupayaan
Pengupayaan adalah sebaik-baik cara untuk diamalkan oleh setiap pengetua sekolah sebagai usaha untuk menggalakkan dan mencetus inovasi dan kreativiti bagi mewujudkan kecemerlangan di peringkat sekolah. Melaui pengupayaan guru akan bertindak lebih profesional kerana ini akan melahirkan sikap akauntabiliti dan sepunya. (Abdul Syukor Abdullah, 1993).
Contohnya beberapa sekolah di Perak telah keluar daripada pemikiran rutin dan mempelopori konsep jadual waktu dua minggu. Hasilnya amat menggalakkan yang mana sekolah tersebut telah melaporkan prestasi pelajar meningkat, kadar ponteng sekolah menurun dan beg sekolah pelajar semakin ringan.
Banyak lagi inovasi dan kreativiti yang boleh dihasilkan daripada pelaksanaan konsep pengupayaan. Walaupun terdapat inovasi dan kreativiti yang mengkagumkan, namun kejayaan ini tidak berlaku di semua sekolah kerana pada peringkat ini inovasi merupakan usaha sekolah secara bersendirian. Sekolah yang tidak mencuba inovasi memperolehi hasil yang sama dengan apa yang diperolehi seperti tahun-tahun sebelumnya.
7.4 Kepimpinan Sekolah
Edmond (1979) menyatakan bahawa pemimpin sekolah boleh menjadikan sekolah itu berjaya atau cemerlang. Oleh sebab itu, kajian telah membuktikan bahawa penentu utama bagi kejayaan atau keberkesanan sesebuah sekolah adalah aspek kepimpinan . Kepimpinan oleh pengetua sebenarnya adalah faktor penentu dalam melahirkan keberkesanan sekolah kerana beliau mengendalikan pengurusan setempat dan melaksanakan aktiviti pengupayaan.
Ramai pengetua sukar bertindak kerana terjebak dengan bebanan administratif yang memerlukan pematuhan syarat dan peraturan kerja. Pengetua pada masa kini dibebani dengan pelbagai tugas sehingga pengetua lupa akan tugas sebenar mereka. Abdul Syukor Abdullah (1990), pengetua lupa bahawa tugas utama mereka ialah kepemimpinan pedagogi dan tidak berkemampuan membuat pembaharuan kerana terlampau tertumpu kepada perkara bercorak pentadbiran.
Oleh itu untuk menjamin keberkesanan sekolah, pengetua seharusnya memberi perhatian yang lebih kepada tugas sebagai pemimpin pengajaran. Sizer (1984), sewajarnya pengetua memberikan tumpuan masa, tenaga dan kuasa terhadap misi utama sekolah iaitu pedagogi.
8.0 KESIMPULAN
Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan diperingkat sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan memerlukan kepemimpinan yang berwibawa, teknologi bertambah canggih serta ragam manusia yang berbagai-bagai. Sememangnya Kementerian Pendidikan bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil yang seimang pembangunan rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang dituntut oleh Falsafah Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya mendokong Wawasan 2020.
Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah, reformasi atau program pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan pembangunan dalaman sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di sekolah, penglibatan setiap masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun tugas utama guru berkaitan dengan pengajaran dan pelaksanaan kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan ditangani bersama demi membentuk sekolah berkesan.

Tuesday, July 17, 2007

jati diri guru pendidkan islam

7 teras guru pendidikan islam
1. ilmu ; fardhu ain dan fardhu kifayah
2. membudayakan ilmu
3. amalan
4. kemahiran
5. sikap
6.peribadi
7. jati diiri

10 d's
1. dirujuk
2. didampingi
3. diiktiraf
4. dihormati
5. dipercayai
6. dsaf hadapan
7. dicontohi
8. dicari
9. dirasai
10. disayangi

9 m's
1. menjadi rujukan
2. menjadi ikutan
3. memimpin
4. menabur bakti

Sunday, July 15, 2007

Fahaman Sempit Islam

lul Albab: Fahaman sempit calar imej, maruah Islam


Isu burqa, terlalu radikal dalam urusan jihad alasan Barat untuk perangi Muslim

JIKA kita ketengahkan persoalan menggunakan burqa atau niqab yang menutupi wajah wanita kecuali mata dalam masyarakat yang berbeza, maka jawapan ulama juga akan berbeza sama ada menyokong, menolak atau membiarkannya kerana ia termasuk dalam masalah furu' yang sememangnya terbuka kepada perbezaan pendapat.



Begitu juga jika diketengahkan persoalan pengertian hikmat kebijaksanaan dalam berdakwah dengan mengambil kira ayat al-Quran yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau seru itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl: 125).

Penafsiran ayat itu akan berbeza jika dikaitkan dengan persoalan sama ada burqa atau niqab sebagai salah satu cara dakwah penyebaran Islam. Ada yang menyokong, menolak atau membiarkannya kerana ia termasuk dalam masalah furu' yang sememangnya terbuka kepada perbezaan pendapat.

Bagaimanapun, jika kita ketengahkan persoalan apakah Islam ada pada burqa atau niqab, maka semua jawapan ulama akan mengatakan: tidak. Begitu juga jika kita ketengahkan persoalan apakah burqa atau niqab itu Islam, maka semua jawapannya juga akan mengatakan: tidak.

Malangnya, hari ini ada segelintir umat manusia yang menjawab dengan affirmative untuk persoalan nombor tiga di atas sehingga ada yang mengatakan Islam ada pada burqa dan burqa itu adalah Islam.

Jumaat lalu, Reuter melaporkan mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders, supaya mengharamkan burqa di negeri Kincir Air itu. Dia mencadangkan dalam draf undang-undangnya bahawa hukuman ke atas memakai burqa tidak melebihi 12 hari penjara atau denda 3,350 euro. Cadangan Ahli Parlimen Belanda ini disokong oleh partinya, Freedom Party. Antara alasan pengharaman burqa di Belanda kerana ia bertentangan dengan perlembagaan Belanda yang mengamalkan persamaan gender dan juga akan menjejaskan integriti bangsa Belanda.

Dilaporkan bahawa masyarakat Islam di sana menganggarkan ada 50 wanita yang memakai burqa.

Masyarakat Belanda khasnya dan Barat amnya sudah menganggap imej Islam ada pada burqa dan menurut mereka burqa sebagai lambang kemunduran dan kerendahan martabat wanita. Begitu juga ada segelintir umat Islam sudah menganggap imej Islam ada pada burqa dan menurut mereka burqa adalah lambang ketakwaan dan ketinggian martabat wanita. Padahal Islam bebas daripada kedua-dua pandangan ini.

Imej Islam yang sudah dibangun oleh Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam bentuk Islam yang penuh kesederhanaan, keadilan dan sesuai untuk setiap masa, tempat dan masyarakat akhirnya diruntuhkan oleh perbuatan segelintir umat yang tidak memahami dengan sebenar inti ajaran Islam yang suci.

Khamis lalu, AFP melaporkan mengenai penahanan seorang wanita Muslim di sebuah mahkamah di London dengan kesalahan mendengarkan muzik di sebalik tudungnya ketika dia sedang menjadi juri. Di sini imej Islam dalam bentuk hijab pun diruntuhkan oleh seorang umat yang tidak peka dan bertanggungjawab terhadap keislamannya.

Dalam tragedi Masjid Merah di Pakistan minggu lalu, media melaporkan seorang pemimpin agama di dalam masjid memakai burqa untuk keluar dari masjid yang dikepung oleh tentera Pakistan. Malangnya dia ditangkap oleh pasukan keselamatan wanita yang mengesyaki gelagat pemakai burqa berkenaan. Di sini imej Islam dalam bentuk burqa pun diruntuhkan oleh seorang pemimpin agama yang ingin menyelamatkan diri daripada kepungan di mana ia menunjukkan bagaimana pemimpin itu menghalalkan segala cara untuk menyelamatkan diri dan meninggalkan pengikutnya.

Dalam mempertahankan imej Islam yang melarang persentuhan kulit lelaki dan perempuan bukan mahram, Media melaporkan mengenai perlawanan bola sepak antara kumpulan ulama dan paderi di Oslo. Perlawanan bola sepak yang diadakan untuk membina persahabatan antara ulama Islam dan paderi di Norway dibatalkan selepas berlaku pertengkaran berhubung pembabitan pemain wanita. Imam enggan bermain menentang wanita kerana ia memerlukan sentuhan fizikal yang jelas bertentangan dengan pegangan mereka tetapi apabila gereja memutuskan untuk menggugurkan pemain wanita, ketua pasukan paderi meletak jawatan sebagai membantah keputusan itu.

Permainan itu pada awalnya sekadar untuk suka-suka pada penghujung seminar selama sehari di Oslo. Imam dan paderi mengadakan perbincangan cara menggalakkan dialog antara agama dalam majlis Shoulder to Shoulder itu.

Imej Islam boleh dibangun, dipelihara dan diruntuhkan oleh sesiapa saja sama ada oleh umat Islam atau bukan Islam. Imej Islam dalam ajaran jihad adalah suci dan penuh keadilan, tetapi ia diruntuhkan oleh beberapa pihak sama ada Muslim mahupun bukan Islam sehingga digambarkan sangat menakutkan. Bahkan di Amerika Syarikat, tindak balas ke atasnya sangat berlebihan.

Seorang jeneral kanan tentera Amerika Syarikat meminta rakyat negaranya bersedia menghadapi perang selama antara 50 hingga 100 tahun dengan golongan radikal Islam.

“Usaha itu membabitkan aspek ketenteraan dan ideologi,” kata Brigadier Jeneral Mark O Schissler yang juga Timbalan Pengarah bagi Perang Menentang Keganasan di Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon), ketika diwawancara akhbar.

“Kita menghadapi perang generasi baru. Anda boleh cuba melawan musuh di tempat mereka atau dari lokasi serangan atau menghalang mereka dan mempertahankan negara sendiri. Bagaimanapun, penggunaan tentera tidak cukup. Kita memutuskan rantainya iaitu ideologi. Kita perlu tunjukkan kepada golongan ekstrem kesilapan pemikiran mereka,” kata Schissler sebagai seorang anggota Pejabat Rancangan Strategik di Pentagon.

“Saya tidak peduli soal politik. Saya mahu orang ramai memahami apa yang difikirkan musuh kita, apakah strategi untuk mengalahkan mereka dan penduduk Amerika perlu faham ini akan mengambil masa lama. Musuh merancang perang selama 50 hingga 100 tahun,” katanya.

Schissler juga menyifatkan musuh akan meneruskan perjuangan yang disokong dengan konsep jihad. Imej Islam dalam bentuk masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyyah juga pernah ditulis oleh Sayyid Qutb dalam muqaddimah tafsir Fi Zilal al-Quran. Katanya, Islam mengenal dan mengiktiraf hanya dua bentuk masyarakat, iaitu masyarakat Islam dan masyarakat jahiliah.

Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam: Akidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup manakala masyarakat jahiliah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya, masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi akidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tata susila.

Masyarakat Islam bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka Muslim sedangkan syariat Islam tidak menjadi undang-undang masyarakat itu, walaupun mereka patuh menunaikan solat, puasa dan haji. Bukankah juga masyarakat Islam itu yang mereka bentuk untuk diri mereka, lain daripada yang diatur dan ditetapkan oleh Allah SWT dan diajar oleh Rasulullah SAW, dengan memakai nama ‘Islam liberal’ atau ‘Islam progresif’.

Masyarakat jahiliah pula lahir dalam beraneka bentuk dan rupa, tetapi semuanya jahiliah belaka: Ada yang berbentuk masyarakat yang ingkar sama sekali akan wujudnya zat Allah SWT dan membuat tafsiran secara benda terhadap sejarah, melaksanakan sistem yang disebutkan sebagai ‘sosialisme saintifik’ sebagai panduan hidupnya. Ada pula yang berbentuk sebuah masyarakat yang tidak ingkar akan wujudnya zat Allah SWT, tetapi mengehadkan kuasa Allah SWT di dalam urusan yang bersangkutan dengan akhirat saja dan enggan mengiktiraf kuasa Allah SWT dalam urusan hidup di dunia. Masyarakat ini tidak mahu menjadikan syariat dan undang-undang Allah SWT sebagai panduan hidup mereka, dan tidak sudi mengambil nilai Islam sebagai pedoman dalam mengukur sesuatu.

Anggota masyarakat seperti ini dibolehkan beribadat di biara, gereja dan masjid, tetapi mereka dilarang menuntut pelaksanaan syariat Allah SWT dalam urusan hidup sehari-hari, dengan demikian maka masyarakat itu dengan sendirinya menolak dan melemahkan kekuasaan dan ketuhanan Allah SWT dan seluruh urusan hidup di bumi ini, sedangkan Allah SWT sendiri menyatakan dengan tegasnya bahawa kekuasaan dan ketuhanan-Nya meliputi seluruh langit dan bumi dalam ayat bermaksud: “Dan Dialah Tuhan (yang disembah) di langit dan Tuhan (yang disembah) di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Zukhruf: 84)

Oleh itu masyarakat seperti itu tidak mengikut agama Allah SWT yang sebenar seperti yang ditegaskan-Nya di dalam firman yang bermaksud: “Tidak ada hukuman itu melainkan bagi (kepunyaan) Allah. Dan perintah kamu jangan sembah melainkan Dia (saja), (kerana) yang demikian itu adalah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Yusuf: 40)

Dengan sebab yang di atas itulah masyarakat itu menjadi sebuah masyarakat jahiliah, walaupun ia mengiktiraf wujudnya Allah SWT dan walaupun ia memberi kebebasan kepada manusia untuk beribadat di biara, gereja dan masjid.

Masyarakat Islam dengan bentuk seperti yang disebut di atas itulah sebenarnya masyarakat yang bertamadun, manakala masyarakat ‘jahiliah’ dalam segala bentuknya adalah masyarakat songsang.

Islam yang dimisalkan al-Quran sebagai air (Surah al-Ra'du: 17) di mana ia boleh memberikan kehidupan di mana saja dan dalam bentuk apa pun jua, sepatutnya umat Islam juga mempertahankan imej ini di mana saja dan dalam bentuk apa pun jua yang sesuai dengan tempat, masa dan masyarakat. Wallahu a'lam